SDI 2027: Seorang Meninggal Dunia Ahli Waris Adalah 3 Anak Perempuan, Cucu Dari Anak Lelaki Dan Bapa Saudara

Soalan:

Seorang wanita meninggal dunia, ahli waris yang tinggal adalah tiga orang anak perempuan, cucu dari anak lelaki yang telah meninggal dunia dan bapa saudara.

Jawapan:

Jika waris yang tinggal hanya seperti yang dinyatakan, maka pembahagian harta pusakanya adalah seperti berikut:

  • Tiga orang anak perempuan mendapat 2/3, berkongsi sesama mereka.
  • Cucu dari anak lelaki yang telah meninggal dunia;
    • Jika cucu dari anak lelaki yang telah meninggal dunia itu adalah lelaki, maka dia mengambil keseluruhan baki harta neneknya (1/3) secara ta’sib. Tiada bahagian untuk bapa saudara jenazah kerana terhalang (mahjub) dengan cucu lelaki dari anak lelaki.
    • Jika cucu dari anak lelaki yang telah meninggal dunia itu adalah perempuan, maka dia tidak memiliki apa-apa bahagian dari pusaka jenazah yang merupakan neneknya, kerana terhalang dengan keberadaan anak perempuan jenazah yang lebih dari seorang. Baki harta (1/3), setelah 2/3 diambil oleh tiga orang anak perempuan jenazah, menjadi miliki bapa saudara jenazah secara ta’sib, jika bapa saudara adalah saudara kandung dengan bapa jenazah, atau saudara sebapa dengan bapa jenazah.

Cetak  
Wallahu a'lam