Soalan:
Jika seorang berihram umrah dalam musim haji dengan niat untuk melakukan haji tamattu‘. Setelah selesai melakukan umrah, dia keluar ke Jeddah atau ke Taif, atau ke kawasan luar miqat. Adakah dia masih dianggap melakukan tamattu’ apabila dia kembali semula ke Mekah dan menyempurnakan hajinya?
Jawapan:
Di bawah ini saya sertakan jawapan daripada al-Syeikh ‘Abdul ‘aziz ibn Baz RH:
الصواب أنه لا يخرج بهذا عن التمتع، إذا دخل مكة متمتعًا بعد رمضان، محرمًا بالعمرة، وقصده الحج، ثم بعد الفراغ من العمرة خرج إلى الطائف، أو إلى جدة لبعض الحاجات، فالصواب أنه يبقى على تمتعه. وقال بعض أهل العلم: إنه إذا خرج مسافة قصر ورجع بالحج محرمًا؛ فإنه يكون بذلك قد نقض تمتعه، ويكون مفردًا إذا رجع من الميقات مسافة القصر من... مثلًا، أو من غيره من المواقيت ... بالحج صار مفردًا، هذا قاله جماعة من أهل العلم. والأقرب، إن شاء الله، والأظهر: أنه بهذه التصرفات بين الحج، والعمرة لا يكون مفردًا، بل يبقى على تمتعه إلا إذا رجع إلى بلاده، إذا رجع إلى بلاده، ثم جاء بحج مفردًا؛ فإنه يكون مفردًا، ولا دم عليه يروى هذا عن عمر، وابنه -رضي الله عنهما- وهو قول عامة أهل العلم.
“Pendapat yang benar ialah dia tidak terkeluar daripada hukum tamattu‘ dengan sebab itu. Jika dia masuk ke Mekah sebagai orang yang melakukan tamattu’ selepas Ramadan dalam keadaan berihram umrah dan berniat untuk menunaikan haji, kemudian setelah selesai umrah dia keluar ke Taif atau ke Jeddah kerana beberapa keperluan, maka yang benar ialah dia masih kekal sebagai orang yang melakukan tamattu’. Sebahagian ulama pula berkata: jika dia keluar sejauh مسافة قصر (jarak yang membolehkan qasar solat), kemudian kembali semula dalam keadaan berihram haji, maka dengan sebab keluarnya itu tamattu‘nya telah terbatal, dan apabila dia kembali semula ke Mekah dari miqat sejauh مسافة قصر, dari… sebagai contoh atau selainnya dalam keadaan berihram haji, maka dia menjadi orang yang melakukan haji ifrad. Pendapat ini disebut oleh sebahagian ulama. Namun pendapat yang lebih dekat kepada kebenaran, insya-Allah, dan yang lebih zahir ialah bahawa dengan pergerakan-pergerakan seperti ini yang dilakukan antara haji dan umrah, tidak menjadikan dia seorang mufrid (seorang yang melakukan haji ifrad), bahkan dia tetap kekal sebagai seorang yang melakukan tamattu’, kecuali jika dia kembali ke negerinya. Jika dia kembali ke negaranya, kemudian datang semula untuk menunaikan haji secara ifrad, maka ketika itu dia menjadi seorang mufrid dan tidak dikenakan dam. Pendapat ini diriwayatkan daripada Umar ibn al-Khattab dan anaknya Abdullah ibn Umar رضي الله عنهما, dan ia juga merupakan pendapat majoriti ulama.” (Sumber Fatwa: https://binbaz.org.sa/fatwas/1536/حكم-من-احرم-متمتعا-وخرج-الى-جدة-او-غيره dilihat pada: 12/5/2026. 1054 AM)
