Soalan:
Assalamualaikum Ustaz. Saya nak minta tolong dapat penjelasan atas soalan saya.
Saya mempunyai saorang anak lelaki berumur 40 tahun. Dia ada penyakit OCD dan Bipolar, olih itu saya rasa susah untuk ia mendapat pekerjaan. Dia buka restauran (modal saya beri) tak berjaya, dah tutup 3 tahun sudah. Sekarang dia tak punya sumber pendapatan, dan dia hidup atas wang simpanan nya. Dan dia baru dapat anak lelaki berumur 3 bulan. Saya ada simpanan ASB dan KWSP, dan bolihkah saya beri duit zakat saya dari sumber wang simpanan saya untuk dia jadi penerima zakat saya? Terima kasih in advance, atas penerangan Ustaz.
Yg Berharap, Ibu.
Jawapan:
Boleh bagi seorang ibu memberikan zakat kepada anaknya yang fakir, jika anak tersebut mampu bekerja dan berusaha namun hasil pekerjaannya tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas dirinya serta menanggung keluarganya. Hal ini kerana anak yang telah dewasa, baligh, berakal dan sihat tubuh badan tidak lagi wajib ditanggung nafkahnya oleh ibu bapanya.
