Soalan:
Apakah hukum seorang suami yang berkata kepada isterinya: "Kalau kamu masih ada maruah dan rasa malu, jangan bercakap dengan aku selama 60 hari, atau sepanjang hayat." Sedangkan isteri bersumpah dengan nama Allah kerana berkeyakinan suamilah yang bersalah. Apakah hukum perkara ini? Dan bagaimanakah sepatutnya isteri berurusan dengan suaminya?
Jawapan:
Ucapan yang dilafazkan oleh suami ketika sedang marah seperti ini tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk memutuskan hubungan atau menimbulkan persengketaan antara suami isteri. Ini kerana perbuatan saling tidak bertegur sapa melebihi tiga hari adalah tidak dibenarkan dalam Islam.
Dalam Sahih Muslim, daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:
لا تَباغَضوا، ولا تَحاسَدوا، ولا تَدابَروا، وكونوا عِبادَ اللهِ إخوانًا، ولا يَحِلُّ لمُسلِمٍ أن يَهجُرَ أخاه فوقَ ثَلاثةِ أيَّامٍ
"Janganlah kamu saling membenci, jangan saling dengki, jangan saling membelakangi, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim memulaukan saudaranya melebihi tiga hari."
Oleh itu, seorang suami tidak boleh memulaukan isterinya dengan tidak bercakap lebih daripada tiga hari, sekalipun isterinya itu melakukan nusyuz.
Al-Safarini (السفاريني) dari mazhab Hambali menulis dalam Ghidhā' al-Albāb fī Sharḥ Manẓūmat al-Ādāb (غذاء الألباب في شرح منظومة الآداب) 2/402:
قَالَ عُلَمَاؤُنَا وَغَيْرُهُمْ: إذَا ظَهَرَ مِنْ الزَّوْجَةِ أَمَارَاتُ النُّشُوزِ بِأَنْ تَتَشَاغَلَ أَوْ تُدَافِعَ إذَا دَعَاهَا إلَى الِاسْتِمْتَاعِ أَوْ تُجِيبَهُ مُتَبَرِّمَةً مُتَكَرِّهَةً أَوْ يَخْتَلَّ أَدَبُهَا فِي حَقِّهِ، وَعَظَهَا، فَإِنْ رَجَعَتْ إلَى الطَّاعَةِ وَالْأَدَبِ حَرُمَ الْهَجْرُ وَالضَّرْبُ، وَإِنْ أَصَرَّتْ وَأَظْهَرَتْ النُّشُوزَ بِأَنْ عَصَتْهُ وَامْتَنَعَتْ مِنْ إجَابَتِهِ إلَى الْفِرَاشِ، أَوْ خَرَجَتْ مِنْ بَيْتِهِ بِغَيْرِ إذْنِهِ وَنَحْوِ ذَلِكَ هَجَرَهَا فِي الْمَضْجَعِ مَا شَاءَ، وَفِي الْكَلَامِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ لَا فَوْقَهَا. فَإِنْ أَصَرَّتْ، وَلَمْ تَرْتَدِعْ فَلَهُ أَنْ يَضْرِبَهَا فَيَكُونَ الضَّرْبُ بَعْدَ الْهَجْرِ فِي الْفِرَاشِ وَتَرْكِهَا مِنْ الْكَلَامِ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ، أَيْ غَيْرَ شَدِيدٍ يُفَرِّقُهُ عَلَى بَدَنِهَا وَيَجْتَنِبُ الْوَجْهَ وَالْبَطْنَ وَالْمَوَاضِعَ الْمَخُوفَةَ وَالْمُسْتَحْسِنَةَ عَشَرَةَ أَسْوَاطٍ فَأَقَلَّ. وَقِيلَ بِدِرَّةٍ أَوْ مِخْرَاقِ مِنْدِيلٍ مَلْفُوفٍ لَا بِسَوْطٍ وَلَا خَشَبٍ، فَإِنْ تَلِفَتْ مِنْ ذَلِكَ فَلَا ضَمَانَ عَلَيْهِ. وَيُمْنَعُ مِنْ هَذِهِ الْأَشْيَاءِ مَنْ عُلِمَ بِمَنْعِهِ حَقَّهَا حَتَّى يُؤَدِّيَهُ وَيُحْسِنَ عِشْرَتَهَا، وَلَا يَسْأَلُهُ أَحَدٌ لِمَ ضَرَبَهَا وَلَا أَبُوهَا، لِقَوْلِهِ - ﷺ - «لَا تَسْأَلْ الرَّجُلَ فِيمَ ضَرَبَ امْرَأَتَهُ» رَوَاهُ الْإِمَامُ أَحْمَدُ وَابْنُ مَاجَهْ وَالْحَاكِمُ مِنْ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ وَهُوَ حَدِيثٌ صَحِيحٌ. وَلَهُ تَأْدِيبُهَا كَذَلِكَ عَلَى تَرْكِ فَرَائِضِ اللَّهِ - تَعَالَى.
Para ulama kami dan selain mereka berkata: Apabila kelihatan pada diri isteri tanda-tanda nusyuz, seperti dia berpaling daripada suaminya, melengah-lengahkan atau berdolak-dalik apabila suami mengajaknya untuk beristimta' (hubungan suami isteri), atau dia menjawab ajakan itu dengan perasaan jemu dan tidak suka, ataupun adabnya terhadap suami mula berubah, maka hendaklah suami menasihatinya. Jika dia kembali taat dan beradab dengan baik, maka haram bagi suami memulaukannya atau memukulnya. Namun, jika dia terus berdegil dan benar-benar menzahirkan nusyuz, seperti menderhakai suami, enggan memenuhi ajakannya ke tempat tidur, keluar dari rumah tanpa izinnya, atau melakukan perkara-perkara seumpamanya, maka suami boleh memulaukannya di tempat tidur selama mana yang dikehendakinya, dan memulaukannya daripada bercakap selama tiga hari sahaja, tidak lebih daripada itu. Sekiranya dia tetap berdegil dan tidak juga insaf, maka suami dibenarkan memukulnya. Pukulan itu hendaklah dilakukan selepas langkah memulaukan di tempat tidur dan tidak bercakap dengannya. Pukulan tersebut mestilah tidak mencederakan (ghair mubarrih), iaitu bukan pukulan yang kuat. Pukulan itu hendaklah dilakukan secara ringan pada bahagian-bahagian tubuhnya, serta mengelakkan daripada memukul muka, perut, anggota yang berbahaya, dan anggota yang menjadi tempat kecantikan. Bilangan pukulan tidak melebihi sepuluh kali. Ada juga pandangan yang mengatakan pukulan itu hendaklah menggunakan alat yang ringan seperti cemeti kecil (dirrah) atau kain yang digulung, bukan menggunakan cemeti yang keras atau kayu. Sekiranya isteri meninggal dunia akibat pukulan seperti itu, maka menurut pandangan ini suami tidak dikenakan tanggungan ganti rugi. Seseorang suami yang diketahui menafikan hak-hak isterinya tidak dibenarkan melakukan tindakan-tindakan tersebut sehingga dia terlebih dahulu menunaikan hak isterinya dan bergaul dengannya secara baik. Tidak seorang pun berhak mempersoalkan kepada suami mengapa dia memukul isterinya, termasuk bapa kepada isterinya, berdasarkan sabda Nabi ﷺ: "Janganlah engkau bertanya kepada seorang lelaki mengapa dia memukul isterinya." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, dan ia merupakan hadis yang sahih. Demikian juga, suami berhak mendisiplinkan isterinya dengan cara-cara tersebut sekiranya dia meninggalkan kewajipan-kewajipan yang telah diwajibkan oleh Allah Taala.”
Adapun sumpah isteri dengan nama Allah bahawa suaminya yang bersalah, maka tidak ada apa-apa kewajipan ke atasnya selagi dia bersumpah berdasarkan sangkaan yang diyakininya benar. Ibn Qudamah berkata dalam al-Mughniy 9/497:
وَمَنْ حَلَفَ عَلَى شَيْءٍ يَظُنُّهُ كَمَا حَلَفَ، فَلَمْ يَكُنْ، فَلَا كَفَّارَةَ عَلَيْهِ؛ لِأَنَّهُ مِنْ لَغْوِ الْيَمِينِ) أَكْثَرُ أَهْلِ الْعِلْمِ عَلَى أَنَّ هَذِهِ الْيَمِينَ لَا كَفَّارَةَ فِيهَا. قَالَهُ ابْنُ الْمُنْذِرِ. يُرْوَى هَذَا عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، وَأَبِي مَالِكٍ، وَزُرَارَةَ بْنِ أَوْفَى، وَالْحَسَنِ، وَالنَّخَعِيِّ، وَمَالِكٍ، وَأَبِي حَنِيفَةَ، وَالثَّوْرِيِّ. وَمِمَّنْ قَالَ: هَذَا لَغْوُ الْيَمِينِ. مُجَاهِدٌ، وَسُلَيْمَانُ بْنُ يَسَارٍ، وَالْأَوْزَاعِيُّ، وَالثَّوْرِيُّ، وَأَبُو حَنِيفَةَ وَأَصْحَابُهُ. وَأَكْثَرُ أَهْلِ الْعِلْمِ عَلَى أَنَّ لَغْوَ الْيَمِينِ لَا كَفَّارَةَ فِيهِ. وَقَالَ ابْنُ عَبْدِ الْبَرِّ: أَجْمَعَ الْمُسْلِمُونَ عَلَى هَذَا. وَقَدْ حُكِيَ عَنْ النَّخَعِيِّ فِي الْيَمِينِ عَلَى شَيْءٍ يَظُنُّهُ حَقًّا، فَيَتَبَيَّنُ بِخِلَافِهِ، أَنَّهُ مِنْ لَغْوِ الْيَمِينِ، وَفِيهِ الْكَفَّارَةُ. وَهُوَ أَحَدُ قَوْلَيْ الشَّافِعِيِّ. وَرُوِيَ عَنْ أَحْمَدَ، أَنَّ فِيهِ الْكَفَّارَةَ، وَلَيْسَ مِنْ لَغْوِ الْيَمِينِ؛ لِأَنَّ الْيَمِينَ بِاَللَّهِ - تَعَالَى - وُجِدَتْ مَعَ الْمُخَالَفَةِ، فَأَوْجَبَتْ الْكَفَّارَةَ، كَالْيَمِينِ عَلَى مُسْتَقْبَلٍ. وَلَنَا، قَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى: ﴿لا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ﴾ [البقرة: ٢٢٥] . وَهَذِهِ مِنْهُ، وَلِأَنَّهَا يَمِينٌ غَيْرُ مُنْعَقِدَةٍ، فَلَمْ تَجِبْ فِيهَا كَفَّارَةٌ، كَيَمِينِ الْغَمُوسِ، وَلِأَنَّهُ غَيْرُ مَقْصُودٍ لِلْمُخَالَفَةِ، فَأَشْبَهَ مَا لَوْ حَنِثَ نَاسِيًا.
“Sesiapa yang bersumpah mengenai sesuatu yang disangkanya benar sebagaimana yang disumpahkannya, kemudian ternyata perkara itu tidak sedemikian, maka tidak ada kaffarah ke atasnya, kerana sumpah tersebut termasuk dalam sumpah lagha. Kebanyakan ahli ilmu berpendapat bahawa sumpah seperti ini tidak dikenakan kaffarah. Demikianlah yang dinyatakan oleh Ibn al-Mundhir. Pendapat ini diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, Abu Hurairah, Abu Malik, Zurarah bin Awfa, al-Hasan, al-Nakha‘i, Malik, Abu Hanifah dan al-Thawri. Antara ulama yang mengatakan bahawa sumpah seperti ini termasuk dalam sumpah lagha ialah Mujahid, Sulaiman bin Yasar, al-Awza‘i, al-Thawri, Abu Hanifah dan para pengikutnya. Kebanyakan ahli ilmu berpendapat bahawa sumpah lagha tidak dikenakan kaffarah. Ibn ‘Abd al-Barr berkata: “Umat Islam telah berijmak mengenai perkara ini.” Namun, terdapat riwayat daripada al-Nakha‘i mengenai seseorang yang bersumpah atas sesuatu yang disangkanya benar, kemudian ternyata perkara itu berlawanan dengan sangkaannya. Menurut beliau, sumpah tersebut termasuk dalam sumpah lagha, tetapi tetap dikenakan kaffarah. Pendapat ini juga merupakan salah satu daripada dua pandangan al-Syafi‘i. Diriwayatkan juga daripada Ahmad bahawa sumpah seperti ini dikenakan kaffarah dan tidak termasuk dalam sumpah lagha. Alasannya, sumpah dengan nama Allah Taala telah berlaku, kemudian didapati kenyataannya berbeza daripada apa yang disumpahkan. Oleh itu, ia mewajibkan kaffarah, sebagaimana sumpah mengenai sesuatu yang akan berlaku pada masa hadapan. Adapun dalil kami (sumpah lagha tidak dikenakan kafarah) ialah firman Allah Taala: “Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan.” Surah al-Baqarah, ayat 225. Sumpah dalam permasalahan ini termasuk dalam sumpah lagha yang disebutkan dalam ayat tersebut. Selain itu, sumpah ini merupakan sumpah yang tidak terikat secara sah, maka tidak wajib kaffarah padanya, sebagaimana sumpah ghamus. Demikian juga, orang yang bersumpah itu tidak berniat untuk menyanggahi sumpahnya. Oleh itu, keadaannya menyerupai seseorang yang melanggar sumpahnya kerana terlupa.”
Namun, cara yang betul menghadapi masalah seperti ini bukanlah semata-mata berusaha membuktikan siapa yang benar dan siapa yang salah. Sebaliknya, hendaklah seseorang mengawal dirinya, memohon perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan, berusaha hidup bersama pasangan dengan cara yang baik (mu'asyarah bil ma'ruf), menggunakan tutur kata yang terbaik, serta saling memaafkan kesilapan dan keterlanjuran yang berlaku.
Dikongsikan di sini tentang khabar gembira daripada Nabi ﷺ kepada isteri yang penyayang dan sentiasa berusaha mendapatkan keredaan suaminya. Iaitulah hadis daripada Abdullah bin Abbas رضي الله عنهما, Rasulullah ﷺ bersabda:
أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِنِسَائِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ الْوَدُودُ، الْوَلُودُ، الْعَؤُودُ عَلَى زَوْجِهَا، الَّتِي إِذَا آذَتْ أَوْ أُوذِيَتْ، جَاءَتْ حَتَّى تَأْخُذَ بَيْدَ زَوْجِهَا، ثُمَّ تَقُولُ وَاللهِ لَا أَذُوقُ غُمْضًا حَتَّى تَرْضَى
"Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang wanita-wanita dari kalangan ahli syurga? Iaitu wanita yang penuh kasih sayang, banyak melahirkan zuriat, dan sentiasa kembali kepada suaminya. Apabila dia menyakiti suaminya atau disakiti oleh suaminya, dia datang memegang tangan suaminya lalu berkata: “Demi Allah, aku tidak akan dapat melelapkan mata sehingga engkau reda terhadapku." (Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabarani dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Dinilai hasan oleh al-Albani)
