SDI 2028: Darah Nifas Melebihi Kadar Maksimum Dalam Tiga Warna

Soalan:

Ustaz, seorang wanita dalam nifas, mendapati darah seperti berikut:

  • 20 hari pertama bewarna kehitaman, kemudian
  • 20 hari kedua bewarna kemerahan, kemudian
  • 30 hari berikutnya kekuningan

Mana satu nifasnya?

Jawapan:

Jika wanita yang bernifas mendapati darah dengan tiga tingkat kekuatan seperti yang ditanya, maka dia ialah seorang mumayyizah, iaitu wanita yang mempunyai tamyīz. Oleh itu, darah hitam dan darah merah dihukum sebagai nifas, manakala darah kuning dihukum sebagai suci, sebagaimana hukum dalam perbahasan haid.

Sekiranya dia melihat dua puluh hari darah hitam, kemudian dua puluh hari darah merah, kemudian tiga puluh hari darah hitam, maka hanya darah hitam yang pertama dihukum sebagai nifas, manakala darah merah dan darah hitam yang kedua dihukum sebagai suci.

Walau bagaimanapun, terdapat satu pendapat (قيل) yang mengatakan bahawa darah hitam yang pertama bersama darah merah dihukum sebagai nifas, sebagaimana khilaf dalam perbahasan haid.


Cetak  
Wallahu a'lam