SDI 1974: Hakikat Sujud Seluruh Makhluk Kepada Allah

Soalan:
Dalam Surah al-Hajj ayat 18 disebut tentang sujudnya haiwan-haiwan melata. Bagaimanakah bentuk sujud tersebut?

Jawapan:

Setiap makhluk tunduk kepada Allah dan beribadah kepada-Nya dengan cara yang sesuai dengan keadaan dan sifatnya. Matahari, bulan, bintang, pokok dan haiwan semuanya tunduk kepada Allah, bertasbih kepada-Nya dan bersujud kepada-Nya. Setiap satu mempunyai bentuk pengabdian yang sesuai bagi dirinya kepada Allah عز وجل. Di bawah ini adalah huraiannya.

Alam semesta ini, bersama seluruh makhluk yang ada di dalamnya, semuanya memperhambakan diri kepada Allah sama ada secara pilihan -اختيارا - ataupun secara paksaan -إكراها-. Orang mukmin beribadah kepada Allah dengan pilihan sendiri lalu diberi ganjaran atas ibadahnya kepada-Nya. Adapun orang kafir, walaupun mereka lari daripada Tuhannya dan meninggalkan ibadah kepada-Nya, namun zarah-zarah tubuhnya dan segala yang ada padanya tetap beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى, bahkan bertasbih kepada-Nya. Akan tetapi, kerana keterbatasan akal dan pancaindera kita, kita tidak dapat merasakan atau memahami tasbih tersebut.

Allah Ta‘ala berfirman:

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيماً غَفُوراً

“Langit yang tujuh, bumi dan segala yang ada di dalamnya bertasbih kepada-Nya. Tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Isra’: 44)

Maksudnya ialah setiap makhluk tunduk kepada Allah dan beribadah kepada-Nya dengan ibadah yang sesuai dengan keadaan dan sifatnya. Matahari, bulan, bintang, pokok dan haiwan semuanya tunduk kepada Allah, bertasbih kepada-Nya dan bersujud kepada-Nya. Setiap satu mempunyai bentuk pengabdian yang sesuai dengan dirinya kepada Allah عز وجل.

Allah Ta‘ala berfirman:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الأَرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوُابُّ وَكَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ وَمَنْ يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُكْرِمٍ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ

“Tidakkah engkau melihat bahawa kepada Allah bersujud setiap yang berada di langit dan setiap yang berada di bumi, juga matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pokok-pokok, haiwan-haiwan melata dan ramai manusia? Dan ramai pula yang berhak mendapat azab. Dan sesiapa yang dihina oleh Allah maka tiada siapa yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah melakukan apa yang Dia kehendaki.” (Surah al-Hajj: 18)

Dan Allah Ta‘ala juga berfirman:

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى مَا خَلَقَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ يَتَفَيَّأُ ظِلالُهُ عَنِ الْيَمِينِ وَالشَّمَائِلِ سُجَّداً لِلَّهِ وَهُمْ دَاخِرُونَ*وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ دَابَّةٍ وَالْمَلائِكَةُ وَهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ

“Tidakkah mereka melihat kepada makhluk-makhluk yang diciptakan Allah, yang bayang-bayangnya condong ke kanan dan ke kiri dalam keadaan bersujud kepada Allah sedang mereka tunduk hina? Dan kepada Allah bersujud segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi daripada makhluk yang melata serta para malaikat, dan mereka tidak menyombongkan diri.” (Surah al-Nahl: 48-49)

Ibn Kathir berkata:

يُخْبِرُ تَعَالَى عَنْ عَظَمَتِهِ وَجَلَالِهِ وَكِبْرِيَائِهِ الَّذِي خَضَعَ لَهُ كُلُّ شَيْءٍ، ودانت له الأشياء والمخلوقات بأسرها، جماداتها وَحَيَوَانَاتُهَا وَمُكَلَّفُوهَا مِنَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ وَالْمَلَائِكَةِ، فَأَخْبَرَ أَنَّ كُلَّ مَا لَهُ ظِلٍّ يَتَفَيَّأُ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ، أَيْ بُكْرَةً وَعَشِيًّا فَإِنَّهُ سَاجِدٌ بِظِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى. قَالَ مُجَاهِدٌ: إِذَا زَالَتِ الشَّمْسُ سَجَدَ كُلُّ شَيْءٍ لِلَّهِ عز وجل

“Allah Ta‘ala mengkhabarkan tentang keagungan, kebesaran dan kemuliaan-Nya yang menyebabkan segala sesuatu tunduk kepada-Nya dan seluruh makhluk patuh kepada-Nya; sama ada benda pejal, haiwan ataupun makhluk mukallaf daripada manusia, jin dan malaikat. Maka Allah memberitahu bahawa segala sesuatu yang mempunyai bayang-bayang yang bergerak ke kanan dan ke kiri, iaitu pada waktu pagi dan petang, semuanya bersujud kepada Allah Ta‘ala. Mujahid berkata: Apabila matahari tergelincir, maka segala sesuatu sujud kepada Allah عز وجل.”

Allah سبحانه وتعالى menetapkan adanya sujud bagi seluruh makhluk, dan menerangkan bentuk sujud sebahagian dari makhluk tersebut iaitu melalui pergerakan bayang-bayangnya ke kanan dan kiri. Tidak semestinya sujud mereka itu dilakukan dengan tujuh anggota seperti sujud manusia Muslim, kerana itu merupakan bentuk sujud khusus bagi manusia. Adapun sujud makhluk lain, maka setiap makhluk mempunyai bentuk sujud yang sesuai dengannya.

Hakikat bahawa sujud ini adalah sujud yang sebenar dapat difahami daripada zahir nas ayat tersebut. Selagi tiada dalil sahih yang menghalang daripada memahami ayat itu menurut zahirnya, maka wajib berpegang dengannya. Hal ini juga dikuatkan oleh penyebutan sujud matahari, bulan, bintang, pokok dan haiwan bersama sujud malaikat dan manusia, yang menunjukkan bahawa semuanya benar-benar bersujud dengan cara masing-masing.

Ibn Taymiyyah berkata:

والسجود من جنس القنوت فإن السجود الشامل لجميع المخلوقات هو المتضمن لغاية الخضوع والذل وكل مخلوق فقد تواضع لعظمته وذل لعزته واستسلم لقدرته ولا يجب أن يكون سجود كل شيء مثل سجود الإنسان على سبعة أعضاء ووضع جبهة في رأس مدور على التراب فإن هذا سجود مخصوص من الإنسان ومن الأمم من يركع ولا يسجد وذلك سجودها كما قال تعالىادخلوا الباب سجدا وقولوا حطة وإنما قيل ادخلوه ركعا ومنهم من يسجد على جنب كاليهود فالسجود اسم جنس ولكن لما شاع سجود الآدميين المسلمين صار كثير من الناس يظن أن هذا هو سجود كل أحد كما في لفظ القنوت

“Sujud termasuk dalam jenis qunut (ketundukan). Sujud yang meliputi seluruh makhluk ialah ketundukan dan kehinaan yang paling sempurna. Setiap makhluk telah merendahkan diri kepada kebesaran Allah, tunduk kepada kemuliaan-Nya dan menyerah kepada kekuasaan-Nya. Tidak semestinya sujud setiap makhluk sama seperti sujud manusia dengan tujuh anggota dan meletakkan dahi di atas tanah. Itu hanyalah bentuk sujud khusus bagi manusia. Ada umat yang rukuk tanpa sujud, dan itulah bentuk sujud mereka sebagaimana firman Allah: ‘Masuklah kamu ke pintu itu sambil bersujud,’ yakni dengan rukuk. Ada juga yang sujud di sisi tubuh seperti orang Yahudi. Maka sujud ialah suatu istilah umum, tetapi apabila sujud orang Islam menjadi kebiasaan yang diketahui ramai, sebahagian manusia menyangka itulah satu-satunya bentuk sujud.” (Jami' al-Rasa'il 1/27)

Beliau juga berkata:

معلوم أن سجود كل شيء بحسبه ليس سجود هذه المخلوقات وضع جباهها على الأرض.

“Telah diketahui bahawa sujud setiap makhluk adalah menurut keadaannya masing-masing; bukanlah sujud makhluk-makhluk itu dengan meletakkan dahi mereka di bumi.” (Majmu' al-Fatawa 21/284)

Termasuk dalam makna sujud ini ialah kesempurnaan ketundukan semua makhluk tersebut kepada Allah, kepatuhan mereka kepada-Nya, kehinaan mereka di bawah rububiyyah, kemuliaan dan kekuasaan-Nya. Ibn al-Qayyim berkata:

وهو سجود الذل والقهر والخضوع فكل أحد خاضع لربوبيته ذليل لعزته مقهور تحت سلطانه تعالى

“Ia adalah sujud kehinaan, paksaan dan ketundukan. Setiap makhluk tunduk kepada rububiyyah-Nya, hina di bawah kemuliaan-Nya dan dikuasai di bawah kerajaan-Nya.” (Madarij al-Salikin 1/107)

Sujud makhluk-makhluk ini juga merupakan sujud hakiki yang sesuai dengan sifat makhluk tersebut. Sujud manusia sesuai dengan keadaannya, iaitu dengan bentuk menggunakan tujuh anggota. Sujud matahari pula sesuai dengan keadaannya, sebagaimana disebut dalam hadis sahih daripada Abu Dharr al-Ghifari bahawa Nabi bersabda kepadanya ketika matahari terbenam:

أَتَدْرِي أَيْنَ تَذْهَبُ ؟ قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَفَإِنَّهَا تَذْهَبُ حَتَّى تَسْجُدَ تَحْتَ الْعَرْشِ فَتَسْتَأْذِنَ فَيُؤْذَنُ لَهَا وَيُوشِكُ أَنْ تَسْجُدَ فَلَا يُقْبَلَ مِنْهَا وَتَسْتَأْذِنَ فَلا يُؤْذَنَ لَهَا يُقَالُ لَهَا ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ فَتَطْلُعُ مِنْ مَغْرِبِهَا فَذَلِكَ قَوْلُهُ تَعَالَى : وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

“Tahukah engkau ke mana matahari pergi?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya ia pergi sehingga sujud di bawah Arasy, lalu meminta izin dan diizinkan baginya. Hampir tiba masanya ia sujud tetapi tidak diterima daripadanya, dan ia meminta izin tetapi tidak diizinkan baginya. Lalu dikatakan kepadanya: ‘Kembalilah dari tempat engkau datang.’ Maka ia pun terbit dari sebelah barat.” Kemudian Baginda membaca firman Allah: “Dan matahari berjalan pada tempat peredarannya. Demikianlah ketentuan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Riwayat Al-Bukhari no. 3199)

Maka sujud matahari adalah sujud yang sebenar dan sesuai dengan hakikat matahari. Adapun bagaimana ia bersujud di bawah Arasy, maka Allah سبحانه lebih mengetahui tentang caranya. Zahir hadis ini menunjukkan bahawa makna sujud bukan sekadar tunduk kepada perintah Allah dan patuh kepada-Nya, bahkan ia adalah suatu bentuk ketundukan, kehinaan, kepasrahan dan sujud yang hakiki, cuma kita tidak mengetahui bagaimana caranya.

Demikian juga halnya dengan bulan, pokok, haiwan dan seluruh makhluk lain. Setiap satunya mempunyai bentuk sujud yang sesuai dan layak bagi diri mereka. Maka wajib bagi seorang mukmin untuk tidak menjadikan tidak tahunya kita tentang cara sujud sebahagian makhluk sebagai penghalang untuk membenarkan dan beriman terhadap hakikat sujud tersebut. Bahkan wajib bagi setiap muslim beriman dengan apa yang Allah khabarkan tentang sujud seluruh makhluk kepada-Nya سبحانه وتعالى.


Cetak  
Wallahu a'lam