SDI 2005: Apakah Akal Manusia Boleh Mengetaui Perkara Baik Dan Buruk Tanpa Wahyu?

Soalan:
Adakah akal manusia boleh menentukan sendiri sesuatu perbuatan itu layak mendapat pahala atau dosa sebelum datangnya wahyu dan syariat?

Jawapan:

Para ulama usul fiqh membahagikan isu ini (al-Tahsin wa al-Taqbih al-‘Aqliyyain: Penentuan baik dan buruk oleh akal) kepada tiga jenis:

Pertama:
Perkara yang selari dengan tabiat manusia atau yang bertentangan dengannya, seperti manisnya sesuatu yang manis dan pahitnya sesuatu yang pahit.

Kedua:
Sifat-sifat kesempurnaan dan kekurangan, seperti ilmu dan kejahilan, kebebasan dan perhambaan.

Bagi kedua-dua jenis ini, tidak terdapat khilaf bahawa akal mampu mengetahui dan menilai baik serta buruk dalam maknanya yang berkenaan.

Ketiga:
Perkara yang berkaitan dengan berhak mendapat pujian atau celaan di dunia, serta pahala atau azab di akhirat.

Dalam perkara ini, golongan Mu'tazilah berpendapat bahawa akal mampu mengetahui perkara tersebut sebelum datangnya syariat.

Namun pendapat yang benar adalah sebaliknya, iaitu perkara itu tidak diketahui melainkan melalui syariat. Hal ini berdasarkan firman Allah Taala:

﴿وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا﴾

“Dan Kami tidak akan mengazab sehingga Kami mengutus seorang rasul.” (al-Isra’: 15)

Dan firman-Nya:

﴿فَيَقُولُوا رَبَّنَا لَوْلا أَرْسَلْتَ إِلَيْنَا رَسُولًا فَنَتَّبِعَ آيَاتِكَ﴾

“Lalu mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Mengapa Engkau tidak mengutus kepada kami seorang rasul, sehingga kami dapat mengikutinya?” (rujuk Al-Qur'an)

Dan firman-Nya:

﴿وَمَا كَانَ رَبك مهلك الْقرى حَتَّى يبْعَث فِي أمهَا رَسُولا﴾

“Dan Tuhanmu tidak akan membinasakan sesebuah negeri sehingga Dia mengutus seorang rasul di negeri tersebut.”
(al-Qasas: 59)

Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa pujian, celaan, pahala dan azab yang berkaitan dengan taklif syarak tidak ditetapkan semata-mata oleh akal, bahkan bergantung kepada penyampaian wahyu dan pengutusa para rasul.

 

 


Cetak  
Wallahu a'lam