Soalan:
Anak perempuan saya akan genap berusia 9 tahun pada 1 Muharam. Dia didatangi darah pada 17 hari sebelum tarikh tersebut. Adakah ia haid?
Jawapan:
Jika darah datang kurang daripada atau 16 hari sebelum anak Perempuan itu genap berusia 9 tahun, darah itu dihukum sebagai haid menurut mazhab Syafi‘i. Jika darah datang lebih awal daripada tempoh 16 hari sebelum genap 9 tahun, darah itu dihukum istihadhah, jika ia tidak berterusan. Tetapi jika darah itu berterusan, ia terbahagi kepada dua bahagian:
- Darah sebelum masuk tempoh 16 hari sebelum genap 9 tahun
Dihukum sebagai darah fasad / istihadhah.
- Darah selepas masuk tempoh 16 hari sebelum genap 9 tahun
Dihukum sebagai darah haid.
Contoh
Darah mula keluar sebulan sebelum genap 9 tahun dan tidak berhenti.
Maka bahagian awal darah (lebih awal daripada 16 hari sebelum genap 9 tahun) ialah istihadhah, manakala bahagian darah yang berterusan selepas masuk tempoh 16 hari sebelum genap 9 tahun ialah haid.
