SDI 2022: Apakah Ziarah Kubur Pada Hari Raya Itu Suatu Bidaah?

Soalan:

Apakah bid‘ah menziarahi kubur pada hari raya?

Jawapan:

Wujud perbezaan pandangan ulama yang dinukilkan kepada kita. Namun secara umumnya, majoriti ulama berpandangan harus menziarahi kubur pada hari raya Fitri dan Adha.

Terdapat pula pandangan minority yang menilai perbuatan mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya, sebagai bid‘ah seperti pandangan fatwa Saudi.

Namun secara umum menziarahi kubur pada hari raya Fitri dan Adha adalah suatu yang dibolehkan atau suatu yang sunat sepertimana pada hari-hari yang lain.

Disebut dalam al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah 31/118-119 yang disusun oleh sekumpulan ulama di bawah penyeliaan Kementerian Wakaf Kuwait:

زِيَارَةُ الْمَقَابِرِ فِي الْعِيدِ : - تُسْتَحَبُّ فِي الْعِيدِ زِيَارَةُ الْقُبُورِ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَهْلِهَا وَالدُّعَاءُ لَهُمْ، لِحَدِيثِ: نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا وَفِي رِوَايَةٍ: فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الآْخِرَةَ، وَحَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا: زُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ. وَكَرِهَ زِيَارَتَهَا ابْنُ سِيرِينَ وَإِبْرَاهِيمُ النَّخَعِيُّ وَالشَّعْبِيُّ

" Ziarah Kubur pada Hari Raya: Disunatkan menziarahi kubur pada hari raya, memberi salam kepada penghuninya dan mendoakan mereka. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah : "Dahulu aku melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah ia." Dalam satu riwayat lain disebut: “Sesungguhnya ziarah kubur mengingatkan kepada akhirat." Demikian juga hadis daripada Abu Hurairah رضي الله عنه secara marfu’: "Ziarahilah kubur, kerana sesungguhnya ia mengingatkan kepada kematian." Walau bagaimanapun, Ibn Sirin, Ibrahim al-Nakha‘i dan al-Sya‘bi berpendapat bahawa ziarah kubur pada hari raya adalah makruh."

Dar al-Ifta’ Jordan pula menyatakan:

زيارة القبور جائزة في العيد وغيره، للرجال والنساء، لقوله صلى الله عليه وسلم: (كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا) رواه مسلم، وزاد الترمذي: (فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الآخِرَةَ)، وهذا يشمل الرجال والنساء، ولكن يجب الحذر من ارتكاب المخالفات الشرعية في المقابر، كالاختلاط بالرجال، والتبرج المحرم، وكشف العورات، ومصافحة الرجال الأجانب، فهذه وإن كانت ممنوعةً في كل مكان وزمان، إلا أن ارتكاب الحرام عند مواطن العظة أشد فحشًا وتحريمًا. وأما البكاء وهو نزول الدموع عند غلبة الحزن فلا يؤاخذ الله به، ولكن يؤاخذ على النوح والصياح والصراخ، لقوله صلى الله عليه وسلم: (لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ) متفق عليه. ويجوز توزيع الحلوى في الأعياد وغيرها، ولكن المقابر ليست مكانًا مناسبًا لذلك؛ فزيارة القبور غرضها الموعظة والاعتبار، وليس الطعام والشراب، فإن اقتصر الأمر على التصدق بالمال على الفقراء فذلك أفضل. والله تعالى أعلم.

"Menziarahi kubur adalah harus sama ada pada hari raya ataupun pada hari-hari lain, bagi lelaki dan wanita. Hal ini berdasarkan sabda Nabi : 'Dahulu aku melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah ia.' (Riwayat Muslim) Dalam riwayat al-Tirmizi terdapat tambahan: 'Kerana sesungguhnya ia mengingatkan kepada akhirat.' Hadis ini merangkumi lelaki dan wanita. Namun, hendaklah berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak ketika berada di perkuburan, seperti percampuran bebas antara lelaki dan wanita, tabarruj atau berhias secara haram, mendedahkan aurat, dan berjabat tangan dengan lelaki atau wanita ajnabi. Perkara-perkara ini sememangnya dilarang pada setiap masa dan di setiap tempat, namun melakukannya di tempat yang sepatutnya menjadi medan mengambil pengajaran dan keinsafan adalah lebih buruk dan lebih berat pengharamannya. Adapun menangis, iaitu mengalirkan air mata kerana kesedihan yang tidak dapat ditahan, maka Allah tidak menghukum seseorang kerananya. Sebaliknya, yang dilarang ialah meratap, meraung dan menjerit-jerit. Rasulullah bersabda: "Bukan daripada golongan kami orang yang menampar pipi, mengoyakkan pakaian dan menyeru dengan seruan jahiliah." (Muttafaq 'alaih). Harus juga mengagihkan manisan pada hari raya atau pada waktu-waktu lain. Namun, perkuburan bukanlah tempat yang sesuai untuk berbuat demikian. Ini kerana tujuan menziarahi kubur ialah untuk mengambil pengajaran dan mengingati akhirat, bukannya untuk makan dan minum. Sekiranya seseorang ingin melakukan kebajikan, maka bersedekah dengan wang kepada golongan fakir miskin adalah lebih utama. Wallahu Ta‘ala a‘lam.”

Sebahagian ulama ada yang mendakwa Nabi Muhammad menunaikan solat hari raya berhampiran perkuburan al-Baqi’, di Madinah. Lalu mereka menyatakan, sekiranya semata-mata dengan menziarahi kubur pada hari raya adalah bid’ah dan haram, sudah tentu Baginda akan memilih tempat lain untuk mendirikan solat hari raya dan bukannya di kawasan yang berdekatan dengan tempat yang dikatakan bid‘ah dan haram diziarahi tersebut. Atau Baginda akan melarang orang ramai dari menziarahinya ketika mereka berada berhampiran tempat tersebut, kerana tidak wajar bagi Nabi menangguhkan penjelasan hukum ketika ia diperlukan. Perkara ini berdasarkan hadis Al-Bara’ bin ‘Azib رضي الله عنه dalam Sahih al-Bukhari yang berkata:

خَرَجَ النَّبِيُّ ﷺ يَوْمَ أَضْحًى إِلَى الْبَقِيعِ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ وَقَالَ: إِنَّ أَوَّلَ نُسُكِنَا فِي يَوْمِنَا هَذَا أَنْ نَبْدَأَ بِالصَّلَاةِ، ثُمَّ نَرْجِعَ فَنَنْحَرَ

"Nabi keluar pada hari Aidiladha menuju ke al-Baqi‘, lalu Baginda menunaikan solat dua rakaat. Kemudian Baginda menghadap kami dengan wajah Baginda lalu bersabda: 'Sesungguhnya amalan pertama yang kita lakukan pada hari ini ialah memulakan dengan menunaikan solat, kemudian kita pulang lalu menyembelih korban…"

Namun pandangan ini dibantah oleh sebahagian ulama lain, kerana al-Baqi’ yang dimaksudkan oleh al-Bara’, bukanlah al-Baqi’ tanah perkuburan penduduk Madinah, sebaliknya adalah merujuk musalla Nabi berdasarkan sebagai riwayat menyebut: إلى المصلى.. pada tempat إلى البقيع... seperti yang dinyatakan oleh al-Albani dalam Jami’ Turath al-Albani Fi al-Fiqh 6/323. Kata al-Kasymiri dalam Faidh al-Bari ‘Ala Sahih al-Bukhari 2/474:

قوله: (قد خرج النَّبيُّ ﷺ يومَ أصحىً إلى البَقيع) وهو بَقِيْعُ المُصَلَّى لا بقيعُ الغَرْقَد كما فهمه العَيْنيُّ رحمه الله تعالى وفيه يقول الشاعر: أَلا لَيْتَ شِعْرِي هَلْ تَغَيَّر بعدنا ... بقيعُ المُصلَّى أم كَعَهْد القرائن

Kata al-Bara’: "(Nabi keluar pada hari Aidiladha menuju ke al-Baqi‘)." Dimaksudkan dengan al-Baqi’ di sisi ialah Baqi‘ al-Musalla (tanah lapang tempat solat hari raya), bukan Baqi‘ al-Gharqad (perkuburan al-Baqi‘), sebagaimana yang difahami oleh al-'Ayni رحمه الله. Tentang Baqi’ al-Musalla inilah penyair berkata: "Alangkah baiknya jika aku mengetahui, adakah Baqi‘ al-Musalla telah berubah selepas pemergian kami.. atau masih kekal seperti keadaannya pada zaman dahulu?"

 

Selain itu, keharusan menziarahi kubur pada hari raya, dapat juga dibuktikan dengan hikmah yang disenaraikan oleh para fuqaha bagi hadis Ibn ‘Umar رضي الله عنهما:

أَخَذَ يَوْمَ عِيدٍ فِي طَرِيقٍ ثُمَّ رَجَعَ مِنْ طَرِيقٍ آخَرَ

"Rasulullah melalui satu jalan ketika pergi menunaikan solat hari raya, kemudian pulang melalui jalan yang lain." (Hadis riwayat Abu Dawud, al-Darimi, al-Hakim dan al-Baihaqi).

Antara penjelasan ulama mengenai hikmah tersebut ialah:

  • Imam al-Rafi‘i dalam al-'Aziz Syarh al-Wajiz berkata:

وقيل: ليزور قبور أقاربه فيهما

"Dikatakan: supaya Baginda dapat menziarahi kubur kaum kerabatnya ketika pergi dan pulang."

  • Imam Syams al-Din al-Karmani dalam al-Kawakib al-Darari berkata:

أو أن يدعو لأهل قبورهما

"Atau supaya Baginda mendoakan penghuni kubur."

  • Al-'Allamah al-Damiri dalam al-Najm al-Wahhaj berkata:

واختلف في سبب ذلك على أقوال: وقيل: ليزور قبور أقاربه فيهما

"Ulama berbeza pendapat mengenai hikmah tersebut. Antaranya dikatakan: supaya Baginda menziarahi kubur kaum kerabatnya."

  • Imam al-Birmawi dalam al-Lami‘ al-Sabiih berkata:

أو يدعو لأهل قُبورهما

"Atau supaya Baginda mendoakan penghuni kubur."

  • Imam Ibn Hajar al-'Asqalani dalam Fath al-Bari berkata:

وقيل ليزور أقاربه الأحياء والأموات

"Dikatakan: supaya Baginda menziarahi kaum kerabatnya yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia."

  • Imam al-'Ayni dalam 'Umdah al-Qari berkata:

الخَامِس عشر: ليزور أَقَاربه الْأَحْيَاء والأموات

"Pendapat yang kelima belas ialah supaya Baginda menziarahi kaum kerabatnya yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia."

Seperti yang dinyatakan di awal jawapan ini, persoalan menziarahi kubur menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Suatu yang menarik untuk dikongsikan dan diperhatikan ialan perkataan al-Imam Ibn al-Hajj dalam al-Madkhal 1/286-287 yang berkata:

أَلَا تَرَى أَنَّ السُّنَّةَ قَدْ وَرَدَتْ فِي الْعِيدِ بِإِسْرَاعِ الْأَوْبَةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ إلَى الْأَهْلِ، وَمَا ذَاكَ إلَّا لِقَطْعِ تَشَوُّفِ الْأَهْلِ لِوُرُودِ صَاحِبِ الْبَيْتِ وَذَكَاةِ الْأُضْحِيَّةِ إنْ كَانَتْ وَاجْتِمَاعِهِمْ وَفَرَحِهِمْ بِذَلِكَ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ لِقَوْلِهِ - عليه الصلاة والسلام -: إنَّمَا هِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَبِعَالٍ، وَفِي رِوَايَةٍ أُخْرَى وَذِكْرِ اللَّهِ مَوْضِعَ وَبِعَالٍ انْتَهَى. يَعْنِي بِذَلِكَ أَيَّامَ التَّشْرِيقِ فَلَمَّا عَلِمَ إبْلِيسُ مَا لَهُمْ فِيهِ مِنْ النَّصِّ الصَّرِيحِ عَلَى مَا فِيهِ مِنْ الْبَرَكَةِ الشَّامِلَةِ، وَالرَّاحَةِ الْمُعَجَّلَةِ الْمُثَابِ عَلَيْهَا وَعَلِمَ أَنَّهُمْ لَا يَقْبَلُونَ مِنْهُ مَا يُلْقِيه لَهُمْ مِنْ تَرْكِ السُّنَّةِ مُجَرَّدًا، وَمِنْ عَادَتِهِ الذَّمِيمَةِ أَنَّهُ لَا يَأْمُرُ بِتَرْكِ سُنَّةٍ حَتَّى يُعَوِّضَ لَهُمْ عَنْهَا شَيْئًا يُخَيَّلُ إلَيْهِمْ أَنَّهُ قُرْبَةٌ. عَوَّضَ لَهُمْ عَنْ سُرْعَةِ الْأَوْبَةِ زِيَارَةَ الْقُبُورِ قَبْلَ أَنْ يَرْجِعُوا إلَى أَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْعِيدِ وَزَيَّنَ لَهُمْ ذَلِكَ وَأَرَاهُمْ أَنَّ زِيَارَةَ الْأَقَارِبِ مِنْ الْمَوْتَى فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ مِنْ بَابِ الْبِرِّ وَزِيَادَةِ الْوُدِّ لَهُمْ وَأَنَّهُ مِنْ قُوَّةِ التَّفَجُّعِ عَلَيْهِمْ، إذْ فَقَدَهُمْ فِي مِثْلِ هَذَا الْعِيدِ، وَفِي زِيَارَةِ الْقُبُورِ فِي غَيْرِ هَذَا الْيَوْمِ مِنْ الْبِدَعِ، وَالْمُحَرَّمَاتِ مَا تَقَدَّمَ ذِكْرُهُ فِي زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَكَيْفَ بِهِ فِي هَذَا الْيَوْمِ الَّذِي فِيهِ النِّسَاءُ يَلْبَسْنَ وَيَتَحَلَّيْنَ ابْتِدَاءً، وَيَتَجَمَّلْنَ فِيهِ بِغَايَةِ الزِّينَةِ مَعَ عَدَمِ الْخُرُوجِ فَكَيْفَ بِهِنَّ فِي الْخُرُوجِ فِي هَذَا الْيَوْمِ فَتَرَاهُنَّ يَوْمَ الْعِيدِ عَلَى الْقُبُورِ مُتَكَشِّفَاتٍ قَدْ خَلَعْنَ جِلْبَابَ الْحَيَاءِ عَنْهُنَّ، فَبَدَّلَ لَهُمْ مَوْضِعَ السُّنَّةِ مُحَرَّمًا وَمَكْرُوهًا، فَالْمَكْرُوهُ فِي كَوْنِهِ أَخَّرَهُمْ عَنْ سُرْعَةِ الْأَوْبَةِ إلَى الْأَهْلِ؛ لِأَنَّهَا السُّنَّةُ كَمَا تَقَدَّمَ، وَالْمُحَرَّمُ مَا يُشَاهِدُ الزَّائِرُ مِنْ أَحْوَالِهِنَّ فِي الْمَقَابِرِ عَلَى الصِّفَةِ الْمَذْمُومَةِ الْمُتَقَدِّمَةِ، ثُمَّ اُنْظُرْ رَحِمَنَا اللَّهُ وَإِيَّاكَ إلَى هَذِهِ الْمَفَاسِدِ الْمَذْكُورَةِ كُلُّهَا لَمْ يَقْنَعْ الشَّيْطَانُ مِنْهُمْ بِهَا، بَلْ زَادَ عَلَى ذَلِكَ مُحَرَّمًا شَنِيعًا، وَهُوَ مَا اعْتَادَهُ بَعْضُهُنَّ مِنْ بَنَاتِ الْعِيدِ وَفِيهِنَّ الْأَبْكَارُ، وَالْمُرَاهِقَاتُ وَغَيْرُهُنَّ اللَّاتِي يَخْرُجْنَ عَلَى الصِّفَةِ الْمَعْلُومَةِ الْمُخَالِفَةِ لِلشَّرْعِ الشَّرِيفِ ظَاهِرَاتٍ بِذَلِكَ عَلَى رُءُوسِ الْأَشْهَادِ وَمَا يَفْعَلْنَهُ مِنْ الْغِنَاءِ، وَالدُّفُوفِ وَغَيْرِ ذَلِكَ فِي الطُّرُقِ، وَالْأَسْوَاقِ وَدُخُولِهِنَّ الْبُيُوتَ عَلَى بَعْضِ الْعُلَمَاءِ وَغَيْرِهِمْ، وَقَدْ يَفْتَتِنُ بِهِنَّ كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ، وَيَسْكُتُ لَهُنَّ الْعَالِمُ وَغَيْرُهُ وَيَعِظُونَهُنَّ وَلَا يُنْكِرُونَ عَلَيْهِنَّ ذَلِكَ فَإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ

Tidakkah engkau melihat bahawa sunnah pada hari raya ialah segera pulang kepada keluarga selepas selesai solat hari raya? Hikmahnya ialah supaya tidak dibiarkan keluarga menunggu-nunggu kepulangan ketua keluarga, agar dia dapat menyembelih haiwan korban jika ada, berkumpul bersama ahli keluarga serta bergembira bersama mereka pada hari tersebut. Hal ini berdasarkan sabda Nabi : «إِنَّمَا هِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَبِعَالٍ» "Sesungguhnya hari-hari itu adalah hari makan, minum dan bersama isteri." Dalam riwayat yang lain disebut: «وَذِكْرِ اللَّهِ» "…dan mengingati Allah." Yang dimaksudkan oleh hadis ini ialah hari-hari Tasyriq. Apabila syaitan mengetahui adanya nas yang jelas tentang keberkatan yang menyeluruh serta kerehatan yang segera dan diberi pahala pada hari-hari tersebut, dan dia juga mengetahui bahawa manusia tidak akan menerima ajakannya jika dia sekadar menyuruh mereka meninggalkan sunnah begitu sahaja, sedangkan memang menjadi tabiat buruk syaitan bahawa dia tidak pernah mengajak manusia meninggalkan sesuatu sunnah melainkan dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang disangka oleh manusia sebagai suatu amalan yang mendekatkan diri kepada Allah, maka syaitan pun menggantikan sunnah segera pulang kepada keluarga dengan amalan menziarahi kubur sebelum pulang ke rumah pada hari raya. Syaitan memperindahkan amalan itu dalam pandangan mereka, lalu menggambarkan bahawa menziarahi kubur kaum kerabat yang telah meninggal dunia pada hari raya termasuk dalam kebaktian kepada mereka, tanda kasih sayang terhadap mereka, dan bukti besarnya kesedihan kerana kehilangan mereka ketika tibanya hari raya. Padahal, dalam amalan ziarah kubur pada hari-hari selain hari raya sendiri sudah terdapat pelbagai bid'ah dan perkara-perkara haram sebagaimana telah disebutkan sebelum ini. Maka bagaimana pula keadaannya jika dilakukan pada hari raya, iaitu hari di mana para wanita sejak awal lagi memakai pakaian yang indah, berhias dan mengenakan perhiasan dengan sebaik-baiknya walaupun tanpa keluar rumah. Maka bagaimana pula apabila mereka keluar pada hari tersebut? Lalu engkau melihat mereka pada hari raya berada di perkuburan dalam keadaan mendedahkan diri, seolah-olah telah menanggalkan pakaian malu daripada diri mereka. Dengan itu, syaitan telah menggantikan suatu sunnah dengan sesuatu yang mengandungi perkara makruh dan haram. Adapun yang makruh, ialah kerana amalan tersebut menyebabkan mereka melewatkan kepulangan segera kepada keluarga, sedangkan itulah sunnah sebagaimana yang telah disebutkan. Manakala yang haram, ialah segala keadaan yang disaksikan oleh penziarah di perkuburan berupa perlakuan wanita dalam bentuk-bentuk tercela yang telah dihuraikan sebelum ini. Kemudian renungkanlah — semoga Allah merahmati kami dan engkau — segala kerosakan yang telah disebutkan ini. Namun syaitan masih belum berpuas hati dengan semua itu. Bahkan dia menambah lagi suatu kemungkaran yang lebih besar, iaitu kebiasaan sebahagian wanita yang dikenali sebagai "Banat al-'Aid", termasuk anak-anak dara, gadis yang hampir baligh dan selain mereka, yang keluar dalam keadaan yang jelas bercanggah dengan syariat. Mereka menonjolkan diri di hadapan khalayak ramai, bernyanyi, memukul rebana dan melakukan pelbagai perkara lain di jalan-jalan dan pasar-pasar. Mereka juga memasuki rumah-rumah sebahagian ulama dan orang lain. Ramai manusia terfitnah dengan mereka, namun ada dalam kalangan ulama dan selain mereka yang hanya berdiam diri, sekadar memberi nasihat tanpa mengingkari perbuatan tersebut. Maka sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya jugalah kita akan kembali.”


Cetak  
Wallahu a'lam