Memastikan Keadilan Para Saksi

Daripada Kharashah bin al-Hurr (خَرَشَة بن الحُّر) katanya:

شَهِدَ رَجُلٌ عِنْدَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رضي الله عنه فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: إِنِّي لَسْتُ أَعْرِفُكَ وَلَا يَضُرُّكَ أَنْ لَا أَعْرِفَكَ فَائْتِنِي بِمَنْ يَعْرِفُكَ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: أَنَا أَعْرِفُهُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ قَالَ: بِأَيِّ شَيْءٍ تَعْرِفُهُ؟ قَالَ: بِالْعَدَالَةِ وَالْفَضْلِ. قَالَ: هُوَ جَارُكَ الْأَدْنَى تَعْرِفُ لَيْلَهُ وَنَهَارَهُ وَمَدْخَلَهُ وَمَخْرَجَهُ؟ قَالَ: لَا. قَالَ: فَمُعَامِلُكَ بِالدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ اللَّذَيْنِ يُسْتَدَلُّ بِهِمَا عَلَى الْوَرَعِ؟ قَالَ: لَا قَالَ: فَصَاحِبُكَ فِي السَّفَرِ الَّذِي يُسْتَدَلُّ بِهِ عَلَى مَكَارِمِ الْأَخْلَاقِ؟ قَالَ: لَا قَالَ: فَلَسْتَ تَعْرِفُهُ ثُمَّ قَالَ لِلرَّجُلِ: ائْتِنِي بِمَنْ يَعْرِفُكَ. رواه البيهقي في السنن الكبير ( 10/ 125 ) ، وصححه الألباني في إرواء الغليل (2637

“Seorang lelaki memberikan kesaksian di hadapan Umar bin al-Khattab. Lalu Umar berkata kepadanya: “Sesungguhnya aku tidak mengenalimu. Namun, ketidaktahuanku tentang dirimu tidak memudaratkanmu. Oleh itu, bawakan kepadaku seseorang yang mengenalimu.” Seorang lelaki berkata: “Wahai Amirul Mukminin, aku mengenalinya.” Umar bertanya: “Dengan perkara apakah kamu mengenalinya?” Lelaki itu menjawab: “Dengan sifat keadilan dan kelebihannya.” Umar berkata: “Adakah dia jiran terdekatmu sehingga kamu mengetahui malam dan siangnya, serta waktu dia masuk dan keluar rumah?” Lelaki itu menjawab: “Tidak.” Umar bertanya lagi: “Adakah kamu pernah berurusan dengannya menggunakan dirham dan dinar, yang melaluinya seseorang dapat diketahui sifat warak?”  Lelaki itu menjawab: “Tidak.” Umar bertanya lagi: “Adakah kamu pernah menemaninya dalam perjalanan, yang melaluinya akhlak mulia seseorang dapat diketahui?” Lelaki itu menjawab: “Tidak.” Lalu Umar berkata: “Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mengenalinya!” Kemudian Umar berkata kepada lelaki yang memberikan kesaksian itu: “Bawakan kepadaku seseorang yang benar-benar mengenalimu.” (Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra (10/125). Hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil (no. 2637)

Huraian

Riwayat ini dijadikan dalil oleh ulama mazhab Syafi’e yang berpandangan wajib bagi seorang hakim memastikan keadilan seorang saksi sebelum hukuman dijatuhkan. Al-Mawardi (W450H) dalam al-Hawi al-Kabir 178-182 di bawah bab al-Syuhud menyebut:[1]

Al-Syafi‘i berkata: “Apabila para saksi memberikan kesaksian di hadapan hakim, hendaklah hakim mencatat ciri fizikal setiap orang daripada mereka. Hendaklah dia menyebut nasabnya jika dia mempunyai nasab yang diketahui, atau wilayahnya jika dia mempunyai hubungan wilayah. Hakim juga hendaklah bertanya kepadanya tentang pekerjaannya, kuniahnya jika ada, tempat tinggalnya, tempat dia menjalankan urusan jual beli, dan tempat solatnya.” Al-Mawardi berkata: “Ketahuilah bahawa keadaan para saksi apabila mereka hadir memberikan kesaksian di hadapan hakim tidak terlepas daripada tiga keadaan: Keadaan pertama: Hakim mengetahui keadilan mereka, sama ada secara zahir mahupun batin. Dalam keadaan ini, hakim boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan kesaksian mereka dan beramal berdasarkan pengetahuannya tentang keadilan mereka. Keadaan kedua: Hakim mengetahui kefasikan mereka, sama ada secara zahir dan batin, atau secara batin sahaja tanpa diketahui secara zahir. Dalam keadaan ini, hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan kesaksian mereka. Sebaliknya, dia hendaklah beramal berdasarkan pengetahuannya tentang kefasikan mereka. Dengan pengetahuan itu, dia boleh membuat penilaian terhadap kecacatan dan keadilan seseorang saksi. Perkara ini tidak diperselisihkan dalam mazhab al-Syafi‘i, sekalipun terdapat dua pendapat (قولان) daripada beliau berkenaan keputusan hakim berdasarkan pengetahuannya dalam perkara-perkara selain isu jarh dan ta‘dil. Keadaan ketiga: Para saksi tidak diketahui sebagai orang yang adil dan tidak juga diketahui sebagai orang yang fasik. Dalam keadaan ini, terdapat dua kemungkinan: sama ada hakim mengetahui bahawa mereka beragama Islam, atau dia tidak mengetahuinya. Jika hakim tidak mengetahui keislaman mereka, hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan kesaksian mereka sehingga dia bertanya dan menyelidiki keadaan mereka. Perkara ini disepakati. Hakim juga tidak boleh menganggap mereka sebagai orang Islam semata-mata berdasarkan hukum zahir sesebuah negeri ketika hendak menerima kesaksian mereka. Hal ini berbeza dengan anak buangan (laqit), yang dihukumkan sebagai Muslim berdasarkan hukum zahir negeri, kerana kesaksian berkaitan dengan kewajipan menunaikan hak-hak tertentu yang tidak berkaitan dengan anak buangan. Namun, jika hakim mengetahui keislaman mereka tetapi tidak mengetahui keadilan mereka, dia tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan kesaksian mereka sehingga dia menyelidiki keadilan zahir dan batin mereka. Setelah keadilan mereka terbukti, barulah hakim boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan kesaksian tersebut. Pendapat ini dipegang oleh majoriti fuqaha. Ia juga merupakan pendapat Abu Yusuf dan Muhammad. Hukumnya sama sahaja, sama ada para saksi itu mempunyai penampilan yang baik dan gaya peribadi yang terpuji ataupun tidak.

Pendapat Abu Hanifah

Abu Hanifah berkata: “Dibolehkan bagi hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan kesaksian mereka dan beramal berdasarkan keadaan zahir yang menunjukkan keadilan mereka. Hakim tidak diwajibkan menyelidiki keadilan mereka kecuali dalam kes-kes hudud yang tidak mungkin dapat diperbetulkan, atau apabila pihak yang dikenakan kesaksian itu (orang kena tuduh) mencacatkan atau mempertikaikan keadilan mereka. Dalam dua keadaan ini, hakim wajib menyelidiki keadilan para saksi. Adapun dalam keadaan selain kedua-duanya, dia tidak diwajibkan berbuat demikian.”

Pendapat Malik

Malik berkata: “Jika para saksi mempunyai ciri-ciri yang baik dan penampilan yang terpuji, hakim boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan kesaksian mereka tanpa menyelidiki keadilan mereka. Namun, jika mereka tidak mempunyai ciri-ciri dan penampilan sedemikian, hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan kesaksian mereka sehingga dia menyelidiki keadilan mereka.” Malik berdalil dengan firman Allah Taala: “Dan demikianlah Kami menjadikan kamu umat yang pertengahan (وَسَطًا) agar kamu menjadi saksi terhadap manusia.” [al-Baqarah: 143] Dalil beliau adalah daripada dua sudut: Pertama: Firman Allah, “umat yang pertengahan” (وَسَطًا). Maksud wasat ialah adil. Antaranya ialah perkataan seorang penyair: “Mereka adalah golongan pertengahan (وَسَطٌ); manusia reda dengan keputusan mereka - Apabila salah satu malam yang penuh kesukaran menimpa.” Kedua: Allah menjadikan umat Islam sebagai saksi berdasarkan riwayat bahawa seorang Arab Badwi memberikan kesaksian di hadapan Rasulullah ﷺ bahawa dia telah melihat anak bulan. Baginda bertanya kepadanya: “Adakah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad ialah Rasulullah?” Lelaki itu menjawab: “Ya.” Lalu Baginda memerintahkan Bilal supaya menyeru orang ramai agar berpuasa pada keesokan harinya. Baginda tidak bertanya tentang keadilan lelaki tersebut, sebaliknya Baginda beramal berdasarkan keadaan zahirnya. Diriwayatkan juga bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Orang-orang Islam itu adalah adil antara satu sama lain, kecuali orang yang dikenakan hukuman sebat kerana tuduhan dusta.” Maka Baginda menetapkan hukum berdasarkan keadilan zahir, kecuali terhadap orang yang telah terbukti kecacatannya. Mereka juga berdalil dengan riwayat bahawa Umar bin al-Khattab menulis surat kepada Abu Musa al-Asy‘ari: “Orang-orang Islam itu adalah adil antara satu sama lain, kecuali orang yang telah dikenakan hukuman sebat kerana suatu had, atau orang yang telah terbukti pernah memberikan kesaksian palsu, atau orang yang diragui dari sudut hubungan wala’ atau nasab. Sesungguhnya Allah yang mengetahui perkara-perkara tersembunyi, dan hukuman hudud ditolak dengan sumpah serta bukti-bukti.” Ini merupakan suatu ketetapan yang diamalkan oleh kaum Muslimin dan diterima oleh mereka. Oleh itu, kedudukannya seperti ijmak. Mereka juga berkata: “Kefasikan merupakan sesuatu yang mendatang akibat perbuatan maksiat yang dilakukan selepas seseorang mencapai usia baligh. Oleh itu, hukum asal keadilannya hendaklah dikekalkan selagi belum terbukti sebaliknya melalui kefasikannya.” Mereka berkata lagi: “Apabila keislaman seseorang diterima berdasarkan keadaan zahirnya tanpa melihat batinnya, maka keadilannya juga hendaklah diterima berdasarkan keadaan zahir tanpa melihat batinnya.” Selain itu, para perawi berita berkaitan agama diterima berdasarkan keadilan zahir mereka tanpa perlu mengetahui keadaan batin mereka. Maka, dalam isu kesaksian, penerimaan berdasarkan zahir lebih utama. Mereka juga berkata: “Apabila keadilan zahir diterima bagi saksi-saksi pernikahan, maka demikian juga halnya dengan saksi-saksi dalam perkara selain pernikahan.”

Dalil ulama al-Syafi‘iyyah

Dalil kami ialah firman Allah Taala: “Dan persaksikanlah dengan dua orang yang adil dalam kalangan kamu.” [al-Talaq: 2] Allah Taala juga berfirman: “Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah.” [al-Hujurat: 6] Allah memerintahkan supaya mengambil orang yang adil dan melarang daripada menerima orang yang fasik. Oleh itu, wajib menyelidiki keadaan seseorang saksi agar diketahui sama ada dia termasuk dalam golongan yang diperintahkan untuk diterima atau golongan yang dilarang untuk diterima. Hakim tidak boleh menghukum seseorang sebagai adil hanya berdasarkan kejahilan tentang keadaannya, sebagaimana hakim juga tidak boleh menghukum seseorang saksi sebagai fasik hanya berdasarkan kejahilan. Hal ini kerana kedua-dua kemungkinan tersebut masih terbuka. Sulaiman bin Hurayth meriwayatkan bahawa seorang lelaki memberikan kesaksian di hadapan Umar bin al-Khattab رضي الله عنه. Umar berkata kepadanya: “Sesungguhnya aku tidak mengenalimu. Namun, ketidaktahuanku tentang dirimu tidak memudaratkanmu. Oleh itu, bawakan kepadaku seseorang yang mengenalimu.” Seorang lelaki berkata: “Aku mengenalinya, wahai Amirul Mukminin.” Umar bertanya: “Dengan perkara apakah kamu mengenalinya?” Lelaki itu menjawab: “Dengan keadilan dan keutamaannya.” Umar bertanya: “Adakah dia jiran terdekatmu sehingga kamu mengetahui malam dan siangnya, tempat masuk dan tempat keluarnya?” Lelaki itu menjawab: “Tidak.” Umar bertanya lagi: “Adakah kamu pernah berurusan dengannya menggunakan dinar dan dirham, yang melaluinya sifat warak seseorang dapat diketahui?” Lelaki itu menjawab: “Tidak.” Umar bertanya lagi: “Adakah kamu pernah menemaninya dalam perjalanan, yang melaluinya akhlak mulia seseorang dapat diketahui?” Lelaki itu menjawab: “Tidak.” Umar berkata: “Kalau begitu, kamu tidak mengenalinya!” Kemudian Umar berkata kepada lelaki tersebut: “Bawakan kepadaku seseorang yang mengenalimu.”

Riwayat ini menunjukkan melalui perkataan dan tindakan Umar bahawa menyelidiki keadilan para saksi adalah suatu kewajipan.

Dalil qiyas

Setiap sifat keadilan yang disyaratkan dalam kesaksian (الشهادة) tidak boleh dijadikan asas untuk menjatuhkan hukuman ketika sifat tersebut tidak diketahui, sebagaimana kesaksian (الشهادة) dalam kes-kes hudud. Selain itu, setiap kesaksian yang mewajibkan penyelidikan terhadap keadilan saksi dalam kes hudud juga mewajibkan penyelidikan terhadap keadilan saksi dalam perkara selain hudud, sebagaimana apabila pihak lawan mempertikaikan keadilan mereka. Setiap sifat keadilan yang wajib diselidiki apabila pihak lawan mempertikaikannya, juga wajib diselidiki walaupun pihak lawan tidak mempertikaikannya, sebagaimana dalam kes hudud. Keadilan telah disepakati sebagai sesuatu yang perlu diambil kira. Perselisihan hanya berlaku pada cara mengambil kira keadilan tersebut. Mereka (ulama mazhab lain) mengambilnya berdasarkan keadaan zahir, sedangkan kami mengambilnya berdasarkan penyelidikan. Penyelidikan itu lebih kuat daripada semata-mata keadaan zahir. Oleh itu, penyelidikan lebih berhak untuk dijadikan asas kerana mengandungi unsur berhati-hati dan usaha mendapatkan kepastian. Tambahan pula, apabila seseorang tidak boleh dihukum sebagai Muslim hanya berdasarkan keadaan zahir sesebuah negeri Islam kerana terdapat orang kafir di dalamnya, maka seseorang juga tidak boleh dihukum sebagai adil hanya berdasarkan keadaan zahir keislamannya, kerana dalam kalangan orang Islam terdapat juga golongan yang fasik.

Jawapan terhadap dalil Malik

Adapun jawapan terhadap firman Allah: “Dan demikianlah Kami menjadikan kamu umat yang pertengahan.” [al-Baqarah: 143] Maka jawapannya adalah daripada dua sudut: Pertama: Umat Islam menjadi saksi dalam perkara yang telah mereka sepakati, berdasarkan sabda Nabi ﷺ: “Umatku tidak akan bersepakat di atas kesesatan.” Kedua: Maksud ayat tersebut ialah kesaksian umat Islam pada hari akhirat di sisi Allah Taala bahawa para rasul telah menyampaikan risalah Tuhan mereka. Tidakkah kamu melihat firman Allah: “Dan Rasul itu akan menjadi saksi terhadap kamu.” [al-Baqarah: 143] Maksudnya, Rasul akan menjadi saksi bahawa apa yang mereka saksikan itu benar.

Adapun jawapan terhadap sabda: “Orang-orang Islam itu adalah adil.” Jawapannya ialah bahawa tuntutan Islam berupa pelaksanaan ketaatan dan menjauhi maksiat merupakan sebab yang menjadikan seseorang itu adil. Kami juga berpendapat demikian terhadap mereka apabila kami mengetahui bahawa mereka melaksanakan ketaatan dan menjauhi maksiat. Penyelidikan hanya diperlukan untuk mengetahui hakikat perkara tersebut. Demikian juga jawapan terhadap hadis berkaitan lelaki Arab Badwi yang memberikan kesaksian tentang anak bulan.

Adapun jawapan terhadap hujah mereka bahawa kefasikan merupakan sesuatu yang mendatang, maka kami menjawab: “Keadilan terhasil melalui pelaksanaan ketaatan, manakala kefasikan terhasil melalui perbuatan maksiat. Kedua-dua perbuatan tersebut merupakan perkara yang mendatang. Oleh itu, tidak ada sebab untuk mengutamakan salah satu daripadanya berbanding yang lain.” Adapun jawapan terhadap hujah mereka: “Apabila keadaan zahir keislamannya diambil kira, maka keadaan zahir keadilannya juga hendaklah diambil kira.” Jawapannya ialah: “Keislaman merupakan suatu kepercayaan yang tersembunyi, maka hukum dibina berdasarkan keadaan zahir. Adapun keadilan dan kefasikan terhasil melalui perbuatan yang dapat dilihat. Oleh itu, ia memerlukan penyelidikan.”

Jawapan berkaitan keadilan para perawi

Adapun jawapan terhadap isu keadilan para perawi, maka para ulama dalam mazhab kami berselisih kepada dua pendapat: Pendapat pertama: Keadilan zahir dan batin perlu diambil kira pada diri para perawi, sebagaimana dalam kesaksian. Riwayat mereka tidak boleh diterima melainkan selepas keadilan mereka diselidiki. Berdasarkan pendapat ini, hujah pihak lawan gugur. Inilah pendapat yang lebih sahih daripada dua pendapat tersebut. Pendapat kedua: Yang diambil kira pada para perawi ialah keadilan zahir, sedangkan pada para saksi, keadilan zahir dan batin perlu diambil kira. Perbezaan antara kedua-duanya adalah daripada dua sudut: Pertama: Dalam berita berkaitan agama, kedudukan orang yang menyampaikan berita dan orang yang tidak mempunyai hubungan dengan berita tersebut adalah sama. Oleh itu, unsur tuduhan atau kepentingan peribadi tidak wujud, lalu syarat penerimaan menjadi lebih ringan. Adapun dalam kesaksian, terdapat perbezaan antara saksi dan pihak yang dikenakan kesaksian. Oleh itu, unsur tuduhan atau kepentingan peribadi mungkin wujud, maka syarat penerimaannya lebih ketat. Kedua: Dalam periwayatan, kadangkala diterima riwayat daripada wanita dan hamba yang tidak diterima kesaksiannya. Riwayat seseorang perawi juga boleh diterima walaupun orang yang daripadanya dia meriwayatkan masih hidup. Selain itu, diterima juga riwayat seorang perawi daripada seorang perawi yang lain melalui lafaz ‘an, seperti ungkapan: “Telah menceritakan kepadaku si fulan, daripada si fulan.” Kaedah-kaedah seperti ini tidak dibenarkan dalam kesaksian. Demikian juga halnya dengan syarat keadilan.

Jawapan berkaitan keadilan saksi pernikahan

Adapun jawapan terhadap isu keadilan saksi-saksi pernikahan, sebahagian ulama dalam mazhab kami berpendapat bahawa keadilan zahir dan batin perlu diambil kira pada diri mereka, sebagaimana kesaksian dalam perkara hak-hak lain. Namun, pendapat yang dipegang oleh majoriti ulama mazhab kami, dan yang zahir daripada mazhab al-Syafi‘i, ialah bahawa yang diambil kira pada saksi-saksi pernikahan hanyalah keadilan zahir, bukan keadilan batin. Perbezaan antara kesaksian dalam pernikahan dan kesaksian dalam perkara hak-hak lain adalah daripada dua sudut: Pertama: Keadilan batin tidak dapat diketahui oleh selain para hakim. Oleh itu, pertimbangan terhadap keadilan batin dikhususkan dalam urusan kehakiman. Kedua: Akad pernikahan berlaku dengan banyak dan kerap. Jika pelaksanaannya ditangguhkan sehingga penyelidikan terhadap keadilan batin para saksi selesai, hal itu akan menimbulkan kesukaran dan kemudaratan yang berat. Oleh itu, kesaksian dalam pernikahan berbeza daripada kesaksian yang berkaitan dengan keputusan kehakiman.



[1] : قال الشافعي: «وَإِذَا شَهِدَ الشُّهُودُ عِنْدَ الْقَاضِي كَتَبَ حِلْيَةَ كُلِّ رَجُلٍ وَرَفَعَ فِي نَسَبِهِ إِنْ كَانَ لَهُ أَوْ وِلَايَةٍ إِنْ كَانَتْ لَهُ وَسَأَلَهُ عَنْ صِنَاعَتِهِ وَكُنْيَتِهِ إِنْ كَانَتْ لَهُ وَعَنْ مَسْكَنِهِ وَعَنِ مَوْضِعِ بِيَاعَتِهِ وَمُصَلَّاهُ». قَالَ الْمَاوَرْدِيُّ: اعْلَمْ أَنَّهُ لَا يَخْلُو حَالُ الشُّهُودِ إِذَا شهدوا عند القاضي من ثلاثة أَحْوَالٍ: أَحَدُهَا: أَنْ يَعْلَمَ عَدَالَتَهُمْ فِي الظَّاهِرِ وَالْبَاطِنِ فَيَجُوزُ أَنْ يَحْكُمَ بِشَهَادَتِهِمْ وَيَعْمَلَ عَلَى عِلْمِهِ فِي عَدَالَتِهِمْ. وَالْحَالُ الثَّانِيَةُ: أَنْ يَعْلَمَ فِسْقَهُمْ فِي الظَّاهِرِ وَالْبَاطِنِ أَوْ فِي الْبَاطِنِ دُونَ الظَّاهِرِ، فَلَا يَجُوزُ أَنْ يَحْكُمَ بِشَهَادَتِهِمْ، وَيَعْمَلَ عَلَى عِلْمِهِ فِي فِسْقِهِمْ، فَيَحْكُمُ بِعِلْمِهِ فِي الْجَرْحِ وَالتَّعْدِيلِ. وَهَذَا مِمَّا لَمْ يَخْتَلِفْ فِيهِ مَذْهَبُ الشَّافِعِيِّ، وَإِنْ كَانَ لَهُ فِي الْحُكْمِ بِعِلْمِهِ فِيمَا عَدَاهُ قَوْلَانِ. وَالْحَالُ الثَّالِثَةُ: أَنْ لَا يُعْرَفُوا بِعَدَالَةٍ وَلَا فِسْقٍ: فَلَا يَخْلُو أَنْ يَعْلَمَ إِسْلَامَهُمْ، أَوْ لَا يَعْلَمَهُ. فَإِنْ لَمْ يَعْلَمْ إِسْلَامَهُمْ لَمْ يَجُزْ أَنْ يَحْكُمَ بِشَهَادَتِهِمْ، حَتَّى يَسْأَلَ عَنْهُمْ وَهَذَا مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. وَلَا يَجُوزُ أَنْ يُجْرِيَ عَلَيْهِمْ حُكْمَ الْإِسْلَامِ بِظَاهِرِ الدَّارِ فِي سَمَاعِ شَهَادَتِهِمْ وَإِنْ أَجْرَيْنَا عَلَى اللَّقِيطِ حُكْمَ الْإِسْلَامِ بِظَاهِرِ الدَّارِ لِمَا يَتَعَلَّقُ بِالشَّهَادَةِ مِنْ إِلْزَامِ الْحُقُوقِ الَّتِي لَا تَتَعَلَّقُ بِاللَّقِيطِ. وَإِنْ عَلِمَ إِسْلَامَهُمْ وَجَهِلَ عَدَالَتِهِمْ لَمْ يَجُزْ أَنْ يَحْكُمَ بِشَهَادَتِهِمْ حَتَّى يَبْحَثَ عَنْ عَدَالَةِ ظَاهِرِهِمْ وَبَاطِنِهِمْ فَيَحْكُمَ بِهَا بَعْدَ ثُبُوتِ عَدَالَتِهِمْ. وَبِهِ قَالَ أَكْثَرُ الْفُقَهَاءِ، وَهُوَ قَوْلُ أَبِي يُوسُفَ وَمُحَمَّدٍ، وَسَوَاءٌ كَانَ لَهُمْ سِيمَا حَسَنٌ وَسَمْتٌ جَمِيلٌ أَوْ لَمْ يَكُنْ. وَقَالَ أَبُو حَنِيفَةَ: يَجُوزُ أَنْ يَحْكُمَ بِشَهَادَتِهِمْ وَيَعْمَلَ عَلَى الظَّاهِرِ مِنْ عَدَالَتِهِمْ، وَلَا يَلْزَمُهُ الْبَحْثُ عَنْهَا إِلَّا فِي الْحُدُودِ الَّتِي لَا يُمْكِنُ اسْتِدْرَاكُهَا، أَوْ يَجْرَحُهُمُ الْخَصْمُ الْمَشْهُودُ عَلَيْهِ، فَيَلْزَمُهُ فِي هَاتَيْنِ الْحَالَتَيْنِ الْبَحْثُ عَنْ عَدَالَتِهِمْ، وَلَا يَلْزَمُهُ الْبَحْثُ عَنْهَا فِيمَا عَدَاهُمَا. وَقَالَ مَالِكٌ: إِنْ كَانَ لَهُمْ سِيَمَا جَمِيلٌ وَسَمْتٌ حَسَنٌ حَكَمَ بِشَهَادَتِهِمْ مِنْ غَيْرِ بَحْثٍ عَنْ عَدَالَتِهِمْ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ سِيمَا وَسَمْتٌ لَمْ يَحْكُمْ بِشَهَادَتِهِمْ، إِلَّا بَعْدَ الْبَحْثِ عَنْ عَدَالَتِهِمُ اسْتِدْلَالًا بِقَوْلِهِ تَعَالَى: ﴿وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ﴾ [البقرة: ١٤٣] . وَدَلِيلُهُ مِنْ وَجْهَيْنِ: أَحَدُهُمَا: قَوْلُهُ «وَسَطًا» وَالْوَسَطُ الْعَدْلُ وَمِنْهُ قَوْلُ الشَّاعِرِ. (هُمْ وَسَطٌ تَرْضَى الْأَنَامُ بِحُكْمِهِمْ ... إِذَا نَزَلَتْ إِحْدَى اللَّيَالِي بِمُعْظَمِ) وَالثَّانِي: أَنَّهُ جَعَلَهُمْ بِمَا رُوِيَ أَنَّ أَعْرَابِيًّا شَهِدَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ - ﷺ َ - بِرُؤْيَةِ الْهِلَالِ. فَقَالَ لَهُ: «أَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ؟» قَالَ: نَعَمْ فَأَمَرَ بِلَالًا أَنْ يُنَادِيَ فِي النَّاسِ بِالصِّيَامِ مِنَ الْغَدِ، وَلَمْ يَسْأَلْ عَنْ عَدَالَتِهِ، وَعَمَلَ عَلَى الظَّاهِرِ مِنْ حَالِهِ. وَرُوِيَ أَنَّ النَّبِيَّ - ﷺ َ - قَالَ «الْمُسْلِمُونَ عُدُولٌ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ إِلَّا مَجْلُودًا فِي فِرْيَةٍ» فَحَكَمَ بِظَاهِرِ الْعَدَالَةِ، إِلَّا مَنْ ثَبَتَ جَرْحُهُ. وَبِمَا رُوِيَ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّهُ كَتَبَ إِلَى أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ: «الْمُسْلِمُونَ عُدُولٌ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ إِلَّا مَجْلُودًا فِي حَدٍّ أَوْ مُجَرَّبًا عَلَيْهِ شَهَادَةُ زُورٍ أَوْ ظَنِينًا فِي وَلَاءٍ أَوْ نَسَبٍ، فَإِنَّ اللَّهَ تَوَلَّى السَّرَائِرَ، وَدَرَأَ الْحُدُودَ بِالْأَيْمَانِ وَالْبَيِّنَاتِ» وَهَذَا عَهْدٌ عَمِلَ بِهِ الْمُسْلِمُونَ، وَتَلَقَّوْهُ بِالْقَبُولِ فَصَارَ كَالْإِجْمَاعِ. وَقَالُوا: وَلِأَنَّ الْفِسْقَ طَارِئٌ بِمَا يَسْتَحْدِثُهُ مِنْ فِعْلِ الْمَعَاصِي بَعْدَ الْبُلُوغِ، فَوَجَبَ أَنْ يُسْتَدَامَ حُكْمُ عَدَالَتِهِ مَا لَمْ يَثْبُتْ خِلَافُهَا مِنْ فِسْقِهِ. قَالُوا: وَلِأَنَّهُ لَمَّا اعْتُبِرَ إِسْلَامُهُ فِي الظَّاهِرِ دُونَ الْبَاطِنِ وَجَبَ اعْتِبَارُ عَدَالَتِهِ فِي الظَّاهِرِ دُونَ الْبَاطِنِ. وَلِأَنَّ الرُّوَاةَ لِأَخْبَارِ الدِّيَانَاتِ لَمَّا اعْتُبِرَتْ عَدَالَةُ ظَاهِرِهِمْ دُونَ بَاطِنِهِمْ كَانَ فِي الشَّهَادَاتِ أَوْلَى. وَلِأَنَّهُ لَمَّا اعْتُبِرَ فِي شُهُودِ الْمَنَاكِحِ عَدَالَةُ الظَّاهِرِ، كَذَلِكَ شُهُودُ غَيْرِ الْمَنَاكِحِ. وَدَلِيلُنَا قَوْله تَعَالَى: ﴿وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ﴾ [الطلاق: ٢] وَقَالَ تَعَالَى: ﴿إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فتبينوا﴾ فَأَمَرَ بِالْعَدْلِ، وَنَهَى عَنِ الْفَاسِقِ، فَوَجَبَ الْبَحْثُ عَنْ حَالِهِ لِيَعْلَمَ أَنَّهُ مِنَ الْمَأْمُورِ بِهِمْ أَوِ الْمَنْهِيِّ عَنْهُمْ، وَلَا يَحْكُمُ بِالْعَدَالَةِ عَنْ جَهَالَةٍ كَمَا لَا يَحْكُمُ بِالْفِسْقِ عَنْ جَهَالَةٍ لِاحْتِمَالِ الْأَمْرَيْنِ. وَرَوَى سُلَيْمَانُ بْنُ حُرَيْثٍ قَالَ شَهِدَ رَجُلٌ عِنْدَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رضي الله عنه فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: إِنِّي لَسْتُ أَعْرِفُكَ وَلَا يَضُرُّكَ أَنْ لَا أَعْرِفَكَ فَائْتِنِي بِمَنْ يَعْرِفُكَ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: أَنَا أَعْرِفُهُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ قَالَ: بِأَيِّ شَيْءٍ تَعْرِفُهُ؟ قَالَ: بِالْعَدَالَةِ وَالْفَضْلِ،. قَالَ: هُوَ جَارُكَ الْأَدْنَى تَعْرِفُ لَيْلَهُ وَنَهَارَهُ وَمَدْخَلَهُ وَمَخْرَجَهُ؟ قَالَ: لَا. قَالَ: فَمُعَامِلُكَ بِالدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ اللَّذَيْنِ يُسْتَدَلُّ بِهِمَا عَلَى الْوَرَعِ؟ قَالَ: لَا قَالَ: فَصَاحِبُكَ فِي السَّفَرِ الَّذِي يُسْتَدَلُّ بِهِ عَلَى مَكَارِمِ الْأَخْلَاقِ؟ قَالَ: لَا قَالَ: فَلَسْتَ تَعْرِفُهُ ثُمَّ قَالَ لِلرَّجُلِ: ائْتِنِي بِمَنْ يَعْرِفُكَ فَدَلَّ هَذَا مِنْ قَوْلِهِ وَفِعْلِهِ عَلَى وُجُوبِ الْبَحْثِ عَنِ الْعَدَالَةِ. وَمِنَ الْقِيَاسِ إِنَّ كُلَّ عَدَالَةٍ شُرِطَتْ فِي الشَّهَادَةِ لَمْ يَجُزِ الْحُكْمُ بِهَا مَعَ الْجَهَالَةِ كَالشَّهَادَةِ عَلَى الْحُدُودِ. وَلِأَنَّ كُلَّ شَهَادَةٍ وَجَبَ الْبَحْثُ عَنْ عَدَالَتِهَا فِي الْحُدُودِ وَجَبَ الْبَحْثُ عَنْ عَدَالَتِهَا فِي غَيْرِ الْحُدُودِ كَمَا لَوْ طَعَنَ فِيهَا الْخَصْمُ. وَلِأَنَّ كُلَّ عَدَالَةٍ وَجَبَ الْبَحْثُ عَنْهَا إِذَا طَعَنَ فِيهَا الْخَصْمُ وَجَبَ الْبَحْثُ عَنْهَا وَإِنْ لَمْ يَطْعَنِ الْخَصْمُ كَالْحُدُودِ. وَلِأَنَّ اعْتِبَارَ الْعَدَالَةِ مُجْمَعٌ عَلَيْهِ، وَإِنَّمَا الِاخْتِلَافُ فِي صِفَةِ الِاعْتِبَارِ، فَهُمُ اعْتَبَرُوهَا بِالظَّاهِرِ وَنَحْنُ نَعْتَبِرُهَا بِالْبَحْثِ وَالْبَحْثُ أَقْوَى مِنَ الظَّاهِرِ، فَوَجَبَ أَنْ يَكُونَ أَحَقَّ بِالِاعْتِبَارِ لِمَا فِيهِ مِنْ الِاحْتِيَاطِ وَالِاسْتِظْهَارِ. وَلِأَنَّهُ لَمَّا لَمْ يَجُزْ أَنْ يَحْكُمَ بِإِسْلَامِهِ بِالظَّاهِرِ مِنْ دَارِ الْإِسْلَامِ لِأَنَّ فِيهَا كُفَّارًا لَمْ يَجُزْ أَنْ يَحْكُمَ بِعَدَالَتِهِ بِظَاهِرِ الْإِسْلَامِ؛ لِأَنَّ فِي الْمُسْلِمِينَ فُسَّاقًا. فَأَمَّا الجواب عن قوله: ﴿وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا﴾ [البقرة: ١٤٣] فَمِنْ وَجْهَيْنِ: أَحَدُهُمَا: أَنَّهُمْ شَهِدُوا فِيمَا أَجْمَعُوا عَلَيْهِ لِقَوْلِهِ عليه السلام «لَا تَجْتَمِعُ أُمَّتِي عَلَى ضَلَالَةٍ». وَالثَّانِي: أَنَّ الْمُرَادَ بِهَا شَهَادَتُهُمْ فِي الْآخِرَةِ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى بِأَنَّ الرُّسُلَ قَدْ بَلَّغُوا رِسَالَةَ رَبِّهِمْ [أَلَا تَرَى كَيْفَ] قَالَ: ﴿وَيَكُونَ الرسول عليكم شهيدا﴾ [البقرة: ١٤٣] أن ما شهدتهم بِهِ حَقٌّ. وَأَمَّا الْجَوَابُ عَنْ قَوْلِهِ: «الْمُسْلِمُونَ عُدُولٌ» فَهُوَ أَنَّ مَا أَوْجَبَهُ الْإِسْلَامُ مِنْ عَمَلِ الطَّاعَاتِ وَاجْتِنَابِ الْمَعَاصِي مُوجِبٌ لِعَدَالَتِهِمْ، وَكَذَلِكَ نَقُولُ فِيهِمْ إِذَا عَلِمْنَا ذَلِكَ مِنْهُمْ، وَالْبَحْثُ إِنَّمَا يَتَوَجَّهُ إِلَى الْعِلْمِ بِهَذَا. وَكَذَا الْجَوَابُ عَنْ حَدِيثِ الْأَعْرَابِيِّ. وَأَمَّا الْجَوَابُ عَنِ اسْتِدْلَالِهِمْ بِأَنَّ الْفِسْقَ طَارِئٌ فَهُوَ أَنَّ الْعَدَالَةَ بِفِعْلِ الطَّاعَاتِ، وَالْفِسْقَ بِفِعْلِ الْمَعَاصِي، وَكُلُّ وَاحِدٍ مِنَ الْفِعْلَيْنِ طَارِئٌ، فَلَمْ يَكُنِ الْأَخْذُ بِأَحَدِهِمَا أَوْلَى مِنَ الْآخَرِ. وَأَمَّا الْجَوَابُ عَنْ قَوْلِهِمْ: لَمَّا اعْتُبِرَ ظَاهِرُ إِسْلَامِهِ اعْتُبِرَ ظَاهِرُ عَدَالَتِهِ فَهُوَ أَنَّ الْإِسْلَامَ اعْتِقَادٌ يَخْفَى فَعَمِلَ فِيهِ عَلَى الظَّاهِرِ، وَالْعَدَالَةُ وَالْفِسْقُ بِأَفْعَالٍ تَظْهَرُ فَأَوْجَبَتِ الْبَحْثَ. وَأَمَّا الْجَوَابُ عَنْ عَدَالَةِ الرُّوَاةِ: فَقَدِ اخْتَلَفَ أَصْحَابُنَا فِيهَا عَلَى وَجْهَيْنِ: أَحَدُهُمَا: أَنَّهُ تُعْتَبَرُ فِيهِمْ عَدَالَةُ الظَّاهِرِ وَالْبَاطِنِ كَالشَّهَادَةِ وَلَا تُقْبَلُ رِوَايَتُهُمْ إِلَّا بَعْدَ الْبَحْثِ عَنْ عَدَالَتِهِمْ فَعَلَى هَذَا الْوَجْهِ يَسْقُطُ الِاسْتِدْلَالُ وَهُوَ أَصَحُّ الْوَجْهَيْنِ. وَالْوَجْهُ الثَّانِي: أَنَّهُ يُعْتَبَرُ فِيهِمْ عَدَالَةُ الظَّاهِرِ وَيُعْتَبَرُ فِي الشُّهُودِ عَدَالَةُ الظَّاهِرِ وَالْبَاطِنِ. وَالْفَرْقُ بَيْنَهُمَا مِنْ وَجْهَيْنِ: أَحَدُهُمَا: أَنَّ أَخْبَارَ الدِّيَانَاتِ يَسْتَوِي فيه الْمُخْبِرُ وَغَيْرُ الْمُخْبِرِ، فَكَانَتِ التُّهْمَةُ مُنْتَفِيَةً وَالِاعْتِبَارُ أَخَفَّ، وَالشَّهَادَةُ يَخْتَلِفُ فِيهَا الشَّاهِدُ وَالْمَشْهُودُ عَلَيْهِ، فَكَانَتِ التُّهْمَةُ مُتَوَجِّهَةً وَالِاعْتِبَارُ أَغْلَظَ. وَالثَّانِي: أَنَّهُ [قَدْ يُقْبَلُ فِي الرِّوَايَةِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْعَبِيدِ مَنْ لَمْ يُقْبَلْ فِي الشَّهَادَةِ وَيُقْبَلُ خَبَرُ الرَّاوِي مَعَ وُجُودِ الْمَرْوِيِّ عَنْهُ، وَتُقْبَلُ مِنْهَا رِوَايَةُ الْوَاحِدِ عَنِ الْوَاحِدِ وَهِيَ الَّتِي تُسَمَّى الْعَنْعَنَةُ، لِقَوْلِهِ حَدَّثَنِي فُلَانٌ عَنْ فُلَانٍ. وَمِثْلُ هَذَا كُلِّهِ لَا يَجُوزُ فِي الشَّهَادَةِ] كَذَلِكَ حال العدالة. وَأَمَّا الْجَوَابُ عَنْ عَدَالَةِ شُهُودِ الْمَنَاكِحِ فَقَدْ كَانَ بَعْضُ أَصْحَابِنَا يَذْهَبُ إِلَى اعْتِبَارِ عَدَالَتِهِمْ فِي الظَّاهِرِ وَالْبَاطِنِ، كَالشَّهَادَةِ فِي الْحُقُوقِ، وَالَّذِي عَلَيْهِ جُمْهُورُهُمْ وَهُوَ الظَّاهِرُ مِنْ مَذْهَبِ الشَّافِعِيِّ أَنَّ الْمُعْتَبَرَ فِيهِمْ عَدَالَةُ الظَّاهِرِ دُونَ الْبَاطِنِ. وَالْفَرْقُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الشَّهَادَةِ فِي الْحُقُوقِ مِنْ وَجْهَيْنِ: أَحَدُهُمَا: أَنَّ عَدَالَةَ الْبَاطِنِ لَا يَصِلُ إِلَيْهَا غَيْرُ الْحُكَّامِ، فَاخْتَصَّ اعْتِبَارُهَا بِالْأَحْكَامِ. وَالثَّانِي: أَنَّ عُقُودَ الْمَنَاكِحِ تَكْثُرُ، وَفِي تَأْخِيرِهَا إِلَى الْبَحْثِ عَنْ عَدَالَةِ الْبَاطِنِ ضَرَرٌ شَاقٌّ فَخَالَفَتْ شهادة الأحكام.


Cetak  
Wallahu a'lam