Kisah Perbuatan Jahat ‘Ubaidullah bin Ziyad Dan Balasannya

 6179 - وَعَنْ أَنَسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: أَتَى عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ بِرَأْسِ الْحُسَيْنِ، فَجُعِلَ فِي طَسْتٍ، فَجَعَلَ يَنْكُتُ وَقَالَ فِي حُسْنِهِ شَيْئًا، قَالَ أَنَسٌ: فَقُلْتُ: وَاللَّهِ إِنَّهُ كَانَ أَشْبَهَهُمْ بِرَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَكَانَ مَخْضُوبًا بِالْوَسِمَةِ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ .

وَفِي رِوَايَةِ التِّرْمِذِيِّ قَالَ: كُنْتُ عِنْدَ ابْنِ زِيَادٍ فَجِيءَ بِرَأْسِ الْحُسَيْنِ، فَجَعَلَ يَضْرِبُ بِقَضِيبٍ فِي أَنْفِهِ وَيَقُولُ: مَا رَأَيْتُ مِثْلَ هَذَا حُسْنًا، فَقُلْتُ: أَمَا إِنَّهُ كَانَ مِنْ أَشْبَهِهِمْ بِرَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وَقَالَ: هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ .

6179 – Daripada Anas RA, beliau berkata: “‘Ubaidullah bin Ziyad membawa kepala al-Husain, lalu kepala itu diletakkan di dalam sebuah bekas. Kemudian dia mula mencucuk-cucuknya sambil mengatakan sesuatu tentang keindahan rupa al-Husain. Anas berkata: “Lalu aku berkata: Demi Allah, sesungguhnya al-Husain adalah antara orang yang paling menyerupai Rasulullah , dan ketika itu beliau mewarnakan rambutnya dengan al-wasm.” Riwayat al-Bukhari.

Dalam riwayat al-Tirmizi, Anas berkata: “Aku berada di sisi Ibn Ziyad ketika kepala al-Husain dibawa kepadanya. Lalu Ibn Ziyad mula memukul dengan sebatang tongkat pada hidung al-Husain sambil berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sesuatu yang seumpama ini dari segi keindahannya.’ Lalu aku berkata: ‘Ketahuilah, sesungguhnya beliau adalah antara mereka yang paling menyerupai Rasulullah .’” Al-Tirmizi berkata: “Hadis ini sahih, hasan lagi gharib.”

 

Huraian bersama olahan semula dari Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih oleh al-Mula ‘Ali al-Qari, Nur al-Din ‘Ali bin Sultan Muhammad al-Qari

6179 – Daripada Anas RA, beliau berkata: “‘Ubaidullah bin Ziyad, dibawa kepadanya kepala al-Husain.”

‘Ubaidullah bin ‘Abdullah bin Ziyad adalah orang yang bertanggungjawab membentuk dan mengutus tentera untuk membunuh al-Husain. Pada ketika itu, beliau merupakan pemerintah Kufah bagi pihak Yazid bin Mu‘awiyah. Beliau pula dibunuh di wilayah al-Mawsil (الْمَوْصِلِ) oleh Ibrahim bin Malik bin al-Ashtar al-Nakha‘i, pada zaman al-Mukhtar bin Abi ‘Ubaid al-Thaqafi, pada tahun 66 Hijrah.

Ungkapan:

فَجُعِلَ رَأْسُ الْحُسَيْنِ فِي طَسْتٍ

“Maka kepala al-Husain diletakkan di dalam sebuah bekas.”

Perkataan طَسْت dibaca dengan baris fathah pada huruf ṭā’ dan sukun pada huruf sīn.

فَجَعَلَ يَنْكُتُ

“Maka Ibn Ziyad mula mencucuk-cucuknya.”

Perkataan يَنْكُتُ dibaca dengan fathah pada huruf yā’, dhammah pada huruf kāf dan tā’, iaitu maksudnya memukul dengan hujung tongkat (يَضْرِبُ بِرَأْسِ الْقَضِيبِ) ke hidung al-Husain RA. Dalam kitab al-Nihayah, disebut bahawa perkataan يَنْكُتُ bermaksud berfikir dan bercakap dalam hati. Asal perkataan ini ialah النَّكْتُ بِالْعَصَا, iaitu memukul tanah dengan tongkat. Perbuatan mengetuk tanah dengan tongkat ialah apabila hujung tongkat tersebut meninggalkan kesan pada tanah, sebagaimana perbuatan seseorang yang sedang berfikir dan termenung.

Ungkapan:

وَقَالَ فِي حُسْنِهِ شَيْئًا

“Dan dia mengatakan sesuatu tentang keindahan rupa al-Husain.”

Maksudnya, dia mengatakan sesuatu berupa pujian terhadap keindahan rupa al-Husain. Anas berkata:

فَقُلْتُ: وَاللَّهِ إِنَّهُ كَانَ أَشْبَهَهُمْ بِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ

“Lalu aku berkata: Demi Allah, sesungguhnya beliau merupakan antara orang yang paling menyerupai Rasulullah .”

Dimaksudkan dengan أَشْبَهَهُمْ ialah dari kalangan sahabat yang paling menyerupai atau dari kalangan Ahl al-Bait yang paling menyerupai  Rasulullah .

وَكَانَ مَخْضُوبًا بِالْوَسِمَةِ

“Dan pada ketika itu al-Husain mewarnakan rambutnya dengan al-wasimah.”

Perkataan الوسمة dibaca dengan kasrah pada huruf sīn, dan ada juga yang membacanya dengan sukun. Sebahagian pensyarah berkata bahawa al-wasimah ialah sejenis tumbuhan yang digunakan untuk mewarnakan rambut dan warnanya cenderung kepada hitam. Membaca huruf sīn dengan sukun juga merupakan salah satu bentuk bahasa Arab.

Dalam kitab al-Misbah disebut bahawa bahasa penduduk Hijaz ialah dengan membaca huruf sīn menggunakan kasrah, dan bacaan ini lebih fasih berbanding sukun. Bahkan al-Zuhri menolak bacaan dengan sukun dan berkata:

كَلَامُ الْعَرَبِ بِالْكَسْرِ نَبْتٌ يُخَضَّبُ بِعُرُوقِهِ

“Bahasa orang Arab ialah dengan kasrah. Ia merupakan tumbuhan yang digunakan untuk mewarnakan rambut dengan urat-uratnya.”

Perkataan tersebut dibaca dengan fathah pada huruf wāw. Orang yang membacanya dengan dhammah pada wāw adalah tersilap. Ada juga yang mengatakan bahawa huruf sīn boleh dibaca dengan fathah. Dalam al-Qamus disebut:

الْوَسْمَةُ وَكَفَرْحَةٍ وَرِقُ النِّيلِ أَوْ نَبَاتٌ يُخَضَّبُ بِوَرَقِهِ

“Al-wasmah, seperti lafaz farhah, ialah daun nila atau tumbuhan yang digunakan untuk mewarnakan rambut dengan daunnya.”

Dalam al-Nihayah pula disebut:

الْوَسْمَةُ نَبْتٌ يُخَضَّبُ بِهِ

“Al-wasmah ialah tumbuhan yang digunakan untuk mewarnakan rambut.”

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Riwayat al-Tirmizi

Dalam riwayat al-Tirmizi, Anas berkata:

كُنْتُ عِنْدَ ابْنِ زِيَادٍ فَجِيءَ بِرَأْسِ الْحُسَيْنِ

“Aku berada di sisi Ibn Ziyad ketika kepala al-Husain dibawa kepadanya.”

فَجَعَلَ يَضْرِبُ بِقَضِيبٍ فِي أَنْفِهِ

“Maka dia mula memukul hidung al-Husain dengan sebatang tongkat.”

وَيَقُولُ: مَا رَأَيْتُ مِثْلَ هَذَا حُسْنًا

“Dan dia berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sesuatu yang seumpama ini dari segi keindahannya.’”

Lafaz حُسْنًا dibaca dengan dhammah kemudian sukun. Ada yang mengatakan bahawa lafaz ini tidak sesuai dengan konteks melainkan jika difahami sebagai sindiran atau ejekan. 0Dalam keadaan tersebut, ejekannya itu difahami sebagai bentuk kedegilan dan penambahan sikap penentangan.

Lalu aku berkata:

أَمَا إِنَّهُ كَانَ مِنْ أَشْبَهِهِمْ بِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ

“Ketahuilah, sesungguhnya beliau adalah antara mereka yang paling menyerupai Rasulullah .”

Al-Tirmizi berkata: “Hadis ini sahih, hasan dan gharib.”

Riwayat al-Tabarani

Dalam riwayat al-Tabarani terdapat lafaz:

فَجَعَلَ يَجْعَلُ قَضِيبًا فِي يَدِهِ فِي عَيْنِهِ وَأَنْفِهِ

“Maka dia mula menusukkan sebatang tongkat yang berada di tangannya ke bahagian mata dan hidungnya (al-Husain RA).”

Lalu aku (Anas) berkata kepadanya:

ارْفَعْ قَضِيبَكَ فَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ فِي مَوْضِعِهِ

“Angkatlah tongkatmu itu. Sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah di tempatnya.”

Dalam riwayat al-Bazzar disebut:

فَقُلْتُ لَهُ: إِنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يَشُمُّ حَيْثُ يَقَعُ قَضِيبُكَ

“Aku berkata kepadanya: Sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah mencium tempat yang terkena tongkatmu itu.”

Lalu dia menjadi terkejut dan menarik semula tongkatnya.

Demikianlah yang disebut dalam Fath al-Bari.

Riwayat ‘Imarah bin ‘Umair

Dalam al-Dhakha’ir (الذَّخَائِرِ), daripada ‘Imarah bin ‘Umair, beliau berkata:

لَمَّا جِيءَ بِرَأْسِ ابْنِ زِيَادٍ وَأَصْحَابِهِ فَصِرْتُ فِي الْمَسْجِدِ فِي الرُّحْبَةِ فَانْتَهَيْتُ إِلَيْهِمْ وَهُمْ يَقُولُونَ : قَدْ جَاءَتْ قَدْ جَاءَتْ فَإِذَا حَيَّةٌ قَدْ جَاءَتْ تَتَخَلَّلُ الرُءُوسَ حَتَّى دَخَلَتْ فِي مَنْخَرِ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ زِيَادٍ فَمَكَثْتُ هُنَيْهَةً ثُمَّ خَرَجْتُ فَذَهَبْتُ حَتَّى تَغِيبَ ثُمَّ قَالُوا : قَدْ جَاءَتْ فَفَعَلَتْ ذَلِكَ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا

“Ketika kepala Ibn Ziyad dan para pengikutnya dibawa, aku berada di masjid, di kawasan al-Rahbah. Lalu aku sampai kepada orang ramai, dan mereka berkata: ‘Ia telah datang! Ia telah datang!’ Tiba-tiba seekor ular datang menyelinap di celah-celah kepala-kepala tersebut sehingga masuk ke dalam lubang hidung ‘Ubaidullah bin Ziyad. Ular itu tinggal di situ seketika, kemudian keluar dan pergi sehingga menghilang.

Kemudian orang ramai berkata:

‘Ia telah datang!’

Lalu ular itu melakukan perkara tersebut sebanyak dua atau tiga kali.”

Riwayat ini di sisi al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadis ini hasan lagi sahih.”


Cetak  
Wallahu a'lam