Khutbah al-Istisqa'

 

KHUTBAH PERTAMA

نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ،

نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ،

نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ،

الحمدُ للهِ فارجِ الكُرُبات، مُجيبِ الدعوات، مُغيثِ اللهفات، مُزيلِ الشدائد، وكاشفِ المصيبات. الحمدُ للهِ الذي خلق فسوى، وقدَّر فهدى، وأخرج المرعى، فجعله غثاءً أحوى. الحمدُ للهِ الذي يحكم ما يشاء، ويقضي في عباده بما يشاء، يرزق من يشاء، ويرحم من يشاء، ويمنع من يشاء، ويعذِّب من يشاء. وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، الملك الحق المبين، عزَّ فارتفع، وذلَّ كل شيء له وخضع، يعلم السرائر والضمائر. وأشهد أن سيدنا محمدًا عبدُه ورسولُه، صلى الله وسلم وبارك عليه، وعلى آله الطيبين، وأصحابه الغرِّ الميامين. أما بعد، عباد الله

Segala puji bagi Allah, Yang melapangkan segala kesempitan, Yang memperkenankan doa, Yang menolong orang yang dalam kesusahan, Yang menghilangkan kesulitan, dan Yang menyingkap segala musibah.

Segala puji bagi Allah Yang mencipta lalu menyempurnakan, Yang menentukan lalu memberi petunjuk, Yang mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, lalu menjadikannya kering kehitaman.

Segala puji bagi Allah Yang berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki, menetapkan ke atas hamba-Nya apa yang Dia kehendaki; memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, merahmati sesiapa yang Dia kehendaki, menahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mengazab sesiapa yang Dia kehendaki.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, Raja Yang Maha Benar lagi nyata. Dia Maha Tinggi dan segala sesuatu tunduk kepada-Nya. Dia mengetahui segala yang tersembunyi dan yang tersirat.

Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad ialah hamba dan Rasul-Nya. Selawat dan salam ke atas Baginda, ahli keluarganya, dan para sahabatnya.

Amma ba‘d, wahai hamba-hamba Allah:

Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Ketahuilah bahawa antara perkara terbesar untuk kita berlindung ketika kesusahan dan bencana ialah kembali kepada Allah سبحانه وتعالى.

نستغفرك اللهم ونتوب إليك، نستغفرك اللهم ونتوب إليك، نستغفرك اللهم ونتوب إليك

Allah SWT berfirman:

 أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللَّهِ ۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ

"Siapakah yang memperkenankan doa orang yang terdesak apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan, serta menjadikan kamu khalifah di bumi? Adakah sembahan lain selain Allah?" (al-Naml: 62)

Wahai kaum Muslimin

Sesungguhnya termasuk dalam petunjuk Nabi ialah Baginda sentiasa kembali kepada solat dalam setiap urusan:

  • Apabila bumi menjadi kering dan hujan terhenti, Baginda menunaikan solat istisqa’.
  • Apabila tiba hari raya, Baginda dan para sahabat berhimpun untuk menunaikan solat hari raya.
  • Apabila ingin melakukan sesuatu perkara, Baginda solat istikharah.
  • Apabila seseorang melakukan dosa, disyariatkan baginya solat taubat dua rakaat kemudian beristighfar.

Sesungguhnya solat itu menjadi sebab tersingkapnya kesusahan, membanyakkan pahala, penghapus dosa, dan pengangkat darjat.

نستغفرك اللهم ونتوب إليك، نستغفرك اللهم ونتوب إليك، نستغفرك اللهم ونتوب إليك

Wahai sekelian hamba Allah:

Kita berkumpul pada hari ini menunaikan solat istisqa’, mengikuti sunnah Nabi . Baginda apabila hujan tidak turun, baginda keluar bersama para sahabat, untuk menunaikan solat dua rakaat, kemudian berkhutbah, mengingatkan mereka supaya bertaubat dan banyak beristighfar.

Sesungguhnya Nabi pernah memohon diturunkan hujan ketika Baginda berada di atas mimbar. Baginda mengangkat kedua tangan, dan belum sempat baginda menurunkan kedua tangan, melainkan hujan segera turun.

Kata Anas رضي الله عنه:

أَصَابَتِ النَّاسَ سَنَةٌ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ ﷺ، فَبَيْنَا النَّبِيُّ ﷺ يَخْطُبُ فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ قَامَ أَعْرَابِيٌّ، فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ: هَلَكَ المَالُ وَجَاعَ العِيَالُ، فَادْعُ اللَّهَ لَنَا، فَرَفَعَ يَدَيْهِ وَمَا نَرَى فِي السَّمَاءِ قَزَعَةً، فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، مَا وَضَعَهَا حَتَّى ثَارَ السَّحَابُ أَمْثَالَ الجِبَالِ، ثُمَّ لَمْ يَنْزِلْ عَنْ مِنْبَرِهِ حَتَّى رَأَيْتُ المَطَرَ يَتَحَادَرُ عَلَى لِحْيَتِهِ ﷺ، فَمُطِرْنَا يَوْمَنَا ذَلِكَ، وَمِنَ الغَدِ وَبَعْدَ الغَدِ، وَالَّذِي يَلِيهِ، حَتَّى الجُمُعَةِ الأُخْرَى

Manusia telah ditimpa kemarau pada zaman Nabi . Ketika Baginda sedang berkhutbah pada hari Jumaat, bangun seorang Arab Badwi lalu berkata: “Wahai Rasulullah, harta benda telah binasa dan anak-anak pula kelaparan, maka berdoalah kepada Allah untuk kami.” Lalu Baginda mengangkat kedua tangannya, sedangkan kami tidak melihat walau secebis awan pun di langit. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, Baginda belum sempat menurunkan tangannya sehingga awan pun muncul seperti gunung-ganang. Kemudian Baginda belum turun dari mimbarnya sehinggalah aku melihat hujan turun mencurah-curah membasahi dan menitis dari janggut Baginda . Maka kami pun dituruni hujan pada hari itu, keesokan harinya, hari selepasnya, dan seterusnya hingga ke Jumaat berikutnya…” (HR al-Bukhari)

نستغفرك اللهم ونتوب إليك، نستغفرك اللهم ونتوب إليك، نستغفرك اللهم ونتوب إليك

Sesungguhnya Allah telah menjanjikan untuk orang yang beristighfar dengan kebaikan yang besar: Allah SWT berfirman, menceritakan kisah Nabi-Nya Nuh عليه السلام yang berkata kepada kaum baginda:

 فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا، يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا 

"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat kepada kamu." (Nuh: 10-11)

Firman-Nya lagi, menjelaskan bahawa istighfar merupakan sebab turunnya rezeki:

وَأَن لَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاءً غَدَقًا

"Sekiranya mereka tetap istiqamah di atas jalan yang benar, pasti Kami akan turunkan kepada mereka air yang melimpah ruah." (al-Jin: 16)

نستغفرك اللهم ونتوب إليك، نستغفرك اللهم ونتوب إليك، نستغفرك اللهم ونتوب إليك

Tiada yang dapat menurunkan hujan selain Allah! tiada yang memiliki dan menguasai segala rezeki selain Allah! Maka dengan istighfar, turunlah rahmat, terbuka keberkatan, dan dihindarkan bala.

Oleh itu, perbanyakkanlah istighfar kepada Allah wahai orang-orang beriman, mohonlah pertolongan kepada-Nya dalam setiap kesusahan dan musibah, bertaubatlah kepada Allah, rendahkanlah diri kepada-Nya serta berserah sepenuhnya kepada-Nya.

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم، فاستغفروه، إنه هو الغفور الرحيم

 

KHUTBAH KEDUA

نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ،

نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ،

نَسْتَغْفِرُ اللهَ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، 

الحمد لله رب العالمين، حمداً كثيراً طيباً مباركاً فيه كما يحب ربنا ويرضى، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدًا عبده ورسوله. اللهم صلِّ وسلم وبارك على نبينا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد، عباد الله: اتقوا الله، وأَلِحُّوا على ربكم بالدعاء، وأحسِنُوا الظنَّ بِه

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, pujian yang banyak, baik lagi diberkati sebagaimana yang disukai oleh Tuhan kita.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad ialah hamba dan Rasul-Nya.

Selawat dan salam ke atas Baginda, ahli keluarga dan para sahabat.

Amma ba‘d, wahai hamba-hamba Allah:

Bertakwalah kepada Allah, dan bersungguh-sungguhlah dalam berdoa kepada-Nya. Bersangka baiklah kepada Allah, kerana sesungguhnya Dia Maha Pemurah, tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.

اللهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، يا ذا الجلال والإكرام، اللهُمَّ يَا فَارِجَ الْكُرُبَات، وَيَا مُجِيْبَ الدَّعَوَات، وَيَا مُغِيْثَ اللَهَفَات،

Ya Allah, hilangkanlah daripada kami bala, dan turunkanlah hujan kepada kami.

Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang lebat, yang membawa manfaat, bukan mudarat, yang segera, bukan tertangguh.

Ya Allah, jadikanlah hujan itu memberi manfaat kepada hamba-hamba-Mu dan negeri  kami. Ya Allah, turunkan rahmat-Mu, hidupkan bumi yang kering.

Ya Allah, suburkan tanaman, perbanyakkan hasil ternakan, dan berkatilah rezeki kami.

Ya Allah, rahmatilah kami, perbaikilah keadaan kami.

Ya Allah, ampunilah dosa kami semuanya — yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang nyata. Janganlah Engkau hukum kami disebabkan perbuatan orang-orang yang lalai dalam kalangan kami.

Kami memohon ampun kepada-Mu dan bertaubat kepada-Mu.
Kami memohon ampun kepada-Mu dan bertaubat kepada-Mu.
Kami memohon ampun kepada-Mu dan bertaubat kepada-Mu.

Ya Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

عباد الله،

إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى، وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم، ولذكر الله أكبر، والله يعلم ما تصنعون

Wahai hamba-hamba Allah:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan, serta memberi kepada kaum kerabat. Dia melarang daripada perkara keji, mungkar dan kezaliman.

Dia memberi peringatan kepada kamu supaya kamu mengambil pengajaran.

Maka ingatlah Allah, nescaya Dia mengingati kamu. Bersyukurlah kepada-Nya, nescaya Dia menambahkan nikmat kepada kamu. Dan sesungguhnya mengingati Allah itu lebih besar, dan Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.

 


Cetak  
Wallahu a'lam