Kata al-Imam al-Nawawi RH:
(12) باب الحث على الازدياد من الخير في أواخر العمر
قال الله تعالى: (أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ) (فاطر: ٣٧)، قال ابن عباس والمحققون: معناه: أو لم نعمركم سنين سنة؟ ويؤيده الحديث الذي سنذكره إن شاء الله تعالى. وقيل: معناه: ثماني عشرة سنة. وقيل: أربعين سنة. قاله الحسن والكلبي ومسروق، ونقل عن ابن عباس أيضًا. ونقلوا: أن أهل المدينة كانوا إذا بلغ أحدهم أربعين سنة تفرغ للعبادة: وقيل هو البلوغ.
وقوله تعالى: (وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ) قال ابن عباس والجمهور: هو النبي ﷺ. وقيل الشيب، وقاله عكرمة، وابن عيينة، وغيرهما. والله أعلم.
Bab Galakan Menambah Amalan Kebaikan pada Akhir Umur
Allah Ta‘ala berfirman:
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ
“Bukankah Kami telah memanjangkan umur kamu sehingga sempat untuk orang yang mahu mengambil peringatan itu mengambil peringatan, dan telah datang kepada kamu pemberi peringatan?” — (Surah Fatir: 37)
Ibn ‘Abbas dan para ulama muhaqqiqin berkata:
معناه: أو لم نعمركم سنين سنة؟
Maksudnya: Bukankah Kami telah memanjangkan umur kamu selama beberapa tahun?
Ada juga pendapat lain: Maksudnya: 18 tahun, ada yang mengatakan: 40 tahun iaitulah pendapat yang diriwayatkan daripada: al-Hasan, al-Kalbi, Masruq dan juga dinukil daripada Ibn ‘Abbas. Terdapat juga nukilan yang menyebut bahawa: Penduduk Madinah dahulu, apabila seseorang mencapai umur 40 tahun, dia akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah. Ada juga pendapat yang mengatakan maksudnya ialah: ia merujuk kepada umur baligh.
Firman Allah:
وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ
“Dan telah datang kepada kamu pemberi peringatan”
Menurut Ibn ‘Abbas dan jumhur ulama: Ia merujuk kepada Nabi ﷺ. Ada pendapat lain yang mengatakan ia merujuk kepada uban (tanda tua)
Pendapat ini dikemukakan oleh ‘Ikrimah, Ibn ‘Uyaynah dan selain mereka
HURAIAN
Al-Imam al-Nawawi رحمه الله تعالى berkata:
باب الحث على الازدياد من الخير في أواخر العمر
(Bab galakan menambah amalan kebaikan pada akhir umur).
Perkara yang menjadi ukuran ialah pengakhiran umur, sebagaimana sabda Nabi ﷺ:
إنَّ أحدَكُم يُجمَعُ خلقُهُ في بَطنِ أمِّهِ في أربعينَ يومًا ثمَّ يَكونُ علقةً مثلَ ذلِكَ ، ثمَّ يَكونُ مضغةً مثلَ ذلِكَ ، ثمَّ يرسلُ اللَّهُ إليهِ الملَكَ فينفُخُ فيهِ الرُّوحَ ويؤمرُ بأربعٍ ، يَكْتبُ رزقَهُ وأجلَهُ وعملَهُ وشقيٌّ و سعيدٌ ، فوالَّذي لا إلَهَ غيرُهُ إنَّ أحدَكُم ليعملُ بعملِ أَهْلِ الجنَّةِ حتَّى ما يَكونُ بينَهُ وبينَها إلَّا ذراعٌ ثمَّ يسبِقُ علَيهِ الكتابُ فيُختَمُ لَهُ بعملِ أَهْلِ النَّارِ فيدخلُها ، وإنَّ أحدَكُم ليعملُ بعملِ أَهْلِ النَّارِ حتَّى ما يَكونَ بينَهُ وبينَها إلَّا ذراعٌ ثمَّ يسبِقُ علَيهِ الكتابُ فيُختَمُ لَهُ بعملِ أَهْلِ الجنَّةِ فيَدخلُها
“Sesungguhnya seseorang itu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak tinggal antara dia dan syurga melainkan sehasta, lalu telah mendahuluinya ketentuan (takdir), maka dia beramal dengan amalan ahli neraka lalu memasukinya. Dan sesungguhnya seseorang itu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak tinggal antara dia dan neraka melainkan sehasta, lalu telah mendahuluinya ketentuan, maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu memasukinya.”
Oleh itu, antara doa yang diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Siddiq RA ialah:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمُرِي آخِرَهُ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ، وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ
“Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada akhirnya, sebaik-baik amalanku pada penutupnya dan sebaik-baik hariku adalah hari daku bertemu dengan-Mu.” (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6/65)
Telah sahih juga daripada Nabi ﷺ yang bersabda:
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ مِنَ الدُّنْيَا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Sesiapa yang akhir ucapannya di dunia ialah ‘La ilaha illa Allah’, maka dia akan masuk syurga.” (Sunan Abi Dawud (3116), Musnad Ahmad (22180), dan al-Hakim dalam al-Mustadrak (1299). Al-Hakim berkata: “Hadis ini sahih sanadnya, tetapi tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.” Ia juga dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’ (9280)
Oleh semakin bertambah umur seseorang, maka sepatutnya semakin banyak dia melakukan amalan soleh. Begitu juga bagi orang muda, hendaklah memperbanyakkan amalan soleh, kerana manusia tidak mengetahui bila dia akan mati, mungkin dia mati ketika muda, atau mungkin dipanjangkan umurnya, apatah lagi orang yang lebih lanjut usia, dia lebih hampir kepada kematian berbanding orang muda, kerana sebahagian besar umurnya telah berlalu.
Kemudian al-Imam al-Nawawi RH membawa firman Allah Ta‘ala:
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ
“Bukankah Kami telah memanjangkan umur kamu sehingga sempat untuk orang yang mahu mengambil peringatan itu mengambil peringatan?” (Fatir: 37)
Huruf (ما) di sini ialah nakirah mawsufah (نكرة موصوفة), menjadikan ayat ini bermaksud: أو لم نعمركم عمرًا يتذكر فيه من تذكر وجاءكم النذير “Bukankah Kami telah memanjangkan umur kamu suatu tempoh yang padanya orang boleh mengambil peringatan, dan telah datang kepada kamu pemberi peringatan”
Para mufassir berbeza pendapat tentang maksud umur yang ada dalam ayat. Ada yang mengatakan: 60 tahun, ada yang mengatakan: 18 tahun, ada yang mengatakan: 40 tahun, ada juga yang mengatakan: baligh
Ayat ini bersifat umum: manusia diberi umur yang padanya terdapat peluang untuk mengambil peringatan. Namun perkara ini berbeza mengikut keadaan: Ada orang yang mendapat peringatan sebelum 18 tahun. Ada yang hanya sedar selepas itu
Bergantung kepada peringatan (نذر) dan tanda-tanda (آيات) yang sampai kepadanya, serta persekitaran, sama ada baik atau tidak baik
Ayat ini merupakan satu bentuk teguran keras (tawbikh):
“Bukankah Kami telah memanjangkan umur kamu…?” Ini menunjukkan bahawa, semakin panjang umur seseorang, semakin kuat tuntutan untuk dia mengambil peringatan. Adapun firman Allah:
وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ
“Dan telah datang kepada kamu pemberi peringatan”
Pendapat yang sahih, yang dimaksudkan dengan النَّذِيرُ ialah Nabi SAW. Ia adalah isim jins yang merangkumi Nabi Muhammad ﷺ dan juga para rasul sebelum Baginda, kerana kesemuanya adalah النَّذِيرُ atau pemberi peringatan عليهم الصلاة والسلام.
Maka wajib ke atas seseorang untuk bersungguh-sungguh pada akhir umurnya dengan memperbanyakkan ketaatan kepada Allah, khususnya perkara-perkara yang diwajibkan ke atasnya.
Hendaklah banyak beristighfar serta memuji Allah, sebagaimana firman Allah Ta‘ala kepada Nabi ﷺ:
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah secara beramai-ramai, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya; sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat.” (Surah al-Nasr)
Surah ini dikatakan surah terakhir yang diturunkan kepada Nabi ﷺ berdasarkan salah satu pandangan dalam kalangan para sahabat Nabi SAW. Ini adalah pendapat Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما. Imam Muslim (3024) meriwayatkan:
عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ قَالَ: قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ: تَعْلَمُ آخِرَ سُورَةٍ نَزَلَتْ مِنْ الْقُرْآنِ نَزَلَتْ جَمِيعًا؟ قُلْتُ: نَعَمْ إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ، قَالَ: صَدَقْتَ
“Daripada ‘Ubaydillah bin ‘Abdillah bin ‘Utbah berkata: Ibn ‘Abbas bertanya kepadaku: “Adakah engkau mengetahui surah terakhir yang diturunkan dari al-Quran secara lengkap (sekaligus)?” Aku menjawab: “Ya, iaitu: ‘Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan’ (Surah al-Nasr).” Beliau berkata: “Engkau benar.”
Perkara ini turut disokong oleh riwayat sahih daripada ‘Umar dan Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما bahawa surah ini memberi isyarat kepada ajal Nabi ﷺ dan memberitahu Baginda tentang hampirnya kewafatan.
Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan (4970) daripada Ibn ‘Abbas berkata:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ عُمَرُ يُدْخِلُنِي مَعَ أَشْيَاخِ بَدْرٍ فَكَأَنَّ بَعْضَهُمْ وَجَدَ فِي نَفْسِهِ فَقَالَ لِمَ تُدْخِلُ هَذَا مَعَنَا وَلَنَا أَبْنَاءٌ مِثْلُهُ فَقَالَ عُمَرُ إِنَّهُ مَنْ قَدْ عَلِمْتُمْ فَدَعَاهُ ذَاتَ يَوْمٍ فَأَدْخَلَهُ مَعَهُمْ فَمَا رُئِيتُ أَنَّهُ دَعَانِي يَوْمَئِذٍ إِلا لِيُرِيَهُمْ قَالَ مَا تَقُولُونَ فِي قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ فَقَالَ بَعْضُهُمْ أُمِرْنَا أَنْ نَحْمَدَ اللَّهَ وَنَسْتَغْفِرَهُ إِذَا نُصِرْنَا وَفُتِحَ عَلَيْنَا وَسَكَتَ بَعْضُهُمْ فَلَمْ يَقُلْ شَيْئًا فَقَالَ لِي أَكَذَاكَ تَقُولُ يَا ابْنَ عَبَّاسٍ فَقُلْتُ لا قَالَ فَمَا تَقُولُ قُلْتُ هُوَ أَجَلُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْلَمَهُ لَهُ قَالَ إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ وَذَلِكَ عَلامَةُ أَجَلِكَ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا فَقَالَ عُمَرُ مَا أَعْلَمُ مِنْهَا إِلا مَا تَقُولُ".
“Umar pernah memasukkan aku bersama para sahabat yang menyertai Perang Badar. Maka sebahagian mereka berasa tidak senang lalu berkata: ‘Mengapa engkau memasukkan budak ini bersama kami, sedangkan kami mempunyai anak-anak seusianya?’ Umar menjawab: ‘Sesungguhnya dia adalah seperti yang kamu ketahui (yakni berilmu).’ Pada suatu hari Umar memanggil mereka dan memasukkan aku bersama mereka. Aku merasakan beliau memanggilku ketika itu hanyalah untuk memperlihatkan (keilmuan aku) kepada mereka. Umar bertanya: ‘Apakah pendapat kamu tentang firman Allah: “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan…”?’ Sebahagian mereka menjawab: ‘Kita diperintahkan untuk memuji Allah dan beristighfar apabila kita diberi kemenangan.’ Sebahagian yang lain diam dan tidak berkata apa-apa. Lalu Umar berkata kepadaku: ‘Adakah engkau juga berpendapat demikian, wahai Ibn ‘Abbas?’ Aku menjawab: ‘Tidak.’ Umar bertanya: ‘Jadi, apa pendapatmu?’ Aku berkata: ‘Itu adalah tanda ajal Rasulullah ﷺ yang diberitahukan kepadanya. Firman Allah: “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan…” itu adalah tanda ajalmu. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan beristighfarlah kepada-Nya; sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat.’ Maka Umar berkata: ‘Aku tidak mengetahui daripadanya melainkan seperti yang engkau katakan.’”
