Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan اللَّمَم (al-lamam) dalam firman Allah Taala:
﴿وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ﴾
"Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, kecuali al-lamam." (Surah al-Najm: 32)
Jawapan:
Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah ﷺ.
Ayat yang mulia ini terdapat dalam Surah al-Najm dan menerangkan sifat orang-orang yang berbuat ihsan, iaitu golongan yang dijanjikan syurga. Allah SWT berfirman:
﴿وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ﴾
"Dan milik Allah segala yang ada di langit dan di bumi, supaya Dia membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka kerjakan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang terbaik. Iaitu mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, kecuali al-lamam. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya." (Surah al-Najm: 31-32)
Para mufassir dan ulama berbeza pendapat dalam mentafsirkan al-lamam, antaranya:
1. Melakukan dosa sekali sahaja kemudian tidak mengulanginya
Diriwayatkan daripada beberapa orang salaf bahawa al-lamam ialah seseorang melakukan sesuatu dosa sekali sahaja, kemudian tidak mengulanginya lagi, walaupun dosa itu termasuk dosa besar.
Al-Baghawi menyebut bahawa inilah pendapat Abu Hurairah, Mujahid, al-Hasan al-Basri dan satu riwayat daripada Ibn Abbas.
2. Lintasan hati untuk melakukan dosa
Sa'id bin al-Musayyib berkata:
هو ما ألم بالقلب
"Iaitu apa yang hanya terlintas di dalam hati."
3. Pandangan yang tidak disengajakan
Al-Husayn bin al-Fadl (الحسين بن الفضل) berkata:
اللمم: النظر من غير تعمد، فهو مغفور، فإن أعاد اللمم: فليس بلمم، وهو ذنب
Al-lamam ialah pandangan yang berlaku tanpa disengajakan. Ia dimaafkan. Namun jika seseorang sengaja mengulanginya, maka ia bukan lagi al-lamam, bahkan suatu dosa.
4. Dosa yang dilakukan sebelum memeluk Islam
Sebahagian ulama berpendapat bahawa al-lamam ialah dosa-dosa yang dilakukan ketika zaman jahiliah sebelum seseorang memeluk Islam. Hal ini kerana golongan musyrikin pernah berkata kepada mereka yang memeluk Islam:
أنتم بالأمس كنتم تعملون معنا
"Kamu semua dahulu, semalam, juga melakukan perkara yang sama bersama kami."
Lalu Allah menurunkan ayat ini dan Allah tidak lagi menghukum mereka dengan dosa tersebut. Ini merupakan pendapat Zaid bin Thabit dan Zaid bin Aslam.
5. Dosa-dosa kecil
Inilah pendapat jumhur ulama, iaitu al-lamam bermaksud dosa-dosa kecil.
Dalil daripada hadis
Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Abbas RA bahawa beliau berkata:
لَمْ أَرَ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا ، أَدْرَكَ ذَلِكَ لا مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي ، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ
"Aku tidak melihat sesuatu yang lebih hampir maksudnya kepada al-lamam selain hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Nabi ﷺ: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina bagi setiap anak Adam. Dia pasti akan mengalaminya. Zina mata ialah melihat, zina lidah ialah berkata-kata, jiwa berangan-angan dan menginginkan, manakala kemaluan sama ada membenarkan semua itu atau mendustakannya." (Hadis riwayat al-Bukhari, no. 6243)
Penjelasan para ulama
Al-Raghib al-Asfahani berkata:
اللَّمَمُ مُقَارَفَةُ الْمَعْصِيَةِ، وَيُعَبَّرُ بِهِ عَنِ الصَّغِيرَةِ
"Al-lamam ialah melakukan sesuatu maksiat, dan istilah itu juga digunakan bagi dosa-dosa kecil."
Al-Khattabi berkata:
الْمُرَاد بِاللَّمَمِ مَا ذَكَرَهُ اللَّه فِي قَوْله تَعَالَى: (الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلا اللَّمَمَ) وَهُوَ الْمَعْفُوُّ عَنْهُ. وَقَالَ فِي الآيَة الأُخْرَى: (إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ) فَيُؤْخَذ مِنْ الآيَتَيْنِ أَنَّ اللَّمَم مِنْ الصَّغَائِر وَأَنَّهُ يُكَفَّر بِاجْتِنَابِ الْكَبَائِر
Dimaksudkan dengan al-lamam ialah apa yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya: "Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, kecuali al-lamam." Ia adalah dosa yang diampunkan. Allah juga berfirman dalam ayat yang lain: "Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang dilarang melakukannya, nescaya Kami akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kecil kamu." (Surah al-Nisa': 31) Dari gabungan kedua-dua ayat ini dapat difahami bahawa al-lamam ialah dosa-dosa kecil, dan dosa-dosa kecil itu dihapuskan dengan sebab seseorang menjauhi dosa-dosa besar.
Imam al-Nawawi berkata:
هَذَا هُوَ الصَّحِيح فِي تَفْسِير اللَّمَم، وَقِيلَ: أَنْ يُلِمّ بِالشَّيْءِ وَلا يَفْعَلهُ، وَقِيلَ: الْمَيْل إِلَى الذَّنْب. وَلا يُصِرّ عَلَيْهِ، وَقِيلَ غَيْر ذَلِكَ مِمَّا لَيْسَ بِظَاهِرٍ، وَأَصْل اللَّمَم وَالإِلْمَام الْمَيْل إِلَى الشَّيْء وَطَلَبَهُ مِنْ غَيْر مُدَاوَمَة، وَاَللَّه أَعْلَم
"Inilah tafsiran yang paling sahih bagi maksud al-lamam. Ada juga yang berpendapat bahawa al-lamam ialah seseorang hampir melakukan sesuatu dosa tetapi tidak melakukannya. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ialah kecenderungan atau dorongan untuk melakukan dosa, namun dia tidak berterusan melakukannya. Terdapat juga beberapa pendapat lain, namun semuanya tidak begitu kuat dan tidak jelas. Asal makna perkataan al-lamam dan al-ilmam ialah kecenderungan kepada sesuatu serta keinginan untuk melakukannya, tetapi tanpa berterusan melakukannya. Wallahu a‘lam.”
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:
وَمُحَصَّل كَلَام اِبْن عَبَّاس تَخْصِيصه بِبَعْضِهَا (يعني: تخصيص اللمم ببعض الذنوب الصغار)، وَيَحْتَمِل أَنْ يَكُون أَرَادَ أَنَّ ذَلِكَ مِنْ جُمْلَة اللَّمَم أَوْ فِي حُكْم اللَّمَم
"Kesimpulan daripada penjelasan Ibn Abbas ialah beliau mengkhususkan al-lamam kepada sebahagian dosa-dosa kecil. Namun, berkemungkinan juga beliau bermaksud bahawa perkara tersebut termasuk dalam kategori al-lamam atau dihukum sebagai al-lamam."
Al-Tirmizi (3284) meriwayatkan daripada Ibn Abbas RA berkenaan firman Allah: ﴿الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ﴾ , beliau berkata:
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنْ تَغْفِرْ اللَّهُمَّ تَغْفِرْ جَمَّا وَأَيُّ عَبْدٍ لَكَ لا أَلَمَّا
Nabi ﷺ bersabda: "Ya Allah, jika Engkau mengampunkan, maka Engkau mengampunkan dosa yang banyak. Dan siapakah daripada kalangan hamba-Mu yang tidak pernah melakukan al-lamam?" (Hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi)
Dalam Tuhfah al-Ahwazi disebut:
اخْتَلَفَت أَقْوَالُ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي تَفْسِيرِ اللَّمَمِ، فَالْجُمْهُورُ عَلَى أَنَّهُ صَغَائِرُ الذُّنُوبِ . . وَهو الظَّاهِرُ الرَّاجِحُ اهـ .
"Para ulama berbeza pendapat dalam mentafsirkan al-lamam. Namun jumhur ulama berpendapat bahawa al-lamam ialah dosa-dosa kecil… Inilah pendapat yang zahir lagi rajih."
Al-Qurtubi رحمه الله berkata:
إلا اللمم، وهي الصغائر التي لا يسلم من الوقوع فيها إلا من عصمه الله وحفظه
"Kecuali al-lamam', iaitu dosa-dosa kecil yang tidak ada seorang pun terselamat dari terjatuh ke dalamnya melainkan orang yang dipelihara dan dilindungi oleh Allah."
Ibn Jarir al-Tabari berkata:
وأولى الأقوال في ذلك عندي بالصواب قول من قال "إلا" بمعنى الاستثناء المنقطع، ووجه معنى الكلام (الذين يجتنبون كبائر الإثم والفواحش إلا اللمم) بما دون كبائر الإثم، ودون الفواحش الموجبة للحدود في الدنيا، والعذاب في الآخرة، فإن ذلك معفو لهم عنه، وذلك عندي نظير قوله جل ثناؤه: (إن تجتنبوا كبائر ما تنهون عنه نكفر عنكم سيئاتكم وندخلكم مدخلا كريما) النساء/31. فوعد جل ثناؤه باجتناب الكبائر، العفو عما دونها من السيئات، وهو اللمم الذي قال النبي صلى الله عليه وسلم: (لعينان تزنيان، واليدان تزنيان، والرجلان تزنيان، ويصدق ذلك الفرج أو يكذبه) وذلك أنه لا حد فيما دون ولوج الفرج في الفرج، وذلك هو العفو من الله في الدنيا عن عقوبة العبد عليه، والله جل ثناؤه أكرم من أن يعود فيما قد عفا عنه
"Pendapat yang paling utama dikatakan benar pada pandangan saya ialah pendapat yang memahami perkataan 'إلا' sebagai istisna' munqati' (pengecualian yang terputus). Maka maksud firman Allah: “Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, kecuali al-lamam”, ialah mereka yang turut melakukan dosa-dosa yang lebih rendah daripada dosa besar dan perbuatan keji yang mewajibkan hukuman hudud di dunia serta azab di akhirat. Dosa-dosa tersebut diampunkan bagi mereka. Hal ini seumpama firman Allah: ﴿إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا﴾ Allah menjanjikan bahawa sesiapa yang menjauhi dosa-dosa besar, Dia akan menghapuskan dosa-dosa yang lebih kecil daripadanya. Itulah yang dimaksudkan dengan al-lamam. Antaranya sebagaimana sabda Nabi ﷺ: 'Kedua-dua mata berzina, kedua-dua tangan berzina, kedua-dua kaki berzina, dan kemaluan sama ada membenarkan atau mendustakan semua itu.' Ini kerana tidak dikenakan hukuman hudud terhadap perkara yang belum sampai kepada persetubuhan. Itulah bentuk kemaafan Allah di dunia terhadap hamba-Nya. Allah Yang Maha Mulia tidak akan mengulangi hukuman terhadap sesuatu yang telah Dia ampunkan."
Dalam hadis-hadis sahih juga, istilah al-lamam digunakan bagi seseorang yang melakukan dosa sekali-sekala atau seumpamanya tanpa berterusan melakukannya. Makna ini bertepatan dengan pengertian al-lamam dari sudut bahasa.
Dalam hadis al-Ifk, Nabi ﷺ bersabda:
إِنْ كُنْت أَلْمَمْت بِذَنْبٍ فَاسْتَغْفِرِي اللَّه) رواه البخاري (2661) ومسلم (2770 (.
"Jika engkau telah melakukan suatu dosa, maka mohonlah keampunan kepada Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari, no. 2661 dan Muslim, no. 2770).
Imam al-Nawawi menjelaskan:
مَعْنَاهُ: إِنْ كُنْت فَعَلْت ذَنْبًا وَلَيْسَ ذَلِكَ لَك بِعَادَةٍ، وَهَذَا أَصْل اللَّمَم اهـ
"Maksudnya ialah: jika engkau pernah melakukan suatu dosa yang bukan menjadi kebiasaanmu. Inilah asal makna al-lamam."
Al-Syeikh al-Sa'di رحمه الله menghimpunkan kedua-dua pengertian tersebut dalam tafsirnya dengan berkata:
(الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ ) أي: يفعلون ما أمرهم الله به من الواجبات التي يكون تركها من كبائر الذنوب، ويتركون المحرمات الكبار من الزنا وشرب الخمر وأكل الربا والقتل ونحو ذلك من الذنوب العظيمة (إِلا اللَّمَمَ) وهو الذنوب الصغار التي لا يصر صاحبها عليها، أو التي يُلِم العبد بها المرة بعد المرة على وجه الندرة والقلة، فهذه ليس مجرد الإقدام عليها مخرجاً للعبد من أن يكون من المحسنين، فإن هذه مع الإتيان بالواجبات وترك المحرمات تدخل تحت مغفرة الله التي وسعت كل شيء، ولهذا قال: ( إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ) فلولا مغفرته لهلكت البلاد والعباد، ولولا عفوه وحلمه لسقطت السماء على الأرض، ولما ترك على ظهرها من دابة، ولهذا قال النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ)
"Firman Allah: 'Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji', iaitu mereka menunaikan segala kewajipan yang diperintahkan Allah, yang meninggalkannya termasuk dalam dosa besar, serta meninggalkan segala larangan besar seperti zina, meminum arak, memakan riba, membunuh dan seumpamanya. Adapun firman-Nya: 'kecuali al-lamam', iaitu dosa-dosa kecil yang tidak dilakukan secara berterusan oleh pelakunya, atau dosa yang dilakukan sekali-sekala dalam keadaan jarang berlaku. Dosa seperti ini tidak menyebabkan seseorang terkeluar daripada golongan muhsinin. Selagi dia menunaikan kewajipan dan menjauhi perkara-perkara yang diharamkan, dosa-dosa kecil tersebut termasuk dalam keluasan keampunan Allah ke atas setiap sesuatu. Oleh sebab itu Allah berfirman: 'Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya.' Kalaulah bukan kerana keampunan-Nya, nescaya binasalah seluruh negeri dan manusia. Kalaulah bukan kerana kemaafan dan kesabaran-Nya, nescaya langit akan runtuh menimpa bumi dan tidak akan tinggal seekor makhluk pun di atasnya. Oleh itu Nabi ﷺ bersabda: 'Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan menjadi penghapus dosa-dosa yang dilakukan di antara tempoh-tempoh tersebut selama mana dosa-dosa besar dijauhi.'
Maksud ayat ini bukanlah memberi keizinan untuk melakukan al-lamam, iaitu dosa-dosa kecil. Sebaliknya maksudnya ialah mereka menjauhi dosa-dosa besar, kemudian jika berlaku daripada mereka dosa-dosa kecil secara tergelincir atau tersalah, maka dosa-dosa tersebut diampunkan dengan sebab mereka menjauhi dosa-dosa besar. Wallahu Taala a'lam.
