Soalan:
Bagi seseorang yang memiliki dua rumah di dua negeri yang berbeza, dimana satukah tempat mastautinnya?
Jawapan:
- Jika dia lebih banyak menetap di salah satunya, maka tempat tersebut adalah watannya.
- Jika tempoh menetapnya di kedua-dua tempat adalah sama, maka watannya ialah tempat yang terdapat isteri, anak-anak dan hartanya.
- Jika dia mempunyai isteri dan anak-anak di kedua-dua tempat, maka watannya ialah tempat yang terdapat harta dan pekerjaannya.
- Jika hartanya berada di salah satu tempat, manakala keluarganya berada di tempat yang satu lagi, maka watannya ialah tempat yang terdapat keluarganya.
- Jika kedua-dua tempat tersebut sama dari semua aspek yang disebutkan, maka boleh dikatakan bahawa orang tersebit mempunyai dua watan.
(Al-Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Husain)
