Islam bukan untuk geografi tertentu atau untuk negeri yang hanya memiliki susu kering (الأَقِطُ) dan kurma sahaja, tetapi Islam adalah untuk seluruh dunia.
Pandangan Tentang Nilai Zakat Fitrah (Penilaian Nilai) dan cara mengira zakat fitrah dengan makanan atau nilai wang di Yaman dan di seluruh negara
Prof. Dr. Fadl Abdullah Murad.
Timbalan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia
Profesor Fiqh dan Isu Kontemporari, Fakulti Syariah, Universiti Qatar
Penterjemah: Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Aku katakan:
- Gandum (البر / القمح) yang diketahui pada zaman kita bukanlah makanan yang biasa pada zaman Nabi ﷺ, kerana ia tidak tersebar luas. Oleh itu zakat fitrah ketika itu dikeluarkan dengan barli, kurma, aqṭ (susu kering), dan kismis.
- Apabila sampai zaman Umar رضي الله عنه, gandum mula muncul dan semakin meluas pada zaman Uthman, Ali dan Mu‘awiyah رضي الله عنهم. Ketika itu harga satu kilogram gandum dua kali ganda harga barli.
Apakah yang dilakukan para sahabat?
Ibn al-Mundhir meriwayatkan dengan sanad sahih:
أنهم جعلوا صاعاً من البر يعدل صاعين من الشعير
“Bahawa mereka menjadikan; Satu ṣā’ gandum bersamaan dengan dua ṣā‘ barli.”
Hal sedemikian kerana perbezaan nilai harga. Mu‘awiyah رضي الله عنه juga menggunakan sukatan ini pada zamannya. Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya. Ibn al-Mundhir juga menukilkan bahawa para sahabat melakukan hal tersebut tanpa khilaf, kecuali riwayat oleh al-Hafidz daripada Abu Sa‘id dan Ibn Umar. Ini menunjukkan majoriti sahabat mengambil kira nilai (القيمة).
- Ketika Ibn Abbas رضي الله عنهما menjadi gabenor di Basrah, beliau juga mengambil kira nilai. Beliau menetapkan satu ṣā’ gandum bersamaan dua ṣā’ barli dan berfatwa demikian kepada masyarakat.
Apabila pada satu tahun harga gandum menjadi murah, beliau menyamakan kedua-duanya tanpa perbezaan.
- Pengeluaran zakat fitrah dalam bentuk nilai pada zaman sahabat
Dalam kitab al-Musannaf diriwayatkan:
حدثنا أبو أسامة، عن زهير، قال: سمعت أبا إسحاق، يقول: أدركتهم وهم يعطون في صدقة رمضان الدراهم بقيمة الطعام
Abu Usamah menceritakan kepada kami, daripada Zuhair yang berkata: aku pernah mendengar Abu Ishaq berkata: “Aku mendapati mereka (para sahabat) memberikan dirham sebagai nilai makanan dalam zakat Ramadan.”
Aku (Dr. Fadhal Murad) menyatakan: “Sanad riwayat ini sahih. Abu Ishaq al-Sabi‘i sempat hidup pada akhir zaman Uthman dan beliau meriwayatkan daripada 38 orang sahabat.”
Al-Zuhri juga menukilkan amalan para imam umat Islam. Ibn Zanjawayh (ابن زنجويه) berkata:
أخبرنا عبد الله بن صالح، حدثني الليث، حدثني يونس، عن ابن شهاب قال: أَخَذَتِ الْأَئِمَّةُ فِي الدِّيوَانِ زَكَاةَ الْفِطْرِ فِي أُعْطِيَاتِهِمْ
“Abu ‘Abdillah bin Salih menceritakan kepada kami, katanya al-Laith menceritakan kepadaku, katanya: Yunus menceritakan kepadaku, daripada Ibn Syihab yang berkata: “Para pemimpin mengambil zakat fitrah daripada elaun mereka (para pegawai) yang tercatat dalam diwan (daftar gaji negara).”
Menurut Abu Zakariya Fadl Murad, sanadnya sahih.
- Umar bin Abdul Aziz mengambil setengah dirham daripada para pegawai di seluruh wilayah negara sebagai zakat fitrah dan kemudian mengagihkannya. Hal ini diriwayatkan dengan sanad sahih oleh Ibn al-Mundhir dan al-Hafiz.
Ini menunjukkan bahawa Daulah Islam ketika itu mengambil zakat fitrah dalam bentuk nilai.
Ibn Zanjawayh memilih pandangan ini dan berkata:
الْقِيمَةُ تُجْزِي فِي الطَّعَامِ إِنْ شَاءَ اللَّهُ، وَالطَّعَامُ أَفْضَلُ
“Nilai mencukupi sebagai pengganti makanan, insya-Allah, tetapi makanan lebih utama.”
- Pandangan ini juga diriwayatkan daripada tokoh besar tabi‘in.
Al-Hasan al-Basri berkata:
لَا بَأْسَ أَنْ تُعْطِيَ الدَّرَاهِمَ فِي صَدَقَةِ الْفِطْرِ
“Tidak mengapa memberikan dirham pada zakat fitrah.”
Ibn Rashid menyebut bahawa al-Imam al-Bukhari dalam masalah ini sependapat dengan mazhab Hanafi, walaupun beliau sering berbeza dengan mereka, tetapi dalil yang membawanya kepada pendapat tersebut.
Pandangan membolehkan nilai juga diriwayatkan daripada: Sebahagian para imam ulama mazhab Hanafi, satu riwayat daripada Imam Ahmad, al-Awza‘i, dari ulama Syafi‘i: al-Ramli, dari ulama Maliki: Ashhab dan Asbagh… serta pilihan Ibn Taymiyyah, harus ketika ada keperluan mengeluarkan nilai bagi zakat fitrah, beliau berkata:
وَأَمَّا إذَا أَعْطَاهُ الْقِيمَةَ فَفِيهِ نِزَاعٌ: هَلْ يَجُوزُ مُطْلَقًا؟ أَوْ لَا يَجُوزُ مُطْلَقًا؟ أَوْ يَجُوزُ فِي بَعْضِ الصُّوَرِ لِلْحَاجَةِ أَوْ الْمَصْلَحَةِ الرَّاجِحَةِ؟ عَلَى ثَلَاثَةِ أَقْوَالٍ - فِي مَذْهَبِ أَحْمَد وَغَيْرِهِ وَهَذَا الْقَوْلُ أَعْدَلُ الْأَقْوَالِ
“Adapun jika seseorang memberikan nilai sebagai gantinya (makanan), maka dalam hal itu terdapat perselisihan: adakah dibolehkan secara mutlak, atau tidak dibolehkan secara mutlak, atau dibolehkan dalam sebahagian keadaan kerana keperluan atau maslahat yang lebih kuat? Terdapat tiga pandangan dalam mazhab Ahmad dan juga dalam kalangan ulama lain. Dan pandangan yang terakhir ini adalah yang paling adil antara pendapat-pendapat tersebut.”
Pendapat ini juga dipilih oleh Syeikh al-‘Imrani, yang berkata:
إذا كانت المصلحة تقتضي إخراجها فلوسًا فتخرج فلوسًا، ويلاحظ مصلحة الفقراء فإن كان الفقير يريد شراء علاج لأولاده أو مستلزمات دراسة أولاده أو نحوها فلا مانع من أن تسلم له فلوسًا
“Jika maslahat menuntut agar zakat diberikan dalam bentuk wang, maka boleh diberikan dalam bentuk wang dengan melihat keperluan fakir. Jika fakir memerlukan wang untuk membeli ubat atau keperluan pendidikan anaknya, atau seumpamanya, maka tidak mengapa diberikan wang.”
Pendapat ini juga dipilih oleh Syeikh Yusuf al-Qaradawi.
Kesimpulannya, hadis yang menyebut empat jenis makanan bukanlah untuk membatasi, dan para sahabat tidak memahaminya sebagai pembatasan. Mereka membuat perbandingan dan qiyas terhadap perkara yang tidak disebut secara jelas.
Tidak terdapat dalam dalil nas tersebut makna pembatasan (حصر). Yang ada hanyalah penjelasan bahawa perkara-perkara itu boleh dikeluarkan sebagai zakat fitrah. Jika terdapat sesuatu yang setara dengannya dari segi manfaat, maka syariat tidak membezakan antara perkara yang sama nilainya dalam hukum-hakam, bahkan menghimpunkannya dalam hukum yang sama.
Oleh sebab itu, kebanyakan mazhab selain Ibn Hazm tidak membataskan zakat fitrah hanya pada jenis-jenis yang disebut dalam nas. Sebaliknya mereka mengatakan bahawa yang diambil kira ialah makanan asasi yang biasa dimakan oleh masyarakat (القوت الغالب). Ini sebenarnya merupakan bentuk qiyas dan penilaian nilai, yang tidak diragukan lagi. Inilah juga yang mendorong sebahagian ulama yang disebutkan tadi untuk mengatakan adanya persamaan nilai dan keharusan mengeluarkan zakat fitrah berdasarkan nilai tersebut.
Jika ada yang bertanya: apakah faedah disebutkan jenis-jenis makanan tersebut dalam hadis?
Jawapannya ialah: untuk memberi perhatian kepada jenis-jenis itu dan kepada apa yang seumpamanya, kerana agama ini bersifat universal, sedangkan jenis makanan dan keperluan manusia berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Hal ini juga disokong oleh nas yang menjelaskan tujuan syariat daripada zakat fitrah, iaitu sebagai makanan bagi orang miskin.
Maka ini merupakan penjelasan yang jelas tentang tujuan syarak daripada kewajipan ini. Oleh itu, setiap perkara yang dapat merealisasikan tujuan tersebut dianggap sah dan diambil kira.
Kesimpulannya, hadis yang menyebut beberapa jenis makanan itu bukan bertujuan untuk membatasi, dan para sahabat juga tidak memahaminya sebagai pembatasan. Bahkan mereka membuat penyesuaian dan qiyas terhadap perkara yang tidak disebut secara khusus dalam nas.
- Jika seseorang wajib mengeluarkan bint makhad dalam zakat ternakan tetapi tidak memilikinya, Nabi ﷺ memerintahkan supaya dia memberikan jenis yang lebih tinggi dan dibayar untuknya perbezaan nilainya 20 dirham atau dua ekor kambing. Demikian juga jika berlawanan, apabila dia membayar jenis yang lebih rendah, maka wajib dia serahkan nilai perbezaan yang ada.
- Qiyas merupakan dalil yang diiktiraf dalam keempat-empat mazhab. Para sahabat mengqiyaskan gandum dengan barli berdasarkan nilai. Namun, sebahagian orang meninggalkan qiyas sahih yang dilakukan sahabat dan akhirnya terjatuh dalam pendekatan yang hampir kepada mazhab zahiri.
- Tepung dan beras tidak disebut dalam hadis, tetapi ramai yang berfatwa dengannya. Ini menunjukkan mereka juga melakukan qiyas.
- Namun mereka yang memasukkan beras pada zaman kita tidak melakukan penilaian nilai seperti sahabat, seperti yang dijelaskan dalam perkara ‘2’, tetapi menjadikan semuanya satu ṣā’ tanpa mengambil kira nilai.
- Satu sa’ (الصاع) dianggarkan:
- 2.6 kg
- 2.5 kg
- 2.4 kg
semuanya hanyalah anggaran.
Jika kita ambil purata 2.5 kg, dan satu guni gandum 50 kg, maka:
50 ÷ 2.5 = 20 orang
Jika harga guni gandum hari ini 14000 riyal Yaman, maka:
14000 ÷ 20 = 700 riyal bagi setiap orang
Ini adalah kiraan di Yaman.
Nota penting: Jika harga naik atau turun, nilainya boleh berubah.
- Jika kita mengikuti pendekatan sahabat yang mengambil kira nilai, hasil kiraan akan berbeza.
- Yang menarik, harga tamar sederhana di negara Teluk sekitar 25 riyal sekilogram, malah ada yang lebih mahal. Tetapi zakat fitrah yang dikeluarkan hanya 10 atau 15 riyal.
Sedangkan jika dikira berdasarkan 2.5 kg tamar, nilainya sepatutnya sekitar 70 riyal Saudi atau Qatar bagi setiap orang.
Kesimpulan
Mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk nilai wang adalah dibolehkan.
Di Yaman, kadar sederhana ialah sekitar 700 riyal bagi setiap orang yang mampu. Di negara Teluk, sekitar 70 riyal Saudi atau Qatar jika diukur berdasarkan nilai 2.5 kg tamar sederhana.
Jika seseorang ingin mengeluarkan dalam bentuk gandum atau beras, ia juga boleh kerana harganya lebih murah, dan nilainya berbeza mengikut negara.
Di Qatar dan Arab Saudi misalnya, jika dikira berdasarkan gandum atau beras, zakat fitrah mungkin sekitar 15–25 riyal.
Sesiapa yang memilih makanan yang lebih baik dan lebih mahal, maka semoga Allah menambahkan kebaikan dan keberkatan kepadanya. Setiap negara mempunyai penilaian sendiri.
Wallahu a‘lam.
-------------------- teks asal ---------------------
الإسلام ليس لجغرافيا ولا لبلاد الأقط والتمر، بل للعالم.
«نظرة في قيمة زكاة الفطر» (معدل القيم) وكيفية حساب زكاة الفطر بالطعام والقيمة في اليمن وعموم الدول
أ.د فضل عبد الله مراد
الأمين العام المساعد للاتحاد العالمي لعلماء المسلمين
أستاذ الفقه والقضايا المعاصرة بكلية الشريعة ج قطر
.........
فأقول :
1- لم يكن البر (القمح) المعروف في زمننا طعامًا شائعا أيام النبي -صلى الله عليه وسلم- لعدم وفرته، ولذلك كانت الفطرة في الشعير والتمر والأقط والزبيب.
2- فلمّا كان زمن عمر-رضي الله عنه- بدأ البر بالظهور وفشا في عهد عثمان وعلي ومعاوية- رضي عنهم -، وكانت قيمة الكيلو منه ضعف قيمة الكيلو من الشعير فماذا عمل الصحابة؟
ونقل ابن المنذر بأسانيد صحيحة: "أنهم جعلوا صاعاً من البر يعدل صاعين من الشعير"؛ نظراً لفارق القيمة، واعتمد هذا معاوية- رضي الله عنه- في زمنه وأخرج ذلك البخاري عنه، ونقل ابن المنذر فعل ذلك عن الصحابة-رضي الله عنهم- بلا خلاف، سوى ما ذكره الحافظ عن أبي سعيد وابن عمر، فهؤلاء سائر الصحابة عملوا بالقيمة.
3- لما كان ابن عباس- رضي الله عنه- والياً على البصرة عمل بالقيمة، فجعل صاعاً من البر يساوي صاعين من الشعير وأفتى الناس بذلك، فلما جاءت سنة رخص فيه البر عدل هذا بهذا بدون فرق.
4- اخراج القيمة زمن الصحابة
ففي المصنف حدثنا أبو أسامة، عن زهير، قال: سمعت أبا إسحاق، يقول: «أدركتهم وهم يعطون في صدقة رمضان الدراهم بقيمة الطعام»
قلت: وسنده صحيح وقد أدرك السبيعي أبو إسحاق آخر زمن عثمان
«سمع من ثمانية وثلاثين صحابيا»
ونقله الزهري عن عمل الأئمة قال ابن زنجويه أخبرنا عبد الله بن صالح، حدثني الليث، حدثني يونس، عن ابن شهاب قال: «أخذت الأئمة في الديوان زكاة الفطر في أعطياتهم»
قال أبو زكريا فضل مراد هذا سند صحيح
5_ رأى عمر بن عبد العزيز أخذ نصف درهم من موظفي الديوان في جميع أنحاء الدولة مقابل زكاة الفطر ووزعها، ذكر ذلك بأسانيد صحيحة ابن المنذر والحافظ، وهذا دليل على أخذ الدولة القيمة.
واختاره ابن زنجويه قائلا: القيمة تجزي في الطعام إن شاء الله، والطعام أفضل.
6_ وجاء عن كبار الأئمة من التابعين.
عن الحسن، قال: «لا بأس أن تعطي الدراهم في صدقة الفطر.
وقال بن رشيد وافق البخاري في هذه المسألة الحنفية مع كثرة مخالفته لهم لكن قاده إلى ذلك الدليل
ومن الأئمة الحنفية ورواية عن الإمام أحمد ومن فقهاء المذاهب الأوزاعي، ومن الشافعية الرملي ومن المالكية أشهب وأصبغ،، واختيار ابن تيمية الجواز
عند الحاجة في إخراج القيمة في الزكاة قال «وأما إذا أعطاه القيمة ففيه نزاع: هل يجوز مطلقا؟ أو لا يجوز مطلقا؟ أو يجوز في بعض الصور للحاجة أو المصلحة الراجحة؟ على ثلاثة أقوال - في مذهب أحمد وغيره وهذا القول أعدل الأقوال».
وهو اختيار شيخنا العمراني: قال «إذا كانت المصلحة تقتضي إخراجها
فلوسًا فتخرج فلوسًا، ويلاحظ مصلحة الفقراء فإن كان الفقير يريد شراء علاج لأولاده أو مستلزمات دراسة أولاده أو نحوها فلا مانع من أن تسلم له فلوسًا»
واختاره شيخنا القرضاوي.
والحاصل أنه ليس في الحديث الذي نص على الأصناف الأربعة حصر ولم يفهم ذلك الصحابة؛ بل عادلوا وقاسوا ما لم ينص.
وليس في دلالة النص حصر إنما فيه أن هذه الأمور تخرج في الفطرة، فإن ساوها مثلها في النفع فالشريعة لا تخالف بين المتساويين في الأحكام؛ بل تجمع بينهم.
وهذا ما جعل سائر المذاهب سوى ابن حزم لا تلتزم حصرا على الأصناف المنصوصة بل قالوا المعتبر القوت الغالب، وهذا قياس وتقييم لا شك فيه، وهو الذي حدا بمن ذكرنا إلى القول بالمعادلة بالقيمة وإخراجها.
فإن قال قائل فما فائدة ذكر هذه الأصناف إذن.
فالجواب للتنبيه عليها وعلى ما في معناها؛ لأن هذا الدين عالمي والأقوات تختلف والمصالح تختلف من بلد لبلد، يعضد هذا النص على المقصود الشرعي لعلة زكاة الفطرة وهي طعمة للمساكين.
فهذا بيان جلي للهدف الشرعي من هذا التكليف فكل ما حقق هذا المقصود فهو معتبر.
والحاصل أنه ليس في الحديث الذي نص على الأصناف الأربعة حصر ولم يفهم ذلك الصحابة؛ بل عادلوا وقاسوا ما لم ينص.
7_ من كان عليه زكاة ابنة مخاض ولا توجد عنده، فأمر النبي-صلى الله عليه وسلم- أن يعطي فرضًا أعلا، ويدفعون له قيمة الفارق" 20 " درهماً أو شاتين، وهكذا العكس إذا دفع أدني فعليه بدفع هذا الفارق القيمي.
8_ القياس في المذاهب الأربعة دليل معتبر وهؤلاء الصحابة قاسوا القمح على الشعير؛ لكن بالقيمة، رغم هذا نجد البعض قد عطّل القياس الصحيح الذي ذهب إليه الصحابة فوقع فيما عاب فيه الظاهرية.
9- الطحين والأرز لم ينص عليه؛ لكن تجد كثيراً
من يفتون بهما، فلم يلتزموا النص ولا سكتوا عمن قاس وتبع الصحابة
10- الذين الحقوا الأرز في زمننا لم يفعلوا ما فعله الصحابة من معادلة القيمة كما تقدم آنفا في "2"، بل جعلوا الكل صاعين كيفما أتفق الأمر.
11- الصاع يساوي" 2.6 كم"، وقيل: " 2.5 وقيل:" 2.4"، وكلها تقريبية، لكن لو أخذنا بالوسط وقسمنا "50" كيلو(كيس قمح) على 2.5 فتكون النتيجة: "20".
[ 50÷ 2.5 = 20]
وإذا قسمنا الكيس" 14000" بحسب سعر هذا اليوم على "20" يساوي "700" ريال على كل نفس، هذا في اليمن.
[14000÷20= 700]
سعر الڪيس ÷ 20 = النتيجة هي زكاة الفطر.
* [ملاحظة هامة]: إذا ارتفع السعر أو قل يمكن التغيير.
12- لو أننا أخذنا بمذهب الصحابة حيث عادلوا القيمة فالأمر سيختلف.
13- العجيب أن التمر في الخليج يباع الكيلو الوسط "25"ريال، وهناك أكثر وأغلى، فإذا أخرجوا الفطرة أخرجوها عشرة ريال أو" 15"، مع أن الفارق كثير،
فالمفترض أن يكون قرابة "70" ريالاً سعودياً أو قطرياً على النفس وهو قيمة 2.5 من التمر.
خلاصة ما سبق جواز العمل بالقيمة في زكاة الفطر، وأنها في اليمن وسطاً "700" ريالاً على القادر، وفي الخليج ما يعادل "70" ريالاً سعودياً أو قطرياً. (إذا عادلناها بقيمة ٢ ك ونصف تمر من الجيد والوسط)
وإن اراد من البر والرز فهو رخيص ويجوز ذلك
وينظر ثمنه حسب البلد
فقد تتراوح الفطرة ١٥ الى ٢٥ في قطر والسعودية إن قومت بذلك.
ومن طابت نفسه واختار أجود الأنواع زاده الله طيبا وبركة.
ولكل بلاد تقييم.
والله أعلم
