Air Yang Berubah Kerana Bercampur Dengar Benda Suci Yang Lain
Kata Syarih:
(والمتغير) أي ومن هذا القسم الماءُ المتغير أحدُ أوصافه (بما) أي بشيء (خالطه من الطاهرات) تغيُّرًا يمنع إطلاق اسم الماء عليه؛ فإنه طاهر غير طهور، حسيا كان التغير أو تقديريا؛ كأن اختلط بالماء ما يوافقه في صفاته، كماء الورد المنقطع الرائحة والماء المستعمل؛ فإن لم يمنع اطلاق اسم الماء عليه، بأن كان تغيّره بالطاهر يسيرا أو بما يوافق الماء في صفاته، وقدر مخالفا ولم يغيره فلا يسلب طهوريته؛ فهو مطهر لغيره. واحترز بقوله: «خالطه» عن الطاهر المجاورُ له؛ فإنه باق على طهوريته ولو كان التغير كثيرا؛ وكذا المتغير بمخالط لا يستغني الماء عنه، كطين وطُحْلَب وما في مقرِّه وممره، والمتغير بطول المكث، فإنه طهور.
Dan termasuk juga dalam bahagian ini ialah air yang berubah, iaitu air yang berubah salah satu sifatnya disebabkan sesuatu yang bercampur dengannya daripada benda-benda yang suci, dengan perubahan yang menghalang daripada dinamakan sebagai “air” secara mutlak. Maka air tersebut adalah suci tetapi tidak menyucikan (tidak boleh digunakan untuk bersuci), sama ada perubahan itu bersifat nyata (hissi) atau secara anggapan (taqdiri). Contohnya apabila bercampur dengan air, sesuatu yang sepadan dengan sifatnya, seperti air mawar yang telah hilang baunya atau air musta‘mal. Namun, jika perubahan itu tidak menghalang dari dinamakan sebagai “air”, seperti perubahan yang sedikit atau disebabkan sesuatu yang menyerupai sifat air, dan diandaikan dengan benda yang berbeza tetapi tidak mengubahnya, maka ia tidak menjejaskan sifat tahuriyyahnya; bahkan ia tetap menyucikan selainnya -مطهر لغيره-. Dengan ungkapan: “bercampur “خالطه”, “yang bercampur dengannya (air)”, dikecualikan daripada itu benda suci yang hanya bersebelahan dan tidak bercampur -المجاورُ له -, kerana air tersebut tetap kekal sebagai menyucikan -طَهوريته- walaupun perubahan itu banyak. Demikian juga air yang berubah disebabkan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripadanya, seperti tanah, lumut, serta apa yang terdapat di tempat takungannya atau laluannya. Begitu juga air yang berubah kerana lama dibiarkan (tempoh masa yang panjang), maka ia tetap air yang menyucikan -طَهور-.”
Huraian
Perkataannya: “(والمتغير)” di‘athafkan kepada (المستعمل), berdasarkan penerangan sebelum ini bahawa bahagian ketiga -طاهر غير مطهر- mempunyai dua jenis; sebagaimana diisyaratkan oleh pensyarah dengan katanya: “iaitu daripada bahagian ini -هذا القسم- termasuk air yang berubah…”.
Tidak boleh dikatakan bahawa kata-kata pensyarah menunjukkan bahawa ia adalah sifat bagi mausuf yang dibuang -صفة لموصوف محذوف-, atau mubtada’ yang khabarnya dibuang iaitu jar majrur; kerana kita katakan: ini adalah penyelesaian dari sudut makna, bukan dari sudut i‘rab.
Perkataannya: “(الماء المتغير…)” —di mana jika perubahan itu hilang dengan sendirinya, atau dengan bercampur air lain, atau dengan diambil sebahagian daripadanya, maka ia kembali menjadi air yang menyucikan (ṭahūr).
Ini jelas pada perubahan yang bersifat hissi (nyata). Adapun perubahan تقديري (secara anggapan), maka hilang perubahan itu dengan berlalu suatu tempoh masa, yang jika perubahan itu bersifat nyata… sudah tentu yakni akan hilang dalam tempoh tersebut. Atau dengan cara ditambah kepadanya air lain, atau diambil sebahagian daripadanya, dalam keadaan yang jika dilakukan demikian terhadap air yang berubah secara nyata (hissi), nescaya hilanglah perubahannya.
Atau di sebelahnya terdapat takungan air yang berubah secara hissi, lalu perubahan itu hilang dengan sendirinya selepas suatu tempoh, atau hilang dengan sebab dicurahkan air ke atasnya, atau diambil sebahagian daripadanya; kemudian dilakukan perkara yang sama terhadap air yang berubah secara تقديري (anggapan), maka diketahui bahawa perubahan air itu juga telah hilang.
Perkataan pensyarah: (أحد أوصافه), “(air yang berubah) salah satu sifatnya.” Iaitu sifat-sifat air yang terdiri daripada rasa -الطعم-, warna -اللون-, dan bau -الريح- sahaja, bukan seperti panas atau sejuk; kerana perubahan pada perkara tersebut tidak memudaratkan.
Dapat difahami dari perkataan pensyarah: “(أحد أوصافه)” bahawa zat air itu sendiri tidak berubah, yang berubah hanyalah sifat-sifatnya, walaupun zahir perkataan pengarang seakan-akan memberi gambaran sebaliknya.
Perkataannya: “(بما)” berkaitan dengan lafaz (المتغير), dan lafaz (ما) ialah nakirah mausufah atau nakirah yang disifatkan, sebagaimana diisyaratkan oleh pensyarah dengan katanya: أي بشيء “iaitu dengan sesuatu”.
Manakala jumlah: “(خالطه …)” dan seterusnya menjadi sifat bagi lafaz tersebut.
Pengarang (Abu Syuja’) telah menyebut dua syarat bagi air yang berubah:
Pertama: hendaklah benda yang menyebabkan perubahan itu merupakan sesuatu yang bercampur dengan air (خليطا), iaitu sesuatu yang tidak dapat dipisahkan, atau sesuatu yang tidak dapat dibezakan dengan pandangan mata.
Kedua: hendaklah benda yang bercampur itu daripada bahan-bahan yang suci.
Beliau meninggalkan dua syarat lagi:
Salah satunya ialah: perubahan itu hendaklah banyak sehingga terhalang dari dinamakan sebagai “air” semata-mata (يمنع إطلاق اسم الماء عليه). Perkara ini telah diisyaratkan oleh pensyarah melalui katanya: (تغيرا...), “perubahan yang menghalang daripada dinamakan sebagai air…” dan seterusnya.
Syarat kedua yang ditinggalkan oleh penulis ialah: benda yang bercampur itu mestilah sesuatu yang air tidak memerlukannya. Hal ini diisyaratkan oleh pensyarah melalui penjelasan mafhum lawannya dengan katanya: “demikian juga air yang berubah disebabkan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripadanya… (tidak mengubah tuhuriyyah air)” dan seterusnya.
Teks dalam منهج الطلاب 1/8 telah menghimpunkan keempat-empat syarat tersebut, iaitu dengan perkataan al-Syeikh Zakaria al-Ansari:
فَمُتَغَيِّرٌ بِمُخَالِطٍ طَاهِرٌ مُسْتَغْنًى عَنْهُ تَغَيُّرًا يَمْنَعُ الِاسْمَ... غَيْرُ مُطَهِّرٍ
“Maka air yang berubah disebabkan benda suci yang bercampur dengannya, yang air tidak memerlukannya, dengan perubahan yang menghalang nama air darinya… maka ia tidak menyucikan.”
Barangkali pensyarah tidak memasukkan syarat -القيد- tersebut bersama syarat-syarat -القيود- lain kerana ia difahami daripada katanya:
تَغَيُّرًا يَمْنَعُ إطْلَاقَ اسْمِ الْمَاءِ عَلَيْهِ
“perubahan yang menghalang daripada dinamakan sebagai air”,
Setelah mengambil kira pengetahuan seseorang tentang keadaan air itu menurut uruf dan bahasa. Keadaan ini hanya berlaku apabila benda yang bercampur itu merupakan sesuatu yang tidak diperlukan atau yang dapat dielakkan oleh air.
Perkataannya: “(خالطه من الطاهرات)” yang bermaksud: “yang bercampur dengannya (air) dari benda-benda yang suci”— sama ada benda suci itu memang suci pada asal dan kekal demikian (ابتداء ودواما) seperti madu, atau suci pada kekalannya sahaja seperti buah pokok, atau suci pada asal (ابتداء) sahaja, seperti kapur (الجير), plaster (الجص) yang dikenali oleh masyarakat umum sebagai gypsum (الجبس), kasturi (المسك), za‘faran, tepung (دقيق), dan tar (قَطِران)[1] yang tidak mempunyai sifat berminyak, selagi ia bukan digunakan untuk memperbaiki sesuatu seperti bekas kulit air (القِرَب). Jika digunakan untuk membaiki bekas kulit takungan air, maka ia termasuk dalam perkara yang berada pada tempat asal air (المَقَرّ), lalu tidak memudaratkan. Jika tar itu mempunyai sifat berminyak, maka ia dianggap sebagai benda yang berjiran (مجاورا) bukan bercampur secara sebenar (مخالطا), dan ia juga tidak memudaratkan.
Perkataannya: “(تغيراً)” yang bermaksud berubah, iaitu perubahan yang banyak, sebagaimana diisyaratkan dengan katanya: يَمْنَعُ إطْلَاقَ اسْمِ الْمَاءِ عَلَيْهِ maksudnya: “yang menghalang dari dinamakan sebagai air (semata-mata)”. Ini kerana sesuatu yang bercampur itu telah menghalang penamaan “air” semata-mata, apabila perubahannya begitu banyak sehingga setiap orang yang melihatnya akan berkata: “Ini bukan air (semata-mata).”
Adapun jika perubahan itu sedikit sehingga tidak menghalang dari penamaan sebagai air, maka ia tidak memudaratkan.
Demikian juga jika timbul keraguan sama ada perubahan itu banyak atau sedikit, maka ia tidak memudaratkan; kerana kita tidak menggugurkan sifat tuhuriyyah dengan sebab syak atau ada keraguan.
Perkataannya: “(فإنه)” maksudnya: “Maka air tersebut”, iaitu air yang berubah dengan sebab bercampur dengan benda-benda yang suci itu, sama ada air itu sedikit atau banyak.
Perkataannya: “(طاهر)”, iaitu air tersebut suci pada dirinya sendiri.
Perkataannya: “(غير طهور)”, bukan suci dan menyucikan. Tempat hukum ini ialah terhadap selain benda yang bercampur dengannya (air). Adapun terhadap benda yang bercampur itu sendiri, maka air tersebut tetap menyucikan. Contohnya apabila hendak menyucikan adunan tepung atau tanah liat, lalu dituangkan air ke atasnya sehingga air itu berubah walaupun perubahan yang banyak sebelum sampai kepada seluruh bahagiannya, maka seluruh bahagian itu tetap menjadi suci apabila air sampai kepadanya walaupun air tersebut telah banyak berubah, kerana darurat; sebab air tidak dapat sampai ke seluruh bahagiannya melainkan setelah berubah. Demikian disebut oleh الشَّبْرَامَلِّسي menukilkan daripada al-Tabalawi (الطَّبَلَاوِيُّ).
Perkataannya: “(حسياً كان التغير)” maksudnya: “sama ada perubahan itu bersifat nyata (hissi)”, iaitu perubahan yang dapat dikesan dengan salah satu pancaindera sama ada deria bau (الشم), rasa (الذوق), dan penglihatan (البصر). Adapun pendengaran (السمع) dan sentuhan (اللمس), walaupun termasuk pancaindera, namun tiada kaitan dalam perbahasan ini.
Maka bau dikesan dengan deria hidu, rasa dengan deria rasa, dan warna dengan deria penglihatan.
Perkataannya: “(أو تقديرياً)” maksudnya: “atau secara anggaran (taqdiri)”, iaitu perubahan yang tidak dapat dikesan dengan mana-mana pancaindera yang telah disebut tadi.
[1] Dalam al-Mu’jam al-Wasit 2/744 dinyatakan:
(القطران) عصارة شجر الْأرز والأبهل تطبخ ثمَّ تطلى بهَا الْإِبِل وَفِي التَّنْزِيل الْعَزِيز ﴿سرابيلهم من قطران﴾ لِأَنَّهُ شَدِيد الاشتعال ومادة سَوْدَاء سَائِلَة لزجة تستخرج من الْخشب والفحم وَنَحْوهمَا بالتقطير الجاف وتستعمل لحفظ الْخشب من التسوس وَالْحَدِيد من الصدأ
Al-Qatiran ialah getah atau cecair yang keluar daripada pokok cedar (الأرز) dan pokok abhal (الأبهل) yang dimasak kemudian disapu pada unta.
Dalam al-Quran disebut: “Pakaian mereka daripada قطران” kerana ia sangat mudah terbakar. Ia juga bermaksud bahan hitam, cair dan likat yang diekstrak daripada kayu, arang batu dan seumpamanya melalui proses penyulingan kering (dry distillation), dan digunakan untuk memelihara kayu daripada pereputan serta besi daripada karat.
