SDI 2006: Hukum Gugur Kandungan Atas Sangkaan Akan Mendatangkan Mudharat Kepada Ibu

Soalan:

Apakah hukum menggugurkan kandungan yang telah berusia empat bulan kerana dikhuatiri boleh memudaratkan ibu? Jika janin telah digugurkan, apakah siibu wajib lakukan?

Jawapan:

Di bawah ini saya terjemahkan coretan dari al-Syeikh Sa‘id al-Jabiri HFZ

Hukum Pengguguran Kandungan

Tidak boleh menggugurkan janin yang telah ditiupkan roh, iaitu setelah mencapai usia empat bulan. Bahkan tidak boleh menggugurkannya walaupun masih berupa nutfah (air mani yang telah menjadi benih) setelah ia menetap di dalam rahim, kerana setelah menetap di rahim ia sedang menuju proses pembentukan dan persediaan untuk ditiupkan roh. Oleh itu, keadaannya tidak sama seperti amalan ‘azl (mengeluarkan mani di luar rahim) sebagaimana yang disebut dalam Tuhfah al-Muhtaj.

Maka tidak boleh menggugurkan janin yang telah berusia empat bulan walaupun dikatakan kewujudannya mendatangkan mudarat kepada ibunya. Ini kerana janin tersebut telah menjadi satu nyawa yang hidup. Oleh itu, tidak boleh dikatakan bahawa nyawa ibu lebih berhak dipelihara daripada nyawa janin.

Tambahan pula, kemudaratan janin terhadap ibunya belum pasti berlaku, bahkan hanya sangkaan atau jangkaan semata-mata. Sebaliknya, jika janin itu digugurkan, maka perbuatan tersebut merupakan satu jenayah yang benar-benar berlaku dan pasti. Oleh itu, tidak boleh dilakukan suatu kerosakan yang pasti untuk mengelakkan kerosakan yang masih bersifat sangkaan.

Jika janin itu tetap digugurkan, beberapa hukum timbul:

Pertama: wanita itu wajib bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.

Kedua: wajib dikenakan kafarah pembunuhan. Hal ini berdasarkan keumuman firman Allah Taala:

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin secara tidak sengaja, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang beriman...” (Surah al-Nisa’, ayat 92)

Inilah juga keputusan yang pernah diputuskan oleh Umar ibn al-Khattab رضي الله عنه.

Ketiga: wajib dibayar ghurrah (diyat janin) kerana menggugurkan janin. Nilainya ialah lima ekor unta. Bayaran ini ditanggung oleh ‘aqilah wanita tersebut, iaitu kaum kerabat lelaki sebelah bapanya yang menjadi golongan ‘asabah, selain daripada usul (ibu bapa dan datuk nenek) serta furu’ (anak cucu).

Oleh kerana perbuatan ini termasuk dalam kategori pembunuhan yang menyerupai sengaja (syibh al-‘amd), maka ghurrah tersebut diperberatkan. Oleh itu, yang wajib dibayar ialah seekor unta hiqqah dan setengah, seekor unta jaz‘ah dan setengah, serta dua ekor unta khalfah.

Ghurrah itu diwarisi oleh para waris janin, kecuali ibunya, kerana ibu tersebut dianggap sebagai pihak yang menyebabkan kematian janin itu.

Sekiranya doktor sendiri menyuntik wanita tersebut dengan suntikan yang menyebabkan janin gugur, maka doktor itulah yang dianggap sebagai pembunuh. Oleh itu, doktor wajib membayar ghurrah yang disebutkan dan juga kafarah.

Namun jika doktor hanya memberikan pil untuk diminum, dan wanita itu mengetahui bahawa pil tersebut adalah ubat untuk menggugurkan kandungan, maka wanita itulah yang dianggap sebagai pembunuh, bukan doktor.

Wallahu a‘lam.

------------------------------------ teks asal------------------------------

حكم الإجهاض:

لا يجوز إسقاط وإجهاض الجنين الذي نفخ فيه الروح بأن بلغ أربعة أشهر  بل لا يجوز إسقاطه ولو كانت نطفة بعد استقرارها في الرحم ﻷﻧﻬﺎ ﺑﻌﺪ اﻻﺳﺘﻘﺮاﺭ ﻳﻠﺔ ﺇﻟﻰ اﻟﺘﺨﻠﻖ اﻟﻤﻬﻴﺄ ﻟﻨﻔﺦ اﻟﺮﻭﺡ ﻭليست مثل العزل كما في التحفة.

فلا يجوز إسقاط  الجنين البالغ أربعة أشهر وإن كان في بقائه ضرر على أمه لأنه نفس حية فليس أحدهما أولى بالإبقاء من الآخر.

ثم إن ضرره عليها غير متحقق بل مظنون ولو أسقطناه فهذه جناية محققة فلا ترتكب مفسدة متحققة لدرء مفسدة مظنونة.

وترتب على هذا العمل إمور:

أولا: التوبة والاستغفار على المرأة.

ثانيا: تجب كفارة قتل لعموم "ومن قتل مؤمنا خطا فتحرير رقبة.." وقضى بذلك عمر رضي الله عنه.

ثالثا: تجب الغرة بإجهاض الجنين وهي خمسة أبعرة وتكون على عاقلة المرأة وهي عصبتها غير أصولها وفروعها. وهذا قتل شبه عمد فتغلظ الغرة فتجب ﺣﻘﺔ ﻭﻧﺼﻒ ﻭﺟﺬﻋﺔ ﻭﻧﺼﻒ ﻭﺧﻠﻔﺘﺎﻥ.

ويرثها ورثة الجنين باستثناءأمه لأنها قاتلة.

ثم إن باشرت الدكتورة حقن المرأة بإبرة أسقطت بسببها الجنين فهي القاتلة فعليها الغرة المذكورة والكفارة.

وإن أعطتها حبوبا لتشربها والمرأة عالمة بأن هذه حبوب إجهاض فهي القاتلة دون الدكتورة.

والله أعلم.


Cetak  
Wallahu a'lam