Soalan:
Haid saya datang pada 20/5/2026 -> 27/5/2026. Setelah itu kering dan suci. Kemudian pada 9/6/2026 darah datang semula sehingga ke hari ini 11/6/2026. Bila darah haid saya dan bila pula istihadhah?
Jawapan:
Darah yang datang setelah melepasi kadar minimum suci iaitu selama 15 hari, adalah darah haid. Manakala darah yang datang sebelum melepasi kadar minimum suci antara dua haid adalah darah istihadhah. Oleh itu darah yang datang pada 9/6/2026 berterusan hingga 11/6/2026 adalah darah istihadhah. Jika darah tetap keluar pada 12/6/2026, maka haid puan bermula pada 12/6 tersebut.
