SDI 1976: Penjelasan Tentang Dam Kerana Melakukan Larangan Ihram

Soalan:

Mohon ustaz terangkan tentang dam jika melakukan kesalahan dalam ihram haji atau umrah. Terima kasih ustaz

Jawapan:

Di bawah ini saya terjemahkan secara mafhum penjelasan dari kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi‘i 2/160-166

Kecacatan Dalam Haji

Kecacatan dalam haji berlaku disebabkan perkara-perkara berikut:

Sebab pertama: Meninggalkan sesuatu yang diperintahkan, tetapi syarak mengizinkan jemaah haji meninggalkannya dengan syarat membayar fidyah.

Sebab kedua: Meninggalkan salah satu daripada lima perkara wajib haji.

Sebab ketiga: Meninggalkan salah satu rukun haji. Ia sama ada meninggalkan wuquf di Arafah atau meninggalkan rukun-rukun lain. Setiap satunya mempunyai hukum tersendiri.

Sebab keempat: Melakukan sesuatu daripada larangan-larangan ihram.

Maka kecacatan dalam haji hanya berlaku kerana empat sebab ini. Sebab-sebab ini berbeza kesannya; sebahagiannya boleh ditampung dengan fidyah, dan sebahagiannya tidak boleh ditampung dengan apa-apa. Kita mulakan dengan perincian setiap satu daripadanya.

Sebab pertama:

Seseorang meninggalkan perkara yang diperintahkan, tetapi syarak mengizinkan jemaah haji meninggalkannya dengan syarat fidyah. Sebab ini terbatas pada keadaan seseorang menunaikan haji secara tamattu’ atau qiran, kerana yang diperintahkan pada asalnya dalam mazhab al-Syafi‘i ialah haji ifrad. Namun, tidak ada halangan untuk seseorang berihram secara tamattu’ atau qiran, dengan syarat dia menyembelih hadyu sebagai gantinya, iaitu seekor kambing yang sah dijadikan korban. Jika dia tidak memperoleh kambing atau harganya, dia hendaklah berpuasa tiga hari ketika haji dan tujuh hari apabila pulang, berdasarkan firman Allah Taala:

﴿فَمَن تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ﴾

Maksudnya: “Maka sesiapa yang bertamattu‘ dengan melakukan umrah hingga haji, maka wajiblah dia menyembelih hadyu yang mudah diperoleh. Sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari apabila kamu kembali.”

Jika dia tidak berpuasa tiga hari ketika haji, dia hendaklah berpuasa tiga hari itu apabila pulang kepada keluarganya, dan hendaklah dipisahkan antara tiga hari tersebut dengan tujuh hari itu dengan kadar empat hari serta tempoh yang memungkinkan perjalanan pulang kepada keluarganya.

Sebab kedua:

Seseorang meninggalkan sesuatu daripada perkara-perkara wajib haji, seperti tidak berihram dari miqat, meninggalkan lontaran, meninggalkan bermalam di Muzdalifah, meninggalkan bermalam di Mina, atau meninggalkan tawaf wada‘.

Sesiapa yang meninggalkan salah satu daripada wajib-wajib haji ini, maka dia telah mencacatkan hajinya. Untuk menampung kecacatan ini, wajib atasnya menyembelih seekor kambing jika perkara itu mudah baginya. Jika tidak dapat, maka menurut pendapat asah, wajib atasnya berpuasa tiga hari ketika haji dan tujuh hari apabila pulang kepada keluarganya.

Sebab ketiga:

Meninggalkan salah satu rukun haji. Ia sama ada meninggalkan wuquf di Arafah atau meninggalkan salah satu daripada rukun-rukun yang lain.

Pertama: meninggalkan wuquf di Arafah. Hal ini menyebabkan wajib perkara-perkara berikut:

A - Menyembelih dam, seperti dam orang yang bertamattu’, atau berpuasa jika dam tidak dapat diperoleh.

B - Bertahallul dengan umrah, iaitu melakukan amalan-amalan umrah kemudian bertahallul. Walaupun begitu, umrah tersebut tidak dikira sebagai umrah yang menggugurkan kewajipan.

C - Mengqada haji tersebut, sama ada haji tersebut haji fardu atau haji sunat. Qada itu hendaklah dilakukan dengan segera, iaitu pada tahun berikutnya. Tidak boleh ditangguhkan kecuali kerana uzur.

Tiada perbezaan dalam hal ini antara meninggalkan wuquf di Arafah kerana uzur seperti tidur, lupa dan seumpamanya, atau tanpa uzur.

Kedua: meninggalkan salah satu rukun lain, seperti meninggalkan tawaf ifadah, sa‘i atau bercukur. Maka perkara-perkara ini tidak ada ruang untuk ditampung dengan dam. Kecacatan itu tidak terangkat melainkan dengan melakukan sendiri perkara yang ditinggalkan itu. Ertinya, haji kekal tergantung sehingga dia menunaikan perkara tersebut, walaupun masa telah terlalu panjang dan waktu telah berlalu.

Sebab keempat:

Seseorang melakukan sesuatu daripada larangan-larangan ihram, seperti mencukur rambut, memotong kuku, memakai pakaian berjahit dan seterusnya. Maka sesiapa yang melakukan sesuatu daripada larangan-larangan ihram, wajib atasnya menampung kecacatan yang terhasil daripada perbuatan itu dengan cara berikut:

Pertama: Jika larangan yang dilakukan itu ialah mencukur rambut, memotong kuku, memakai pakaian berjahit, memakai wangian, menutup kepala, atau mubasyarah selain jimak, maka wajib atasnya salah satu daripada perkara berikut:

A - Menyembelih seekor kambing yang sah dijadikan korban.

B - Memberi makan kepada enam orang miskin, setiap seorang sebanyak setengah sa’.

C - Berpuasa tiga hari.

Dia diberi pilihan (مخير) untuk melakukan salah satu daripada tiga perkara ini, dengan syarat rambut yang dicukur tidak kurang daripada tiga helai, atau kuku yang dipotong tidak kurang daripada tiga kuku. Jika kurang daripada itu, maka bagi sehelai rambut atau satu kuku dikenakan satu mud makanan, dan bagi dua helai rambut atau dua kuku dikenakan dua mud.

Kedua: Jika larangan yang dilakukan oleh jemaah haji itu ialah jimak, maka wajib dia menyembelih seekor unta. Jika tidak mendapatinya, unta itu dinilai dengan dirham, dan nilai itu diambil berdasarkan harga di Mekah. Kemudian dirham tersebut dinilai pula dengan makanan untuk disedekahkan. Jika dia juga tidak memperoleh nilai unta tersebut, maka makanan itu dikira dengan mud-mud — satu mud ialah sepenuh genggaman dua tangan — dan bagi setiap mud dia berpuasa sehari.

Ketiga: Adapun jika larangan itu ialah memburu, maka dilihat:

  1. Jika haiwan yang diburu itu mempunyai bandingan dalam binatang ternakan, maka wajib menyembelih bandingannya daripada binatang ternakan. Maka bagi buruan burung unta dikenakan seekor unta, bagi lembu liar dan keldai liar dikenakan seekor lembu, bagi kijang dikenakan seekor kambing betina, dan seterusnya.
  2. Jika haiwan itu tidak terdapat nukilan daripada para sahabat mengenainya, dan bandingannya daripada binatang ternakan tidak diketahui, maka wajib merujuk dalam perkara itu kepada keputusan dua orang yang adil daripada kalangan yang berpengalaman, berdasarkan firman Allah Taala:

﴿لاَ تَقْتُلُواْ الصَّيْدَ وَأَنتُمْ حُرُمٌ وَمَن قَتَلَهُ مِنكُم مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاء مِّثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ يَحْكُمُ بِهِ ذَوَا عَدْلٍ مِّنكُمْ﴾

Maksudnya: “Janganlah kamu membunuh binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah binatang ternakan yang sebanding dengan apa yang dibunuhnya, yang ditentukan oleh dua orang yang adil antara kamu.”

  1. Adapun jika haiwan itu termasuk jenis yang tidak mempunyai bandingan, maka wajib mengeluarkan nilainya ketika itu dan menyedekahkannya kepada fakir miskin. Dalam menentukan nilai tersebut, hendaklah dirujuk kepada keputusan dua orang yang adil daripada kalangan yang berpengalaman.
  2. Dikecualikan daripada semua itu ialah burung merpati dan seumpamanya daripada haiwan yang berterbangan/berlegar. Maka bagi seekor daripadanya dikenakan seekor kambing biri-biri atau kambing biasa. Hal ini dinukilkan daripada para sahabat رضوان الله عليهم. Pendapat yang sahih ialah sandaran mereka dalam perkara itu ialah ketetapan yang diterima daripada Rasulullah .

Itulah asas fidyah dalam perburuan. Kemudian, jika haiwan itu mempunyai bandingan, pemburu diberi pilihan dalam denda kerosakan -جزاء الإتلاف- tersebut antara menyembelih bandingannya daripada binatang ternakan sebagaimana yang telah disebutkan, lalu disedekahkan dagingnya kepada fakir miskin Tanah Haram sahaja; atau menilai bandingan tersebut dengan dirham lalu menyedekahkan makanan yang menyamai nilainya kepada mereka; atau berpuasa sehari bagi setiap satu mud.

Dalilnya ialah firman Allah Taala:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْتُلُواْ الصَّيْدَ وَأَنتُمْ حُرُمٌ وَمَن قَتَلَهُ مِنكُم مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاء مِّثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ يَحْكُمُ بِهِ ذَوَا عَدْلٍ مِّنكُمْ هَدْيًا بَالِغَ الْكَعْبَةِ أَوْ كَفَّارَةٌ طَعَامُ مَسَاكِينَ أَو عَدْلُ ذَلِكَ صِيَامًا﴾ المائدة ٩٥

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah binatang ternakan yang sebanding dengan apa yang dibunuhnya, yang ditentukan oleh dua orang yang adil antara kamu, sebagai hadyu yang sampai ke Kaabah, atau kaffarah berupa makanan kepada orang miskin, atau gantinya dengan berpuasa.” (al-Ma’idah: 95)

Adapun haiwan yang tidak mempunyai bandingan, maka dia bersedekah dengan nilai yang ditentukan oleh dua orang pakar yang adil, atau berpuasa sehari bagi setiap satu mud daripada nilai tersebut.

Jelas dari huraian ini menunjukkan bahawa fidyah meninggalkan wajib ialah fidyah tertib (فدية مرتبة): menyembelih terlebih dahulu, jika tidak mampu maka bersedekah, dan jika tidak mampu maka berpuasa. Manakala fidyah melakukan larangan ialah fidyah pilihan (فدية مخيرة). Jika mahu, dia menyembelih; jika mahu, dia memberi makan; dan jika mahu, dia berpuasa. Itu berdasarkan perincian yang telah disebutkan.

Selain itu, perlu dijelaskan bahawa melakukan korban adalah sunat bagi jemaah haji sebagaimana ia sunat bagi selainnya. Waktunya bermula selepas melontar hingga akhir hari-hari tasyrik.

Dam-dam yang wajib dalam haji dan perkara yang menggantikannya:

A - Menyembelih dam, seperti dam tamattu‘, atau berpuasa jika tidak mampu mendapatkan dam.

B - Bertahallul dengan umrah, iaitu melakukan amalan-amalan umrah kemudian bertahallul. Namun begitu, umrah tersebut tidak dikira sebagai umrah yang menggugurkan kewajipan (Umrah Islam).

C - Mengqada haji tersebut, sama ada ihram tersebut untuk haji fardu atau ihram haji sunat. Qada itu hendaklah dilakukan dengan segera, iaitu pada tahun berikutnya, dan tidak boleh ditangguhkan kecuali kerana uzur.

Tiada perbezaan dalam hal ini antara orang yang meninggalkan wuquf di Arafah kerana uzur seperti tidur, terlupa dan seumpamanya, atau tanpa uzur.

Kedua: iaitu meninggalkan salah satu rukun, seperti meninggalkan tawaf ifadah, sa‘i atau bercukur. Maka dalam perkara ini tidak ada ruang bagi jubran (gantiannya dengan dam), dan kecacatan itu tidak terangkat melainkan dengan melakukan sendiri perkara yang ditinggalkan itu. Ertinya, haji itu kekal tergantung sehingga dia melaksanakan perkara tersebut, walaupun masa telah lama berlalu dan tempoh telah panjang.

Sebab yang keempat:

Seseorang melakukan sesuatu daripada larangan-larangan ihram yang telah dijelaskan sebelum ini, seperti mencukur rambut, memotong kuku, memakai pakaian berjahit dan sebagainya. Maka sesiapa yang melakukan sesuatu daripada larangan tersebut, wajib atasnya menampung kecacatan yang terhasil daripada perbuatan itu dengan cara berikut:

Pertama: Jika larangan ihram yang dilakukan itu ialah mencukur rambut, memotong kuku, memakai pakaian berjahit, memakai wangian, menutup kepala atau melakukan mubasyarah (bermesra dengan syahwat) selain jimak, maka wajib atasnya salah satu daripada perkara berikut:

A - Menyembelih seekor kambing yang sah dijadikan korban.

B - Memberi makan kepada enam orang miskin, setiap seorang sebanyak setengah sa‘.

C - Berpuasa selama tiga hari. Dia boleh memilih salah satu daripada tiga perkara tersebut, dengan syarat rambut yang dicukur tidak kurang daripada tiga helai, atau kuku yang dipotong tidak kurang daripada tiga kuku. Jika kurang daripada itu, maka bagi sehelai rambut atau satu kuku dikenakan satu mud makanan, dan bagi dua helai rambut atau dua kuku dikenakan dua mud.

Kedua: Jika larangan ihram yang dilakukan oleh jemaah haji ialah jimak, maka wajib dia menyembelih seekor unta. Jika tidak mampu, maka unta itu dinilai dengan dirham (dan penilaian itu berdasarkan harga di Mekah), kemudian wang itu dinilai pula dengan makanan untuk disedekahkan. Jika dia juga tidak mampu mendapatkan nilai unta tersebut, maka makanan itu diukur dengan mud-mud (satu mud ialah sepenuh dua tapak tangan yang dirapatkan), dan bagi setiap satu mud dia berpuasa sehari.

Ketiga: Adapun jika larangan itu ialah memburu binatang, maka dilihat:

1 - Jika binatang yang diburu itu mempunyai bandingan daripada binatang ternakan, maka wajib menyembelih yang sebanding dengannya daripada binatang ternakan. Maka bagi buruan burung unta dikenakan seekor unta, bagi lembu liar dan keldai liar dikenakan seekor lembu, bagi kijang dikenakan seekor kambing betina, dan seterusnya.

2 - Jika binatang itu tidak terdapat riwayat daripada para sahabat mengenainya, dan tidak diketahui bandingannya daripada binatang ternakan, maka wajib dirujuk kepada keputusan dua orang yang adil dan pakar berdasarkan firman Allah Taala:

﴿لاَ تَقْتُلُواْ الصَّيْدَ وَأَنتُمْ حُرُمٌ وَمَن قَتَلَهُ مِنكُم مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاء مِّثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ يَحْكُمُ بِهِ ذَوَا عَدْلٍ مِّنكُمْ﴾

“Janganlah kamu membunuh binatang buruan ketika kamu dalam ihram. Dan sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah binatang ternakan yang sebanding dengan apa yang dibunuh itu, yang ditentukan oleh dua orang yang adil antara kamu.”

3 - Adapun jika binatang itu termasuk yang tiada bandingan baginya, maka wajib dikeluarkan nilainya, kemudian disedekahkan kepada fakir miskin. Penentuan nilai itu dirujuk kepada keputusan dua orang yang adil lagi pakar.

4 - Dikecualikan daripada semua itu ialah burung merpati dan seumpamanya yang selalu berlegar-legar. Maka pada seekor daripadanya dikenakan seekor kambing biri-biri atau kambing biasa. Hal ini dinukilkan daripada para sahabat رضي الله عنهم, dan pendapat yang sahih ialah sandaran mereka dalam perkara itu ialah tauqif daripada Rasulullah .

Itulah asal fidyah dalam perburuan. Kemudian, jika binatang itu mempunyai bandingan, maka pemburu boleh memilih dalam ganti rugi kerosakan tersebut antara:

  • menyembelih bandingannya daripada binatang ternakan sebagaimana yang telah disebutkan lalu disedekahkan kepada fakir miskin Tanah Haram sahaja,
  • atau menilai bandingan itu dengan wang dirham lalu bersedekah makanan yang menyamai nilainya kepada mereka,
  • atau berpuasa sehari bagi setiap satu mud.  

Dalilnya ialah firman Allah Taala:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْتُلُواْ الصَّيْدَ وَأَنتُمْ حُرُمٌ وَمَن قَتَلَهُ مِنكُم مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاء مِّثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ يَحْكُمُ بِهِ ذَوَا عَدْلٍ مِّنكُمْ هَدْيًا بَالِغَ الْكَعْبَةِ أَوْ كَفَّارَةٌ طَعَامُ مَسَاكِينَ أَو عَدْلُ ذَلِكَ صِيَامًا﴾ المائدة ٩٥

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan ketika kamu dalam ihram. Dan sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah binatang ternakan yang sebanding dengan apa yang dibunuh itu, yang ditentukan oleh dua orang yang adil antara kamu sebagai hadyu yang sampai ke Kaabah, atau kaffarah dengan memberi makan kepada orang miskin, atau gantinya dengan berpuasa.” (al-Ma’idah: 95)

Adapun yang tidak mempunyai bandingan, maka dia bersedekah dengan nilai yang diputuskan oleh dua orang pakar yang adil, atau berpuasa sehari bagi setiap satu mud daripada nilai tersebut.

Jelas daripada apa yang telah disebutkan bahawa fidyah meninggalkan wajib haji ialah fidyah yang tersusun (مرتّبة): menyembelih terlebih dahulu, jika tidak mampu maka bersedekah, dan jika tidak mampu maka berpuasa. Manakala fidyah kerana melakukan larangan ihram ialah fidyah pilihan (مخّيرة). Jika mahu, dia menyembelih, atau memberi makan, atau berpuasa.

Dan perlu dijelaskan bahawa korban ialah sunat bagi orang yang menunaikan haji sebagaimana selainnya. Waktunya bermula selepas melontar hingga akhir hari-hari tasyrik.

Dam-dam yang wajib dalam haji dan perkara yang menggantikannya:

Dam-dam yang wajib dalam haji terbahagi kepada lima bahagian:

Bahagian pertama: Dam tertib dan ditentukan kadarnya (المرتب المقدر). Ini wajib apabila meninggalkan salah satu wajib haji. Maka jika seseorang meninggalkan salah satu wajib haji, wajib atasnya terlebih dahulu menyembelih seekor kambing yang sah untuk korban, atau satu pertujuh lembu, atau satu pertujuh unta. Jika dia tidak mendapatinya, maka wajib dia berpuasa sebagai gantinya selama sepuluh hari; tiga hari ketika haji dan tujuh hari apabila kembali kepada keluarganya. Termasuk dalam bahagian ini ialah dam tamattu’ dan dam kerana terlepas wuquf, selepas bertahallul dengan umrah.

Bahagian kedua: Pilihan dan ditentukan kadarnya (المخير المقدر). Dam ini wajib apabila melakukan larangan seperti mencukur rambut, memotong kuku dan seumpamanya. Maka wajib atas orang yang melakukan demikian menyembelih seekor kambing, atau berpuasa tiga hari, atau memberi tiga sa’ makanan gandum atau barli kepada enam orang miskin Tanah Haram, bagi setiap seorang setengah sa’. Dan memadai untuk mewajibkan fidyah ini dengan mencabut tiga helai rambut atau memotong tiga kuku.

Bahagian ketiga: Pilihan dan berdasarkan penilaian (المخير المعدّل). Dam ini ialah yang wajib apabila memotong tumbuhan atau membunuh binatang buruan. Maka sesiapa yang melakukan demikian, wajib atasnya — jika binatang buruan itu mempunyai bandingan atau keserupaan rupa (الصوري) — menyembelih bandingannya itu di Tanah Haram, atau membeli bijirin untuk penduduk Tanah Haram sebanyak nilainya lalu mengagihkannya kepada mereka, atau berpuasa sehari bagi setiap satu mud.

Jika haiwan buruan yang telah dibunuh itu tiada baginya haiwan bandingan yang sama, maka orang tersebut boleh memilih antara memberi makan atau berpuasa. Kecuali burung merpati, maka pada seekor merpati dikenakan seekor kambing.

Bahagian keempat: Tertib dan berdasarkan penilaian (المرتب المعدَّل). Iaitu dam yang wajib kerana ihsar. Maka sesiapa yang dihalang daripada menunaikan haji setelah dia berihram, wajib atasnya terlebih dahulu menyembelih seekor kambing di tempat dia dihalang. Jika tidak mampu, maka hendaklah dia memberi makanan sebanyak nilai dam tersebut dan diagihkan kepada fakir miskin. Jika tidak mampu memberi makan, dia berpuasa sehari bagi setiap satu mud.

Bahagian kelima: Juga tertib dan berdasarkan penilaian (المرتب المعدل). Ini khusus bagi orang yang melakukan jimak. Maka sesiapa yang melakukan jimak sebelum tahallul, wajib atasnya menyembelih seekor unta. Jika tidak mampu, wajib atasnya menyembelih seekor lembu. Jika tidak mampu, wajib atasnya menyembelih tujuh ekor kambing -سبع شياه-. Jika tidak mampu juga, dia memberi makan kepada penduduk Tanah Haram dengan nilai seekor unta. Jika tidak mampu memberi makan, dia berpuasa sehari bagi setiap satu mud.

Penyembelihan dan serta pemberian makanan ini tidak sah melainkan di Tanah Haram. Adapun puasa, maka dia boleh berpuasa di mana sahaja yang dia kehendaki.

Dimaksudkan dengan “tertib” (المرتب) dalam dam-dam ini ialah tidak boleh berpindah kepada dam kedua kecuali apabila tidak mampu melakukan yang pertama. Ini berlawanan dengan “pilihan” (المخير), kerana pilihan diserahkan kepadanya untuk melakukan mana yang dia kehendaki.

Dimaksudkan dengan “ditentukan kadarnya” (المقدّر/التقدير) ialah syarak telah menentukan gantian (البدل) yang berpindah kepadanya sama ada secara tertib (الترتيب) atau pilihan (التخيير). Lawannya ialah “penilaian” (التعديل/المعدل), yang bermaksud syarak memerintahkan supaya dilakukan penilaian harga (التقويم) dan berpindah (العدول) kepada gantian lain berdasarkan nilai tersebut.

Syeikh Sharaf al-Din Yahya al-‘Umriti -العمريطي- telah menghimpunkan perbahasan tentang dam-dam tersebut dalam manzumnya Nazm al-Ghayah wa al-Taqrib dengan katanya:

وسائر الدماء في الإحرام ... محصورة في خمسة أقسام فالأول المرتب المقدر ... بترك أمر واجب ويجبر بذبح شاةٍ أولًا وصاما ... للعجز عنه عشرة أيام ثلاثة في الحج في محله ... وسبعة إذا أتى لأهله ثاني الدما مخيري مقدر ... بنحو حلق من أمور تخطرُ فالشاة أو ثلاثة أيام ... يصومها أو آصع طعام لستةٍ هم من مساكين الحرم ... لكل شخص نصف صاع منه تم ثالثها مخير معدل ... يقطع نبت أو بصيد يقتل فإن يكن للصيد مثل في النعم ... فليذبح المثل ابتداء في الحرم أو يشتري لأهل ذلك الحرم ... حبا بقدر ما له من القيم أو يعدل الأمداد منه صوما ... يصومه عن كل مد يوما وخيروا في الصوم والإطعام في ... إتلاف صيد حيث مثله تفي رابعها مرتب معدل ... فواجب بالحصر حيث يحصل دم فإن لم يستطع فليطعم ... قوتا يرى بقدر قيمة الدم وصام عند العجز عن إطعام ... ما يعدل الأمداد من أيام خامسها يختص بالمجامع ... مرتب معدل كالرابع لكن هنا البعير قبل معتبر ... وبعده للعجز رأس من بقر وعند عجز عن سبع من غنم ... ثم الطعام يشترى عند العدم بقيمة البعير حيثما وجد ... وعدله من الصيام إن فقد ولم يجب كون الصيام في الحرم ... والهدي والإطعام فيه ملتزم

“Dan segala dam dalam ihram… Terhimpun dalam lima bahagian.

Pertama: al-Murattabu lagi al-Muqaddar… Kerana meninggalkan wajib, ia ditampung dengan menyembelih seekor kambing terlebih dahulu, dan puasa… bagi yang tidak mampu, sepuluh hari puasa, tiga hari ketika haji pada tempatnya… dan tujuh hari apabila kembali kepada keluarganya. Kedua: dam pilihan (مخيري) lagi ditentukan (مقدر)… Kerana seperti bercukur daripada perkara larangan, maka seekor kambing, atau tiga hari… dia berpuasa, atau beberapa sa‘ makanan untuk enam orang miskin Tanah Haram… bagi setiap orang setengah sa’ dengan sempurna. Ketiganya: pilihan (مخير) berdasarkan penilaian (معدل)… kerana memotong tumbuhan atau membunuh buruan, jika bagi buruan itu ada keserupaan daripada ternakan… Maka hendaklah dia menyembelih keserupaan tersebut terlebih dahulu di Tanah Haram, atau membeli bijirin untuk penduduk Tanah Haram… Menurut kadar nilainya atau menggantikan setiap mud dengan puasa, dia berpuasa sehari bagi setiap satu mud, dan mereka diberi pilihan antara puasa dan memberi makan… pada merosakkan (إتلاف) buruan yang tiada bandingannya. Keempatnya: tertib (مرتب) berdasarkan penilaian (معدل)… Maka wajib kerana ihsar ketika berlaku Dam, jika tidak mampu maka hendaklah memberi makan… makanan asasi menurut kadar nilai dam dan berpuasa ketika tidak mampu memberi makan menurut jumlah mud berupa hari-hari puasa… Kelimanya: khusus bagi orang yang bersetubuh, tertib berdasarkan penilaian (مرتب معدل) seperti yang keempat, tetapi di sini unta didahulukan sebagai yang diiktibar, selepas itu bagi yang tidak mampu seekor lembu, ketika tidak mampu, tujuh ekor kambing kemudian makanan dibeli ketika tiada kemampuan dengan nilai seekor unta di mana sahaja didapati… dan gantinya dengan puasa jika tiada, dan tidak diwajibkan puasa itu di Tanah Haram… sedangkan hadyu dan pemberian makanan wajib dilakukan di situ.”


Cetak  
Wallahu a'lam