Soalan:
Ustaz, benarkan ada ustaz kata darah yang berbaki pada daging yang dimasak menurut mazhab Syafi‘i, diberi kemaafan jika dimakan dan jika kena pada pakaian ia dihukum najis?
Jawapan:
Pandangan yang mewakili mazhab Syafi‘e sememangnya seperti yang dinyatakan oleh ustaz tersebut. Hal ini sedemikian adalah kerana di sisi ulama mazhab Syafi‘e, darah yang berbaki pada daging itu jika keluar ia masih dalam kategori darah mafsuh atau darah mengalir yang diharamkan dalam al-Quran. Darah tersebut tidak terus mengalir disebabkan sedikit. Justeru ia kekal najis, cuma diberi kemaafan kerana sukar untuk dielak seperti dalam penyediaan makanan. Namun ia kekal dihukum najis dalam perkara boleh dielak dan jarang berlaku seperti kuah masakan yang bercampur darah daging terkena pada pakaian.
Sekalipun begitu, ulama mazhab Syafi‘e tidak sependapat dalam masalah ini. Tidak dinafikan pandangan yang dinyatakan oleh Ustaz tersebut adalah pandangan yang muktamad berdasarkan nukilan dari kitab-kitab mazhab Syafi‘e.
Di bawah ini beberapa kenyataan dari ulama mazhab Syafi‘e;
(1) Darah yang berada dalam daging adalah najis di sisi ulama mazhab Syafi‘e. dalam Hasyiah al-Bujairami 1/99-100 dinyatakan:
(قَوْلُهُ وَدَمٌ) وَإِنْ تَحَلَّبَ مِنْ سَمَكٍ أَوْ كَبِدٍ أَوْ طِحَالٍ ح ل. وَيُسْتَثْنَى مِنْهُ الْمَنِيُّ إذَا خَرَجَ بِلَوْنِ الدَّمِ ز ي، وَالدَّمُ الْبَاقِي عَلَى اللَّحْمِ وَعِظَامِهِ مِنْ الْمُذَكَّاةِ نَجَسٌ مَعْفُوٌّ عَنْهُ كَمَا قَالَهُ الْحَلِيمِيُّ وَمَعْلُومٌ أَنَّ الْعَفْوَ لَا يُنَافِي النَّجَاسَةَ فَمُرَادُ مَنْ عَبَّرَ بِطَهَارَتِهِ أَنَّهُ مَعْفُوٌّ عَنْهُ شَرْحُ م ر وَقَوْلُهُ نَجَسٌ مَعْفُوٌّ عَنْهُ صَوَّرَهُ بَعْضُهُمْ بِالدَّمِ مِنْ تَحْرِيمِهِ وَلِقَوْلِهِ تَعَالَى: ﴿أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا﴾ [الأنعام: ١٤٥] أَيْ: سَائِلًا بِخِلَافِ غَيْرِ السَّائِلِ كَطِحَالٍ وَكَبِدٍ وَعَلَقَةٍ
(Perkataan penulis (Zakaria al-Ansori): “dan darah”) Iaitu darah itu najis walaupun ia keluar (mengalir) daripada ikan, hati atau limpa (al-Halabi). Dan dikecualikan daripadanya: mani apabila keluar dengan warna darah (al-Ziyadi), dan darah yang berbaki pada daging dan tulangnya daripada sembelihan (yang sah), iaitu najis tetapi dimaafkan, sebagaimana dinyatakan oleh al-Halimi. Dan diketahui bahawa kemaafan (العفو) tidak menafikan kenajisan. Maka maksud ulama yang menyatakan ia suci ialah sebenarnya dimaafkan, sebagaimana dijelaskan dalam syarah (al-Shams al-Ramli). Dan ungkapan “najis tetapi dimaafkan” itu digambarkan oleh sebahagian ulama dengan darah (yang sedikit berbaki itu), kerana pengharamannya berkait dengan firman Allah Ta‘ala: ﴿أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا﴾ (iaitu darah yang mengalir) Yakni darah yang mengalir, berbeza dengan yang tidak mengalir seperti limpa, hati dan segumpal darah (janin ‘alaqah).
- Kata al-Khatib al-Syarbini dalam Mughniy al-Muhtaj 1/232:
وَأَمَّا الدَّمُ الْبَاقِي عَلَى اللَّحْمِ وَعِظَامِهِ فَقِيلَ إنَّهُ طَاهِرٌ، وَهُوَ قَضِيَّةُ كَلَامِ الْمُصَنِّفِ فِي الْمَجْمُوعِ، وَجَرَى عَلَيْهِ السُّبْكِيُّ، وَيَدُلُّ لَهُ مِنْ السُّنَّةِ «قَوْلُ عَائِشَةَ – رضي الله عنها -: كُنَّا نَطْبُخُ الْبُرْمَةَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ - ﷺ - تَعْلُوهَا الصُّفْرَةُ مِنْ الدَّمِ فَنَأْكُلُ وَلَا يُنْكِرُهُ» وَظَاهِرُ كَلَامِ الْحَلِيمِيِّ وَجَمَاعَةٍ أَنَّهُ نَجِسٌ مَعْفُوٌّ عَنْهُ، وَهَذَا هُوَ الظَّاهِرُ؛ لِأَنَّهُ دَمٌ مَسْفُوحٌ وَإِنْ لَمْ يَسِلْ لِقِلَّتِهِ وَلَا يُنَافِيهِ مَا تَقَدَّمَ مِنْ السُّنَّةِ
Adapun darah yang masih berbaki pada daging dan tulang haiwan sembelihan, maka terdapat pendapat yang mengatakan ia suci, dan inilah kandungan perkataan penulis (al-Imam al-Nawawi) dalam al-Majmū’, dan pendapat ini juga dipegang oleh Taqi al-Din al-Subki. Dan buktikan oleh sunnah, iaitu perkataan Aisyah binti Abu Bakar: “Kami dahulu memasak dalam periuk pada zaman Rasulullah ﷺ, dan di atasnya (permukaan air) kelihatan kekuningan daripada darah, lalu kami memakan apa yang dimasak dan Baginda tidak mengingkarinya.” Namun zahir kata-kata al-Halimi dan sebahagian ulama lain menunjukkan bahawa ia najis tetapi dimaafkan, dan inilah yang zahir, kerana ia sebenarnya termasuk darah yang mengalir, walaupun tidak mengalir keluar disebabkan sedikit. Dan hal ini tidak bercanggah dengan dalil sunnah yang telah disebutkan.
(3) Berikut kenyataan dari kitab Busyra al-Karim halaman 138-139 tentang najasat, salah satunya ialah;
(و) من النجاسة أيضًا: (الدم) -بتخفيف الميم على المشهور- ولو معفوًا عنه وإن تحلب من كبد أو طحال، ومنه ما يبقى على اللحم والعظام، لكن يعفى عنه في الأكل وإن اختلط بماء الطبخ وغيره، وكان واردًا على الماء. نعم؛ إن لاقاه لغسله. اشترط زوال أوصافه قبل وضعه في القدر. واستثني أيضًا من نجاسة الدم: المسك ولو من ميتة إن تجسد وانعقد، والعلقة، والمضغة، ومني أو لبن خرجا بلون الدم، ودم بيضة لم تفسد.
(Dan) termasuk juga dalam najis ialah: (darah) – dengan takhfif huruf Mim menurut pendapat yang masyhur – walaupun ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan, namun jika ia keluar (mengalir) daripada hati atau limpa (dikira najis yang dimaafkan). Termasuk juga daripadanya ialah darah yang masih berbaki pada daging dan tulang. Namun, ia dimaafkan pada memakan walaupun bercampur dengan air masakan atau selainnya, dengan syarat ia datang (dimasukkan) kepada air (yakni bukan air yang dicurahkan kepadanya). Akan tetapi, jika darah itu terkena air untuk tujuan membasuhnya, maka disyaratkan hilang sifat-sifatnya (warna, bau dan rasa) sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Dan dikecualikan juga daripada kenajisan darah: Kasturi (المسك), walaupun berasal daripada bangkai, jika ia telah menjadi beku dan terbentuk, ‘Alaqah (segumpal darah janin manusia), Mudghah (segumpal daging janin manusia), Mani atau susu yang keluar dengan warna darah, Darah dalam telur yang tidak rosak.”
- Al-Nawawi dalam al-Majmu’ 2/557-558 menyatakan:
مِمَّا تَعُمُّ بِهِ الْبَلْوَى الدَّمُ الْبَاقِي عَلَى اللَّحْمِ وَعِظَامِهِ وَقَلَّ مَنْ تَعَرَّضَ لَهُ مِنْ أَصْحَابِنَا فقد ذكره أبو إسحق الثَّعْلَبِيُّ الْمُفَسِّرُ مِنْ أَصْحَابِنَا وَنُقِلَ عَنْ جَمَاعَةٍ كَثِيرَةٍ مِنْ التَّابِعِينَ أَنَّهُ لَا بَأْسَ بِهِ وَدَلِيلُهُ الْمَشَقَّةُ فِي الِاحْتِرَازِ مِنْهُ وَصَرَّحَ أَحْمَدُ وَأَصْحَابُهُ بِأَنَّ مَا يَبْقَى مِنْ الدَّمِ فِي اللَّحْمِ مَعْفُوٌّ عَنْهُ وَلَوْ غَلَبَتْ حُمْرَةُ الدَّمِ فِي الْقَدْرِ لَعَسُرَ الِاحْتِرَازُ مِنْهُ وَحَكَوْهُ عَنْ عَائِشَةَ وَعِكْرِمَةَ وَالثَّوْرِيِّ وَابْنِ عُيَيْنَةَ وأبى يوسف وأحمد واسحق وَغَيْرِهِمْ وَاحْتَجَّتْ عَائِشَةُ وَالْمَذْكُورُونَ بِقَوْلِهِ تَعَالَى (إِلا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا) قَالُوا فَلَمْ يَنْهَ عَنْ كُلِّ دَمٍ بَلْ عن المسفوح خاصة وهو السائل.
Termasuk dalam perkara yang umum berlaku dan sukar dielakkan (تعمّ به البلوى) ialah darah yang masih berbaki pada daging dan tulang haiwan sembelihan. Hanya sedikit daripada ashab mazhab kami yang membincangkannya secara khusus. Namun ia telah disebut oleh Abu Ishaq al-Tha'labi, seorang ahli tafsir dari kalangan ashab mazhab kami, dan dinukilkan daripada ramai dalam kalangan tabi‘in bahawa tidak mengapa dengan darah yang berbaki dalam daging dan tulang. Dalilnya ialah kesukaran untuk menghindarinya. Ahmad bin Hanbal serta para pengikutnya menegaskan bahawa darah yang masih berbaki dalam daging adalah dimaafkan, walaupun warna merah darah itu menguasai (jelas kelihatan) dalam periuk, kerana sukar untuk mengelakkannya. Pendapat ini juga diriwayatkan daripada: Aisyah binti Abu Bakar, Ikrimah mawla Ibn Abbas, Sufyan al-Thawri, Sufyan bin Uyaynah, Abu Yusuf, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahawayh dan selain mereka. Mereka termasuk Aisyah binti Abu Bakar dan yang disebutkan berhujah dengan firman Allah Ta‘ala: (إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا) Mereka berkata: Allah tidak mengharamkan semua jenis darah, tetapi hanya darah yang masfuh (المسفوح), iaitu darah yang mengalir.”
Kesimpulan
Pandangan yang dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi dan yang diambil oleh al-Subki lebih bertepatan dengan zahir perkataan ‘Aisyah RA dalam bab ini. Dalam kitab al-Taj wa al-Iklil 1/136-137 dari mazhab Maliki dinyatakan:
(وَدَمٌ لَمْ يُسْفَحْ) اللَّخْمِيِّ: إنْ لَمْ يَظْهَرْ الدَّمُ أُكِلَ اتِّفَاقًا كَشَاةٍ شُوِيَتْ قَبْلَ تَقْطِيعِهَا، وَإِذَا قُطِّعَتْ فَظَهَرَ الدَّمُ فَقَالَ مَالِكٌ مَرَّةً: حَرَامٌ وَحَمَلَ الْإِبَاحَةَ فِيهِ مَا لَمْ يَظْهَرْ لِأَنَّ قَطْعَهُ مِنْ الْعُرُوقِ حَرَجٌ وَقَالَ مَرَّةً: حَلَالٌ لِقَوْلِهِ تَعَالَى: ﴿أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا﴾ [الأنعام: ١٤٥] فَلَوْ قُطِّعَ اللَّحْمُ عَلَى هَذَا بَعْدَ إزَالَةِ الْمَسْفُوحِ لَمْ يَحْرُمْ وَجَازَ أَكْلُهُ بِانْفِرَادِهِ. وَفِي الْقَبَسِ: قَوْلُهُ ﴿أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا﴾ [الأنعام: ١٤٥] يَقْتَضِي تَحْلِيلَ مَا خَالَطَ الْعُرُوقَ وَجَرَى عِنْدَ تَقْطِيعِ اللَّحْمِ سَفَحَ هَرَقَ ابْنُ يُونُسَ: الْفَرْقُ بَيْنَ قَلِيلِ الدَّمِ وَكَثِيرِهِ أَنَّ كُلَّ مَا حَرُمَ أَكْلُهُ لَمْ تَجُزْ الصَّلَاةُ بِهِ وَإِنَّمَا حَرَّمَ اللَّهُ الدَّمَ الْمَسْفُوحَ لِقَوْلِهِ تَعَالَى: ﴿أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا﴾ [الأنعام: ١٤٥] فَدَلَّ أَنَّ مَا لَمْ يَكُنْ مَسْفُوحًا حَلَالٌ طَاهِرٌ وَذَلِكَ لِلضَّرُورَةِ الَّتِي تَلْحَقُ النَّاسَ فِي ذَلِكَ إذْ لَا يَخْلُو اللَّحْمُ وَإِنْ غُسِلَ أَنْ يَبْقَى فِيهِ دَمٌ يَسِيرٌ، وَقَدْ قَالَتْ عَائِشَةُ - رضي الله عنها -: لَوْ حُرِّمَ قَلِيلُ الدَّمِ لَتَتَبَّعَ النَّاسُ مَا فِي الْعُرُوقِ، وَلَقَدْ كُنَّا نَطْبُخُ اللَّحْمَ وَالْمَرَقَةُ تَعْلُوهَا الصُّفْرَةُ، وَلِذَلِكَ فُرِّقَ بَيْنَ قَلِيلِ الدَّمِ وَبَيْنَ قَلِيلِ سَائِرِ النَّجَاسَاتِ لِأَنَّ قَلِيلَ سَائِرِ النَّجَاسَاتِ حَرَامٌ أَكْلُهَا وَشُرْبُهَا.
(Dan darah yang tidak mengalir) al-Lakhmi berkata: Jika darah itu tidak kelihatan, maka ia dimakan secara sepakat ulama, seperti kambing yang dipanggang sebelum dipotong. Namun apabila ia dipotong lalu darah kelihatan, maka Malik bin Anas dalam satu pendapat mengatakan haram, dan beliau mentafsirkan keharusan hanya pada keadaan darah tidak kelihatan, kerana memotongnya dari urat adalah suatu kesukaran. Dalam pendapat lain beliau berkata halal, berdasarkan firman Allah Ta‘ala: ﴿أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا﴾ Maka jika daging dipotong selepas membuang darah yang mengalir, ia tidak haram, dan boleh dimakan secara berasingan. Dalam kitab al-Qabas dinyatakan: Firman Allah: ﴿أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا﴾ menunjukkan bahawa halal darah yang bercampur dalam urat dan yang mengalir keluar ketika memotong daging. Dan Ibn Yunus berkata: Perbezaan antara sedikit darah dan banyak darah ialah bahawa setiap yang haram dimakan, maka tidak sah solat dengannya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan darah yang mengalir, berdasarkan firman-Nya: ﴿أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا﴾ Maka ini menunjukkan bahawa darah yang tidak mengalir adalah halal dan suci, dan hal itu kerana keperluan (darurat) yang menimpa manusia dalam perkara ini; kerana daging tidak terlepas — walaupun dibasuh — daripada masih berbaki sedikit darah. Aisyah binti Abu Bakar pula telah berkata: “Jika sedikit darah diharamkan, nescaya manusia akan menyelidik apa yang ada dalam urat-urat. Dan sesungguhnya kami dahulu memasak daging, sedangkan kuahnya kelihatan kekuningan (kesan darah) dipermukaannya.” Kerana itu dibezakan antara darah yang sedikit dengan yang najis lain yang sedikit, di mana najis selain darah yang sedikit adalah haram memakan dan meminumnya.”
