Soalan:
Benarkah wanita yang berhaid dan bernifas dilarang berwudhu?
Jawapan:
Haram bagi wanita yang berhaid atau bernifas berwudhu dengan niat beribadat setelah mengetahui pengharaman ini. Tidak haram jika ia berniat untuk bersuci. Kata Syamsuddin al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj 1/330:
وَمِمَّا يَحْرُمُ عَلَيْهَا الطَّهَارَةُ عَنْ الْحَدَثِ بِقَصْدِ التَّعَبُّدِ مَعَ عِلْمِهَا بِالْحُرْمَةِ لِتَلَاعُبِهَا، فَإِنْ كَانَ الْمَقْصُودُ مِنْهَا النَّظَافَةَ كَأَغْسَالِ الْحَجِّ
“Antara perkara yang haram ke atas wanita berhaid itu ialah bersuci daripada hadas dengan tujuan ibadah, sedangkan dia mengetahui pengharamannya, kerana perbuatannya itu dianggap mempermain-mainkan (syariat). Adapun jika tujuan bersuci itu adalah untuk kebersihan, seperti mandi-mandi sunat haji, maka (tidak haram).
Al-Imam al-Nawawi menyebut illah larangan ini dalam Syarh Sahih Musim 3/218 dengan katanya:
وَأَمَّا أَصْحَابُنَا فَإِنَّهُمْ مُتَّفِقُونَ عَلَى أَنَّهُ لَا يُسْتَحَبُّ الْوُضُوءُ لِلْحَائِضِ وَالنُّفَسَاءِ لِأَنَّ الْوُضُوءَ لَا يُؤَثِّرُ فِي حَدَثِهِمَا فَإِنْ كَانَتِ الْحَائِضُ قَدِ انْقَطَعَتْ حَيْضَتُهَا صَارَتْ كَالْجُنُبِ وَاللَّهُ أَعْلَمُ
Adapun para ulama mazhab kami (Syafi‘iyyah), maka mereka bersepakat bahawa tidak disunatkan berwuduk bagi wanita haid dan nifas, kerana wuduk tidak memberi kesan terhadap hadas kedua-duanya. Namun, jika wanita haid itu telah terhenti haidnya, maka keadaannya menjadi seperti orang junub (sunat berwudhu untuk meringankan hadith). والله أعلم.
