Dan Kedua Matanya Menjadi Buta Kerana Kesedihan

وَابْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ الْحُزْنِ

"Dan kedua-dua matanya menjadi putih kerana kesedihan." (Yusuf: 84)

Siapakah orangnya? Apakah yang berlaku? Apakah sebabnya? Dan bagaimana dia sampai ke keadaan sedemikian?

Dialah Nabi Ya‘qub, putera Nabi Ishaq, cucu Nabi Ibrahim al-Khalil, seorang nabi dan rasul yang mulia.

Baginda ditimpa kebutaan total.

Bahkan keadaan itu berpotensi menjadi lebih buruk lagi, sebagaimana firman Allah: حتى تكون حرضاً "hingga engkau menjadi harad", iaitu menjadi lemah (عاجزاً), tidak berdaya dan terlantar akibat penyakit yang berat.

Atau: أو تكون من الهالكين "engkau menjadi dari golongan orang yang binasa", iaitu kematian akan menjemputmu.

Puncanya ialah kesedihan yang menimpa baginda kerana kehilangan buah hati kesayangannya (فلذة كبده).

Pada umat-umat terdahulu, kesedihan yang membawa kepada kemudaratan seperti ini tidak ditegah. Adapun dalam syariat kita, kesedihan yang membawa kepada kebinasaan pada diri, anggota badan atau harta adalah sesuatu yang diharamkan dengan pengharaman yang sangat tegas.

Sesungguhnya nas al-Quran ini menjelaskan betapa bahayanya kesedihan terhadap tubuh badan dan kehidupan.

Lihatlah Nabi Ya‘qub, seorang nabi yang mulia. Baginda bersedih kerana kehilangan anaknya dalam tempoh yang sangat lama. Ahli-ahli tafsir berbeza pendapat tentang berapa lamakah tempoh tersebut, namun yang dapat difahami ialah ia menjangkau puluhan tahun.

Kesedihan itu memberi kesan yang amat besar kepada baginda sehingga merosakkan anggota yang paling penting, paling halus dan paling bernilai, iaitu mata. Mata yang menjadi jendela kepada dunia, yang menangkap gambaran, peristiwa dan ekspresi. Mata yang menterjemahkan perasaan tanpa kata-kata, bahkan lebih fasih daripada kata-kata ketika kata-kata sudah tidak mampu menggambarkan sesuatu.

Mata ialah lidah yang paling jujur dan tidak berdusta, kerana ia menjadi penterjemah cinta dan rahsia jiwa.

Kita membaca apa yang tersimpan dalam hati manusia terhadap kita melalui mata mereka; cinta, kebencian, kasih sayang atau kemarahan. Tidak kira setinggi mana kemahiran seseorang dalam berdusta, dia tidak mampu berdusta dengan bahasa mata, walaupun dia mungkin mampu berdusta dengan lidah percakapannya.

Semua ini menunjukkan betapa besar kesan kesedihan dan keresahan terhadap kesihatan jiwa dan tubuh badan.

Oleh sebab itu kita ditegah daripada terus tenggelam dalam kesedihan, dan Nabi sendiri memohon perlindungan kepada Allah daripada kesedihan.

Sesungguhnya kesedihan adalah suatu penyakit yang melemahkan, suatu wabak yang merosakkan. Ia mewariskan kebekuan fikiran, kelemahan tubuh badan dan keruntuhan jiwa.

Kesedihan seolah-olah memasukkan seseorang ke dalam peti mayat ketika dia masih hidup.

Ia menjadikan seseorang terbaring tanpa kecacatan, melemahkan orang yang sebenarnya masih kuat, dan mengganggu pemikiran orang yang masih memiliki kekuatan akal yang sempurna.

Kerana kesedihan, seseorang mungkin membazirkan hartanya pada waktu petang, lalu menyesal pada keesokan paginya.

Dia mungkin bertengkar hari ini, kemudian menyesal pada hari esok.

Dia mungkin menyusahkan orang di sekelilingnya dan mengisytiharkan keadaan darurat dalam rumahnya sendiri; terhadap isterinya, anak-anaknya, pekerja-pekerjanya, jiran-jirannya dan saudara-saudaranya.

Dia menjadi seorang yang dipenuhi kebencian dan dendam yang boleh melahirkan permusuhan, tipu daya dan perancangan jahat, bahkan boleh menyeretnya ke jurang dosa-dosa besar seperti pembunuhan, pencerobohan dan perzinaan.

Maka serahkanlah segala urusan kepada Allah.

Dan jadikanlah slogan hidupmu:

﴿لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا﴾

"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." (al-Taubah: 40)

--------------- teks asal ---------------------

)وابيضت عيناه من الحزن(

من هو؟ ما الأمر؟ وما السبب؟ وكيف وصل إلى هذه الحالة؟

إنه النبي يعقوب بن النبي إسحاق بن الخليل إبراهيم النبي الرسول..

لقد أصيب بالعمى التام

وربما يتطور الأمر إلى الأسوأ "حتى تكون حرضاً"، أي عاجزاً مقعداً من شدة المرض

"أو تكون من الهالكين" فيلحقك الموت.

إن السبب هو الحزن الذي ألم به لفقد فلذة كبده،

وقد كان في الأمم السالفة الحزن بهذه الطريقة المفضية إلى الضرر لم ينه عنه أما في شريعتنا، فإن الحزن المؤدي إلى تلف في نفس أو عضو أو مال، حرام أشد التحريم.

إن هذا النص القرآني يبين خطورة الحزن على البدن والحياة

هاهو يعقوب وهو نبي كريم حزن على فقد ولده مدة طويلة اختلف أهل التفسير في طولها

لكن ما يستفاد أنها عقود من الزمن.

لقد أثر عليه الحزن ففتك بأهم أعضائه وأضعفها وأغلاها، العين النافذة إلى العالم، لاقطة الصور والمواقف والتعابير، مترجمة الأحاسيس بلا منطق وهي أبلغ من المنطق حيث يعجز المنطق،

إنها اللسان الصادق الذي لا يكذب لأنها ترجمان الحب ومعاني النفس،

نقرأ في عيون الآخرين ما في قلوبهم لنا من مكنون، من حب، من بغض، من عطف، من غضب، بدون أن يستطيع أحد مهما بلغت مهارته الكذب في لسان العين، وبإمكانه الكذب بلسان المنطق.

إن هذا يدل على عظيم أثر الحزن والهموم على الصحة النفسية والبدنية

لذلك نهينا عن الحزن واستعاذ النبي صلى الله عليه وسلم منه

أن الحزن علة معلة، وداء دوي يورث البلادة في الفكر، والضعف في البدن، والانهيار النفسي..

إنه يدخلك ثلاجة الموتى وأنت حي، إنه يقعدك بلا عجز، ويعجزك وأنت قادر،

ويربكك وأنت متكامل القوى العقلية،

قد تهدر مالك في المساء وتندم في الصباح،

قد تخاصم اليوم وتتأسف غداً،

قد تزعج من حولك وتعلن حالة الطوارئ في منزلك، على زوجتك وأبنائك، على موظفيك وجيرانك وإخوانك،

تصبح ناقماً نقمة قد تورث التآمر والكيد وقد توصل إلى هاوية المحرمات الكبرى من قتل واعتداء وفاحشة.

فدع الأمور بيد الله

وليكن شعارك

(لا تحزن إن الله معنا)

 

Wallahu a'lam

Penyakit Ilmu Itu Kesombongan

Abu Hamid al-Ghazali (w.505H) berkata:

 "Jika engkau bertanya: Mengapa sebahagian orang dengan ilmu yang dia miliki bertambah sombong dan merasa aman lagi selesa?" Ketahuilah bahawa hal itu ada dua sebab:

Pertama: Bahawa kesibukannya dengan sesuatu yang dinamakan ilmu itu sebenarnya bukan ilmu yang hakiki. Sesungguhnya ilmu yang sebenar ialah yang menjadikan seorang hamba kenal akan Tuhannya dan dirinya sendiri… Adapun selain daripada itu, seperti ilmu perubatan, hisab, bahasa, syair, nahu, penyelesaian sengketa, dan kaedah perdebatan, jika seseorang menyelaminya hingga penuh dadanya, dia memenuhkan dadanya dengan kesombongan dan nifak. Ilmu-ilmu ini lebih layak dinamakan sebagai kemahiran berbanding dinamakan sebagai ilmu. Adapun ilmu sebenar adalah pengetahuan tentang ubudiyyah, rububiyyah, dan jalan ibadah. Inilah yang biasanya menumbuhkan sifat tawaduk.

Kedua: Bahawa seorang hamba terjun ke dalam ilmu dalam keadaan jiwanya kotor, buruk jiwa, dan keji akhlak. Dia tidak sibuk terlebih dahulu dalam mendidik dirinya dan menyucikan hatinya dengan pelbagai jenis mujahadah, serta tidak melatih dirinya dalam ibadah kepada Tuhannya. Maka dia kekal dengan tabiat yang busuk, lalu apabila dia masuk ke dalam ilmu—apa pun jenis ilmu itu—ilmu itu akan bertemu dengan hati yang busuk, sehingga buahnya tidak menjadi baik dan kesannya tidak tampak dalam kebaikan.

Wahb telah memberikan perumpamaan tentang hal ini, beliau berkata:

العلمُ كالغيثِ ينزلُ من السماءِ حلوًا صافِيًا، فتشربهُ الأشجارُ بعروقها، فتحوِّلهُ على قدرِ طعومِها، فيزدادُ المرُّ مرارةً، والحلوُ حلاوةً»، فكذلك العلمُ تحفظهُ الرجالُ، فتحوِّلهُ على قدرِ هممها وأهوائها، فيزيدُ المتكبرُ كبرًا، والمتواضعُ تواضعًا

“Ilmu itu laksana hujan yang turun dari langit, bersih segar lagi jernih. Lalu ia diserap oleh pepohonan melalui akarnya, kemudian pohon itu mengubah air hujan yang segar lagi jernih sesuai dengan makanan lain yang diambilnya, maka yang pahit bertambah pahit, dan yang manis bertambah manis.” Demikian itu juga ilmu, ia dihafal oleh berbagai orang, lalu diubah sesuai dengan kecenderungan dan hawa nafsu seseorang. Maka yang sombong bertambah sombong, dan yang tawaduk bertambah tawaduk." (Ihya’ Ulum al-Din 3/348)

 

Wallahu a'lam

Buta Dalam Cahaya

Kadangkala pandangan menjadi buta, yang rendah dihias indah, cahaya wahyu yang bergemerlapan diturun dan dipadamkan, sehingga seseorang menyangka bahawa hikmah hanya lahir dari rak-rak buku Barat, dan ilmu hanya dikenali daripada teori-teori para falsafah.

Maka engkau dapati sebahagian orang tidak merasai nikmat ilmu menembusi hatinya kecuali apabila dikatakan: “kata Plato”, atau dinisbahkan kepada Aristotle, Socrates atau tokoh-tokoh falsafah dan pemikir Barat yang lain.

Namun apabila mendengar hikmah daripada khazanah Islam atau daripada ulama umat ini, dia berpaling seolah-olah tidak pernah mendengar atau membaca. Perkara ini, dengan berlalunya masa, membahayakan pemikiran, akal, dan jati diri seorang Muslim.

Al-Imam Ibn Taimiyyah رحمه الله berkata:

ومن أدمن أخذ الحكمة والآداب من كلام فارس والروم، لا يبقى لحكمة الإسلام وآدابه في قلبه ذلك الموقع

“Barangsiapa yang membiasakan dirinya mengambil hikmah dan adab daripada kata-kata Parsi dan Rom, maka tidak akan tinggal lagi di hatinya kedudukan hikmah Islam dan adabnya…” (Al-Iqtida, 2/543)

Bagaimana mungkin? sedangkan kata-kata wahyu itu adalah hidayah, nasihat para sahabat itu cahaya, dan peninggalan para salaf itu hikmah yang tiada tandingannya.

Benar, kebenaran adalah barang hilang milik seorang mukmin, di mana sahaja dia menemuinya, dialah yang paling berhak mengambilnya. Hal ini tidak dinafikan.

Kata-kata ini adalah ditujukan kepada mereka yang meremehkan cahaya wahyu dan kata-kata para tokoh Islam dan tidak menghargainya, sedangkan bergembira, dan teruja menukilkan kata-kata pemikir Barat dan Timur, seolah-olah ia hanya wujud di dalam buku-buku dan gagasan mereka.

Wahai orang yang memandang ringan cahaya wahyu… Dalam al-Qur’an terletak kemuliaanmu, dalam sunnah terdapat kematanganmu, dalam kata-kata para salaf ada kewarasan akalmu, selain daripada itu hanyalah hiasan kata-kata yang menipu!

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam:

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

“Dan apabila Allah disebut sahaja, hati orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat menjadi jijik, dan apabila disebut selain daripada-Nya, tiba-tiba mereka bergembira.” (Surah Az-Zumar: 45)

Wallahu a'lam