SDI 2075: Hukum Menggunakan Tisu Basah Untuk Menghilangkan Najis

Soalan:

Adakah sah beristinjak menggunakan tisu (basah atau kering) selepas membuang air kecil atau air besar, sedangkan para fuqaha dahulu melarang penggunaan kertas untuk beristinjak?

Jawapan:

Pandangan majoriti ulama mensyaratkan jika beristinjak dengan menggunakan selain air, maka wajib menggunakan bahan yang kering. Jika digunakan bahan basah atau cecair selain air, maka wajib digunakan air selepas itu.

Pandangan ini berbeza dengan mazhab Hanafi dan ia disokong oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH, dalam Majmu' al-Fatawa 21/475 beliau berkata:

...وَقَدْ أَذِنَ فِي إزَالَتِهَا بِغَيْرِ الْمَاءِ فِي مَوَاضِعَ مِنْهَا الِاسْتِجْمَارُ بِالْحِجَارَةِ... وَإِذَا كَانَ كَذَلِكَ فَالرَّاجِحُ فِي هَذِهِ الْمَسْأَلَةِ أَنَّ النَّجَاسَةَ مَتَى زَالَتْ بِأَيِّ وَجْهٍ كَانَ زَالَ حُكْمُهَا؛ فَإِنَّ الْحُكْمَ إذَا ثَبَتَ بِعِلَّةٍ زَالَ بِزَوَالِهَا، لَكِنْ لَا يَجُوزُ اسْتِعْمَالُ الْأَطْعِمَةِ وَالْأَشْرِبَةِ فِي إزَالَةِ النَّجَاسَةِ لِغَيْرِ حَاجَةٍ؛ لِمَا فِي ذَلِكَ مِنْ فَسَادِ الْأَمْوَالِ، كَمَا لَا يَجُوزُ الِاسْتِنْجَاءُ بِهَا

“...Sesungguhnya, syarak telah mengizinkan menghilangkan najis tanpa menggunakan air dalam beberapa keadaan, antaranya beristijmar dengan menggunakan batu… Oleh itu, pendapat yang rajih dalam permasalahan ini ialah apabila najis telah hilang dengan apa jua cara sekalipun, maka hukum najis tersebut turut terangkat. Hal ini kerana sesuatu hukum yang sabit berdasarkan suatu ‘illah (sebab hukum), akan terangkat apabila ‘illah tersebut telah tiada. Namun demikian, tidak boleh menggunakan makanan dan minuman untuk menghilangkan najis tanpa sebarang keperluan, disebabkan unsur pembaziran harta yang terkandung dalam perbuatan tersebut, sebagaimana tidak boleh beristinjak dengan menggunakan bahan-bahan tersebut.”

Abu ‘Umar Dubyan bin Muhammad al-Dubyan dalam dalam Mausu‘ah Ahkam al-Taharah 7/345 menyebut:

اختلف الفقهاء فيما يستجمر به هل يشترط أن يكون جامدًا، أو يجزئ الاستنجاء بكل رطب أو مائع غير الماء؟ فقيل: يجزئ كل مزيل للنجاسة سواء كان مائعًا أو جامدًا أو رطبًا، وهذا مذهب الحنفية، واختيار ابن تيمية. وقيل: لا يجزئ إلا ما كان جامدًا، أما الرطب والمائع من غير الماء فلا يجزئ الاستنجاء به، وهو مذهب المالكية، والشافعية، والحنابلة.

• دليل الحنفية على إزالة الاستجمار بكل مائع ورطب

قالوا: إن كل مائع مزيل فإنه يطهر النجاسة، قياسًا على إزالة النجاسة بالماء بناء على أن الطهارة بالماء معلولة بعلة كونه قالعًا لتلك النجاسة، والمائع قالع فهو محصل ذلك المقصود فتحصل به الطهارة. وقيدوا المائع بكونه مزيلًا ليخرج الدهن والسمن واللبن وما أشبه ذلك؛ لأن الإزالة إنما تكون بأن يخرج أجزاء النجاسة مع المزيل شيئا فشيئًا، وذلك إنما يتحقق فيما ينعصر بالعصر بخلاف الخل وماء الباقلاء الذي لم يثخن فإنه مزيل، وكذا الريق، وعلى هذا فرعوا طهارة الثدي إذا قاء عليه الولد ثم رضعه حتى أزال أثر القيء (١)، وكذا إذا لحس أصبعه من نجاسة بها حتى ذهب الأثر، أو شرب خمرًا ثم تردد ريقه في فيه مرارًا طهر (٢) حتى لو صلى صحت صلاته (٣)

Para fuqaha' berselisih pendapat tentang alat yang digunakan untuk beristijmar: adakah disyaratkan ia mesti benda keras (jamid), atau adakah istinja' sah dengan setiap benda basah atau cecair selain air?

Pendapat pertama: memadai dengan setiap benda yang dapat menghilangkan najis, sama ada cecair, keras atau basah. Ini mazhab Hanafi dan pilihan Ibn Taimiyyah[1].

Pendapat kedua: tidak memadai kecuali benda keras. Benda basah dan cecair selain air tidak sah digunakan untuk beristinja'. Ini mazhab Maliki, Syafi'i dan Hanbali[2].

Dalil mazhab Hanafi tentang sahnya istijmar dengan setiap cecair dan benda basah:

Mereka berkata: setiap cecair yang dapat menghilangkan najis boleh menyucikan najis. Ini berdasarkan qiyas kepada menghilangkan najis dengan air. Asasnya, penyucian dengan air itu mempunyai 'illah, iaitu sifat air yang dapat menanggalkan najis tersebut. Cecair juga dapat menanggalkan najis, maka ia mencapai tujuan yang sama, lalu terhasillah kesucian dengannya. Mereka mengikat cecair itu dengan syarat ia mesti boleh menghilangkan najis (muzil), bagi mengecualikan minyak, minyak sapi, susu dan yang seumpamanya. Ini kerana penghilangan najis hanya berlaku apabila juzuk-juzuk najis keluar bersama bahan penghilang itu (cecair) sedikit demi sedikit, dan hal ini hanya berlaku pada cecair yang boleh keluar (dari tempat yang dibasuh bersama najis) apabila diperah. Bahan-bahan berminyak tadi tidak begitu (tidak boleh menghilangkan najis). Sebaliknya, cuka dan air rebusan kacang baqila' yang belum pekat boleh menghilangkan najis, dan begitu juga air liur. Berdasarkan kaedah ini, mereka mengeluarkan hukum cabang bahawa payudara (wanita yang menyusukan bayi) menjadi suci apabila bayi muntah di atasnya, kemudian bayi itu menyusu sehingga hilang kesan muntah tersebut[3]. Begitu juga jika seseorang menjilat jarinya yang terkena najis sehingga hilang kesannya. Begitu juga jika seseorang meminum arak, kemudian air liurnya berulang-alik di dalam mulutnya beberapa kali, maka mulutnya menjadi suci[4], sehingga jika dia solat, solatnya sah[5].

Dalam al-Mawsu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 4/119 menyatakan:

«وَذَهَبَ أَبُو حَنِيفَةَ وَأَبُو يُوسُفَ إِلَى أَنَّهُ يُمْكِنُ أَنْ يَتِمَّ الاِسْتِنْجَاءُ كَمَا فِي إِزَالَةِ النَّجَاسَةِ بِكُل مَائِعٍ طَاهِرٍ مُزِيلٍ كَالْخَل وَمَاءِ الْوَرْدِ»

Abu Hanifah dan Abu Yusuf berpendapat bahawa istinja' boleh disempurnakan dengan setiap cecair yang suci lagi dapat menghilangkan najis, seperti cuka dan air mawar, sebagaimana hukum menghilangkan najis (secara umum).

Beberapa rujukan mazhab Hanafi juga menyebut perkara yang sama, antaranya:

  1. Al-Bahr al-Ra'iq oleh Ibn Nujaim 1/254, seperti yang dinukil oleh al-Dubyan:

«وأراد بالماء هنا كل مائع طاهر مزيل بقرينة تصريحه أول الباب، وهو أولى من حمله على رواية محمد المعينة للماء»

“Yang dimaksudkan dengan air di sini ialah setiap cecair yang suci dan mampu menghilangkan najis, berdasarkan petunjuk daripada penjelasan beliau pada awal bab. Tafsiran ini lebih utama berbanding memahaminya berdasarkan riwayat Muhammad yang mengkhususkan penggunaan air (sahaja).”

b) Al-Durr al-Mukhtar dan Radd al-Muhtar 1/309 (bab إزالة النجاسة):

«يَجُوزُ رَفْعُ نَجَاسَةٍ حَقِيقِيَّةٍ عَنْ مَحَلِّهَا... بِمَاءٍ... وَبِكُلِّ مَائِعٍ طَاهِرٍ قَالِعٍ لِلنَّجَاسَةِ يَنْعَصِرُ بِالْعَصْرِ كَخَلٍّ وَمَاءِ وَرْدٍ حَتَّى الرِّيقُ... بِخِلَافِ نَحْوِ لَبَنٍ كَزَيْتٍ لِأَنَّهُ غَيْرُ قَالِعٍ»

“Diharuskan menghilangkan najis hakiki dari tempatnya dengan menggunakan air, dan juga setiap cecair yang suci, mampu menghilangkan najis serta boleh diperah selepas digunakan, seperti cuka dan air mawar, bahkan termasuk air liur. Berbeza dengan bahan seperti susu dan minyak, kerana ia tidak mampu menghilangkan najis.”

c) Radd al-Muhtar 1/337 (bab istinja'):

«وَإِنْ صَحَّ عِنْدَنَا بِمَا فِي مَعْنَاهُ مِنْ كُلِّ مَائِعٍ طَاهِرٍ مُزِيلٍ، فَإِنَّهُ يُكْرَهُ لِمَا فِيهِ مِنْ إضَاعَةِ الْمَالِ بِلَا ضَرُورَةٍ»

“Sekalipun menurut pendapat kami, ia sah dengan menggunakan bahan lain yang mempunyai maksud yang sama, iaitu setiap cecair yang suci dan mampu menghilangkan najis, namun perbuatan tersebut dihukumkan makruh kerana mengandungi unsur pembaziran harta tanpa sebarang keperluan yang mendesak.”

Saya sertakan juga kenyataan Al-Syeikh Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh at-Taharah:

Syarak telah memberi keringanan kepada orang Arab dan yang seumpama mereka daripada penduduk badwi serta yang setaraf dengan mereka. Lalu disyariatkan bagi mereka beristijmar (beristinjak) dengan batu, kerana itulah yang mudah didapati oleh kebanyakan mereka. Makanan mereka juga ringan dan kebiasaannya tidak bercampur-campur, maka batu sudah memadai bagi mereka.

Adapun jika air mudah didapati, maka air lebih afdal dan lebih utama, kerana air adalah asal dalam menyucikan dan menghilangkan najis.

Imam Ahmad berkata:

إن جمعهما فهو أحب إليّ. لما روي عن عائشة أنها قالت للنساء: مُرْن أزواجكن: أن يستطيبوا بالماء، فإني أستحييهم منه، وإن النبي ﷺ كان يفعله

"Jika seseorang menggabungkan kedua-duanya (batu dan air), itu lebih aku sukai." Ini berdasarkan riwayat daripada Aisyah bahawa beliau berkata kepada kaum wanita: "Suruhlah suami-suami kamu beristinjak dengan air, kerana aku malu (menyuruh) mereka. Sesungguhnya Nabi ﷺ melakukannya."

Sebahagian ulama menukilkan satu pendapat yang ganjil daripada sebahagian salaf, iaitu mereka mengingkari istinjak dengan air. Said bin al-Musayyib berkata:

وهل يفعل ذلك إلا النساء؟

"Bukankah yang melakukan itu hanya orang perempuan?"

Atha' pula berkata:

غسل الدبر محدث!

"Membasuh dubur (dengan air) itu perkara yang baru diada-adakan!"

Perkataan ini tertolak. Dalam Sahihain daripada Anas, beliau berkata:

كان رسول الله ﷺ إذا خرج من حاجته، أجيء ـ أنا وغلام من الأنصار ـ بإداوة (مطهرة) من ماء، فيستنجي به

"Apabila Rasulullah ﷺ keluar untuk membuang hajat, aku dan seorang budak lelaki Ansar datang membawa sebekas air, lalu baginda beristinjak dengannya."

Ibnu Majah, ad-Daraqutni dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Jabir, Abu Ayyub dan Anas, mereka berkata:

نزلت هذه الآية ﴿فيه رجال يحبون أن يتطهروا، والله يحب المطهرين﴾ التوبة: 108، فقال رسول الله ﷺ: ” يا معشر الأنصار، قد أثنى الله عليكم في الطهور، فما طهوركم؟ ” قالوا: نتوضأ للصلاة، ونغتسل من الجنابة، ونستنجي بالماء. فقال: ” هو ذاك، فعليكموه ”

Apabila turun ayat ini: “Di dalamnya ada orang-orang yang suka membersihkan diri, dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri.” (at-Taubah: 108), Rasulullah ﷺ bersabda: "Wahai kaum Ansar, Allah telah memuji kamu dalam hal bersuci. Bagaimanakah cara kamu bersuci?" Mereka menjawab: "Kami berwuduk untuk solat, mandi junub, dan beristinjak dengan air." Baginda bersabda: "Itulah dia, maka teruskanlah ia."

Dalam riwayat al-Baihaqi: Baginda bertanya:

” فما طهوركم؟ قالوا: نتوضأ للصلاة، ونغتسل من الجنابة، فقال رسول الله ﷺ: ” فهل مع ذلك غيره؟ قالوا: لا، غير أن أحدنا إذا خرج من الغائط أحب  أن يستنجي بالماء. قال: ” هو ذاك، فعليكموه ” أي الزموه

"Bagaimanakah cara kamu bersuci?" Mereka menjawab: "Kami berwuduk untuk solat dan mandi junub." Rasulullah ﷺ bertanya: "Adakah selain itu?" Mereka menjawab: "Tidak, cuma salah seorang daripada kami apabila keluar dari tandas, dia suka beristinjak dengan air." Baginda bersabda: "Itulah dia, maka teruskanlah ia," iaitu lazimilah ia.

An-Nawawi berkata:

فهذا الذي ذكرته من طرق الحديث، هو المعروف في كتب الحديث: أنهم كانوا يستنجون بالماء، وليس فيها ذكر الجمع بين الماء والأحجار. وقد ذكرنا حديث عائشة عند الترمذي.

"Apa yang aku sebutkan daripada jalan-jalan riwayat hadis ini adalah yang dikenali dalam kitab-kitab hadis, iaitu mereka beristinjak dengan air. Tidak disebut padanya menggabungkan antara air dan batu. Kami telah menyebut hadis Aisyah yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi."

Diriwayatkan juga daripada Ibnu Umar bahawa pada mulanya beliau tidak melakukannya (istinjak dengan air), kemudian beliau melakukannya dan berkata kepada Nafi':

إنَّا جربناه فوجدناه صالحا

"Kami telah mencubanya dan mendapatinya baik."

Air juga menghilangkan zat najis dan kesannya, menyucikan tempat tersebut, dan lebih sempurna dalam membersihkan. Ijmak umat Islam telah tetap atas pensyariatannya.

Para ulama juga menyebut bahawa membasuh dengan air menjadi wajib jika najis yang keluar (air kencing atau tahi) melepasi tempat kebiasaannya. Ini kerana beristijmar pada tempat kebiasaan adalah rukhsah (keringanan), disebabkan sukarnya membasuh tempat itu kerana najis berulang kali keluar padanya. Maka tempat yang tidak berulang terkena najis, tidak memadai padanya melainkan air.

Kerana itu Ali RA berkata:

إنكم كنتم تَبْعَرون بعرا، وأنتم اليوم تتثلطون ثلْطا، فأتبعوا الماء بالأحجار.

"Dahulu kamu membuang najis yang keras seperti tahi unta, sedangkan hari ini kamu membuang najis yang cair. Maka ikutilah (penggunaan) batu dengan air."

Maksud beliau, makanan mereka dahulu ringan, sedikit dan ringkas, maka najis mereka kering, menyerupai tahi unta dan seumpamanya. Sekarang kehidupan mereka telah berubah, makanan mereka semakin banyak dan pelbagai, lalu najis mereka menjadi cair dan lembik, maka ia memerlukan air untuk menghilangkan kesannya. Perkataan Ali ini merupakan isyarat kepada kepentingan meraikan 'illah (sebab) hukum dan maqasidnya (tujuannya).

Adapun hadis:

يكفي أحدكم ثلاثة أحجار

"Memadai bagi seseorang kamu tiga biji batu",

diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, ia difahami bagi najis yang tidak melepasi tempat kebiasaannya.

Makruh beristinjak dengan sesuatu yang dimuliakan. Tidak boleh beristinjak dengan makanan kita dan makanan haiwan tunggangan kita. Nabi ﷺ telah melarang beristinjak dengan tulang kerana ia makanan jin, maka lebih utama dilarang (beristinjak dengan) makanan manusia.

Dahulu para fuqaha memakruhkan penggunaan kertas untuk beristinjak, tetapi yang dimaksudkan ialah kertas yang disediakan untuk menulis. Adapun kertas tandas (tisu) yang memang disediakan untuk tujuan sedemikian, tidak makruh. Malah ia jauh lebih baik daripada batu, kerana ia lebih lembut, lebih halus, dan lebih berkesan untuk membersih dan menyucikan.


[1] Al-Bahr al-Ra'iq (1/254), Hasyiah Ibn 'Abidin (1/337), al-Hidayah Syarh al-Bidayah (1/34). Kata Ibn Taimiyyah RH, dalam Majmu' al-Fatawa (21/475):

«الراجح في هذه المسألة أن النجاسة متى زالت بأي وجه كان زال حكمها؛ فإن الحكم إذا ثبت بعلة زال بزوالها، لكن لا يجوز استعمال الأطعمة والأشربة في إزالة النجاسة لغير حاجة؛ لما في ذلك من فساد الأموال كما لا يجوز الاستنجاء بها». اه

"Pendapat yang paling kuat (rajih) dalam masalah ini ialah apabila najis telah hilang dengan apa jua cara, maka hilanglah hukumnya. Ini kerana sesuatu hukum yang ditetapkan berdasarkan suatu 'illah akan hilang apabila 'illah itu hilang. Namun, tidak boleh menggunakan makanan dan minuman untuk menghilangkan najis tanpa keperluan, kerana perbuatan itu merosakkan harta, sebagaimana tidak boleh beristinja' dengannya." Tamat.

[2] Lihat dalam mazhab Maliki: Minah al-Jalil (1/106), Hasyiah al-Dasuqi (1/113), al-Taj wa al-Iklil (1/286), Mawahib al-Jalil (1/287), al-Qawanin al-Fiqhiyyah (hlm. 29). Dalam mazhab Syafi'i, pengarang al-Muhadhdhab (1/28) berkata:

أما غير الماء من المائعات فلا يجوز الاستنجاء به؛ لأنه ينجس بملاقاة النجاسة فيزيد في النجاسة

"Adapun cecair selain air, maka tidak boleh beristinja' dengannya, kerana ia menjadi najis apabila bersentuhan dengan najis, lalu menambahkan lagi najis itu." Tamat. (Lihat juga al-Majmu' (2/132), Tuhfah al-Muhtaj (1/176), Daqa'iq al-Minhaj (hlm. 33), al-Manhaj al-Qawim (hlm. 81).

Dalam Hilyah al-'Ulama' (1/146) dinyatakan:

ويجوز الاستنجاء بالحجر وما يقوم مقامه: وهو كل جامد طاهر منق. الخ فنص على اشتراط الجامد

"Harus beristinja' dengan batu dan apa yang menggantikan tempatnya, iaitu setiap benda keras yang suci lagi membersihkan" dan seterusnya. Beliau secara jelas mensyaratkan benda keras.

Lihat dalam mazhab Hanbali: Kasysyaf al-Qina' (1/69), al-Insaf (1/111), al-Mubdi' (1/92), al-Muharrar (1/10), al-Kafi fi Fiqh Ahmad (1/53).

[3] Hukum ini dibina atas pendapat yang mengatakan muntah itu najis dan perkara ini menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama.

[4] Berdasarkan pandangan yang mengatakan arak itu adalah najis aini

[5] Al-Bahr al-Ra'iq (1/233), dengan sedikit olahan.

 

------------- terjemahan English chatgpt -------------------

Question:

Is it valid to perform istinja’ using tissue paper, whether wet or dry, after urinating or defecating, given that earlier jurists considered the use of paper for istinja’ to be disliked (makruh)?

Answer:

The majority of scholars stipulate that when istinja’ is performed using something other than water, the material must be dry. If a wet substance or liquid other than water is used, water must subsequently be used to complete the purification.

This position differs from that of Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah (may Allah have mercy on him), who stated in Majmu‘ al-Fatawa (21/475):

...وَقَدْ أَذِنَ فِي إزَالَتِهَا بِغَيْرِ الْمَاءِ فِي مَوَاضِعَ مِنْهَا الِاسْتِجْمَارُ بِالْحِجَارَةِ... وَإِذَا كَانَ كَذَلِكَ فَالرَّاجِحُ فِي هَذِهِ الْمَسْأَلَةِ أَنَّ النَّجَاسَةَ مَتَى زَالَتْ بِأَيِّ وَجْهٍ كَانَ زَالَ حُكْمُهَا؛ فَإِنَّ الْحُكْمَ إذَا ثَبَتَ بِعِلَّةٍ زَالَ بِزَوَالِهَا، لَكِنْ لَا يَجُوزُ اسْتِعْمَالُ الْأَطْعِمَةِ وَالْأَشْرِبَةِ فِي إزَالَةِ النَّجَاسَةِ لِغَيْرِ حَاجَةٍ؛ لِمَا فِي ذَلِكَ مِنْ فَسَادِ الْأَمْوَالِ، كَمَا لَا يَجُوزُ الِاسْتِنْجَاءُ بِهَا

“...The Shari‘ah has permitted the removal of impurity without water in certain circumstances, including istijmar using stones. Accordingly, the preponderant opinion in this matter is that whenever impurity is removed by whatever means, its legal ruling is also removed. This is because when a ruling is established on the basis of an effective cause (‘illah), it ceases to apply when that cause no longer exists.

However, food and drink may not be used to remove impurity without a genuine need, because doing so entails the waste of wealth, just as it is impermissible to perform istinja’ using them.”

Abu ‘Umar Dubyan ibn Muhammad al-Dubyan states in Mawsu‘ah Ahkam al-Taharah (7/345):

اختلف الفقهاء فيما يستجمر به هل يشترط أن يكون جامدًا، أو يجزئ الاستنجاء بكل رطب أو مائع غير الماء؟ فقيل: يجزئ كل مزيل للنجاسة سواء كان مائعًا أو جامدًا أو رطبًا، وهذا مذهب الحنفية، واختيار ابن تيمية. وقيل: لا يجزئ إلا ما كان جامدًا، أما الرطب والمائع من غير الماء فلا يجزئ الاستنجاء به، وهو مذهب المالكية، والشافعية، والحنابلة.

The jurists differed over the materials that may be used for istijmar: must they be solid, or is istinja’ valid with any moist substance or liquid other than water?

The first opinion holds that any substance capable of removing impurity is sufficient, whether liquid, solid, or moist. This is the position of the Hanafi school and the preferred view of Ibn Taymiyyah.[1]

The second opinion holds that only solid materials are sufficient. Moist substances and liquids other than water are not valid for istinja’. This is the position of the Maliki, Shafi‘i, and Hanbali schools.[2]

The Hanafi School’s Evidence for the Validity of Istijmar Using Any Liquid or Moist Substance

They argue that every liquid capable of removing impurity can purify it. This is established by analogy with the removal of impurity using water. The effective cause (‘illah) of purification with water is its ability to dislodge and remove the impurity. Since other liquids also possess this ability, they achieve the same objective, and purification is therefore attained through their use.

They qualify this ruling by requiring the liquid to be capable of removing the impurity (muzil), thereby excluding oil, clarified butter, milk, and similar substances.

This is because removal occurs when particles of impurity are carried away gradually together with the cleansing substance. This is only achieved by a substance that can be squeezed out after use. Unlike vinegar and an unthickened preparation of baqilla’ beans, which are capable of removing impurity, as is saliva.

On this basis, they derive the subsidiary ruling that a woman’s breast becomes pure if a child vomits on it and subsequently suckles until the traces of vomit disappear.[3]

Likewise, if someone licks a finger contaminated with impurity until its traces disappear, it becomes pure. Similarly, if someone drinks wine and then repeatedly moves saliva around his mouth, his mouth becomes pure, [4] such that his prayer would be valid if he were to pray.[5]

Al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (4/119) states:

«وَذَهَبَ أَبُو حَنِيفَةَ وَأَبُو يُوسُفَ إِلَى أَنَّهُ يُمْكِنُ أَنْ يَتِمَّ الاِسْتِنْجَاءُ كَمَا فِي إِزَالَةِ النَّجَاسَةِ بِكُل مَائِعٍ طَاهِرٍ مُزِيلٍ كَالْخَل وَمَاءِ الْوَرْدِ»

Abu Hanifah and Abu Yusuf held that istinja’ may be completed using any pure liquid capable of removing impurity, such as vinegar and rose water, just as in the general ruling concerning the removal of impurity.

Several Hanafi references state the same position, including the following:

a) Al-Bahr al-Ra’iq by Ibn Nujaym (1/254), as cited by al-Dubyan:

«وأراد بالماء هنا كل مائع طاهر مزيل بقرينة تصريحه أول الباب، وهو أولى من حمله على رواية محمد المعينة للماء»

“What is intended by water here is every pure liquid capable of removing impurity, as indicated by his explicit statement at the beginning of the chapter. This interpretation is preferable to construing it according to Muhammad’s narration, which specifically identifies water.”

b) Al-Durr al-Mukhtar and Radd al-Muhtar (1/309), in the chapter on إزالة النجاسة (removal of impurity):

«يَجُوزُ رَفْعُ نَجَاسَةٍ حَقِيقِيَّةٍ عَنْ مَحَلِّهَا... بِمَاءٍ... وَبِكُلِّ مَائِعٍ طَاهِرٍ قَالِعٍ لِلنَّجَاسَةِ يَنْعَصِرُ بِالْعَصْرِ كَخَلٍّ وَمَاءِ وَرْدٍ حَتَّى الرِّيقُ... بِخِلَافِ نَحْوِ لَبَنٍ كَزَيْتٍ لِأَنَّهُ غَيْرُ قَالِعٍ»

“It is permissible to remove actual impurity from its location using water, or any pure liquid capable of removing impurity and that can be squeezed out after use, such as vinegar and rose water, including saliva. This differs from substances such as milk and oil, because they are not capable of dislodging the impurity.”

c) Radd al-Muhtar (1/337), in the chapter on istinja’:

«وَإِنْ صَحَّ عِنْدَنَا بِمَا فِي مَعْنَاهُ مِنْ كُلِّ مَائِعٍ طَاهِرٍ مُزِيلٍ، فَإِنَّهُ يُكْرَهُ لِمَا فِيهِ مِنْ إضَاعَةِ الْمَالِ بِلَا ضَرُورَةٍ»

“Although, according to our school, it is valid using any other substance that serves the same purpose, namely, any pure liquid capable of removing impurity, the practice is nevertheless considered disliked (makruh) because it entails the waste of wealth without necessity.”

I also include the following discussion by Shaykh Yusuf al-Qaradawi in Fiqh al-Taharah, although it does not directly address the specific issue under discussion.

The Shari‘ah granted a concession to the Arabs, those resembling them among the Bedouin population, and others in similar circumstances. They were therefore permitted to perform istijmar using stones, as stones were readily available to most of them. Their diet was also simple and generally consisted of relatively uncomplicated food, making stones sufficient for their needs.

However, when water is readily available, using it is more virtuous and preferable, since water is the original means of purification and removal of impurity.

Imam Ahmad said:

إن جمعهما فهو أحب إليّ. لما روي عن عائشة أنها قالت للنساء: مُرْن أزواجكن: أن يستطيبوا بالماء، فإني أستحييهم منه، وإن النبي ﷺ كان يفعله

“If a person combines both methods, that is more preferable to me.”

This is based on the report from ‘Aishah, who said to the women:

“Tell your husbands to cleanse themselves with water, for I feel shy to tell them this directly. Indeed, the Prophet ﷺ used to do so.”

Some scholars have transmitted an unusual opinion from certain early Muslims who objected to cleansing with water. Sa‘id ibn al-Musayyib said:

وهل يفعل ذلك إلا النساء؟

“Does anyone do that except women?”

‘Ata’ also said:

غسل الدبر محدث!

“Washing the anus is an innovation!”

These statements are rejected. In the two Sahih collections (Sahih al-Bukhari and Sahih Muslim), Anas reported:

كان رسول الله ﷺ إذا خرج من حاجته، أجيء ـ أنا وغلام من الأنصار ـ بإداوة (مطهرة) من ماء، فيستنجي به

“When the Messenger of Allah ﷺ finished relieving himself, a young Ansari boy and I would bring him a small vessel of water, and he would cleanse himself with it.”

Ibn Majah, al-Daraqutni, and al-Bayhaqi narrated from Jabir, Abu Ayyub, and Anas that they said:

نزلت هذه الآية ﴿فيه رجال يحبون أن يتطهروا، والله يحب المطهرين﴾ التوبة: 108، فقال رسول الله ﷺ: ” يا معشر الأنصار، قد أثنى الله عليكم في الطهور، فما طهوركم؟ ” قالوا: نتوضأ للصلاة، ونغتسل من الجنابة، ونستنجي بالماء. فقال: ” هو ذاك، فعليكموه ”

When the following verse was revealed:

“In it are men who love to purify themselves, and Allah loves those who purify themselves.” (Surah al-Tawbah, 9:108),

the Messenger of Allah ﷺ said:

“O Ansar, Allah has praised you regarding purification. How do you purify yourselves?”

They replied:

“We perform ablution for prayer, take a ritual bath after major impurity, and cleanse ourselves with water after relieving ourselves.”

He said:

“That is precisely what it is. So remain committed to it.”

In al-Bayhaqi’s narration, the Prophet ﷺ asked:

” فما طهوركم؟ قالوا: نتوضأ للصلاة، ونغتسل من الجنابة، فقال رسول الله ﷺ: ” فهل مع ذلك غيره؟ قالوا: لا، غير أن أحدنا إذا خرج من الغائط أحب أن يستنجي بالماء. قال: ” هو ذاك، فعليكموه ” أي الزموه

“How do you purify yourselves?” They replied: “We perform ablution for prayer and take a ritual bath after major impurity.”

The Messenger of Allah ﷺ then asked: “Is there anything else besides that?” They replied: “No, except that when one of us finishes defecating, he prefers to cleanse himself with water.” He said: “That is precisely what it is. So remain committed to it,” meaning, adhere to it.

Al-Nawawi stated:

فهذا الذي ذكرته من طرق الحديث، هو المعروف في كتب الحديث: أنهم كانوا يستنجون بالماء، وليس فيها ذكر الجمع بين الماء والأحجار. وقد ذكرنا حديث عائشة عند الترمذي.

“What I have mentioned from the various chains of transmission of this hadith is what is well known in the hadith literature: that they used to perform istinja’ with water. None of these narrations mentions combining water and stones. We have also cited the hadith of ‘Aishah reported by al-Tirmidhi.”

It is also narrated from Ibn ‘Umar that he initially did not practise cleansing with water, but later adopted it and said to Nafi‘:

إنَّا جربناه فوجدناه صالحا

“We tried it and found it to be beneficial.”

Water also removes the substance of impurity and its traces, purifies the affected area, and provides a more complete form of cleansing. The consensus of the Muslim community has established its legitimacy.

The scholars have also stated that washing with water becomes obligatory when the discharged impurity, whether urine or faeces, extends beyond its usual point of exit. This is because istijmar at the usual point is a concession (rukhsah), granted due to the difficulty of washing an area that is repeatedly exposed to impurity. Therefore, when impurity affects an area beyond its usual location, water alone is sufficient for purification.

For this reason, ‘Ali (may Allah be pleased with him) said:

إنكم كنتم تَبْعَرون بعرا، وأنتم اليوم تتثلطون ثلْطا، فأتبعوا الماء بالأحجار.

“Previously, you used to pass hard, pellet-like stools, but today you pass softer and more liquid stools. Therefore, follow the use of stones with water.”

His meaning was that their food in the past was simple, limited, and uncomplicated, resulting in faeces that were dry, resembling the droppings of camels and similar animals. Their lifestyle has since changed, with food becoming more abundant and varied, resulting in softer and more liquid stools that require water to remove their traces.

‘Ali’s statement points to the importance of taking account of the effective cause (‘illah) of a legal ruling and its objectives (maqasid).

As for the hadith:

يكفي أحدكم ثلاثة أحجار

“Three stones are sufficient for any one of you,”

narrated by Ahmad and Abu Dawud, it is understood to apply to impurity that has not extended beyond its usual point of exit.

It is disliked to perform istinja’ using something that is accorded honour or respect. One must not use human food or the fodder of riding animals for this purpose. The Prophet ﷺ prohibited cleansing with bones because they constitute food for the jinn. Therefore, prohibiting the use of human food is even more appropriate.

Earlier jurists considered the use of paper for istinja’ to be disliked. However, what they meant was paper intended for writing. As for toilet paper or tissue specifically manufactured for this purpose, its use is not disliked. Indeed, it is considerably better than stones because it is softer, finer, and more effective in cleaning and purification.


Footnotes

[1] Al-Bahr al-Ra’iq (1/254), Hashiyah Ibn ‘Abidin (1/337), and Al-Hidayah Sharh al-Bidayah (1/34). Ibn Taymiyyah, may Allah have mercy on him, stated in Majmu‘ al-Fatawa (21/475):

«الراجح في هذه المسألة أن النجاسة متى زالت بأي وجه كان زال حكمها؛ فإن الحكم إذا ثبت بعلة زال بزوالها، لكن لا يجوز استعمال الأطعمة والأشربة في إزالة النجاسة لغير حاجة؛ لما في ذلك من فساد الأموال كما لا يجوز الاستنجاء بها». اه

“The preponderant opinion in this matter is that whenever impurity is removed by whatever means, its legal ruling is also removed. This is because a ruling established on the basis of an effective cause ceases to apply when that cause no longer exists. However, food and drink may not be used to remove impurity without a genuine need, because doing so entails the waste of wealth, just as it is impermissible to perform istinja’ using them.” End quote.

[2] For the Maliki school, see Minah al-Jalil (1/106), Hashiyah al-Dasuqi (1/113), Al-Taj wa al-Iklil (1/286), Mawahib al-Jalil (1/287), and Al-Qawanin al-Fiqhiyyah (p. 29).

In the Shafi‘i school, the author of Al-Muhadhdhab (1/28) stated:

أما غير الماء من المائعات فلا يجوز الاستنجاء به؛ لأنه ينجس بملاقاة النجاسة فيزيد في النجاسة

“As for liquids other than water, it is impermissible to perform istinja’ with them, because they become impure upon contact with impurity, thereby increasing the impurity.”

See also Al-Majmu‘ (2/132), Tuhfat al-Muhtaj (1/176), Daqa’iq al-Minhaj (p. 33), and Al-Manhaj al-Qawim (p. 81).

Hilyat al-‘Ulama’ (1/146) states:

ويجوز الاستنجاء بالحجر وما يقوم مقامه: وهو كل جامد طاهر منق. الخ فنص على اشتراط الجامد

“It is permissible to perform istinja’ using stones and anything that serves as their substitute, namely, any solid, pure, and cleansing material...” The author explicitly stipulates that the material must be solid.

For the Hanbali school, see Kashshaf al-Qina‘ (1/69), Al-Insaf (1/111), Al-Mubdi‘ (1/92), Al-Muharrar (1/10), and Al-Kafi fi Fiqh Ahmad (1/53).

[3] This ruling is based on the opinion that vomit is impure, an issue over which the scholars differ.

[4] This is based on the opinion that wine is intrinsically impure (najis ‘ayni).

[5] Al-Bahr al-Ra’iq (1/233), with slight adaptation.


Cetak  
Wallahu a'lam