SDI 2051: Dianjurkan Tukang Azan Dari Kalangan Mereka Yang Bersuara Kuat Dan Merdu

Soalan:

Apakah ada anjuran supaya bilal dari kalangan mereka yang bersuara merdu?

Jawapan:

Terdapat anjuran melantik bilal atau muazzin (tukang azan) dari kalangan mereka yang bersuara merdu dan kuat. Al-Mawardi dalam al-Hawi al-Kabir 2/57 berkata:

قَالَ الشَّافِعِيُّ: «وَأُحِبُّ أَنْ يَكُونَ صَيِّتًا وَأَنْ يَكُونَ حَسَنَ الصَّوْتِ أَرَقَّ لِسَامِعِهِ».قَالَ الْمَاوَرْدِيُّ: وَهَذَا صَحِيحٌ يُسْتَحَبُّ أَنْ يَكُونَ الْمُؤَذِّنُ صِيِّتًا لقوله - ﷺ َ -: «يُغْفَرُ لِلْمُؤَذِّنِ مَدَى صَوْتِهِ» وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَكُونَ حَسَنَ الصَّوْتِ لِقَوْلِهِ - ﷺ َ - لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ: «أَلْقِهِ عَلَى بِلَالٍ فَإِنَّهُ أَنْدَى صَوْتًا مِنْكَ»؛ وَلِأَنَّ حُسْنَ الصَّوْتِ أَوْقَعُ فِي النَّفْسِ وَأَدْعَى لِسَامِعِهِ إِلَى الْحُضُورِ.

Al-Imam al-Syafi‘i berkata: "Aku menyukai agar seseorang itu bersuara lantang (صَيِّتًا) dan mempunyai suara yang baik, kerana suara yang demikian lebih lembut dan menyenangkan bagi pendengarnya.” Al-Imam al-Mawardi berkata: “Pandangan ini adalah benar. Disunatkan agar muazin mempunyai suara yang lantang, berdasarkan sabda Nabi ﷺ: 'Muazin akan diampunkan sejauh mana suaranya didengari.’ Dan disunatkan agar muazin mempunyai suara yang baik, berdasarkan sabda Nabi ﷺ kepada 'Abdullah bin Zayd: “Sampaikan azan itu kepada Bilal, kerana suaranya lebih merdu dari suaramu.” Ini kerana keindahan suara lebih memberi kesan kepada jiwa dan lebih mendorong orang yang mendengarnya untuk hadir.”


Cetak  
Wallahu a'lam