Soalan:
Saya mengambil anak angkat lelaki berumur setahun lebih. Anak angkat tersebut menyusu dengan anak saudara saya. Tetapi masalah anak angkat saya, dia tak mahu minum susu badan. Oleh kerana itu, anak saudara saya campurkan susunya dengan minuman lain untuk diberikan kepada anak tersebut. Anak tersebut boleh menjadi anak susuan kepada anak saudara saya, sekaligus menjadi cucu saudara susuan saya?
Jawapan:
Thabit hubungan susuan antara seorang anak dengan ibu susuannya, dengan susu badan yang diberikan kepadanya bercampur minuman lain, jika ia memenuhi syarat-syarat thabit hubungan mahram disebabkan susuan. Inilah pandangan mazhab Syafi’i dan Hambali.
Hubungan susuan yang menyebabkan mahram apabila seorang kanak-kanak menerima lima kali penyusuan yang mengeyangkan sebelum kanak-kanak tersebut genap berusia dua tahun. Daripada ‘Aisyah RA yang berkata:
كَانَ فِيمَا أُنْزِلَ مِنْ الْقُرْآنِ عَشْرُ رَضَعَاتٍ مَعْلُومَاتٍ يُحَرِّمْنَ، ثُمَّ نُسِخْنَ بِخَمْسٍ مَعْلُومَاتٍ
Pada asalnya antara ayat al-Quran yang diturunkan ialah ketetapan bahawa sepuluh kali penyusuan yang diketahui menyebabkan pengharaman, kemudian ia dimansuhkan dengan lima kali penyusuan yang diketahui.” (HR Muslim)
Huraiannya adalah seperti berikut:
Sekiranya susu dicampurkan dengan makanan lain, jika susu lebih dominan, maka berlaku hukum pengharaman susuan. Namun jika susu didominasi, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat dalam kalangan fuqaha. Jika susu berubah menjadi keju (جُبن) atau aqit (أَقِط), maka jumhur (majoriti) ulama berpendapat bahawa hukum pengharaman tetap berlaku. Dalam al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (22/243) dinyatakan:
١٢ - يُشْتَرَطُ أَنْ يَصِل اللَّبَنُ إِلَى جَوْفِ الطِّفْل بِمَصٍّ مِنَ الثَّدْيِ، أَوْ إِيجَارٍ مِنَ الْحَلْقِ، أَوْ إِسْعَاطٍ مِنَ الأَْنْفِ، سَوَاءٌ كَانَ اللَّبَنُ صِرْفًا أَوْ مَشُوبًا بِمَائِعٍ لَمْ يَغْلِبْ عَلَى اللَّبَنِ، بِأَنْ كَانَ اللَّبَنُ غَالِبًا، بِأَنْ كَانَتْ صِفَاتُهُ بَاقِيَةً. وَلاَ فَرْقَ بَيْنَ أَنْ يَكُونَ الْمُخَالِطُ نَجَسًا كَالْخَمْرِ وَأَنْ يَكُونَ طَاهِرًا كَالْمَاءِ وَلَبَنِ الشَّاةِ
١٢ م - أَمَّا إِنْ كَانَ اللَّبَنُ مَغْلُوبًا فَقَدِ اخْتَلَفَ الْفُقَهَاءُ فِي ثُبُوتِ التَّحْرِيمِ بِهِ. فَذَهَبَ الْحَنَفِيَّةُ وَالْمَالِكِيَّةُ إِلَى أَنَّ اللَّبَنَ الْمَغْلُوبَ لاَ يُؤَثِّرُ فِي التَّحْرِيمِ؛ لأَِنَّ الْحُكْمَ لِلأَْغْلَبِ، وَلأَِنَّ اسْمَ اللَّبَنِ يَزُول بِغَلَبَةِ غَيْرِهِ عَلَيْه. وَذَهَبَ الشَّافِعِيَّةُ إِلَى أَنَّهُ يَثْبُتُ التَّحْرِيمُ وَإِنْ كَانَ اللَّبَنُ مَغْلُوبًا، بِأَنْ لَمْ يَبْقَ مِنْ صِفَاتِهِ شَيْءٌ، بِشَرْطِ أَنْ يَشْرَبَ الطِّفْل الْجَمِيعَ أَوْ يَشْرَبَ بَعْضَهُ، إِذَا تَحَقَّقَ أَنَّ اللَّبَنَ قَدْ وَصَل إِلَى الْجَوْفِ بِأَنْ بَقِيَ مِنْهُ أَقَل مِنْ قَدْرِ اللَّبَنِ، وَأَنْ يَكُونَ اللَّبَنُ مِقْدَارًا لَوِ انْفَرَدَ لأَثَّرَ .
وَقَال الْحَنَابِلَةُ: اللَّبَنُ الْمَشُوبُ كَالْمَحْضِ فِي إِثْبَاتِ التَّحْرِيمِ بِهِ عَلَى الْمَذْهَبِ، وَالْمَشُوبُ هُوَ الْمُخْتَلِطُ بِغَيْرِهِ، وَالْمَحْضُ هُوَ الْخَالِصُ الَّذِي لاَ يُخَالِطُهُ سِوَاهُ، سَوَاءٌ شِيبَ بِطَعَامٍ أَوْ شَرَابٍ أَوْ غَيْرِهِ، وَسَوَاءٌ أَكَانَ غَالِبًا أَوْ مَغْلُوبًا، وَقَال أَبُو بَكْرٍ: قِيَاسُ قَوْل أَحْمَدَ أَنَّهُ لاَ يُحَرِّمُ؛ لأَِنَّهُ وَجُورٌ. وَحُكِيَ عَنِ ابْنِ حَامِدٍ أَنَّهُ قَال: إِنْ كَانَ الْغَالِبُ اللَّبَنَ حَرَّمَ وَإِلاَّ فَلاَ؛ لأَِنَّ الْحُكْمَ لِلأَْغْلَبِ؛ وَلأَِنَّهُ يَزُول بِكَوْنِهِ مَغْلُوبًا الاِسْمُ وَالْمَعْنَى الْمُرَادُ بِهِ. قَال ابْنُ قُدَامَةَ: وَوَجْهُ الأَْوَّل أَنَّ اللَّبَنَ الْمَغْلُوبَ مَتَى كَانَ لَوْنُهُ ظَاهِرًا فَقَدْ حَصَل شُرْبُهُ وَيَحْصُل مِنْهُ إِنْبَاتُ اللَّحْمِ وَإِنْشَازُ الْعَظْمِ فَحَرَّمَ، كَمَا لَوْ كَانَ غَالِبًا، وَهَذَا فِيمَا إِذَا كَانَتْ صِفَاتُ اللَّبَنِ بَاقِيَةً. فَأَمَّا إِنْ صُبَّ فِي مَاءٍ كَثِيرٍ لَمْ يَتَغَيَّرْ بِهِ لَمْ يَثْبُتْ بِهِ التَّحْرِيمُ؛ لأَِنَّ هَذَا لَيْسَ بِلَبَنٍ مَشُوبٍ وَلاَ يَحْصُل بِهِ التَّغَذِّي وَلاَ إِنْبَاتُ اللَّحْمِ وَلاَ إِنْشَازُ الْعَظْمِ فَلَيْسَ بِرَضَاعٍ وَلاَ فِي مَعْنَاهُ، فَوَجَبَ أَنْ لاَ يَثْبُتَ حُكْمُهُ فِيهِ. وَحُكِيَ عَنِ الْقَاضِي أَنَّ التَّحْرِيمَ يَثْبُتُ بِهِ أَيْضًا لأَِنَّ أَجْزَاءَ اللَّبَنِ حَصَلَتْ فِي بَطْنِهِ فَأَشْبَهَ مَا لَوْ كَانَ لَوْنُهُ ظَاهِرًا.
١٣ - كَمَا اخْتَلَفُوا فِي ثُبُوتِ التَّحْرِيمِ بِاللَّبَنِ الْمَخْلُوطِ بِطَعَامٍ وَالْمُتَغَيِّرَةِ هَيْئَتُهُ بِأَنْ يَصِيرَ جُبْنًا أَوْ مَخِيضًا، أَوْ إِقْطًا.
فَذَهَبَ الْجُمْهُورُ إِلَى أَنَّ التَّحْرِيمَ يَثْبُتُ بِهِ لِوُصُول عَيْنِ اللَّبَنِ إِلَى جَوْفِ الطِّفْل، وَحُصُول التَّغْذِيَةِ بِهِ. وَقَال الْحَنَفِيَّةُ: لاَ تَأْثِيرَ لِلَّبَنِ الْمَخْلُوطِ بِطَعَامٍ وَلاَ الْمُتَغَيِّرِ هَيْئَتُهُ، وَلاَ مَا مَسَّتْهُ النَّارُ لأَِنَّ اسْمَ الرَّضَاعِ لاَ يَقَعُ عَلَيْهِ.
12 – Disyaratkan bahawa susu tersebut sampai ke dalam perut kanak-kanak melalui hisapan dari payudara, atau dengan menuangkannya ke dalam kerongkong, atau dengan memasukkannya melalui hidung. Sama ada susu tersebut merupakan susu tulen atau susu yang bercampur dengan sesuatu cecair yang tidak mengatasi susu, iaitu susu tersebut merupakan unsur yang lebih dominan sehingga sifat-sifatnya masih kekal. Tidak ada perbezaan sama ada bahan yang bercampur dengannya itu najis, seperti arak, atau suci, seperti air dan susu kambing.[1]
12 م – Adapun jika susu tersebut didominasi oleh bahan campuran, maka para fuqaha berbeza pendapat tentang sama ada hukum pengharaman susuan berlaku dengannya (atau tidak).
Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa susu yang telah didominasi oleh bahan lain tidak memberi kesan dalam pengharaman (menjadi mahram) disebabkan susuan, kerana sesuatu hukum berdasarkan unsur yang lebih dominan. Selain itu, nama “susu” juga dianggap hilang apabila bahan lain mengatasi susu tersebut.[2]
Mazhab Syafi‘i pula berpendapat bahawa pengharaman tetap sabit walaupun susu itu merupakan unsur yang didominasi oleh bahan lain, sehingga tidak ada lagi sifat susu yang kekal, dengan syarat kanak-kanak itu meminum keseluruhan campuran tersebut, atau meminum sebahagiannya apabila dipastikan bahawa susu itu telah sampai ke dalam perutnya; iaitu masih terdapat susu dalam campuran tersebut, walaupun lebih kurang dari kadar susu yang asal, dan jumlah susu itu pula merupakan kadar yang sekiranya diminum secara berasingan sudah memadai untuk memberikan kesan hukum susuan.[3]
Mazhab Hanbali pula berpendapat bahawa susu yang bercampur dengan bahan lain (اللَّبَنُ الْمَشُوبُ) sama hukumnya dengan susu tulen (الْمَحْضُ) dalam menetapkan pengharaman susuan, menurut pendapat yang menjadi pegangan dalam mazhab. Susu al-mashub ialah susu yang bercampur dengan bahan lain, manakala susu al-mahd ialah susu tulen yang tidak bercampur dengan apa-apa bahan lain. Sama ada susu tersebut dicampurkan dengan makanan, minuman atau selainnya, dan sama ada susu itu merupakan unsur yang lebih dominan atau merupakan unsur yang didominasi oleh bahan campuran, hukum pengharaman tetap sabit menurut pendapat mazhab tersebut. Abu Bakr pula berkata: Menurut qiyas berdasarkan pendapat Imam Ahmad, susu tersebut tidak menyebabkan pengharaman, kerana pemberian susu seperti itu termasuk dalam kategori al-wajūr (الوجور), iaitu susu yang dituangkan ke dalam kerongkong. Dihikayatkan daripada Ibn Hamid bahawa beliau berkata: Jika susu merupakan unsur yang lebih dominan, maka berlaku pengharaman; jika tidak, maka tidak berlaku pengharaman, kerana hukum bergantung kepada unsur yang lebih dominan. Selain itu, apabila susu menjadi unsur yang didominasi oleh bahan lain, nama susu serta makna yang dimaksudkan dengannya juga dianggap telah hilang. Ibn Qudamah berkata: “Bagi pendapat pertama bahawa apabila susu yang merupakan unsur yang didominasi itu masih kelihatan warnanya, maka telah berlaku perbuatan meminumnya. Daripadanya juga boleh berlaku pertumbuhan daging dan penguatan tulang, lalu terjadilah pengharaman, sebagaimana halnya apabila susu merupakan unsur yang lebih dominan. Ini berlaku apabila sifat-sifat susu masih kekal. Adapun jika susu dituangkan ke dalam air yang banyak sehingga susu itu tidak menyebabkan perubahan pada air tersebut, maka hukum pengharaman tidak sabit dengannya. Hal ini kerana campuran tersebut bukan lagi dianggap sebagai susu yang bercampur. Selain itu, tidak berlaku dengannya proses pemakanan, tidak berlaku pertumbuhan daging dan tidak berlaku penguatan tulang. Oleh itu, ia bukanlah penyusuan dan tidak pula mempunyai makna penyusuan. Maka, hukum penyusuan tidak sepatutnya sabit dalam keadaan tersebut. Namun, dihikayatkan daripada al-Qadi bahawa hukum pengharaman juga sabit dalam keadaan tersebut kerana sebahagian daripada zat susu telah sampai ke dalam perut kanak-kanak. Ia sama seperti keadaan apabila warna susu masih kelihatan.”[4]
13 – Para fuqaha juga berbeza pendapat tentang sabitnya hukum pengharaman melalui susu yang dicampurkan dengan makanan, serta susu yang telah berubah bentuk, seperti apabila ia menjadi keju (جُبْنًا), susu masam/buttermilk (مَخِيضًا) atau aqit (إِقْطًا).
Jumhur (majoriti) ulama berpendapat bahawa hukum pengharaman tetap sabit dengannya kerana zat susu itu sendiri telah sampai ke dalam perut kanak-kanak dan berlaku proses pemakanan dengannya. Adapun mazhab Hanafi berpendapat bahawa susu yang dicampurkan dengan makanan, susu yang telah berubah bentuk, dan susu yang telah terkena api tidak memberikan kesan dalam menetapkan hukum pengharaman susuan, kerana istilah “penyusuan” (الرَّضَاع) tidak lagi terpakai ke atasnya.
[1] Al-Qalyubi, 4/62–63; al-Mughni, 7/540–545; Hasyiah al-Dusuqi, 2/502; Asna al-Matalib, 3/514; Ibn ‘Abidin, 2/402–408; Kashshaf al-Qina‘, 5/444–445; Bada’i‘ al-Sana’i‘, 4/8.
[2] Syarh al-Dusuqi, 2/503; Syarh al-Zurqani, 4/239; al-Mughni, 7/539; Kashshaf al-Qina‘, 5/447; Ibn ‘Abidin, 2/409; Bada’i‘ al-Sana’i‘, 4/9.
[3] Nihayah al-Muhtaj, 7/172–173; Rawdah al-Talibin, 9/4.
[4] Al-Mughni, 8/539–540.
