Hadis 429/552
Daripada Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah رضي الله عنهما, daripada Nabi ﷺ, Baginda meriwayatkan bahawa Allah berfirman:
الْعِزُّ إِزَارُهُ، وَالْكِبْرِيَاءُ رِدَاؤُهُ، فَمَنْ نَازَعَنِي بِشَيْءٍ مِنْهُمَا، عَذَّبْتُهُ
“Kemuliaan ialah kain sarung-Ku dan kebesaran ialah selendang-Ku. Oleh itu, sesiapa yang menandingi-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, Aku akan mengazabnya.” (Riwayat Muslim, Kitāb al-Birr wa al-Ṣilah wa al-Ādāb, hadis no. 136)
BIODATA RAWI ABU SA‘ID AL-KHUDRI (rujuk sini)
Imam Muslim meriwayatkan dalam Sahih Muslim (no. 2620) daripada Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah RA, kedua-duanya berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْعِزُّ إِزَارُهُ، وَالْكِبْرِيَاءُ رِدَاؤُهُ، فَمَنْ يُنَازِعُنِي عَذَّبْتُهُ
“Kemuliaan (‘izzah) ialah kain sarung-Nya dan kebesaran (kibriya’) ialah selendang-Nya. Sesiapa yang cuba menandingi-Ku dalam salah satu daripadanya, Aku akan mengazabnya.”
Abu Dawud juga meriwayatkan dalam Sunan Abi Dawud (no. 4090) daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: الْكِبْرِيَاءُ رِدَائِي، وَالْعَظَمَةُ إِزَارِي، فَمَنْ نَازَعَنِي وَاحِدًا مِنْهُمَا، قَذَفْتُهُ فِي النَّارِ
“Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: ‘Kebesaran (kibriya’) ialah selendang-Ku dan keagungan (‘azamah) ialah kain sarung-Ku. Sesiapa yang cuba menandingi-Ku dalam salah satu daripada kedua-duanya, Aku akan mencampakkannya ke dalam neraka.’”
Termasuk dalam sifat Allah SWT ialah: العز، والعظمة، والكبرياء iaitu al-‘izzah (kemuliaan/kekuasaan mutlak), al-‘azamah (keagungan) dan al-kibriya’ (kebesaran dan keagungan mutlak).
Adapun al-izar (إزار) dan al-rida’ (رداء), kedua-duanya bukan sifat Allah SWT. Maksud hadis ini ialah bahawa Allah SWT bersifat dengan keagungan dan kebesaran, dan tiada sesiapa pun boleh menandingi-Nya dalam kedua-dua sifat tersebut. Perumpamaan dengan izar dan rida’ adalah kerana kedua-duanya merupakan pakaian yang menjadi hak khusus pemakainya dan tidak boleh dikongsi atau dirampas oleh orang lain.
Selain itu, kibriya’ Allah merupakan hijab yang menghalang makhluk daripada melihat-Nya dalam keadaan di dunia, sebagaimana rida’ menjadi sesuatu yang menutup dan menghalang daripada melihat apa yang berada di sebalik pakaian tersebut.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim (no. 180) daripada Abu Bakr bin ‘Abdullah bin Qays, daripada ayahnya, daripada Nabi SAW:
جَنَّتَانِ مِنْ فِضَّةٍ آنِيَتُهُمَا، وَمَا فِيهِمَا، وَجَنَّتَانِ مِنْ ذَهَبٍ آنِيَتُهُمَا، وَمَا فِيهِمَا، وَمَا بَيْنَ الْقَوْمِ وَبَيْنَ أَنْ يَنْظُرُوا إِلَى رَبِّهِمْ، إِلَّا رِدَاءُ الْكِبْرِيَاءِ عَلَى وَجْهِهِ فِي جَنَّةِ عَدْنٍ
“Dua buah syurga diperbuat daripada perak; bekas-bekasnya dan segala yang terdapat di dalamnya juga daripada perak. Dan dua buah syurga lagi diperbuat daripada emas; bekas-bekasnya dan segala yang terdapat di dalamnya juga daripada emas. Tidak ada antara kaum itu dengan melihat Tuhan mereka melainkan hijab kebesaran-Nya pada wajah-Nya di dalam Jannah ‘Adn.”
Dalam Sahih Muslim, bersama tahkik oleh Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi (w. 1388H) 1/163 dinyatakan:
(وَمَا بَيْنَ الْقَوْمِ وَبَيْنَ أَنْ يَنْظُرُوا إِلَى رَبِّهِمْ إِلَّا رِدَاءُ الْكِبْرِيَاءِ عَلَى وَجْهِهِ فِي جنة عدن) قال العلماء: كان النبي ﷺ يخاطب العرب بما يفهمونه، ويقرب الكلام إلى أفهامهم، ويستعمل الاستعارة وغيرها من أنواع المجاز ليقرب متناولها. فعبر ﷺ عن زوال المانع ورفعه عن الأبصار بإزالة الرداء. وقوله: في جنة عدن، أي الناظرون في جنة عدن. فهي ظرف للناظر.
“Tidak ada sesuatu yang menghalang antara kaum tersebut dengan melihat Tuhan mereka selain rida’ al-kibriyā’ (selendang kebesaran) pada wajah-Nya di dalam Jannah ‘Adn.” Para ulama berkata: Nabi ﷺ berbicara kepada orang-orang Arab dengan menggunakan ungkapan yang mereka fahami. Baginda mendekatkan sesuatu makna kepada pemahaman mereka dan menggunakan isti‘arah (metafora) serta bentuk-bentuk majaz yang lain untuk memudahkan mereka memahami maksudnya. Oleh itu, Nabi ﷺ menggunakan ungkapan “menghilangkan rida” sebagai gambaran bagi hilangnya penghalang dari penglihatan, iaitu apabila penghalang tersebut disingkirkan, mereka dapat melihat Tuhan mereka. Adapun sabda Baginda: فِي جَنَّةِ عَدْنٍ “Di dalam Jannah ‘Adn” maksudnya ialah orang-orang yang melihat itu berada di Jannah ‘Adn. Dengan demikian, frasa “في جنة عدن” merupakan keterangan tempat bagi orang yang melihat.”
Maka, inilah maksud penyebutan rida’ dan izar dalam hadis tersebut. Ia bukan bermaksud bahawa Allah SWT mempunyai izar atau rida’ yang merupakan pakaian sebagaimana pakaian yang dipakai oleh manusia.
1. Penjelasan al-Khattabi رحمه الله:
معنى هذا الكلام أن الكبرياء والعظمة صفتان لله سبحانه، اختص بهما، لا يشركه أحد فيهما، ولا ينبغي لمخلوق أن يتعاطاهما، لأن صفة المخلوق التواضع والتذلل.
“Maksud perkataan ini ialah bahawa kibriya’ dan ‘azamah merupakan dua sifat Allah SWT yang menjadi kekhususan bagi-Nya. Tiada sesiapa pun berkongsi dengan-Nya dalam kedua-dua sifat tersebut. Tidak sewajarnya seseorang makhluk mengambil sifat tersebut untuk dirinya, kerana sifat yang sepatutnya bagi makhluk ialah merendah diri dan tunduk.”
Beliau seterusnya berkata:
وضرب الرداء والإزار مثلاً في ذلك؛ يقول - والله أعلم -: كما لا يشرك الإنسان في ردائه وإزاره أحد، فكذلك لا يشركني في الكبرياء والعظمة مخلوق.
“Penyebutan rida’ dan izar dijadikan sebagai suatu perumpamaan bagi perkara tersebut. Maksudnya — والله أعلم — sebagaimana seseorang manusia tidak berkongsi dengan sesiapa pun dalam pemilikan rida’ dan izar miliknya, demikianlah juga tiada seorang makhluk pun boleh berkongsi dengan-Ku dalam sifat kibriya’ dan ‘azamah.” (Ma‘alim al-Sunan, 4/196)
2. Penjelasan Ibn Taymiyyah رحمه الله, beliau menukilkan hujah al-Razi. Al-Razi yang berkata:
الوجه التاسع: قال صلى الله عليه وسلم: (الكبرياء ردائي والعظمة إزاري). والعاقل لا يثبت لله تعالى إزارًا ورداء. فيقال: هذا الحديث في الصحيح رواه مسلم أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (يقول الله عز وجل: العظمة إزاري والكبرياء ردائي فمن نازعني واحدًا منهما عذبته) وقد ورد أيضًا: (سبحان من تقمص بالعز، ولاق به). وليس ظاهر هذا الحديث أن لله إزارًا ورداء، من جنس الأزر والأردية التي يلبسها الناس، مما يصنع من جلود الأنعام، والثياب كالقطن والكتان؛ بل الحديث نص في نفي هذا المعنى الفاسد، فإنه لو قال عن بعض العباد: إن العظمة إزاره، والكبرياء رداؤه: لكان إخباره بذلك عن العظمة والكبرياء، اللذين ليسا من جنس ما على ظهور الأنعام، ولا من جنس الثياب ما يبيّن ويظهر أنه ليس المعنى: أن العظمة والكبرياء هما إزار ورداء، بهذا المعنى. فإذا كان المعنى الفاسد لا يظهر من وصف المخلوق بذلك؛ لأن تركيب اللفظ يمنع ذلك، ويبين المعنى الحق؛ فكيف يدعي أن هذا المعنى ظاهر اللفظ في حق الله تعالى، الذي يعلم كل مخاطب أن الرسول صلى الله عليه وسلم، لم يخبر عنه بلبس الأكسية وثياب القطن والكتان، التي يُحتاج إليها لدفع الحر والبرد، وستر العورة. وهذا أقبح ممن يزعم أن قوله: (إن خالدًا سيف من سيوف الله، سلَّه الله على المشركين): أن ظاهره أن خالدًا من حديد .وأقبح ممن يزعم أن قوله عن الفرس: (إن وجدناه لبحرًا): ظاهره أن الفرس ماء كثير، ونظائر هذا كثيرة. وإذا كان هذا المعنى الفاسد ليس ظاهر الحديث، بل نص الحديث - الذي هو أبلغ من مجرد الظاهر-: ينافيه؛ كان ما ذكره باطلاً. إلى أن قال: "والكبرياء والعظمة: لا تصلح إلا لله رب العالمين، الرب الخالق الباري الغني الصمد القيوم، دون العبد المخلوق الفقير المحتاج. والكبرياء فوق العظمة، كما جعل ذلك رداء وهذا إزارًا... وهما [أي العظمة والكبرياء]، مع أنهما لا يصلحان إلا لله: فيمتنع وجود ذاته بدونهما، بحيث لو قدر عدم ذلك، للزم تقدير المحذور الممتنع من النقص والعيب في ذات الله، فكان وجودهما من لوازم ذاته، وكمالها التي لا ينبغي أن تعرى الذات وتتجرد عنها، كما أن العبد لو تجرد عن اللباس، لحصل له من النقص والعيب بحسب حاله، ما يوجب أن يحصل له لباسًا. وأيضًا: فاللباس يحجب الغير عن المشاهدة لبواطن اللابس، وملامستها؛ وكبرياء الله وعظمته تمنع العباد من إدراك البصر له، ونحو ذلك، كما في الحديث الصحيح الذي في صحيح مسلم عن أبي موسى عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: (جنات الفردوس أربع، ثنتان من ذهب، آنيتهما وحليتهما وما فيهما، وثنتان من فضة آنيتهما وحليتهما وما فيهما، وما بين القوم وبين أن ينظروا إلى ربهم إلاَّ رداء الكبرياء على وجهه في جنة عدن). فهذا الرداء الحاجب، الذي قد يكشفه لهم، فينظرون إليه: سماه رداء الكبرياء؛ فكيف ما يمنع من إدراكه وإحاطته؛ أليس هو أحق بأن يكون من صفة الكبرياء
“Sudut kesembilan: Rasulullah SAW bersabda: الكبرياء ردائي والعظمة إزاري ‘Kibriya’ ialah rida’-Ku dan ‘azamah ialah izar-Ku.’ Orang yang berakal tidak menetapkan bahawa Allah SWT mempunyai izar dan rida’.” Maka dijawab bahawa hadis ini memang terdapat dalam Sahih Muslim, iaitu Nabi SAW bersabda bahawa Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: العظمة إزاري والكبرياء ردائي فمن نازعني واحدًا منهما عذبته “‘Keagungan ialah izar-Ku dan kebesaran ialah rida’-Ku. Sesiapa yang menandingi-Ku dalam salah satu daripadanya, Aku akan mengazabnya.” Terdapat juga riwayat: سبحان من تقمص بالعز، ولاق به “Maha Suci Tuhan yang mengenakan kemuliaan dan ia sesuai dengan-Nya.” Zahir hadis ini sama sekali tidak bermaksud bahawa Allah mempunyai izar dan rida’ dari jenis pakaian yang dipakai oleh manusia, seperti pakaian yang dibuat daripada kulit haiwan, kapas, linen dan sebagainya. Bahkan, hadis tersebut sendiri menunjukkan bahawa makna sedemikian adalah salah. Jika seseorang manusia kepada sebahagian mereka: العظمة إزاره والكبرياء رداؤه “Keagungan ialah izarnya dan kebesaran ialah rida’-nya,” maka jelas bahawa yang dimaksudkan ialah sifat keagungan dan kebesaran yang ada pada dirinya, bukan bahawa keagungan dan kebesaran itu merupakan pakaian sebenar yang dibuat daripada kulit atau kain. Jika struktur bahasa tersebut sudah menghalang makna yang rosak itu apabila digunakan terhadap manusia, maka lebih-lebih lagi ia tidak boleh dianggap sebagai makna zahir apabila digunakan untuk Allah SWT. Setiap orang yang memahami bahasa dan mengetahui bahawa Rasulullah SAW tidak mungkin memberitahu bahawa Allah memakai kain atau pakaian yang diperbuat daripada kulit, kapas dan linen — pakaian yang diperlukan manusia untuk melindungi diri daripada panas dan sejuk serta menutup aurat. Memahami hadis dengan cara tersebut merupakan kesalahan yang lebih buruk dari mereka yang mendakwa sabda Nabi SAW tentang Khalid bin al-Walid RA: إن خالدًا سيف من سيوف الله، سلَّه الله على المشركين “Sesungguhnya Khalid ialah salah satu daripada pedang-pedang Allah. Allah telah menghunuskannya terhadap kaum musyrikin.” Tidak boleh dikatakan bahawa makna zahirnya ialah Khalid itu diperbuat daripada besi. Begitu juga apabila dikatakan tentang seekor kuda: إن وجدناه لبحرًا “Sesungguhnya kami mendapati ia benar-benar lautan.” Tidak boleh dikatakan bahawa kuda itu sebenarnya air yang banyak. Contoh-contoh seperti ini banyak dalam bahasa Arab. Oleh itu, apabila makna yang rosak itu bukanlah makna zahir hadis, bahkan nas hadis sendiri menafikannya, maka dakwaan bahawa makna tersebut merupakan zahir hadis adalah batil, sehinggalah beliau berkata: الكبرياء dan العظمة “Kibriya’ dan ‘azamah hanya layak bagi Allah, Tuhan sekalian alam; Tuhan Yang Mencipta, Yang Mengadakan, Yang Maha Kaya, Yang Menjadi tempat bergantung dan Yang Maha Berdiri Sendiri. Ia tidak layak bagi seorang hamba yang diciptakan, yang fakir dan sentiasa berhajat.” والكبرياء فوق العظمة، كما جعل ذلك رداء وهذا إزارًا “Kibriya’ lebih tinggi daripada ‘azamah, sebagaimana baginda menjadikan kibriya’ sebagai rida’ dan satu lagi sebagai izar.”.. Kibriya’ dan ‘azamah, walaupun kedua-duanya hanya layak bagi Allah SWT, merupakan sifat yang tidak boleh dipisahkan daripada Zat Allah. Allah tidak mungkin bersifat dengan kekurangan. Sekiranya seseorang membayangkan bahawa sifat tersebut tidak ada pada Allah, maka itu akan membawa kepada membayangkan kekurangan dan kecacatan pada Zat Allah, sedangkan perkara tersebut mustahil. Maka kewujudan sifat kibriya’ dan ‘azamah merupakan antara kesempurnaan yang menjadi kelaziman bagi Zat Allah. Zat Allah tidak mungkin dianggap kosong atau terpisah daripada sifat-sifat kesempurnaan tersebut. (perumpamaannya) sepertimana jika seseorang manusia menanggalkan pakaian, maka akan berlaku kekurangan dan kecacatan pada dirinya sesuai dengan keadaan. Oleh itu, dia memerlukan pakaian. Demikian juga pakaian menghalang orang lain daripada melihat apa yang berada di sebalik pakaian dan menyentuhnya. Demikian juga kibriya’ dan ‘azamah Allah menghalang makhluk daripada mencapai dan meliputi hakikat Zat Allah dengan penglihatan dan sebagainya. Hal ini sebagaimana hadis sahih dalam Sahih Muslim daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ أَرْبَعٌ، ثِنْتَانِ مِنْ ذَهَبٍ، آنِيَتُهُمَا وَحِلْيَتُهُمَا وَمَا فِيهِمَا، وَثِنْتَانِ مِنْ فِضَّةٍ، آنِيَتُهُمَا وَحِلْيَتُهُمَا وَمَا فِيهِمَا، وَمَا بَيْنَ الْقَوْمِ وَبَيْنَ أَنْ يَنْظُرُوا إِلَى رَبِّهِمْ إِلَّا رِدَاءُ الْكِبْرِيَاءِ عَلَى وَجْهِهِ فِي جَنَّةِ عَدْنٍ
“Syurga Firdaus ada empat buah; dua daripadanya diperbuat daripada emas, bekas-bekasnya, perhiasannya dan segala yang terdapat di dalamnya daripada emas. Dan dua lagi diperbuat daripada perak, bekas-bekasnya, perhiasannya dan segala yang terdapat di dalamnya daripada perak. Tidak ada antara kaum tersebut dengan melihat Tuhan mereka melainkan rida’ kebesaran-Nya pada wajah-Nya di dalam Jannah ‘Adn.” Maka rida’ yang menjadi hijab dan penghalang tersebut dinamakan sebagai “rida’ al-kibriya’” (selendang kebesaran). Oleh itu, apabila sesuatu yang menghalang makhluk daripada mencapai atau meliputi hakikat Allah dinamakan sebagai sebahagian daripada sifat kibriya’, maka bukankah lebih utama lagi untuk perkara tersebut termasuk dalam makna sifat kibriya’? (Bayan Talbis al-Jahmiyyah (6/270–277).
Kesimpulannya:
Sesungguhnya al-Kibriyā’ (الكبرياء – kebesaran/keagungan) dan al-‘Aẓamah (العظمة – keagungan) merupakan antara sifat-sifat Allah SWT. Kedua-duanya merupakan sifat yang menjadi kelaziman bagi Zat-Nya. Oleh itu, tidak boleh dikatakan bahawa Allah SWT baru bersifat dengan kedua-duanya setelah sebelumnya tidak bersifat demikian.
Adapun penyebutan lafaz الإزار (izar – kain sarung) dan الرداء (rida’ – selendang) dalam hadis, maka tujuannya adalah untuk menjelaskan bahawa al-Kibriyā’ dan al-‘Aẓamah merupakan dua sifat yang khusus bagi Allah SWT, yang tidak boleh dikongsi atau ditandingi oleh makhluk.
Selain itu, penyebutan rida’ al-kibriyā’ (رداء الكبرياء) juga bertujuan menjelaskan bahawa kebesaran Allah menjadi penghalang daripada penglihatan makhluk terhadap-Nya, sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini.
Ringkasnya:
- الكبرياء dan العظمة adalah dua sifat Allah SWT.
- الإزار dan الرداء bukan dimaksudkan sebagai pakaian fizikal Allah seperti pakaian makhluk.
- Penyebutan izar dan rida’ adalah untuk menggambarkan kekhususan sifat kebesaran dan keagungan bagi Allah, serta makna hijab/penghalang daripada penglihatan dalam konteks hadis tersebut.
