SDI 1970: Apakah Gunung-ganang Mendengar Zikir Manusia Kepada Allah?

Soalan:

Ustaz apakah gunung-ganang mendengar zikir manusia kepada Allah SWT?

Jawapan:

Gunung-ganang dan semua makhluk mendengar zikirullah yang tuturkan oleh manusia dan mereka memahaminya.

Dalam riwayat Abdullah ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd (hlm. 112), dan oleh Al-Bayhaqi dalam Syu‘ab al-Iman (2/73), daripada Mis‘ar -مِسْعَر -, daripada Abdullah bin Wasil -عَبْد اللَّهِ بْنِ وَاصِلٍ -, daripada ‘Awn bin Abdullah -عَوْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ -, bahawa Ibn Masud رضي الله عنه berkata:

إِنَّ الْجَبَلَ يَقُولُ لِلْجَبَلِ: يَا فُلَانُ، هَلْ مَرَّ بِكَ الْيَوْمَ ذَاكِرٌ لِلَّهِ تَعَالَى؟ فَإِنْ قَالَ: نَعَمْ، سُرَّ بِهِ، ثُمَّ قَرَأَ عَبْدُ اللَّهِ: (وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا، لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا)، قَالَ: أَفَتَرَاهُنَّ يَسْمَعْنَ الزُّورَ، وَلَا يَسْمَعْنَ الْخَيْرَ؟

“Sesungguhnya sebuah gunung berkata kepada gunung yang lain: “Wahai fulan, apakah terdapat hari ini seseorang yang berzikir kepada Allah Ta‘ala melalui kamu? Jika gunung yang ditanya itu menjawab: “Ya, maka gunung itu bergembira dengan jawapan tersebut.” Kemudian Abdullah bin Mas‘ud membaca firman Allah dalam Al-Qur'an: “Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Sungguh kamu semua (mereka yang kafir) telah membawa sesuatu yang sangat mungkar. Hampir-hampir langit pecah kerananya, bumi terbelah, dan gunung-ganang runtuh hancur, kerana mereka mendakwa bagi Tuhan Yang Maha Pemurah memiliki seorang anak.” (Maryam: 88–91). Lalu Ibn Mas‘ud berkata: “Adakah kamu menyangka gunung-gunung itu mendengar perkara batil tetapi tidak mendengar perkara yang baik?”

Dalam sanad riwayat ini terdapat Abdullah bin Wasil yang majhul. Al-Bukhari menyebutnya dalam al-Tarikh al-Kabir (5/219) dan Ibn Abi Hatim dalam al-Jarh wa al-Ta‘dil (5/192), namun kedua-duanya tidak memberi penilaian jelas terhadapnya -وسكتا عنه -.

Riwayat ini juga datang melalui jalan lain daripada Mis‘ar daripada ‘Awn tanpa perantara, sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir (9/107), dengan katanya; menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Ali al-Sa’igh - مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيٍّ الصَّائِغُ-, menceritakan kepada kami daripada Sa‘id bin Mansur -سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ -, menceritakan kepada kami Sufyan, daripada Mis‘ar, daripada ‘Awn bin Abdullah, daripada Ibn Mas‘ud رضي الله عنه, beliau berkata:

إِنَّ الْجَبَلَ لَيُنَادِي الْجَبَلَ بِاسْمِهِ: أَيْ فُلَانُ، هَلْ مَرَّ بِكَ الْيَوْمَ أَحَدٌ ذَكَرَ اللهَ؟ فَإِذَا قَالَ: نَعَمْ، اسْتَبْشَر"، قَالَ عَوْنٌ: " فَيَسْتَمِعْنَ الشَّرَّ وَلَا يَسْتَمِعْنَ الْخَيْرَ؟ هُنَّ لِلْخَيْرِ أَسْمَعُ، وَقَرَأَ: (وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا

“Sesungguhnya sebuah gunung memanggil gunung yang lain dengan namanya: “Wahai fulan, adakah hari ini terdapat seseorang yang melalui kamu yang mengingati Allah? Jika gunung itu menjawab: “Ya, maka ia bergembira.” ‘Awn berkata: “Adakah mereka mendengar perkara buruk tetapi tidak mendengar perkara baik? Bahkan mereka lebih mendengar kepada perkara baik.” Kemudian beliau membaca ayat: “Dan mereka berkata: “(Allah) Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat besar (dahsyat). Hampir-hampir langit pecah kerananya, dan bumi terbelah, serta gunung-ganang runtuh hancur lebur; kerana mereka mendakwa bagi (Allah) Yang Maha Pemurah itu mempunyai anak.” (Surah Maryam, ayat 88–91)

Sanad ini para perawinya adalah thiqat (dipercayai). Al-Haythami berkata:

رواه الطبراني، ورجاله رجال الصحيح

“Diriwayatkan oleh al-Tabarani, dan para perawinya adalah perawi al-Sahih.” (Majma’ al-Zawa’id, 10/79).

Riwayat ini dengan sanad yang sama, juga diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dalam Syu‘ab al-Iman (2/175), dan oleh Qiwam al-Sunnah dalam al-Targhib wa al-Tarhib (2/182).

Ia juga diriwayatkan oleh Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf (19/346) melalui jalan ‘Isa bin Yunus, daripada Mis‘ar, daripada ‘Awn bin Abdullah bin ‘Utbah, bahawa beliau berkata: Abdullah berkata:

إِنَّ الْجَبَلَ لَيُنَادِي بِالْجَبَلِ: هَلْ مَرَّ بِكَ الْيَوْمَ مِنْ ذَاكِرٍ لِلَّهِ

“Sesungguhnya gunung memanggil gunung yang satu lagi: Adakah hari ini melalui kamu seorang yang berzikir kepada Allah?”

Namun ‘Awn tidak pernah mendengar secara langsung daripada Ibn Mas‘ud, maka sanad ini terputus (munqati‘).

Abu Zur'ah al-Iraqi menjelaskan bahawa riwayat ‘Awn daripada Ibn Mas‘ud adalah mursal, sebagaimana disebut oleh Al-Tirmidhi dan Al-Daraqutni dalam Tuhfah al-Tahsil (hlm. 251).

Walau bagaimanapun, al-Bayhaqi meriwayatkan dalam Syu‘ab al-Iman dengan menyebut perantara antara ‘Awn dan Ibn Mas‘ud, iaitu melalui ayahnya, dengan katanya: “Telah mengkhabarkan kepada kami Abu ‘Abdillah al-Hafiz, beliau berkata: telah menceritakan kepada kami Muhammad ibn Ya'qub al-Shaybani, beliau berkata: telah menceritakan kepada kami Muhammad ibn Abd al-Wahhab, beliau berkata: telah mengkhabarkan kepada kami Ja'far ibn Awn, beliau berkata: telah mengkhabarkan kepada kami Abu al-'Umays -أَبُو الْعُمَيْسِ -, daripada ‘Awn, daripada ayahnya yang berkata: Ibn Mas‘ud berkata:

إِنَّ الْجَبَلَ يُنَادِي الْجَبَلَ بِاسْمِهِ يَا فُلَانُ هَلْ مَرَّ بِكَ الْيَوْمَ لِلَّهِ ذَاكِرٌ؟ اسْتِبْشَارًا بِذِكْرِ اللهِ

“Sesungguhnya gunung memanggil gunung yang lain dengan namanya: “Wahai fulan, adakah hari ini melalui kamu seorang yang berzikir kepada Allah? (Ia bergembira) dengan zikir kepada Allah.”

Terdapat juga riwayatkan secara mauquf kepada ‘Awn dari perkataannya sendiri, bukan daripada Ibn Mas‘ud. Ia diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim seperti yang terdapat dalam Tafsir Ibn Kathir (17/266) dan Abu al-Shaykh dalam al-‘Azamah -العظمة-, dan selain mereka berdua, daripada Sufyan, daripada Mis‘ar, daripada ‘Awn bin Abdillah yang berkata:

إِنَّ الْجَبَلَ لَيُنَادِي الْجَبَلَ بِاسْمِهِ: أَيْ فُلَانُ، هَلْ مَرَّ بِكَ الْيَوْمَ أَحَدٌ ذَكَرَ اللهَ؟ فَإِذَا قَالَ: نَعَمْ، اسْتَبْشَرَ

Sanad Ibn Abi Hatim zahirnya sahih, sebagaimana disebut oleh Ibn Kathir dengan katanya:

قال ابن أبي حاتم: حدثنا محمد بن عبد الله بن سويد المقبري، حدثنا سفيان بن عيينة، حدثنا مسعر، عن عون بن عبد الله، قَالَ: " إِنَّ الْجَبَلَ لَيُنَادِي الْجَبَلَ ...".

Berkata Ibn Abi Hatim: Telah menceritakan kepada kami Muhammad ibn Abd Allah ibn Suwayd al-Maqbari, beliau berkata: telah menceritakan kepada kami Sufyan ibn Uyaynah, beliau berkata: telah menceritakan kepada kami Mis'ar ibn Kidam, daripada ‘Awn bin Abdullah, beliau berkata: “Sesungguhnya sebuah gunung benar-benar memanggil gunung yang lain…”

Kesimpulannya, terdapat perbincangan dan keraguan tentang kesahihan riwayat ini daripada Ibn Mas‘ud kerana perbezaan sanad dan riwayatnya. Namun memadai dalam makna ini bahawa ia sabit daripada Ibn ‘Awn atau daripada sebahagian salaf yang lain.

Secara umum, percakapan gunung seperti ini tidak mustahil, kerana telah sabit bahawa makhluk seperti gunung juga mempunyai bentuk “ucapan” yang kita tidak fahami. Allah berfirman dalam Al-Qur'an:

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا 

“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikulnya dan merasa takut daripadanya, lalu manusia yang memikulnya...” (al-Ahzab: 72).

Dan firman-Nya lagi:

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada-Nya, dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka...” (al-Isra’: 44).


Cetak  
Wallahu a'lam