Soalan:
Assalamualaikum ustaz. Semalam saya solat Zohor berjemaah di surau. Selepas imam memberi salam, seorang makmum menegur bahawa solat tadi hanya tiga rakaat. Imam pun bertanya kepada makmum lain untuk memastikannya, dan berlaku sedikit perbualan antara mereka. Setelah pasti memang kurang satu rakaat, imam terus bangun menyambung rakaat keempat, kemudian sujud sahwi sebelum salam. Adakah solat itu sah, sedangkan imam dan makmum sudah bercakap selepas salam?
Jawapan:
Solat tersebut sah dan cara imam menyambungnya adalah betul, dengan syarat percakapan yang berlaku itu sedikit dan tidak melebihi enam kalimah ‘urfiyyah bagi setiap orang, jarak masa antara salam dan menyambung solat tidak lama, dan tiada perkara lain yang membatalkan solat. Huraiannya seperti berikut.
1. Dalil: hadis Dzul Yadain
Al-Khatib asy-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (1/412) berdalilkan hadis Abu Hurairah dalam Sahihain, lalu menjelaskan:
وَجْهُ الدَّلَالَةِ أَنَّهُ تَكَلَّمَ مُعْتَقِدًا أَنَّهُ لَيْسَ فِي الصَّلَاةِ وَهُمْ تَكَلَّمُوا مُجَوِّزِينَ النَّسْخَ ثُمَّ بَنَى هُوَ، وَهُمْ عَلَيْهَا
“Sisi pendalilannya ialah Baginda ﷺ bercakap dalam keadaan meyakini bahawa Baginda tidak lagi berada dalam solat, manakala para sahabat bercakap kerana menyangka (hukum solat itu) mungkin telah dimansuhkan. Kemudian Baginda dan mereka menyambung (membina semula) solat tersebut.”
2. Had percakapan: enam kalimah ‘urfiyyah atau kurang
Ba‘isyin dalam Busyra al-Karim (hlm. 273):
(وَيُعْذَرُ فِي يَسِيرِ الْكَلَامِ) عُرْفًا، وَهُوَ سِتُّ كَلِمَاتٍ عُرْفِيَّةٍ فَأَقَلُّ؛ أَخْذًا مِنْ حَدِيثِ ذِي الْيَدَيْنِ ... (أَوْ نَسِيَ) أَنَّهُ فِي الصَّلَاةِ، كَأَنْ سَلَّمَ مُعْتَقِدًا كَمَالَ صَلَاتِهِ، فَتَكَلَّمَ يَسِيرًا عَمْدًا
“Dimaafkan percakapan yang sedikit menurut uruf, iaitu enam kalimah ‘urfiyyah atau kurang, berdasarkan hadis Dzul Yadain... atau dia lupa bahawa dia sedang solat, seperti dia memberi salam kerana menyangka solatnya telah sempurna, lalu dia bercakap sedikit dengan sengaja.”
Nawawi al-Jawi dalam Nihayah az-Zain (hlm. 91):
وَالْيَسِيرُ عُرْفًا هُوَ الَّذِي يَكُونُ سِتَّ كَلِمَاتٍ عُرْفِيَّةٍ فَأَقَلَّ، وَخَرَجَ بِذَلِكَ الْكَثِيرُ، وَهُوَ مَا زَادَ عَلَى سِتِّ كَلِمَاتٍ عُرْفِيَّةٍ، فَإِنَّهُ مُبْطِلٌ مُطْلَقًا
“Yang sedikit menurut uruf ialah enam kalimah ‘urfiyyah atau kurang. Terkeluar daripadanya yang banyak, iaitu yang melebihi enam kalimah ‘urfiyyah, kerana ia membatalkan solat secara mutlak.”
Asy-Syarwani dalam Hasyiah ‘ala Tuhfah al-Muhtaj (2/140) menukilkan:
وَقَالَ الْقَلْيُوبِيُّ: وَالْمُعْتَمَدُ عَدَمُ الْبُطْلَانِ بِالسِّتَّةِ وَدُونَهَا، وَالْبُطْلَانُ بِمَا زَادَ عَلَيْهَا
“Al-Qalyubi berkata: Pendapat muktamad ialah solat tidak batal dengan enam (kalimah) atau kurang, dan batal dengan yang melebihinya.”
Dalam Hasyiah asy-Syarbini ‘ala al-Ghurar al-Bahiyyah (1/355) pula dinyatakan bahawa had ini ialah pendapat muktamad di antara beberapa pendapat:
الْمُعْتَمَدُ مِنْ سِتَّةِ أَقْوَالٍ فِي ذَلِكَ أَنَّ الْقَلِيلَ سِتُّ كَلِمَاتٍ عُرْفِيَّةٍ فَأَقَلُّ، وَالْكَثِيرَ مَا زَادَ عَلَى ذَلِكَ
“Pendapat muktamad daripada enam pendapat dalam masalah ini ialah yang sedikit itu enam kalimah ‘urfiyyah atau kurang, dan yang banyak ialah yang melebihi itu.”
3. Asal bilangan enam
Al-Bakri ad-Dimyathi dalam I‘anah ath-Thalibin (1/257) menjelaskan bahawa bilangan itu diambil daripada kata-kata yang diucapkan dalam hadis Dzul Yadain:
أَخْذًا مِنْ حَدِيثِ ذِي الْيَدَيْنِ حَيْثُ قَالَ: أَقَصُرَتِ الصَّلَاةُ أَمْ نَسِيتَ؟ مَعَ قَوْلِهِ: بَلْ بَعْضُ ذَلِكَ قَدْ كَانَ، بِجَعْلِ "أَمْ نَسِيتَ" كَلِمَةً وَاحِدَةً عُرْفًا، وَكَذَا "قَدْ كَانَ". وَمِنْهُ أَيْضًا مَا صَدَرَ مِنَ النَّبِيِّ ﷺ، فَإِنَّهُ قَالَ: كُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ... فَقَالَ: أَحَقٌّ مَا يَقُولُ ذُو الْيَدَيْنِ؟ فَقَالُوا: نَعَمْ. وَمَجْمُوعُ ذَلِكَ سِتُّ كَلِمَاتٍ عُرْفِيَّةٍ
“Ia diambil daripada hadis Dzul Yadain, ketika dia berkata: “Adakah solat telah dipendekkan atau engkau terlupa?” berserta katanya menjawab jawapan Nabi ﷺ: “Bahkan sebahagian daripada itu telah berlaku”, dengan menjadikan ‘أم نسيت’ satu kalimah menurut uruf, begitu juga ‘قد كان’ (satu kalimah). Termasuk juga kata-kata yang keluar daripada Nabi ﷺ, kerana Baginda berkata: “Semua itu tidak berlaku,”… (setelah Dzul Yadin menjawab) Lalu Baginda bertanya: “Benarkah apa yang dikatakan oleh Dzul Yadain?” Mereka menjawab: “Ya.” Jumlah semua itu enam kalimah ‘urfiyyah.”
Perlu juga dijelaskan bahawa dalam sebahagian kitab digunakan ungkapan “seperti dua atau tiga kalimah”, bukanlah bermaksud penetapan had atau batas kalimah. Al-Malibari berkata:
فَقَوْلُ الشَّارِحِ: كَالْكَلِمَتَيْنِ وَالثَّلَاثِ، لَيْسَ بِقَيْدٍ
“Maka kata pensyarah ‘seperti dua dan tiga kalimah’ bukanlah satu qayd (had)”
4. Maksud “kalimah ‘urfiyyah”
Kalimah di sini bukan perkataan menurut ilmu nahu, tetapi satu ungkapan yang dianggap satu kesatuan oleh orang ramai. Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj (2/140):
وَيَظْهَرُ ضَبْطُ الْكَلِمَةِ هُنَا بِالْعُرْفِ بِدَلِيلِ تَعْبِيرِهِمْ ثَمَّ بِحَرْفٍ وَهُنَا بِكَلِمَةٍ، وَلَا تُضْبَطُ بِالْكَلِمَةِ عِنْدَ النُّحَاةِ وَلَا عِنْدَ اللُّغَوِيِّينَ
“Yang zahir, kalimah di sini ditentukan menurut uruf, dengan dalil para ulama menggunakan istilah ‘huruf’ di sana (pada percakapan yang membatalkan) dan ‘kalimah’ di sini (pada percakapan yang dimaafkan). Ia tidak ditentukan dengan kalimah menurut ahli nahu dan tidak juga menurut ahli bahasa.”
Ibn Qasim al-‘Abbadi (سم) berkata kisah Dzul Yadain mengandungi enam kalimah yang diucapkan oleh Dzul Yadain sendiri. Asy-Syabramallisi (ع ش) dalam Hasyiah ‘ala Nihayah al-Muhtaj (2/38) cuba menjelaskan cara Ibn Qasim menghitungnya:
قَالَ سم: وَقَدِ اشْتَمَلَتْ قِصَّةُ ذِي الْيَدَيْنِ عَلَى إِتْيَانِهِ بِسِتِّ كَلِمَاتٍ فَيُضْبَطُ بِهَا الْكَلَامُ الْيَسِيرُ. اهـ. وَلَعَلَّهُ عَدَّ "أَقَصُرَتِ الصَّلَاةُ" كَلِمَتَيْنِ، وَ"أَمْ نَسِيتَ" كَذَلِكَ، وَ"يَا رَسُولَ اللَّهِ" كَذَلِكَ
“Ibn Qasim berkata: Kisah Dzul Yadain mengandungi enam kalimah yang diucapkannya, maka percakapan yang sedikit ditentukan dengannya. Barangkali beliau mengira: “أَقَصُرَتِ الصَّلَاةُ” sebagai dua kalimah, “أَمْ نَسِيتَ” juga dua, dan “يَا رَسُولَ اللَّهِ’ juga dua.”
Al-Bujairami dalam Hasyiahnya 2/83 berkata:
فَلَا تَبْطُلُ صَلَاتُهُ قَوْلُهُ: (أَمَّا الْكَثِيرُ مِنْ ذَلِكَ) وَهُوَ مَا زَادَ عَلَى سِتِّ كَلِمَاتٍ عُرْفِيَّةٍ أَخْذًا مِنْ «حَدِيثِ ذِي الْيَدَيْنِ حَيْثُ قَالَ أَقَصُرَتْ الصَّلَاةُ أَمْ نَسِيتَ»؟ مَعَ قَوْلِهِ: بَعْضُ ذَلِكَ قَدْ كَانَ بِجَعْلِ أَمْ نَسِيتَ كَلِمَةً وَاحِدَةً عُرْفًا وَكَذَا قَدْ كَانَ، وَمِنْهُ أَيْضًا مَا صَدَرَ مِنْ النَّبِيِّ - ﷺ - فَإِنَّهُ قَالَ: «كُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ وَالْتَفَتَ لِلصَّحَابَةِ عِنْدَ قَوْلِ ذِي الْيَدَيْنِ: بَعْضُ ذَلِكَ قَدْ كَانَ، فَقَالَ: أَحَقٌّ مَا يَقُولُ ذُو الْيَدَيْنِ؟ فَقَالُوا: نَعَمْ» وَمَجْمُوعُ ذَلِكَ سِتُّ كَلِمَاتٍ عُرْفِيَّةٍ
Kata pengarang: (Adapun yang banyak daripada itu), iaitu yang melebihi enam kalimah ‘urfiyyah. Had ini diambil daripada hadis Dzul Yadain, ketika dia berkata: ‘Adakah solat telah dipendekkan atau engkau terlupa?’, berserta katanya: ‘Sebahagian daripada itu telah berlaku.’ Ini dengan menjadikan ‘أَمْ نَسِيتَ’ satu kalimah menurut uruf, dan begitu juga ‘قَدْ كَانَ’. Termasuk juga (dalam pengiraan ini) kata-kata yang keluar daripada Nabi ﷺ. Baginda bersabda: ‘Semua itu tidak berlaku.’ Kemudian ketika Dzul Yadain berkata, ‘Sebahagian daripada itu telah berlaku’, Baginda berpaling kepada para sahabat dan bersabda: ‘Benarkah apa yang dikatakan oleh Dzul Yadain?’ Mereka menjawab: ‘Ya.’ Jumlah semua itu ialah enam kalimah ‘urfiyyah.”
Maka cara perkiraan enam kalimah urfiyyah bagi percakapan Dzul Yadain berdasarkan perkataan al-Bujairami ialah:
|
Ungkapan Dzul Yadain |
Bilangan |
|---|---|
|
أَقَصُرَتِ الصَّلَاةُ |
2 |
|
أَمْ نَسِيتَ |
1 |
|
بَعْضُ ذَلِكَ |
2 |
|
قَدْ كَانَ |
1 |
|
Jumlah |
6 |
|
Ungkapan Nabi ﷺ |
Bilangan |
|---|---|
|
كُلُّ |
1 |
|
ذَلِكَ |
1 |
|
لَمْ يَكُنْ |
1 |
|
أَحَقٌّ |
1 |
|
مَا يَقُولُ |
1 |
|
ذُو الْيَدَيْنِ |
1 |
|
Jumlah |
6 |
5. Percakapan berulang
Jika seseorang bercakap sedikit, kemudian bercakap lagi, kedua-duanya dihimpunkan. Dalam I‘anah ath-Thalibin (1/257) dinukil daripada ‘Ali asy-Syabramallisi:
مَحَلُّ عَدَمِ الْبُطْلَانِ حَيْثُ لَمْ يَحْصُلْ مِنْ مَجْمُوعِ الْكَلَامَيْنِ كَلَامٌ كَثِيرٌ مُتَوَالٍ، وَإِلَّا بَطَلَتْ صَلَاتُهُ
“Solat tidak batal selagi himpunan kedua-dua percakapan itu tidak menjadi percakapan yang banyak dan berturut-turut. Jika tidak, batallah solatnya.”
6. Adab menegur imam
Cara yang diajar oleh syarak untuk menegur imam ketika masih dalam solat ialah dengan bertasbih, bukan bercakap. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ dalam hadis Sahl bin Sa‘d riwayat al-Bukhari dan Muslim:
مَنْ نَابَهُ شَيْءٌ فِي صَلَاتِهِ فَلْيُسَبِّحْ
“Sesiapa yang mendapati sesuatu (perkara yang perlu diingatkan) dalam solatnya, hendaklah dia bertasbih.”
Kesimpulan
- Jika setiap orang yang bercakap (imam dan makmum) tidak melebihi enam kalimah ‘urfiyyah, mereka bercakap kerana menyangka solat sudah selesai, dan imam bangun menyambung solat sebelum berlalu kadar dua rakaat yang paling ringan, maka solat semua mereka sah.
- Sesiapa yang percakapannya melebihi enam kalimah ‘urfiyyah, atau jaraknya sudah lama, solatnya batal dan wajib diulang dari awal.
- Sujud sahwi sebelum salam yang dilakukan oleh imam adalah tepat.
- Untuk masa akan datang, makmum yang menyedari kesilapan imam sebelum salam hendaklah bertasbih, bukan bercakap.
