Keputusan Majma’ al-Fiqh al-Islami al-Duwli Mengenai Penyembelihan (الذبائح)

Keputusan Majma’ al-Fiqh al-Islami al-Duwli Mengenai Penyembelihan (الذبائح)

3 Julai 1997

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, penutup para nabi, serta ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya.

Keputusan No.: 95 (10/3)

Mengenai Penyembelihan

Sesungguhnya Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islami al-Duwli yang bersidang dalam persidangan ke-10 di Jeddah, Arab Saudi, pada 23–28 Safar 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997M,

Setelah meneliti kertas-kertas kajian berkaitan penyembelihan, mendengar perbincangan yang berlangsung dengan penyertaan para fuqaha, doktor dan pakar makanan, serta mengambil kira bahawa penyembelihan (tazkiyah) adalah perkara yang tertakluk kepada hukum syarak yang sabit dengan al-Quran dan al-Sunnah, dan memelihara hukum-hukumnya merupakan satu bentuk komitmen terhadap syiar Islam yang membezakan orang Islam daripada selainnya, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang solat seperti solat kami, menghadap kiblat kami, dan memakan sembelihan kami, maka dia adalah seorang Muslim yang mendapat jaminan Allah dan Rasul-Nya.”

Majlis memutuskan seperti berikut:

Pertama: Penyembelihan yang sah menurut syarak berlaku dengan salah satu cara berikut:

  1. Sembelihan (الذبح). Ia terlaksana dengan memotong halkum, mari’ (saluran makanan) dan dua urat leher (الودجين). Ini adalah cara yang paling utama bagi kambing, lembu, ayam dan seumpamanya, dan juga harus untuk selainnya.
  2. Nahr -النحر- (penyembelihan unta): ia terlaksana dengan menusuk di bahagian labah (lekuk di pangkal leher). Ini cara yang paling utama bagi unta dan seumpamanya, dan juga harus bagi lembu.
  3. ‘Aqr -العقر- (melukai): ia terlaksana dengan melukai haiwan yang tidak dapat ditangkap pada mana-mana bahagian tubuhnya, sama ada haiwan liar yang halal diburu atau haiwan jinak yang menjadi liar. Jika pemburu mendapatinya masih hidup, wajib disembelih -الذبح- atau dinahr.

Kedua: Syarat sah penyembelihan

  1. Penyembelih mestilah baligh atau mumayyiz, Muslim atau ahli kitab (Yahudi atau Nasrani). Tidak halal sembelihan orang musyrik, atheis, Majusi, murtad dan selain ahli kitab.
  2. Penyembelihan mesti menggunakan alat tajam yang memotong dengan ketajamannya, sama ada daripada besi atau selainnya yang dapat mengalirkan darah, kecuali gigi dan kuku.

Maka tidak halal:

  • Haiwan mati tercekik -المنخنقة – sama ada akibat perbuatannya sendiri atau perbuatan orang lain.
  • Haiwan dipukul hingga mati -الموقوذة – iaitu yang hilang nyawanya kerana dipukul dengan sesuatu seperti batu, kayu atau seumpamanya.
  • Haiwan jatuh -المتردية – iaitu yang mati kerana terjatuh dari tempat tinggi atau ke dalam lubang.
  • Haiwan mati ditanduk -النطيحة – iaitu yang mati kerana ditanduk.
  • Haiwan dimakan binatang buas. Iaitu haiwan yang telah diterkam oleh mana-mana binatang buas atau burung pemangsa yang tidak terlatih untuk berburu bukan yang diajar dan dilepaskan untuk tujuan memburu.

Kecuali jika sempat disembelih ketika masih hidup dengan kehidupan yang stabil.

  1. Menyebut nama Allah ketika menyembelih. Tidak memadai dengan rakaman suara. Jika tertinggal kerana terlupa, sembelihan tetap halal.

Ketiga: Adab penyembelihan

Islam menekankan ihsan dan rahmat terhadap haiwan sebelum, semasa dan selepas sembelihan:

  • Tidak menajamkan pisau di hadapan haiwan yang hendak disembelih.
  • Tidak menyembelih di hadapan haiwan lain.
  • Tidak menggunakan alat tumpul.
  • Tidak menyeksa haiwan.
  • Tidak memotong anggota sebelum mati.
  • Tidak melapah atau merendam dalam air panas atau mencabut bulu sebelum pasti mati.

Keempat: Kesihatan haiwan

Haiwan hendaklah bebas daripada penyakit berjangkit atau yang merosakkan daging dan memudaratkan pemakan, terutama bagi yang dijual atau diimport.

Kelima: Isu “stunning” (pelalian haiwan)

(أ) Asal hukum dalam penyembelihan secara syarie ialah dilakukan tanpa proses stunning haiwan, kerana kaedah penyembelihan Islam dengan syarat-syarat dan adab-adabnya merupakan cara yang paling sempurna, lebih belas kasihan terhadap haiwan, lebih baik dari sudut penyembelihannya, serta lebih mengurangkan penderitaannya. Sehubungan itu, pihak-pihak yang menjalankan penyembelihan dituntut supaya mempertingkat dan membangunkan kaedah penyembelihan, khususnya bagi haiwan bersaiz besar, agar prinsip asal ini dapat direalisasikan dengan sebaik-baiknya.

(ب) Dengan mengambil kira apa yang telah dinyatakan dalam perenggan (أ) di atas, maka haiwan yang disembelih selepas melalui proses pelalian (stunning) dianggap sah penyembelihannya menurut syarak dan halal dimakan, apabila dipenuhi syarat-syarat teknikal yang memastikan bahawa haiwan tersebut tidak mati sebelum disembelih. Syarat-syarat tersebut telah ditetapkan oleh para pakar pada masa kini seperti berikut:

  1. Kedua-dua elektrod elektrik hendaklah dikenakan pada bahagian pelipis (kedua-dua sisi kepala), atau pada arah dahi ke belakang kepala (oksipital).
  2. Voltan elektrik hendaklah berada dalam lingkungan 100 hingga 400 volt.
  3. Kekuatan arus elektrik hendaklah antara 0.75 hingga 1.0 ampere bagi kambing, dan antara 2 hingga 2.5 ampere bagi lembu.
  4. Arus elektrik tersebut hendaklah dikenakan dalam tempoh antara 3 hingga 6 saat.

(ج) Tidak dibenarkan melakukan proses pelalian (stunning) terhadap haiwan yang hendak disembelih dengan menggunakan pistol penembak berjarum tembus (captive bolt), atau dengan kapak, atau tukul, dan juga tidak dibenarkan dengan kaedah hembusan (air blowing) mengikut cara Inggeris.

(د) Tidak dibenarkan melakukan pelalian (stunning) terhadap unggas dengan kejutan elektrik, kerana telah terbukti melalui pengalaman bahawa cara tersebut menyebabkan sebahagian besar daripadanya mati sebelum sempat disembelih.

(هـ) Tidak diharamkan haiwan yang disembelih selepas melalui proses pelalian (stunning) dengan menggunakan gas karbon dioksida (CO₂) yang dicampur dengan udara atau oksigen, atau dengan menggunakan pistol berkepala bulat, selagi kaedah tersebut tidak menyebabkan haiwan itu mati sebelum disembelih.

Keenam

Umat Islam di negara bukan Islam hendaklah berusaha mendapatkan kebenaran menyembelih tanpa stunning melalui saluran undang-undang.

Ketujuh

Harus bagi mereka yang menziarahi negara bukan Islam atau yang bermukim di sana memakan sembelihan ahli kitab jika diyakini tiada unsur haram, kecuali jika terbukti tidak disembelih secara syarie.

Kelapan

Asal hukum ialah penyembelihan (tazkiyah) bagi unggas dan selainnya dilakukan oleh tangan penyembelih sendiri. Namun, tidak mengapa menggunakan mesin mekanikal dalam penyembelihan unggas, selagi syarat-syarat penyembelihan syarie yang disebut dalam perenggan (Kedua) dipenuhi. Memadai (sah) membaca bismillah bagi setiap kumpulan haiwan yang disembelih secara berterusan; sekiranya proses itu terhenti, maka hendaklah diulang semula bacaan tersebut.

Kesembilan

(أ) Jika daging diimport dari negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada Ahli Kitab, dan haiwan disembelih di rumah sembelih moden dengan mengambil kira syarat-syarat penyembelihan syarie yang telah dijelaskan dalam perenggan (kedua), maka daging tersebut adalah halal, berdasarkan firman Allah: “Dan makanan ahli kitab itu halal bagi kamu.” (al-Ma’idah: 5)

(ب) Daging yang diimport dari negara yang majoriti penduduknya bukan daripada Ahli Kitab adalah haram, kerana kuat sangkaan bahawa penyembelihannya dilakukan oleh pihak yang tidak sah sembelihannya menurut syarak.

(ج) Daging yang diimport dari negara yang disebut dalam perenggan (ب) ini, jika disembelih secara syarie di bawah pengawasan badan Islam yang diiktiraf dan penyembelihnya seorang Muslim atau Ahli Kitab, maka daging tersebut adalah halal.

Pesanan Majlis:

Pertama: Usaha di peringkat kerajaan-kerajaan Islam terhadap pihak berkuasa bukan Islam di negara yang terdapat umat Islam, supaya disediakan kemudahan penyembelihan mengikut cara syarak tanpa menggunakan kaedah pelalian (stunning).

Kedua: Bagi memastikan penghapusan secara menyeluruh masalah yang timbul daripada pengimportan daging dari negara bukan Islam, hendaklah diambil kira perkara-perkara berikut:

(a) Berusaha membangunkan sumber ternakan di negara-negara Islam bagi mencapai keperluan sendiri (sara diri).

(b) Mengehadkan sedaya mungkin, pengimportan daging kepada negara-negara Islam sahaja.

(c) Mengimport haiwan ternakan dalam keadaan hidup dan menyembelihnya di negara-negara Islam bagi memastikan syarat-syarat penyembelihan secara syarie dipatuhi

(d) Memohon kepada Pertubuhan Kerjasama Islam agar memilih satu badan Islam yang bersatu untuk memikul tanggungjawab pemantauan terhadap daging import, dengan menubuhkan sebuah agensi yang menjalankan tugas secara langsung dalam bidang ini, serta memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusannya. Di samping itu, hendaklah digubal garis panduan terperinci berkaitan syarat-syarat penyembelihan secara syarie, serta sistem pemantauan dan penyeliaan terhadap tugas tersebut. Hal ini dilaksanakan dengan bantuan pakar syariah dan teknikal, dan daging yang diluluskan oleh pihak berkenaan hendaklah diletakkan tanda dagangan yang berdaftar di peringkat antarabangsa dalam daftar cap dagangan yang dilindungi oleh undang-undang.

(e) Berusaha menghadkan urusan pemantauan kepada badan yang disebut dalam perenggan (d) ini, serta berusaha mendapatkan pengiktirafan semua negara Islam supaya pemantauan itu dipusatkan kepadanya.

(f) Sehingga cadangan yang dinyatakan dalam perenggan (d) ini dapat direalisasikan, hendaklah para pengeksport dan pengimport daging memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat penyembelihan secara syarie bagi daging yang dieksport ke negara-negara Islam, supaya mereka tidak menyebabkan umat Islam terjatuh ke dalam perkara haram akibat sikap sambil lewa dalam mengimport daging tanpa memastikan kesahihan penyembelihannya.

 

------------------------------ Teks Asal Fatwa ---------------------------------

قرار بشأن الذبائح

3 يوليو، 1997

 

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد خاتم النبيين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

قرار رقم: 95 (10/3)[1]

بشأن الذبائح

إن مجلس مجمع الفقه الإسلامي الدولي المنعقد في دورة مؤتمره العاشر بجدة بالمملكة العربية السعودية خلال الفترة من 23-28 صفر 1418هـ الموافق 28 حزيران (يونيو) -3 تموز (يوليو) 1997م،

بعد اطلاعه على البحوث المقدمة في موضوع الذبائح، واستماعه للمناقشات التي دارت حول الموضوع بمشاركة الفقهاء والأطباء وخبراء الأغذية، واستحضاره أن التذكية من الأمور التي تخضع لأحكام شرعية ثبتت بالكتاب والسنة، وفي مراعاة أحكامها التزام بشعائر الإسلام وعلاماته التي تميز المسلم من غيره، حيث قال النبي صلى الله عليه وسلم: «من صلى صلاتنا، واستقبل قبلتنا، وأكل ذبيحتنا، فذلك المسلم الذي له ذمة الله ورسوله».

قرر ما يلي:

أولًاالتذكية الشرعية تتم بإحدى الطرق التالية:

1- الذبح، ويتحقق بقطع الحلقوم والمريء والودجين. وهي الطريقة المفضلة شرعًا في تذكية الغنم والبقر والطيور ونحوها، وتجوز في غيرها.

2- النحر، ويتحقق بالطعن في اللبة، وهي الوهدة (الحفرة) التي في أسفل العنق، وهي الطريقة المفضلة شرعًا في تذكية الإبل وأمثالها، وتجوز في البقر.

3- العقر، ويتحقق بجرح الحيوان غير المقدور عليه في أي جزء من بدنه، سواء الوحشي المباح صيده، والمتوحش من الحيوانات المستأنسة. فإن أدركه الصائد حيًّا وجب عليه ذبحه أو نحره.

ثانيًايشترط لصحة التذكية ما يلي:

1- أن يكون المذكي بالغًا أو مميزًا، مسلمًا أو كتابيًّا (يهوديًّا أو نصرانيًّا)، فلا تؤكل ذبائح الوثنيين، واللادينيين، والملحدين، والمجوس، والمرتدين، وسائر الكفار من غير الكتابيين.

2- أن يكون الذبح بآلة حادة تقطع وتفري بحدها، سواء كانت من الحديد أم من غيره مما ينهر الدم، ما عدا السن والظفر.

فلا تحل المنخنقة بفعلها أو بفعل غيرها، ولا الموقوذة: وهي التي أزهقت روحها بضربها بمثل (حجر أو هراوة أو نحوهما)، ولا المتردية: وهي التي تموت بسقوطها من مكان عال، أو بوقوعها في حفرة، ولا النطيحة: وهي التي تموت بالنطح، ولا ما أكل السبع: وهو ما افترسه شيء من السباع أو الطيور الجارحة غير المعلمة المرسلة على الصيد.

على أنه إذا أدرك شيء مما سبق حيًا حياة مستقرة فذكى جاز أكله.

3- أن يذكر المذكي اسم الله تعالى عند التذكية. ولا يكتفي باستعمال آلة تسجيل لذكر التسمية، إلا أن من ترك التسمية ناسيا فذبيحته حلال.

ثالثًاللتذكية آداب نبهت إليها الشريعة الإسلامية للرفق والرحمة بالحيوان قبل ذبحه، وفي أثناء ذبحه، وبعد ذبحه:

فلا تحد آلة الذبح أمام الحيوان المراد ذبحه، ولا يذبح حيوان بمشهد حيوان آخر، ولا يذكى بآلة غير حادة، ولا تعذب الذبيحة، ولا يقطع أي جزء من أجزائها ولا تسلخ ولا تغطس في الماء الحار ولا ينتف الريش إلا بعد التأكد من زهوق الروح.

رابعًاينبغي أن يكون الحيوان المراد تذكيته خاليا من الأمراض المعدية، ومما يغير اللحم تغييرا يضر بآكله، ويتأكد هذا المطلب فيما يطرح في الأسواق، أو يستورد.

خامسًا:

(‌أ) الأصل في التذكية الشرعية أن تكون بدون تدويخ للحيوان، لأن طريقة الذبح الإسلامية بشروطها وآدابها هي الأمثل، رحمة بالحيوان وإحسانا لذبحته وتقليلا من معاناته، ويُطلب من الجهات القائمة بالذبح أن تطور وسائل ذبحها بالنسبة للحيوانات الكبيرة الحجم، بحيث تحقق هذا الأصل في الذبح على الوجه الأكمل.

(‌ب) مع مراعاة ما هو مبين في البند (أ) من هذه الفقرة، فإن الحيوانات التي تذكى بعد التدويخ ذكاة شرعية يحل أكلها إذا توافرت الشروط الفنية التي يتأكد بها عدم موت الذبيحة قبل تذكيتها، وقد حددها الخبراء في الوقت الحالي بما يلي:

1- أن يتم تطبيق القطبين الكهربائيين على الصدغين أو في الاتجاه الجبهي-القذالي (القفوي).

2- أن يتراوح الفولطاج ما بين (100-400 فولت).

3- أن تتراوح شدة التيار ما بين (0.75 إلى 1.0 أمبير) بالنسبة للغنم، وما بين (2 إلى 2.5 أمبير) بالنسبة للبقر.

4- أن يجري تطبيق التيار الكهربائي في مدة تتراوح ما بين (3 إلى 6 ثوان).

(‌ج) لا يجوز تدويخ الحيوان المراد تذكيته باستعمال المسدس ذي الإبرة الواقذة أو بالبلطة أو بالمطرقة، ولا بالنفخ على الطريقة الإنجليزية.

(‌د) لا يجوز تدويخ الدواجن بالصدمة الكهربائية، لما ثبت بالتجربة من إفضاء ذلك إلى موت نسبة غير قليلة منها قبل التذكية.

(‌ه) لا يحرم ما ذكي من الحيوانات بعد تدويخه باستعمال مزيح ثاني أكسيد الكربون مع الهواء أو الأكسجين أو باستعمال المسدس ذي الرأس الكروي بصورة لا تؤدي إلى موته قبل تذكيته.

سادسًاعلى المسلمين المقيمين في البلاد غير الإسلامية أن يسعوا بالطرق القانونية للحصول على الإذن لهم بالذبح على الطريقة الإسلامية بدون تدويخ.

سابعًايجوز للمسلمين الزائرين لبلاد غير إسلامية أو المقيمين فيها، أن يأكلوا من ذبائح أهل الكتاب ما هو مباح شرعًا، بعد التأكد من خلوها مما يخالطها من المحرمات، إلا إذا ثبت لديهم أنها لم تُذَكَّ تذكيةً شرعيةً.

ثامنًاالأصل أن تتم التذكية في الدواجن وغيرها بيد المذكي، ولا بأس باستخدام الآلات الميكانيكية في تذكية الدواجن ما دامت شروط التذكية الشرعية المذكورة في الفقرة (ثانيًا) قد توافرت، وتجزيء التسمية على كل مجموعة يتواصل ذبحها، فإن انقطعت أعيدت التسمية.

تاسعًا:

(أ) إذا كان استيراد اللحوم من بلاد غالبية سكانها من أهل الكتاب وتذبح حيواناتها في المجازر الحديثة بمراعاة شروط التذكية الشرعية المبينة في الفقرة (ثانيًا) فهي لحوم حلال لقوله تعالى: (وطعام الذين أوتوا الكتاب حل لكم)[المائدة:5].

(ب) اللحوم المستوردة من بلاد غالبية سكانها من غير أهل الكتاب محرمة، لغلبة الظن بأن إزهاق روحها وقع ممن لا تحل تذكيته.

(ج) اللحوم المستوردة من البلاد المشار إليها في البند (ب) من هذه الفقرة إذا تمت تذكيتها تذكية شرعية تحت إشراف هيئة إسلامية معتمدة وكان المذكي مسلمًا أو كتابيًّا فهي حلال.

ويوصي المجمع بما يلي:

أولًاالسعي على مستوى الحكومات الإسلامية لدى السلطات غير الإسلامية التي يعيش في بلادها مسلمون، لكي توفر لهم فرص الذبح بالطريقة الشرعية بدون تدويخ.

ثانيًالتحقيق التخلص نهائيًّا من المشكلات الناجمة عن استيراد اللحوم من البلاد غير الإسلامية ينبغي مراعاة ما يلي:

(أ) العمل على تنمية الثروة الحيوانية في البلاد الإسلامية لتحقيق الاكتفاء الذاتي.

(ب) الاقتصار ما أمكن على البلاد الإسلامية في استيراد اللحوم.

(ج) استيراد المواشي حية وذبحها في البلاد الإسلامية للتأكد من مراعاة شروط التذكية الشرعية.

(د) الطلب إلى منظمة المؤتمر الإسلامي اختيار جهة إسلامية موحدة تتولى مهمة المراقبة للحوم المستوردة، بإيجاد مؤسسة تتولى العمل المباشر في هذا المجال، مع التفرغ التام لشؤونه، ووضع لوائح مفصلة عن كل من شروط التذكية الشرعية، وتنظيم المراقبة والإشراف على هذه المهمة. وذلك بالاستعانة بخبراء شرعيين وفنيين، وأن توضع على اللحوم المقبولة من الإدارة علامة تجارية مسجلة عالمية في سجل العلامات التجارية المحمية قانونيًا.

(ه) العمل على حصر عملية المراقبة بالجهة المشار إليها في البند (د) من هذه الفقرة والسعي إلى اعتراف جميع الدول الإسلامية بحصر المراقبة فيها.

(و) إلى أن تتحقق التوصية المبينة في البند (د) من هذه الفقرة يُطلب من مصدري اللحوم ومستورديها ضمان الالتزام بشروط التذكية الشرعية فيما يصدر إلى البلاد الإسلامية حتى لا يوقعوا المسلمين في الحرام بالتساهل في استيراد اللحوم دون التثبت من شرعية تذكيتها.

والله الموفق؛؛


Cetak  
Wallahu a'lam