SDI 1979: Hukum Menerima dan Menolak Hadiah Yang Diberikan

Soalan:

Jika seorang sahabat memberi hadiah kepada saya, bolehkah saya menolaknya kerana saya tidak memerlukan hadiah tersebut?

Jawapan:

Menerima hadiah dari seseorang hukumnya adalah sunat. Inilah pandangan majoriti ulama. Oleh itu boleh bagi anda untuk tidak menerima hadiah yang diberikan jika penolakan itu memiliki alasan dan bebas dari keburukan.

Al-Nawawi berkata dalam Syarh Sahih Muslim:

وَاخْتَلَفَ الْعُلَمَاءُ فِيمَنْ جَاءَهُ مَالٌ هَلْ يَجِبُ قَبُولُهُ أَمْ يُنْدَبُ عَلَى ثَلَاثَةٍ مَذَاهِبَ حَكَاهَا أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ جرير الطبرى وآخرون وَالصَّحِيحُ الْمَشْهُورُ الَّذِي عَلَيْهِ الْجُمْهُورُ أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ فِي غَيْرِ عَطِيَّةِ السُّلْطَانِ وَأَمَّا عَطِيَّةُ السُّلْطَانِ فَحَرَّمَهَا قَوْمٌ وَأَبَاحَهَا قَوْمٌ وَكَرِهَهَا قَوْمٌ وَالصَّحِيحُ أَنَّهُ إِنْ غَلَبَ الْحَرَامُ فِيمَا فِي يَدِ السُّلْطَانِ حَرُمَتْ وَكَذَا إِنْ أَعْطَى مَنْ لَا يَسْتَحِقُّ وَإِنْ لَمْ يَغْلِبِ الْحَرَامُ فَمُبَاحٌ إِنْ لم يكن في القابض مانع يمنعه من اسْتِحْقَاقَ الْأَخْذِ وَقَالَتْ طَائِفَةٌ الْأَخْذُ وَاجِبٌ مِنَ السُّلْطَانِ وَغَيْرِهِ وَقَالَ آخَرُونَ هُوَ مَنْدُوبٌ فِي عَطِيَّةِ السُّلْطَانِ دُونَ غَيْرِهِ وَاللَّهُ أَعْلَمُ

“Para ulama berbeza pendapat tentang seseorang yang diberikan harta: adakah wajib dia menerimanya atau hanya sunat? Terdapat tiga mazhab dalam masalah ini yang dinukilkan oleh Muhammad bin Jarir al-Tabari dan selain beliau. Pendapat yang sahih dan masyhur, yang dipegang oleh jumhur ulama, ialah menerima pemberian itu hukumnya sunat pada selain pemberian daripada pemerintah. Adapun pemberian daripada pemerintah, maka sebahagian ulama mengharamkannya, sebahagian mengharuskannya, dan sebahagian lagi memakruhkannya. Pendapat yang sahih ialah: jika harta haram menguasai kebanyakan harta yang berada di tangan pemerintah, maka haramlah menerima pemberiannya. Begitu juga jika pemerintah memberi kepada orang yang tidak berhak menerimanya. Namun jika harta haram tidak menguasai kebanyakan harta pemerintah, maka hukumnya harus, selagi tidak ada pada penerima suatu halangan yang menghalangnya daripada layak menerima pemberian tersebut. Sebahagian ulama pula berpendapat bahawa menerima pemberian itu wajib sama ada daripada pemerintah ataupun selainnya. Dan sebahagian yang lain mengatakan bahawa penerimaan itu sunat pada pemberian pemerintah sahaja, bukan selainnya. Dan Allah lebih mengetahui.”

Hukum asal sunat menerima hadiah ini boleh berubah menurut keadaan. Abu Hurairah RA ada meriwayatkan:

أَنَّ أَعْرَابِيًّا أَهْدَى لِرَسُولِ اللَّهِ - - بَكْرَةً فَعَوَّضَهُ مِنْهَا سِتَّ بَكَرَاتٍ فَتَسَخَّطَ، فَبَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيَّ - ﷺ - فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ: إِنَّ فَلَانًا أَهْدَى إِلَيَّ نَاقَةً فَعَوَّضْتُهُ مِنْهَا سِتَّ بَكَرَاتٍ فَظَلَّ سَاخِطًا، لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ لَا أَقْبَلَ هَدِيَّةً إِلَّا مِنْ قُرَشِيٍّ أَوْ أَنْصَارِيٍّ أَوْ ثَقَفِيٍّ أَوْ دَوْسِيٍّ

“Bahawa seorang Arab Badwi menghadiahkan seekor unta muda kepada Nabi , lalu Baginda membalasnya dengan enam ekor unta muda, tetapi lelaki itu masih tidak berpuas hati. Maka Nabi bersabda: “Sesungguhnya si fulan menghadiahkan kepadaku seekor unta, lalu aku membalasnya dengan enam ekor unta tetapi dia masih tidak puas hati. Aku hampir-hampir tidak mahu menerima hadiah kecuali daripada orang Quraisy, Ansar, Thaqif atau Daus.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Tirmidhi, al-Nasa’i, Abu Dawud dan Ahmad. Dinilai sahih oleh Muhammad Nasiruddin al-Albani)

Al-Mula ‘Ali al-Qari dalam Mirqah al-Mafatih menghuraikan sebab lelaki Badwi itu marah apabila Nabi membalas pemberiannya dengan enam ekor unta muda, berkata:

(فَتَسَخَّطَ) أَيْ: أَظْهَرَ الْأَعْرَابِيُّ السُّخْطَ وَالْغَضَبَ وَاسْتَقَلَّ إِعْطَاءَهُ لِأَنَّ طَمْعَهُ فِي الْجَزَاءِ كَانَ أَكْثَرَ لِمَا سَمِعَ مِنْ جُودِهِ وَفَيْضِ وُجُودِهِ - ﷺ -

“Lalu lelaki Badwi menjadi marah” iaitu dia menunjukkan rasa tidak puas hati, marah, dan menganggap pemberian balas itu sedikit; kerana tamaknya terhadap balasan lebih besar, disebabkan apa yang didengarnya tentang kemurahan dan kelimpahan kedermawanan Nabi .”

Kerana itu dibolehkan seseorang menolak hadiah yang diberikan kepadanya kerana beberapa sebab, seperti dia mengetahui pemberi menghendaki balasan dalam bentuk pertukaran, atau pemberi tidak reda dengan balasan yang biasa sehingga penerimanya terbeban, atau untuk mengelakkan rasa terhutang budi.

Oleh itu Nabi menyebut dihujung hadis:

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ لَا أَقْبَلَ هَدِيَّةً إِلَّا مِنْ قُرَشِيٍّ أَوْ أَنْصَارِيٍّ أَوْ ثَقَفِيٍّ أَوْ دَوْسِيٍّ

“…Aku hampir-hampir tidak mahu menerima hadiah kecuali daripada orang Quraisy, Ansar, Thaqif atau Daus.”

Baginda menyebut kaum yang memang menjadi tabiat mereka sifat pemurah. Mereka memberi dengan penuh keikhlasan tanpa niat buruk lain. Al-Turibishti -التُّورِبِشْتِيُّ- berkata:

كَرِهَ قَبُولَ الْهَدِيَّةِ مِمَّنْ كَانَ الْبَاعِثُ لَهُ عَلَيْهَا طَلَبَ الِاسْتِكْثَارِ، وَإِنَّمَا خَصَّ الْمَذْكُورِينَ فِيهِ بِهَذِهِ الْفَضِيلَةِ لِمَا عُرِفَ فِيهِمْ مِنْ سَخَاوَةِ النَّفْسِ وَعُلُوِّ الْهِمَّةِ وَقَطْعِ النَّظَرِ عَنِ الْأَعْوَاضِ

“Baginda tidak menyukai menerima hadiah daripada orang yang dorongan pemberiannya adalah untuk memperoleh balasan yang lebih banyak. Baginda hanya mengkhususkan kabilah-kabilah yang disebutkan itu dengan kelebihan kerana mereka terkenal dengan kemurahan jiwa, cita-cita yang tinggi, dan tidak memandang kepada balasan atau ganjaran daripada pemberian mereka.”

Al-Tibi berkata:

اعْلَمْ أَنَّ هَذِهِ الْخَصْلَةَ مِنْ رَذَائِلِ الْأَخْلَاقِ وَأَخَسِّهَا وَلِذَلِكَ عَرَّضَ رَسُولُ اللَّهِ - ﷺ - بِالْقَبَائِلِ وَحُسْنِ أَخْلَاقِهَا إِنَّ قَبِيلَةَ هَذَا الْأَعْرَابِيِّ عَلَى خِلَافِهَا، وَنَهَى اللَّهُ حَبِيبَهُ عَنْهَا فِي قَوْلِهِ ﴿وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ﴾ [المدثر: ٦] الْكَشَّافِ، أَيْ: لَا تُعْطِ طَالِبًا لِلتَّكْثِيرِ نَهْيٌ عَنْ الِاسْتِعْرَارِ وَهُوَ أَنْ يَهَبَ شَيْئًا وَهُوَ يَطْمَعُ أَنْ يَتَعَوَّضَ مِنَ الْمَوْهُوبِ لَهُ أَكْثَرَ مِنَ الْمَوْهُوبِ

“Ketahuilah bahawa sifat ini termasuk akhlak yang buruk dan hina. Oleh sebab itu Rasulullah menyenaraikan kabilah-kabilah yang disebutkan yang mempunyai akhlak yang baik, sedangkan kabilah Arab Badwi tersebut sebaliknya. Allah juga melarang kekasih-Nya (Nabi Muhammad ) daripada sifat tersebut melalui firman-Nya: ﴿وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ﴾ “Dan janganlah engkau memberi dengan tujuan mendapatkan balasan yang lebih banyak.” (al-Muddaththir: 6) Menurut penulis al-Kashshaf, maksudnya: Janganlah engkau memberi dengan tujuan memperoleh tambahan yang banyak. Ayat ini melarang perbuatan الاستعرار (al-isti‘rār), iaitu seseorang memberi sesuatu sedangkan dia mengharapkan balasan daripada penerima yang lebih banyak daripada apa yang diberikannya.

Al-Shawkani berkata dalam Nayl al-Awtar 6/9:

وَقَدْ كَانَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ وَالْفَضْلِ يَمْتَنِعُ هُوَ وَأَصْحَابُهُ مِنْ قَبُولِ الْهَدِيَّةِ مِنْ أَحَدٍ أَصْلًا، لَا مِنْ صَدِيقٍ وَلَا مِنْ قَرِيبٍ وَلَا غَيْرِهِمَا، وَذَلِكَ لِفَسَادِ النِّيَّاتِ فِي هَذَا الزَّمَانِ، حَكَى ذَلِكَ ابْنُ رَسْلَانَ

“Sebahagian ahli ilmu dan mereka yang memiliki kemuliaan enggan menerima hadiah daripada sesiapa pun, sama ada sahabat, kerabat atau selainnya, kerana rosaknya niat manusia pada zaman mereka.”

Dari sini dapat diketahui bahawa hukum menerima hadiah berbeza mengikut keadaan pemberi dan penerima. Asalnya, menerima hadiah adalah sunat apabila tiada sebab untuk menolaknya. Nabi bersabda:

لَوْ دُعِيتُ إِلَى ذِرَاعٍ أَوْ كُرَاعٍ لأَجَبْتُ، وَلَوْ أُهْدِيَ إِلَيَّ ذِرَاعٌ أَوْ كُرَاعٌ لَقَبِلْتُ

“Jika aku dijemput kepada hidangan zira’ kaki kambing (bahagian bawah siku) atau kura’ (bahagian bawah lutut) sekalipun, nescaya aku akan memenuhi jemputan itu. Dan jika dihadiahkan kepadaku zira’ kaki kambing atau kura’ kambing sekalipun, nescaya aku akan menerimanya.” Riwayat Al-Bukhari.

Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata dalam Fath al-Bari 9/246:

وفِي الْحَدِيثِ دَلِيلٌ عَلَى حُسْنِ خُلُقِهِ ﷺ وَتَوَاضُعِهِ وَجَبْرِهِ لِقُلُوبِ النَّاسِ وَعَلَى قَبُولِ الْهَدِيَّةِ

“Hadis ini menunjukkan baiknya akhlak Nabi , tawaduk Baginda, menjaga hati manusia dan menerima hadiah.”

Daripada Al-Sa‘b bin Jaththamah al-Laithi -الصَّعْبِ بْنِ جَثَّامَةَ اللَّيْثِيِّ -

أَنَّهُ أَهْدَى لِرَسُولِ اللهِ ﷺ حِمَارًا وَحْشِيًّا وَهُوَ بِالْأَبْوَاءِ أَوْ بِوَدَّانَ، فَرَدَّهُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللهِ ﷺ، قَالَ: فَلَمَّا أَنْ رَأَى رَسُولُ اللهِ ﷺ مَا فِي وَجْهِي، قَالَ: إِنَّا لَمْ نَرُدَّهُ عَلَيْكَ إِلَّا أَنَّا حُرُمٌ

Bahawa beliau pernah menghadiahkan seekor keldai liar kepada Rasulullah ketika Baginda berada di al-Abwa’ atau Waddan, lalu Baginda memulangkannya. Ketika Nabi melihat perubahan pada wajahnya, Baginda bersabda: “Kami tidak menolaknya kecuali kerana kami sedang berihram.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Qadi ‘Iyad berkata dalam Ikmal al-Mu‘lim:

 وفى اعتذار النبي عليه السلام دليل على استحباب قبول هدية الصديق وكراهة ردها لما يقع في نفسه، ألا ترى تطييب النبي عليه السلام قلبه... اهـ.

“Pada tindakan Nabi memberi alasan (ketika menolak hadiah) terdapat dalil tentang sunat menerima hadiah daripada sahabat dan makruhnya menolak hadiah tersebut kerana kesan yang mungkin timbul dalam hati pemberinya. Tidakkah engkau melihat bagaimana Nabi berusaha menenangkan dan menggembirakan hatinya…”

Al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim 8/107 berkata:

وَفِيهِ أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ لِمَنِ امْتَنَعَ مِنْ قَبُولِ هَدِيَّةٍ وَنَحْوِهَا لِعُذْرٍ أَنْ يَعْتَذِرَ بِذَلِكَ إِلَى الْمُهْدِيِ تَطْيِيبًا لِقَلْبِهِ

“Pada hadis ini bukti disunatkan bagi seseorang yang menolak hadiah kerana suatu keuzuran untuk menjelaskan sebabnya kepada pemberi, sebagai menjaga hatinya.”

Oleh itu, Jika anda mengetahui bahawa menerima hadiah yang diberikan itu akan menggembirakan hati pemberi, serta tidak menjadikan anda terbeban dengan rasa terhutang budi, maka yang lebih baik ialah anda menerimanya, meskipun anda tidak memerlukannya. Ini sebagai mencontohi tawaduk Nabi dalam menerima hadiah sekalipun yang sederhana dan tidak mewah.


Cetak  
Wallahu a'lam