Soalan:
السلام عليكم
Ustaz nk tanya...tanah perkuburan boleh ka kita racun rumput
Jawapan:
Harus, jika tujuannya untuk penyelenggaraan dan membersihkan kawasan perkuburan, dengan syarat tidak menimbulkan mudarat kepada orang hidup dan mencemar kemuliaan mayat seperti duduk di atas kubur, memijak dan seumpamanya.
Huraian adalah seperti berikut;
Hadith Nabi ﷺ Pernah Memacak Dua Pelepah Tamar di Dua Kubur
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Nabi ﷺ pernah melalui dua kubur yang penghuninya sedang diazab. Baginda membelah sebatang pelepah tamar yang basah, lalu menanamnya di atas setiap kubur dan bersabda:
لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا
“Mudah-mudahan diringankan (azab) daripada kedua-duanya selama kedua-dua (pelepah itu) belum kering.” (al-Bukhari, Kitab al-Jana’iz, Bab al-Jarid ‘ala al-Qabr, no. 1361).
Dari hadith ini timbul persoalan sama ada tumbuhan basah di kubur mempunyai kelebihan tertentu yang menghalang ia dibuang atau tidak?
Pandangan Yang Memakruhkan (Mazhab Hanafi)
Ulama Mazhab Hanafi menyatakan secara jelas bahawa makruh memotong tumbuhan dan rumput yang basah dari kawasan perkuburan, manakala yang kering tidak mengapa. Illahnya ialah tumbuhan basah bertasbih kepada Allah, lalu memberi ketenangan kepada mayat dan menjadi sebab turunnya rahmat. Dalam Al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 38/348 dinyatakan:
نَصَّ الْحَنَفِيَّةُ عَلَى أَنَّهُ يُكْرَهُ قَطْعُ النَّبَاتِ الرَّطْبِ وَالْحَشِيشِ مِنَ الْمَقْبَرَةِ، فَإِنْ كَانَ يَابِسًا لاَ بَأْسَ بِهِ، لأَِنَّهُ يُسَبِّحُ اللَّهَ تَعَالَى مَا دَامَ رَطْبًا، فَيُؤْنِسُ الْمَيِّتَ وَتَنْزِل بِذِكْرِهِ الرَّحْمَةُ، وَلأَِنَّهُ ﷺ وَضَعَ الْجَرِيدَةَ الْخَضْرَاءَ بَعْدَ شَقِّهَا نِصْفَيْنِ عَلَى الْقَبْرَيْنِ اللَّذَيْنِ يُعَذَّبَانِ، وَتَعْلِيلُهُ ﷺ بِالتَّخْفِيفِ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا أَيْ: يُخَفَّفُ عَنْهَا بِبَرَكَةِ تَسْبِيحِهِمَا، لأَِنَّ تَسْبِيحَ الرَّطْبِ أَكْمَل مِنْ تَسْبِيحِ الْيَابِسِ لِمَا فِي الأَْخْضَرِ مِنْ نَوْعِ حَيَاةٍ. قَال ابْنُ عَابِدِينَ: وَعَلَيْهِ فَكَرَاهَةُ قَلْعِ ذَلِكَ وَإِنْ نَبَتَ بِنَفْسِهِ وَلَمْ يُمْلَكْ، لأَِنَّ فِيهِ تَفْوِيتَ حَقِّ الْمَيِّتِ
Nas Ulama mazhab Hanafi bahawa makruh memotong tumbuhan yang basah dan rumput dari kawasan perkuburan. Jika ia sudah kering, maka tidak mengapa. Alasannya, tumbuhan itu bertasbih kepada Allah Ta’ala selagi ia masih basah. Tasbihnya memberi ketenangan kepada mayat, dan dengan zikirnya turunlah rahmat. Alasan lain ialah perbuatan Nabi ﷺ meletakkan pelepah tamar yang hijau, setelah dibelah dua, di atas dua kubur yang penghuninya sedang diazab. Baginda ﷺ pula menjadikan keringanan azab ke atas kedua-duanya selagi pelepah itu belum kering sebagai sebab perbuatan tersebut. Maksudnya, azab diringankan ke atas mereka dengan berkat tasbih kedua-dua pelepah itu. Ini kerana tasbih tumbuhan yang basah lebih sempurna daripada tasbih yang kering, disebabkan tumbuhan yang hijau masih memiliki sejenis kehidupan. Ibn ‘Abidin berkata: Berdasarkan hal ini, makruh mencabutnya walaupun ia tumbuh dengan sendirinya dan bukan milik sesiapa, kerana perbuatan itu menghilangkan hak si mati.”
Namun, hukum makruh ini bersyarat, jika tanpa hajat atau keperluan. Hal ini dinyatakan antaranya oleh Al-Kakī dalam (الكاكي ت ٧٤٩) Mi’raj al-Dirayah, 2/518 dengan katanya:
ولا بأس بقطع الحشيش اليابس من المقبرة، ولا يقطع الرطب من غير حاجة
Tidak mengapa memotong rumput yang kering dari kawasan perkuburan, dan rumput yang basah pula tidak dipotong tanpa ada keperluan.
Inti petikan ini ialah qaid «من غير حاجة» (tanpa keperluan). Mafhumnya, jika ada keperluan seperti penyelenggaraan kubur, rumput yang basah juga boleh dipotong.
Al-Sanami (السنامي) pula, dalam Nisab al-Ihtisab, 1/180, menukil al-Khulasah dengan lafaz yang sama
وَالثَّانِي عشر يقطعون أوراق الْأَشْجَار ويتخذون منع شَيْئا على صُورَة الْأَشْجَار ويزينون بهَا حول الْقَبْر وَقطع الشّجر الرطب وَقطع الْكلأ بِغَيْر حَاجَة منهى عَنهُ وَفِي المناهي نهى رَسُول الله ﷺ أَن يقطع شَيْء من نَبَات الأَرْض عشبا ثمَّ قَرَأَ وَإِن من شَيْء أَلا يسبح بِحَمْدِهِ وَلَكِن لَا تفقهون تسبيحهم والقيد بالعشب لِأَن الاحتشاش عشبا غَالِبا لَا يكون للْحَاجة إِذْ الْآيَة تدل على إِطْلَاق النَّهْي إِلَّا أَنه أُبِيح للْحَاجة وَذكر فِي جنائز خُلَاصَة الْفَتَاوَى وَيكرهُ قلع الْحَطب والحشيش الرطب من غير حَاجَة
Perkara kedua belas: Mereka memotong daun-daun pokok dan membuat sesuatu yang menyerupai pokok, kemudian menghias kawasan di sekeliling kubur dengannya. Memotong pokok yang masih segar dan menebas tumbuh-tumbuhan hijau tanpa sebarang keperluan adalah dilarang. Dalam kitab al-Manāhī, disebutkan bahawa Rasulullah ﷺ melarang daripada memotong apa-apa tumbuh-tumbuhan di bumi, termasuk rumput. Kemudian Baginda membaca firman Allah Taala: “Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka.” (Surah al-Isra’, ayat 44) Penggunaan lafaz al-ʿushb (rumput) secara khusus adalah kerana perbuatan memotong atau mengutip rumput pada kebiasaannya bukanlah disebabkan oleh suatu keperluan. Hal ini demikian kerana ayat tersebut menunjukkan larangan secara umum. Namun demikian, perbuatan tersebut diharuskan apabila terdapat keperluan.
Oleh itu, menurut mazhab Hanafi, kita boleh katakan pembersihan rumput untuk penyelenggaraan kubur, yang memiliki suatu hajat atau keperluan tidak termasuk dalam perkara yang dimakruhkan.
Pandangan Yang Menafikan Kelebihan Tumbuhan Basah
Al-Khattabi (w. 388H) dalam Ma’alim al-Sunan (1/19–20) menjelaskan bahawa perbuatan Nabi ﷺ itu berpunca daripada berkat dan doa baginda. Sabda baginda ﷺ: “selagi belum kering” hanyalah had masa bagi doa tersebut, dan perbuatan itu bukanlah kerana pelepah kurma yang masih basah mempunyai suatu keistimewaan yang tidak terdapat pada pelepah kurma yang telah kering. Beliau berkata:
وأما غرسه شق العسيب على القبر وقوله ولعله يخفف عنهما ما لم ييبسا فإنه من ناحية التبرك بأثر النبي ﷺ ودعائه بالتخفيف عنهما، وكأنه ﷺ جعل مدة بقاء النداوة فيهما حدا لما وقعت به المسألة من تخفيف العذاب عنهما وليس ذلك من أجل أن في الجريد الرطب معنى ليس في اليابس، والعامة في كثير من البلدان تفرش الخوص في قبور موتاهم وأراهم ذهبوا إلى هذا وليس لما تعاطوه من ذلك وجه والله أعلم.
Adapun perbuatan baginda ﷺ menancapkan belahan pelepah tamar di atas kubur, serta sabdanya “Mudah-mudahan diringankan (azab) daripada kedua-duanya selama (pelepah itu) belum kering”, maka itu termasuk dalam bab mengambil berkat daripada kesan (sentuhan) Nabi ﷺ dan doa baginda agar azab kedua-duanya diringankan. Seolah-olah baginda ﷺ menjadikan tempoh kekal basahnya kedua-dua pelepah itu sebagai had masa bagi permohonan yang dimakbulkan, iaitu peringanan azab ke atas kedua-duanya. Ia bukanlah kerana pada pelepah yang basah terdapat suatu keistimewaan yang tiada pada pelepah yang kering. Orang awam di kebanyakan negeri menghamparkan daun pelepah tamar di kubur orang mati mereka. Aku melihat mereka berpegang dengan (hadith) ini, sedangkan apa yang mereka amalkan itu tidak mempunyai asas. Wallahu a’lam.
Pandangan al-Khattabi ini dinukil dan diterima antaranya oleh Al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah, 1/372. Demikian juga Al-Nawawi dalam al-Ijaz fi Syarh Sunan Abi Dawud, hlm. 145, beliau berkata:
وأما غرسه شقَّ العسيب على القبرين، وقوله - ﷺ -: "لعله يخفف عنهما ما لم ييبسا" فمعناه: أنه سأل الله تعالى لهما الرحمة وارتفاع العذاب أو تخفيفه عنهما مُدَّة رطوبتهما، وهذا لبركة رسول الله - ﷺ -. قال الخطابي: "وليس ذلك من أجل أن في الجريد الرطب معنىً ليس في اليابس"، قال: "والعوام في كثير من البلاد تجعل الخوص في قبور موتاهم، كأنهم ذهبوا إلى هذا، وليس لما فعلوه وجهٌ"، هذا كلام
الخطابي وغيره من المحققين
Adapun perbuatan baginda ﷺ memacakkan belahan pelepah tamar di atas kedua-dua kubur itu, serta sabda baginda: “Mudah-mudahan diringankan (azab) daripada kedua-duanya selama (pelepah itu) belum kering”, maksudnya ialah baginda memohon kepada Allah Ta’ala agar dikurniakan rahmat kepada kedua-duanya, dan agar azab diangkat atau diringankan daripada mereka selama tempoh pelepah itu masih basah. Hal ini adalah kerana keberkatan Rasulullah ﷺ. Al-Khattabi berkata: “Ia bukanlah kerana pada pelepah yang basah terdapat suatu keistimewaan yang tiada pada pelepah yang kering.” Beliau berkata lagi: “Orang awam di kebanyakan negeri meletakkan daun pelepah tamar di kubur orang mati mereka, seolah-olah mereka berpegang dengan (hadith) ini, sedangkan apa yang mereka lakukan itu tidak mempunyai asas.” Inilah pandangan al-Khattabi dan ulama muhaqqiqin yang lain.”[1]
Ibn al-Hajj dalam al-Madkhal (3/280, edisi Shamela) berpandangan perkara itu khusus dengan berkat sentuhan tangan Nabi ﷺ. Jika para sahabat memahaminya sebagai amalan umum, tentu mereka semua akan melakukannya. Ibn al-Hajj dalam al-Madkhal 3/280 berkata:
فَالْجَوَابُ عَنْ قَوْلِهِ - عليه الصلاة والسلام: "لَعَلَّهُ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا" رَاجِعٌ إلَى بَرَكَةِ مَا وَقَعَ مِنْ لَمْسِهِ - عليه الصلاة والسلام - لِتِلْكَ الْجَرِيدَةِ. وَقَدْ نَصَّ عَلَى ذَلِكَ الْإِمَامُ الطُّرْطُوشِيُّ - رحمه الله - فِي كِتَابِ سِرَاجِ الْمُلُوكِ لَهُ لَمَّا ذَكَرَ هَذَا الْحَدِيثَ فَقَالَ عَقِبَهُ: وَذَلِكَ لِبَرَكَةِ يَدِهِ - عليه الصلاة والسلام -. وَمَا نُقِلَ عَنْ وَاحِدٍ مِنْ الصَّحَابَةِ - رضي الله عنهم - فَلَمْ يَصْحَبْهُ عَمَلُ بَاقِيهِمْ - رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُمْ - إذْ لَوْ فَهِمُوا ذَلِكَ لَبَادَرُوا بِأَجْمَعِهِمْ إلَيْهِ، وَلَكَانَ يَقْتَضِي أَنْ يَكُونَ الدَّفْنُ فِي الْبَسَاتِينِ مُسْتَحَبًّا
Maka jawapan bagi sabda baginda ﷺ, “Mudah-mudahan diringankan (azab) daripada kedua-duanya selama (pelepah itu) belum kering”, ialah bahawa ia kembali kepada keberkatan sentuhan baginda ﷺ pada pelepah itu. Al-Imam al-Turtusyi rahimahullah telah menyatakan perkara ini dengan jelas dalam kitabnya Siraj al-Muluk. Ketika menyebut hadith ini, beliau berkata selepasnya: “Hal itu adalah kerana keberkatan tangan baginda ﷺ.” Adapun apa yang dinukil daripada salah seorang sahabat radhiyallahu ‘anhum (Buraidah al-Aslami supaya diletakkan dua pelepah di kubutnya - وَأَوْصَى بُرَيْدَةُ الْأَسْلَمِيُّ أَنْ يُجْعَلَ فِي قَبْرِهِ جَرِيدَانِ -), ia tidak disertai oleh amalan sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu ta’ala ‘anhum. Seandainya mereka memahami hadith itu sedemikian, nescaya mereka semua akan bersegera melakukannya. Malah, (pemahaman itu) akan membawa kepada kesimpulan bahawa mengebumikan mayat di dalam kebun adalah sunat.”
Oleh itu, menurut pandangan al-Khattabi dan yang sependapat dengan beliau, tiada sebarang larangan membuang rumput di kubur, sama ada basah atau kering.
Mazhab Syafi’i
Perbincangan dalam mazhab Syafi’i tertumpu pada pelepah atau tumbuhan yang sengaja diletakkan di atas kubur. Hukumnya sunat dan pandangan ini berbeza dengan pandangan al-Khattabi yang juga dalam kalangan tokoh ulama mazhab Syafie. Ulama mazhab Syafie berpandangan haram orang lain mengambil tumbuhan yang diletakkan di atas kubur sebelum ia kering kerana ia adalah hak si mati (Ibn Hajar al-Haytami, Tuhfah al-Muhtaj, 3/197) menyatakan:
يُسَنُّ وَضْعُ جَرِيدَةٍ خَضْرَاءَ عَلَى الْقَبْرِ لِلِاتِّبَاعِ وَسَنَدُهُ صَحِيحٌ وَلِأَنَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُ بِبَرَكَةِ تَسْبِيحِهَا إذْ هُوَ أَكْمَلُ مِنْ تَسْبِيحِ الْيَابِسَةِ لِمَا فِي تِلْكَ مِنْ نَوْعِ حَيَاةٍ وَقِيسَ بِهَا مَا اُعْتِيدَ مِنْ طَرْحِ الرَّيْحَانِ وَنَحْوِهِ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ كَمَا بَحَثَ لِمَا فِيهِ مِنْ تَفْوِيتِ حَقِّ الْمَيِّتِ وَظَاهِرُهُ أَنَّهُ لَا حُرْمَةَ فِي أَخْذِ يَابِسٍ أَعْرَضَ عَنْهُ لِفَوَاتِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِيُبْسِهِ وَلِذَا قُيِّدَ وَأُنْدِبَ الْوَضْعُ بِالْخَضِرَةِ وَأَعْرَضُوا عَنْ الْيَابِسِ بِالْكُلِّيَّةِ نَظَرًا لِتَقْيِيدِهِ ﷺ التَّخْفِيفَ بِالْأَخْضَرِ بِمَا لَمْ يَيْبَسْ
Disunatkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kubur, sebagai mengikuti perbuatan Nabi ﷺ, dan sanad hadis mengenainya adalah sahih. Hal ini juga kerana azab penghuni kubur diringankan dengan keberkatan tasbih pelepah kurma tersebut, memandangkan tasbih tumbuhan yang masih hijau lebih sempurna berbanding tumbuhan yang telah kering, disebabkan tumbuhan hijau itu masih mempunyai sejenis kehidupan. Berdasarkan perkara tersebut, diqiyaskan dengannya amalan yang telah menjadi kebiasaan, iaitu meletakkan tumbuhan seperti rayḥān dan seumpamanya di atas kubur. Haram mengambil semula tumbuhan tersebut, sebagaimana yang dibahaskan oleh ulama, kerana perbuatan itu menyebabkan hak si mati terabai. Secara zahirnya, tidak haram mengambil tumbuhan yang telah kering dan dibiarkan begitu sahaja, kerana hak si mati telah luput apabila tumbuhan tersebut kering. Oleh sebab itu, ulama menghadkan anjuran meletakkan tumbuhan di atas kubur kepada tumbuhan yang masih hijau, manakala tumbuhan yang telah kering tidak lagi diambil kira sama sekali. Hal ini berdasarkan perbuatan Nabi ﷺ yang mengaitkan keringanan azab dengan keadaan pelepah kurma yang masih hijau, selagi mana ia belum kering.”
Tuntutan Memuliakan Kubur
a) Terdapat Larangan duduk di atas kubur. Hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim, no. 971:
لَأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ، خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ
“Sekiranya salah seorang daripada kamu duduk di atas bara api sehingga ia membakar pakaiannya lalu tembus ke kulitnya, itu lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur.”
b) Daripada Abu Marthad al-Ghanawi - أَبُو مَرْثَدٍ الْغَنَوِيُّ – Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَجْلِسُوا عَلَى الْقُبُورِ، وَلَا تُصَلُّوا إِلَيْهَا
“Janganlah kamu duduk di atas kubur, dan janganlah kamu solat menghadapnya.” (Muslim, no. 972)
c) Daripada Jabir radhiyallahu ‘anhu: Rasulullah ﷺ melarang kubur dikapur, diduduki dan dibina binaan di atasnya (Muslim, no. 970). Dalam riwayat al-Tirmidhi terdapat tambahan «وَأَنْ تُوطَأَ», iaitu “dan (jangan) dipijak”.
d) Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu: Rasulullah ﷺ bersabda:
لَأَنْ أَمْشِيَ عَلَى جَمْرَةٍ، أَوْ سَيْفٍ، أَوْ أَخْصِفَ نَعْلِي بِرِجْلِي، أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَمْشِيَ عَلَى قَبْرِ مُسْلِمٍ، وَمَا أُبَالِي أَوَسْطَ الْقُبُورِ قَضَيْتُ حَاجَتِي، أَوْ وَسْطَ السُّوقِ
“Sesungguhnya aku berjalan di atas bara api, atau (di atas mata) pedang, atau aku menjahit kasutku dengan kakiku sendiri, itu lebih aku sukai daripada aku berjalan di atas kubur seorang Muslim. Dan tidak ada bezanya bagiku sama ada aku membuang hajat di tengah-tengah kubur atau di tengah-tengah pasar.” (Ibn Majah; al-Mundhiri menilai sanadnya jayyid. Al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil, no. 63; Sahih al-Targhib, no. 3564: sahih)
e) Daripada ‘Amr bin Hazm radhiyallahu ‘anhu: Rasulullah ﷺ melihatnya bersandar pada sebuah kubur lalu bersabda:
لَا تُؤْذِ صَاحِبَ الْقَبْرِ
“Jangan menyakiti penghuni kubur ini” (Ahmad; Ibn Hajar menilai sanadnya sahih).
f) Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu pernah ditanya tentang memijak kubur. Beliau menjawab bahawa sebagaimana beliau tidak suka menyakiti seorang mukmin semasa hidupnya, beliau juga tidak suka menyakitinya selepas mati (Sa’id bin Mansur).
Pandangan Ulama
Jumhur ulama daripada mazhab Hanafi, Syafi’i dan Hanbali berpendapat duduk di atas kubur hukumnya makruh. Al-Imam al-Nawawi pula menegaskan bahawa hukumnya haram, begitu juga bersandar pada kubur.
Imam Malik mentafsirkan “duduk” dalam hadith tersebut sebagai duduk untuk membuang hajat. Tafsiran ini ditolak oleh al-Nawawi, yang menyifatkannya sebagai takwil yang lemah atau batil, dan juga ditolak oleh Imam Ahmad. Ibn Hazm pula berhujah bahawa gambaran bara api yang membakar pakaian hingga tembus ke kulit jelas menunjukkan duduk dalam erti kata biasa.
Ulama Syafi’iyyah menjelaskan illah larangan ini dengan kata mereka: «الْقَبْرُ مُحْتَرَمٌ تَوْقِيرًا لِلْمَيِّتِ», iaitu kubur dihormati sebagai penghormatan kepada si mati (al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 37/340).
Bentuk Pendalilan
Ancaman yang sangat keras dalam hadith ini, iaitu terbakar oleh bara api lebih baik daripada duduk di atas kubur, menunjukkan betapa tingginya kehormatan kubur di sisi syarak. Lafaz «قَبْرِ مُسْلِمٍ» dalam hadith ‘Uqbah, serta perbandingan Ibn Mas’ud dengan menyakiti mukmin semasa hidupnya, menunjukkan kehormatan ini berkait rapat dengan iman penghuninya.
Makna ini selari dengan sabda Rasulullah ﷺ: «كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا», iaitu “Mematahkan tulang mayat sama seperti mematahkannya ketika hidup” (Abu Dawud, no. 3207; Ibn Hajar menilai sanadnya atas syarat Muslim). Al-San’ani menyimpulkan bahawa mayat wajib dihormati sebagaimana orang hidup dihormati.
Ibn al-Hajj pula meletakkan satu kaedah: apa yang tidak layak dilakukan kepada seseorang ketika hidupnya tidak boleh dilakukan kepadanya selepas mati, kecuali perkara yang diizinkan syarak. Beliau berkata:
«وَالْمَيِّتُ يَتَأَذَّى مِمَّا يَتَأَذَّى مِنْهُ الْحَيُّ ... لِمَا تَقَدَّمَ أَنَّ حُرْمَةَ الْمَيِّتِ الْمُسْلِمِ كَحُرْمَتِهِ فِي حَالِ حَيَاتِهِ، وَقَدْ جَاءَ فِي الْحَدِيثِ أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ قَالَ: "كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ وَهُوَ حَيٌّ" أَوْ كَمَا قَالَ ﷺ. وَذَلِكَ عَامٌّ فِي الْعَظْمِ وَغَيْرِهِ قَلَّ أَوْ كَثُرَ، فَكُلُّ مَا لَا يَلِيقُ بِهِ فِي حَالِ حَيَاتِهِ لَا يُفْعَلُ بِهِ بَعْدَ مَمَاتِهِ إِلَّا مَا أَذِنَ الشَّرْعُ فِيهِ، وَمَا لَمْ يَأْذَنِ الشَّرْعُ فِيهِ فَيُمْنَعُ عَلَى كُلِّ حَالٍ»
“Mayat terganggu dengan apa yang mengganggu orang hidup ... kerana telah dijelaskan sebelum ini bahawa kehormatan mayat seorang Muslim sama seperti kehormatannya semasa hidup. Telah datang dalam hadith bahawa Nabi ﷺ bersabda: ‘Mematahkan tulang mayat sama seperti mematahkannya ketika dia hidup’, atau sebagaimana yang baginda ﷺ sabdakan. Hal itu umum, meliputi tulang dan selainnya, sedikit atau banyak. Maka setiap perkara yang tidak layak dilakukan kepadanya semasa hidupnya tidak boleh dilakukan kepadanya selepas matinya, kecuali apa yang diizinkan oleh syarak. Apa yang tidak diizinkan oleh syarak pula dilarang dalam apa jua keadaan.”[2] (al-Madkhal, 3/242).
Adakah Meracun Termasuk Dalam Amalan Tidak Memuliakan Penghuni Kubur?
- Larangan dalam nas menyasarkan perbuatan yang merendahkan kubur, seperti duduk, memijak, bersandar, membuang hajat dan mengotori. Meracun untuk menyelenggara bukan perbuatan seumpama itu, kerana tujuannya memelihara kubur.
- Memelihara kubur juga sebahagian daripada memuliakan penghuninya. Nabi ﷺ meletakkan batu pada kubur ‘Uthman bin Maz’un dan bersabda «أَتَعَلَّمُ بِهَا قَبْرَ أَخِي» (Abu Dawud, no. 3206; al-Arna’ut menilai sanadnya hasan). Memastikan kubur mudah dikenali dan diziarahi diambil berat oleh syarak. Membiarkan kubur ditelan semak lebih dekat kepada pengabaian.
- Berdasarkan kaedah Ibn al-Hajj. Membersihkan rumput liar di sekeliling rumah orang yang masih hidup dikira memuliakannya. Maka hal yang sama terpakai pada kuburnya.
- Sifat bahan. Racun rumput bukan najis dan digunakan di permukaan tanah. Ia berbeza daripada kekotoran yang dikira menghina.
- Setiap orang tidak boleh duduk, memijak atau bersandar pada kubur dan batu nisan. Demikian juga pekerja yang meracun rumput tidak boleh meletakkan tangki atau peralatan di atas kubur, dan hendaklah berjalan di lorong antara kubur. Para fuqaha memberi kelonggaran melangkah kubur jika ada keperluan, seperti tiada jalan lain (al-Mawsu’ah al-Kuwaitiyyah, 32/245). Kelonggaran ini tidak boleh dijadikan kebiasaan.
Meracun boleh menjadi penghinaan jika:
- dilakukan sambil duduk di atas kubur, memijak atau bersandar pada kubur tanpa keperluan;
- menggunakan bahan yang berbau busuk, mengotorkan, atau merosakkan batu nisan dan tanah kubur;
- menyebabkan tanah kubur terhakis, mendap atau runtuh;
- dilakukan dengan sikap meremehkan, seperti membuang bekas racun di atas kubur dan seumpamanya.
Kesimpulan
Meracun rumput di tanah perkuburan adalah harus, berdasarkan tiga alasan:
- Menurut al-Khattabi dan ulama yang sependapat, tiada kelebihan khusus pada tumbuhan basah di kubur, maka tiada larangan.
- Menurut mazhab Hanafi, kemakruhan hanya berlaku jika tanpa hajat. Sedangkan penyelenggaraan kubur ialah satu hajat.
- Dalam mazhab Syafi’i, larangan hanya berkait dengan tumbuhan yang sengaja diletakkan di atas kubur, bukan rumput liar.
Syarat dan adab:
- Racun yang digunakan tidak memudaratkan manusia dan alam sekitar (لا ضرر ولا ضرار), terutamanya berhampiran sumber air dan laluan penziarah.
- Tidak memijak atau duduk di atas kubur tanpa keperluan semasa kerja dilakukan.
- Racun boleh mematikan akar rumput sehingga tanah mudah terhakis dan kubur mendap. Memotong rumput dengan mesin lebih sesuai di atas kubur, manakala racun lebih sesuai di laluan dan celah-celah kubur.
[1] Al-Syeikh Abu ‘Ubaidah Masyhur bin Hasan Ali Salman membuat ta’liq dengan katanya:
قال الشيخ العلامة أحمد شاكر في تعليقه على الترمذي (١/ ١٠٣) عقب هذا: "وصدق الخطابي، وقد ازداد العامة إصرارًا على هذا العمل الذي لا أصل له، وغلوا فيه، خصوصًا في بلاد مصر، تقليدًا للنصارى، حتى صاروا يضعون الزهور على القبور، ويتهادونها بينهم، فيضعها الناس على قبور أقاربهم ومعارفهم تحية لهم، ومجاملةً للأحياء، وحتى صارت عادة شبيهة بالرسمية في المجاملات الدولية، فتجدُ الكبراء من المسلمين إذا نزلوا بلدةً من بلاد أوروبا ذهبوا إلى قبور عظمائها أو إلى قبر من يسمونه (الجندي المجهول) وضعوا عليها الزهور، وبعضهم يضع الزهور الصناعية التي لا نداوة فيها تقليدًا للإفرنج، واتباعًا لسنن من قبلهم، ولا ينكر ذلك عليهم العلماء أشباه العامة، بل تراهم أنفسهم يضعون ذلك في قبور موتاهم، ولقد علمت أن أكثر الأوقاف التي تسمى أوقافًا خيريةً موقوفٌ ريعها على الخوص والريحان الذي يوضع على القبور، وكل هذه بدعٌ ومنكراتٌ لا أصل لها في الدين، ولا سند لها من الكتاب والسنة، ويجب على أهل العلم أن يُنكروها أن يُبطلوا هذه العادات ما استطاعوا". ونقله شيخنا الألباني في "أحكام الجنائز" (٢٥٤)، وقال على إثره: "قلت: ويؤيد كون وضع الجريد على القبر خاصٌّ به، وأن التخفيف لم يكن من أجل نداوةِ شقِّها أمورٌ:
أ- حديثُ جَابرٍ - رضي الله عنه - الطويل في "صحيح مسلم" (٨/ ٢٣١ - ٢٣٦) وفيه قال - ﷺ -: "إني مررتُ بقبرين يعذبان، فأحببت بشفاعتي أن يرد عنهما ما دام الغصنان رطبين". فهنا صريحٌ في أن رفع العذاب إنما هو بسبب شفاعته - ﷺ - ودعائه لا بسبب النداوة، وسواءٌ كانت قصة جابر هذه عين قصة ابن عباس المتقدمة كما رجّحه العيني وغيره، أو غيرها كما رجّحه الحافظ في "الفتح"، أما على الاحتمال الأول فظاهرٌ، وأما على الاحتمال الآخر؛ فلأنّ النظر الصحيح يقتضي أن تكون العلّة واحدةً في القصّتين للتشابه الموجود بينهما، ولأنّ كونَ النداوة سببًا لتخفيف العذاب عن الميت مما لا يعرف شرعًا ولا عقلًا، ولو كان الأمرُ كذلك لكان أخفَّ الناس عذابًا إنما هم الكفار الدين يدفنون في مقابر أشبه ما تكون بالجنان لكثرة ما يزرع فيها من النباتات والأشجار التي تظل مخضرةً صيفًا شتاءً! يُضاف إلى ما سبق أن بعض العلماء كالسيوطي، قد ذكروا أن سبب تأثير النداوة في التخفيف كونها تسبح الله تعالى، قالوا: فإذا ذهبت من العود ويبس انقطع تسبيحهُ! فإنّ هذا التعليل مخالفٌ لعموم قوله تبارك وتعالى: ﴿وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ٤٤﴾ [الإسراء: ٤٤].
ب- في حديث ابن عباس نفسه ما يشير إلى أن السر ليس في النداوة، أو بالأحرى ليست هي السبب في تخفيف العذاب، وذلك قوله: "ثم دعا بعسيبٍ فشقه اثنين" يعني طولًا، فإن من المعلوم أن شقه سببٌ لذهاب النداوة من الشق ويبسه بسرعةٍ، فتكون مدةُ التخفيف أقل ممّا لو لم يُشَقّ، فلو كانت هي العلة؛ لأبقاه - ﷺ - بدون شقٍّ ولوضع على كلِّ قبرٍ عسيبًا أو نصفه على الأقل، فإذ لم يفعل دلَّ على أن النداوة ليست هي السبب، وتعين أنها علامةٌ على مدة التخفيف الذي أذن الله به استجابةً لشفاعةِ نبيه - ﷺ -، كما هو مصرح به في حديث جابرٍ، وبذلك يتفق الحديثان في تعيين السبب، وإن احتمل اختلافهما في الواقعة وتعددها. فتأمل هذا، فإنما هو شيء انقدح في نفسي، ولم أجد من نصّ عليه أو أشار إليه من العلماء، فإن كان صوابًا فمن الله تعالى، وإن كان خطأ فهو مني، واستغفره من كل ما لا يرضيه". وانظر "شرح صحيح مسلم" (٣/ ٢٥٩ - ٢٦٠) للمصنف
Al-Syeikh al-‘Allamah Ahmad Syakir berkata dalam ta’liqnya ke atas Sunan al-Tirmidhi (1/103), selepas kata-kata al-Khattabi tersebut: “Benarlah al-Khattabi. Orang awam semakin berdegil dengan amalan yang tidak berasas ini dan melampau padanya, khususnya di negeri Mesir, kerana meniru orang Nasrani. Akhirnya mereka meletakkan bunga di atas kubur dan saling menghadiahkannya sesama mereka. Orang ramai meletakkannya di atas kubur kerabat dan kenalan sebagai salam penghormatan kepada si mati dan sebagai mengambil hati kepada yang masih hidup. Ia akhirnya menjadi adat yang menyerupai adat rasmi dalam protokol antarabangsa. Engkau dapati para pembesar Muslim, apabila singgah di sebuah negeri Eropah, pergi ke kubur tokoh-tokoh besar negeri itu atau ke kubur yang mereka namakan ‘Askar Tidak Dikenali’, lalu meletakkan bunga di atasnya. Sebahagian mereka meletakkan bunga tiruan yang langsung tiada kebasahan padanya, kerana meniru orang Eropah dan mengikut jejak umat terdahulu. Ulama yang menyerupai orang awam pula tidak mengingkari perbuatan itu, bahkan mereka sendiri meletakkannya di kubur orang mati mereka. Aku juga mengetahui bahawa kebanyakan wakaf yang dinamakan ‘wakaf khairat’ diwakafkan hasilnya untuk membeli daun pelepah tamar dan raihan yang diletakkan di atas kubur. Semua ini adalah bid’ah dan kemungkaran yang tiada asal dalam agama dan tiada sandaran daripada al-Kitab dan al-Sunnah. Wajib ke atas ahli ilmu mengingkarinya dan membatalkan adat-adat ini sedaya upaya mereka.”
Syeikh kami al-Albani menukilkan perkara ini dalam Ahkam al-Jana’iz (hlm. 254), lalu berkata: “Aku berkata: Terdapat beberapa perkara yang menguatkan bahawa meletakkan pelepah di atas kubur adalah khusus bagi baginda ﷺ, dan bahawa peringanan azab itu bukan disebabkan kebasahan belahan pelepah: (a) Hadith Jabir yang panjang dalam Sahih Muslim (8/231–236). Di dalamnya baginda ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya aku melalui dua kubur yang penghuninya sedang diazab, lalu aku ingin dengan syafaatku agar (azab) itu dihindarkan daripada mereka selagi kedua-dua dahan itu masih basah.” Ini jelas menunjukkan bahawa terangkatnya azab adalah disebabkan syafaat dan doa baginda ﷺ, bukan disebabkan kebasahan. Hal ini sama ada kisah Jabir ini ialah kisah yang sama dengan kisah Ibn Abbas yang lalu, sebagaimana yang ditarjih oleh al-‘Aini dan lain-lain, atau kisah yang berbeza, sebagaimana yang ditarjih oleh al-Hafiz (Ibn Hajar) dalam al-Fath. Menurut kemungkinan pertama, hujahnya jelas. Menurut kemungkinan kedua pula, pertimbangan yang betul menuntut agar illah dalam kedua-dua kisah itu satu, kerana persamaan antara keduanya. Lagipun, menjadikan kebasahan sebagai sebab peringanan azab ke atas mayat ialah sesuatu yang tidak dikenali sama ada dari sudut syarak mahupun akal. Seandainya benar demikian, nescaya manusia yang paling ringan azabnya ialah orang kafir yang dikebumikan di perkuburan yang paling menyerupai taman, kerana banyaknya tumbuhan dan pokok yang ditanam di situ, yang kekal hijau pada musim panas dan musim sejuk! Ditambah pula, sebahagian ulama seperti al-Suyuti menyebut bahawa kebasahan memberi kesan dalam peringanan azab kerana ia bertasbih kepada Allah Ta’ala. Kata mereka, apabila kebasahan hilang daripada batang itu dan ia kering, terputuslah tasbihnya! Illah ini bercanggah dengan keumuman firman Allah Tabaraka wa Ta’ala: ‘Dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka’ (al-Isra’: 44).
(b) Dalam hadith Ibn Abbas sendiri terdapat isyarat bahawa rahsianya bukan pada kebasahan, atau lebih tepat, kebasahan bukan sebab peringanan azab. Ini berdasarkan kata-katanya: ‘Kemudian baginda meminta sebatang pelepah lalu membelahnya dua’, iaitu secara memanjang. Telah maklum bahawa membelah pelepah menyebabkan kebasahannya hilang dari bahagian yang dibelah dan ia cepat kering. Maka tempoh peringanan menjadi lebih singkat berbanding jika tidak dibelah. Seandainya kebasahan itu illahnya, nescaya baginda ﷺ membiarkannya tanpa dibelah, dan meletakkan sebatang pelepah pada setiap kubur, atau sekurang-kurangnya separuh daripadanya. Oleh kerana baginda tidak berbuat demikian, ia menunjukkan kebasahan bukan sebabnya. Pastilah ia hanya tanda bagi tempoh peringanan yang diizinkan Allah sebagai memperkenankan syafaat Nabi-Nya ﷺ, sebagaimana dinyatakan secara jelas dalam hadith Jabir. Dengan itu kedua-dua hadith bersepakat dalam menentukan sebab, walaupun mungkin kedua-duanya merupakan peristiwa yang berbeza dan berulang. Renungkanlah perkara ini, kerana ia hanyalah sesuatu yang terlintas dalam diriku, dan aku tidak menemui ulama yang menyatakan atau mengisyaratkannya. Jika ia betul, maka ia daripada Allah Ta’ala. Jika ia salah, maka ia daripada diriku, dan aku memohon ampun kepada-Nya daripada segala yang tidak diredai-Nya.”
[2]Ibn al-Hajj menyebut kaedah ini ketika mengkritik amalan meletakkan kapas berlebihan pada wajah dan badan mayat dalam kafan. Beliau berkata:
وَالْمُسْتَحَبُّ أَنْ يُكَفَّنَ فِي وِتْرٍ. ثُمَّ يَأْخُذُ طَرَفَ أَحَدِ كُمَّيْهِ فَيَرْبِطُهُ بِطَرَفِ الْكُمِّ الْآخَرِ رَبْطًا وَثِيقًا. ثُمَّ يَأْخُذُ خِرْقَةً طَوِيلَةً فَيَرْبِطُهَا مَوْضِعَ رَبْطِ الْكُمَّيْنِ ثُمَّ يَمُدُّهَا إلَى إبْهَامَيْ رِجْلَيْهِ فَيَرْبِطُهَا فِيهِمَا رَبْطًا جَيِّدًا وَثِيقًا لِئَلَّا تَتَحَرَّكَ أَطْرَافُهُ وَتَتَفَرَّقَ. فَإِذَا فَعَلَ بِهِ ذَلِكَ أَمِنَ مِنْ حَرَكَتِهَا. وَهَذِهِ الصِّفَةُ الْمَذْكُورَةُ إنَّمَا هِيَ إذَا أَلْبَسَ الْمَيِّتَ الْقَمِيصَ. وَأَمَّا إذَا أَدْرَجَ فَلَا حَاجَةَ تَدْعُو إلَى فِعْلِ ذَلِكَ لِعَدَمِ حَرَكَةِ أَطْرَافِهِ. فَإِذَا جَاءَ إلَى لَحْدِهِ أَزَالَ الرِّبَاطَ عَنْهُ، وَلْيَحْذَرْ مِنْ هَذِهِ الْبِدْعَةِ الَّتِي اعْتَادَهَا أَكْثَرُهُمْ فِي هَذَا الزَّمَانِ؛ وَهُوَ أَنَّهُمْ يَأْخُذُونَ الْقُطْنَ الْكَثِيرَ فَيَجْعَلُونَهُ عَلَى وَجْهِ الْمَيِّتِ حَتَّى يَعْلُوَ، ثُمَّ يَجْعَلُونَ الْقُطْنَ عَلَى رُكْبَتَيْهِ وَتَحْتَ حَنَكِهِ وَتَحْتَ رَقَبَتِهِ حَتَّى تَصِيرَ رَأْسُهُ وَكَتِفَاهُ بِالسَّوَاءِ، ثُمَّ يَجْعَلُونَ الْقُطْنَ كَذَلِكَ عِنْدَ سَاقَيْهِ مِنْ هَاهُنَا وَمِنْ هَاهُنَا حَتَّى يَصِيرَ بَطْنُهُ وَرَأْسُهُ وَرِجْلَاهُ بِالسَّوَاءِ. وَهَذَا الْفِعْلُ قَدْ جَمَعَ بَيْنَ مُحَرَّمَيْنِ وَبِدْعَةٍ: فَالْمُحَرَّمُ الْأَوَّلُ إضَاعَةُ الْمَالِ فِي كَثْرَةِ الْقُطْنِ لِغَيْرِ ضَرُورَةٍ شَرْعِيَّةٍ. وَالْمُحَرَّمُ الثَّانِي أَخْذُ ثَمَنِ الْقُطْنِ مِنْ مَالِ الْوَرَثَةِ؛ لِأَنَّ الْمَيِّتَ لَيْسَ لَهُ مِنْ تَرِكَتِهِ إلَّا قَدْرُ ضَرُورَتِهِ الشَّرْعِيَّةِ، وَالزِّيَادَةُ عَلَى ذَلِكَ غَصْبٌ لِحَقِّ الْوَارِثِ سِيَّمَا إذَا كَانَ صَغِيرًا، وَلَوْ فَرَضَ وَرَضِيَ الْوَرَثَةُ لَمُنِعَ مِنْ ذَلِكَ؛ لِأَنَّهُ مِنْ بَابِ إضَاعَةِ الْمَالِ وَالْإِعَانَةِ عَلَى الْبِدْعَةِ. وَأَمَّا الْبِدْعَةُ فَكَوْنُهُمْ اعْتَادُوا أَنْ يُخْرِجُوهُ فِي كَفَنِهِ بِالسَّوَاءِ عِنْدَ النَّاظِرِ لَهُ كَمَا تَقَدَّمَ، وَهَذَا مِنْ مُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ، وَالْمَيِّتُ يَتَأَذَّى مِمَّا يَتَأَذَّى مِنْهُ الْحَيُّ فَلَوْ جُعِلَ شَيْءٌ مِنْ الْقُطْنِ عَلَى وَجْهِ الْحَيِّ لَكَانَ فِيهِ شَوْهٌ وَخَرْقٌ لِحُرْمَتِهِ وَلَا يَرْضَى بِذَلِكَ، فَكَذَلِكَ يُمْنَعُ فِي حَقِّ الْمَيِّتِ لِمَا تَقَدَّمَ أَنَّ حُرْمَةَ الْمَيِّتِ الْمُسْلِمِ كَحُرْمَتِهِ فِي حَالِ حَيَاتِهِ.
Dan yang disunatkan ialah mayat dikafankan dengan bilangan (helaian kain) yang ganjil. Kemudian orang yang mengkafankan mengambil hujung salah satu lengan baju mayat, lalu mengikatnya dengan hujung lengan baju yang satu lagi dengan ikatan yang kemas. Kemudian dia mengambil secarik kain yang panjang, lalu mengikatnya di tempat ikatan kedua-dua lengan baju itu. Kemudian dia menariknya hingga ke kedua-dua ibu jari kaki mayat, lalu mengikatnya pada kedua-duanya dengan ikatan yang baik dan kemas, supaya anggota-anggota mayat tidak bergerak dan terpisah. Apabila hal itu dilakukan kepadanya, terpeliharalah ia daripada pergerakan anggota-anggotanya. Cara yang disebutkan ini hanyalah apabila mayat dipakaikan qamis (baju). Adapun apabila mayat telah dibalut dalam kafannya, maka tiada keperluan untuk melakukan perkara itu (mengikatnya), kerana anggota-anggotanya tidak lagi bergerak. Apabila mayat sampai ke liang lahadnya, hendaklah ikatan itu dibuka. Hendaklah dia berwaspada terhadap bid’ah yang telah menjadi kebiasaan kebanyakan orang pada zaman ini. Mereka mengambil kapas yang banyak lalu meletakkannya di atas wajah mayat sehingga ia menimbun tinggi. Kemudian mereka meletakkan kapas di atas kedua-dua lututnya, di bawah dagunya dan di bawah lehernya, sehingga kepala dan kedua-dua bahunya menjadi sama rata. Kemudian mereka meletakkan kapas seperti itu juga di sisi kedua-dua betisnya, di sebelah sini dan di sebelah sana, sehingga perut, kepala dan kedua-dua kakinya menjadi sama rata. Perbuatan ini menghimpunkan dua perkara haram dan satu bid’ah: Perkara haram yang pertama ialah membazirkan harta dengan kapas yang banyak tanpa sebarang keperluan syarie. Perkara haram yang kedua ialah mengambil harga kapas itu daripada harta waris. Ini kerana si mati tidak berhak ke atas harta peninggalannya melainkan sekadar keperluan syarienya sahaja. Lebihan daripada itu merupakan perampasan hak waris, lebih-lebih lagi jika waris itu masih kecil. Sekalipun diandaikan para waris reda, perbuatan itu tetap dilarang, kerana ia termasuk dalam bab membazirkan harta dan membantu bid’ah. Adapun bid’ah itu ialah kebiasaan mereka mengeluarkan mayat dalam kafannya dalam keadaan sama rata pada pandangan orang yang melihatnya, sebagaimana yang telah disebut. Ini termasuk perkara yang diada-adakan. Mayat terganggu dengan apa yang mengganggu orang hidup. Seandainya sedikit kapas diletakkan di atas wajah orang yang hidup, tentu ia mencacatkan rupanya dan mencabuli kehormatannya, dan dia tidak akan reda dengannya. Maka begitu jugalah ia dilarang terhadap mayat, kerana telah dijelaskan sebelum ini bahawa kehormatan mayat seorang Muslim sama seperti kehormatannya semasa hidup.”
