Soalan:
Assalamualaikum ustaz. Sudah menjadi kebiasaan saya, bila berjumpa kawan kawan memang saya ulur tangan untuk bersalaman. Masaalahnya di surau tempat saya, bila sesiapa bersalaman bila masuk saff, Pak imam mesti tegur dengan nada yang macam tak puas hati. Dah masuk saff tak payah nak salam salam. Padahal dia sendiri Pon tunggu orang penuhkan saff baru solat.
Adakah menjadi kesalahan bersalaman sementara tunggu saff penuh? Ini membuatkan ramai jemaah yang bangun selepas solat tanpa mengamin kan doa imam .
Jawapan:
Wa‘alaikumussalam warahmatullah.
Tidak perlu bersalaman ketika masuk ke dalam saf. Perkara yang lebih perlu diberi penekanan ialah melurus, merapat dan memenuhi saf yang awal.
Ukhwah Islamiyyah akan terjalin dengan saf yang rapat, lurus dan sempurna. Saf yang tidak disempurnakan menurut sunnah, menjadi antara sebab perpecahan umat Islam. Baginda SAW bersabda:
استوا، ولا تختلفوا فتختلف قلوبكم
"Luruskan saf, jangan kamu semua berselerak, nanti akan berselerak jantung hati kamu semua."
Soalan:
Terima kasih atas pencerahannya, Yang ini memang saya faham, Alhamdulillah. Yang saya maksudkan:
Saya sudah berada di dalam satu saff yang penuh saya bersalaman dikiri dan kanan sementara menunggu saff yang lain penuh. Adakah tidak dibolehkan bersalaman.
Jawapan:
Tinggalkan perbalahan dan berbantah². Tiada anjuran khusus dari Allah dan Rasul untuk bersalaman pada ketika berada dalam saf solat, Imam solat yang berperanan sebagai ketua dalam solat jemaah pula tidak suka perkara itu berlaku, maka tinggalkannya. Inilah yang diajar dalam aktiviti berkumpulan.
