Soalan:

Jawapan:
- Ia bukan dari lafaz hadis Nabi SAW untuk meminta hujan.
- Sumber dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan memasukkan lafaz: جودوا علينا جودوا dalam katogeri Zikir Minta Hujan bukan Doa.



3. Dari sudut makna ;
جُودُوا dari kata kerja جادَ يَجُودُ ada dua makna, dan masdar (kata terbitan)nya berbeza:
- Bermurah hati: masdarnya جُود (dengan dhammah huruf ‘Jim’). Kamus al-Jauhari menyebut:
وجادَ الرجُلُ بمالِه يجود جودًا بالضم، فهو جَوادٌ
“Dan (dikatakan): jāda al-rajulu bi-mālihi, yajūdu, jūdan (dengan dhammah), iaitu lelaki itu bermurah hati dengan hartanya. Maka dia ialah jawād (seorang yang pemurah).”
- Hujan lebat: masdarnya جَوْد (dengan fathah huruf ‘Jim’). Al-Jauhari menyebut:
الجَوْدُ: المطر الغزير، جاد المطر جَوْدًا
“Al-jawd ialah hujan yang lebat. Dikatakan: jāda al-maṭaru jawdan, iaitu hujan turun dengan lebat.”
Dalam Lisan al-‘Arab menyatakan perkara yang sama:
وَجَادَ الرَّجُلُ بِمَالِهِ يجُود جُودًا، بِالضَّمِّ، فَهُوَ جَوَادٌ... وَجَادَ الْمَطَرُ جَوْدًا: وبَلَ فَهُوَ جَائِدٌ، وَالْجَمْعُ جَوْد مِثْلَ صَاحِبٍ وصَحْب، وَجَادَهُمُ الْمَطَرُ يَجُودهم جَوْدًا. وَمَطَرٌ جَوْد: بَيِّنُ الجَوْد غَزِيرٌ، وَفِي الْمُحَكَمِ يَرْوِي كُلَّ شَيْءٍ. وَقِيلَ: الْجَودُ مِنَ الْمَطَرِ الَّذِي لَا مَطَرَ فَوْقَهُ الْبَتَّةَ. وَفِي حَدِيثِ الِاسْتِسْقَاءِ: وَلَمْ يأْت أَحد مِنْ نَاحِيَةٍ إِلا حدَّث بالجَوْد وَهُوَ الْمَطَرُ الْوَاسِعُ الْغَزِيرُ.
“Dan (dikatakan): jāda al-rajulu bi-mālihi, yajūdu, jūdan dengan dhammah, iaitu lelaki itu bermurah hati dengan hartanya. Maka dia ialah jawād (seorang yang pemurah)… (jika dikatakan) Jāda al-maṭaru jawdan (dengan fathah) bermaksud hujan turun dengan lebat (wabala). Hujan itu disebut jā’id, dan jamaknya jawd, seperti ṣāḥib yang jamaknya ṣaḥb. Jādahum al-maṭaru yajūduhum jawdan pula bermaksud hujan menimpa mereka dengan lebat. Maṭarun jawd ialah hujan yang jelas kelebatannya dan banyak. Dalam al-Muḥkam disebut: hujan yang menyirami dan memuaskan segala sesuatu. Ada juga pendapat bahawa al-jawd ialah hujan yang tiada hujan lain langsung lebih lebat daripadanya. Dalam hadis istisqa’ disebut: «Tiada seorang pun datang dari mana-mana arah melainkan dia menceritakan tentang al-jawd», iaitu hujan yang luas dan lebat.”
Komen Abu Farhah dalam 'screenshot' yang disertakan menyebut "جُودًا = bermurah hati, melimpahkan kurniaan atau mencurahkan kurnia", ia betul dari sudut tafsiran yang boleh diberikan. Namun ia bukan i’rab, sebaliknya huraian saraf. I’rab yang tepat bagi جُودُوا ialah:
جُودُوا: فعل أمر مبني على حذف النون، والواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل، والألف فارقة.
“Jūdū: fi’il amar yang mabni atas pembuangan huruf nun. Huruf wau ialah dhamir muttasil yang mabni atas sukun, berada di tempat rafa’ sebagai fa’il. Huruf alif pula ialah alif fariqah.”
Demikian juga جودوا adalah fi'il amar untuk kedua-dua kalimah kerana kedua² dari kata asal yang sama Dan mudhari'nya ialah يجود. Oleh itu ungkapan: جُودُوا boleh diterjemahkan sebagai: “bermurah hatilah oleh kamu semua.” mungkin boleh juga dilihat dari sudut konteks, bermaksud: "turunkan hujan ke atas kami." Oleh itu: جُودُوا علينا جُودُوا maksudnya sama ada: "Bermurah hatilah kamu semua ke atas kami, bermurah hatilah kamu semua." Ini adalah lebih jelas. Mungkin boleh juga dimaksudkan: "Turunkan hujan ke atas kami."
- Bentuk jamak جُودُوا
Jelas dari huraian di atas menunjukkan, kalimah; جُودُوا ialah perintah atau permintaan kepada pihak yang ramai; “bermurah hatilah kamu semua”. Dalam doa kepada Allah, bentuk mukhatab, yang lazim ialah mufrad, seperti lafaz ma’thur meminta hujan; اللهم اسْقِنَا dan اللهم أَغِثْنا.
Seperti yang saya jelaskan di awal jawapan ini, berdasarkan semakan saya; جودوا tidak ditemui sebagai doa atau zikir istisqa’ yang ma’thur. Namun saya ketemukan lafaz; جودوا digunakan:
- dalam syair rindu atau tasawuf yang ditujukan kepada kekasih atau “ahl al-hima” (al-‘Iqd al-Thamin oleh al-Fasi; Masalik al-Absar oleh Ibn Fadlillah al-‘Umari; Bahr al-Dumu’ oleh Ibn al-Jauzi)
- dalam riwayat al-Dailami pula dengan ungkapan; جُودوا يَجُدِ اللهُ عليكم, yang ditujukan kepada manusia, bukan kepada Allah.
Saya mengandaikan juga, bentuk jamak digunakan di sini, mungkin bertujuan mengagungkan Allah. Namun ia merupakan bentuk yang wujud pertikaian dalam kalangan ahli Bahasa Arab. Antara yang dijadikan dalil boleh menggunakan jamak mukhatab bagi tujuan mengagungkan ialah ayat al-Quran:
﴿رَبِّ ارْجِعُونِ﴾
“Wahai tuhanku, kembalikanlah (kamu semua) akan aku ke dunia.” (al-Mu’minun: 99)
Ulama tafsir memberi tiga wajh (bentuk) untuk penggunaan jamak di sini:
- Ta’zim kepada Allah. Ini pandangan al-Zamakhshari, al-Baghawi, al-Alusi dan Muhyiddin Darwish dalam ‘I’rab al-Quran. Mereka berhujah dengan syair «ألا فارحموني يا إله محمد». Ini menunjukkan ada dalam kalangan ulama yang membenarkan lafaz jamak mukhatab bagi tujuan mengagungkan.
- Seruan kepada malaikat. Mula-mula si mati menyeru “Rabb”, kemudian berpaling kepada malaikat pencabut nyawa. Ini disebut oleh Makki dan al-Baghawi.
- Makna takrir, iaitu "ارجعني ارجعني". Ini pandangan al-Mazini, antara yang menukilkan pandangan ini adalah al-Alusi dalam Ruh al-Ma‘ani.
Bukti wujud perbezaan penggunaan jamak mukhatab bagi tujuan mengagungkan, disinggung oleh al-Alusi dengan katanya:
والحق أن التعظيم يكون في ضمير المتكلم والمخاطب بل والغائب والاسم الظاهر وإنكار ذلك غير رضي والإيهام الذي يدعيه ابن مالك هنا لا يلتفت إليه
“Yang benar ialah pengagungan (ta’zim) itu berlaku pada dhamir mutakallim dan mukhatab, bahkan juga pada ghaib dan ism zahir. Mengingkari perkara itu tidak dapat diterima. Dakwaan Ibn Malik tentang adanya kesamaran (iham) di sini tidak perlu dihiraukan.”
- Dijadikan lafaz zikir
Sumber dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan menyenaraikan lafaz ini dalam kategori zikir minta hujan. Adapun tentang Doa Minta Hujan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan kekal dengan lafaz yang warid dari Nabi SAW.
Apakah boleh dijadikan zikir dari lafaz yang bukan dari hadis? Isu ini menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Maka sudah tentu Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengambil pandangan yang membenarkannya. Sudah tentu juga bagi sesiapa yang mengamalkannya ada syarat-syaratnya, antara yang terpenting ialah zikir itu diamalkan dengan memiliki kefahaman yang benar dan sejahtera.
- Kesimpulan:
- Bagi lafaz doa dan zikir, sudah tentu yang paling afdhal ialah menggunakan lafaz ma’thur, berkaitan meminta hujan sudah tentang lafaz seperti اللهم أغثنا dan اللهم اسقنا غيثًا مغيثًا… adalah lebih utama.
- Kebanyakan doa ma’thur ketika meminta kepada Allah tidak menggunakan bentuk jamak. Contohnya اغفر لي، اسقنا، أغثنا semuanya mufrad.
- Isu makna masih kekal: “hujan” dari kalimah جَوْد, bukan جُود. Terjemahan جُود sebagai hujan adalah tafsiran dari sebahagian pihak. Jadi lafaz itu boleh ditakwil, tetapi bukan pilihan terbaik. Dalam doa, lebih selamat berpegang pada yang ma’thur.
- Boleh mengamalkan lafaz yang tidak warid dari Nabi SAW sebagai zikir di sisi sebahagian ulama. Inilah pandangan Jabatan Mufti Negeri Sembilang berdasarkan isu ini.
- Disebabkan lafaz ini terbuka kepada beberapa andaian, ia pula telah disebarkan, maka adalah lebih baik diadakan huraian bagi mengelak sebarang salah faham, Namun ditekankan sekali lagi, lafaz ma’thur lebih selamat dan lebih utama.
