Tazkirah
Monday, July 29, 2013
Ramai dari kalangan umat Islam bersungguh-sungguh beribadah pada malam al-Qadar dengan memperbanyakkan solat-solat sunat, membaca al-Quran dan seumpamanya. Namun terdapat satu amalan yang hampir dilupakan, iaitulah menghidupkan malam al-Qadar dengan BERSEDEKAH. Tahukah kita bahawa Nabi SAW bukan sahaja menghidupkan malam al-Qadar dengan hanya menunaikan solat, berzikir, membaca al-Quran dan berdoa sahaja? Sebaliknya baginda menghidupkan malam al-Qadar dengan melakukan amalan soleh yang berbagai. Kefahaman ini diambil hasil dari menghimpunkan hadis-hadis yang menceritakan baginda SAW menghidupkan sepuluh malam yang akhir, yang membawa maksud mempelbagaikan amalan soleh termasuklah bersedekah (Lihat Majalis Syahr Ramadhan oleh Ibn al-‘Uthaimin).
Jika menunaikan solat pada malam al-Qadar lebih baik dari seribu bulan (lebih dari 30 ribu solat), maka samalah halnya dengan memperbanyakkan sedekah pada malam al-Qadar. Allah SWT berfirman:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya: “Malam al-Qadar iaitulah malam yang lebih baik dari seribu bulan.” Maka sesiapa yang bersedekah pada malam al-Qadar dengan seringgit, bermakna dia telah bersedekah lebih dari 30 ribu ringgit yang dilakukan kerana Allah SWT. Justeru sepatutnya bagi sesiapa yang berusaha mendapatkan malam al-Qadar hendaklah dia juga berusaha melakukan amalan sedekah pada setiap 10 malam yang akhir sekalipun hanya dengan seringgit, agar dikurniakan kebaikan yang banyak kepadanya.
- Wallahu a'lam
Thursday, July 10, 2008
Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf meriwayatkan perbuatan ‘Omar R.A.:
أنَّهُ كَانَ يَضْرِبُ أَكُفَّ الْمُتَرَجِّبِيْنَ حَتَّى يَضَعُوْهَا فِيْ الطَّعَامِ وَيَقُوْلُ : كُلُوا فَإنَّمَا هُوَ شَهْرٌ كَانَتْ تُعَظِّمُهُ الْجَاهِلِيَّة
Maksudnya: “Sesungguhnya Omar memukul tangan-tangan orang-orang yang berpuasa dalam bulan Rejab, sehinggalah mereka mengambil makanan. Lalu beliau berkata: “Makanlah, sesungguhnya bulan Rejab ini adalah bulan yang dimuliakan oleh orang-orang Jahiliyyah.” (Dinilah sahih oleh al-Albani di dalam al-Irwa')
- Wallahu a'lam
Kata Dr Yusuf alQaradhawi:
"Realitinya kebanyakan apa-apa yang diperkatakan dalam permasalahan ini (perkara-perkara yang membatalkan puasa) adalah termasuk dalam perkara yang tiada bukti dari ayat alQuran yang Muhkam, tiada juga dari Sunnah yang Sahih, tiada juga dari Ijma'. Sebaliknya ia hanyalah ijtihad-ijtihad yang boleh diambil dan ditinggalkan sebahagiannya, atau pandangan-pandangan manusia (ulama) yang wajib dirujuk atau dikembalikan kepada nas-nas asal dan kaedah-kaedah mar'iyyah dan maqasid alKulliyyah." (Fiqh alSiyam: 72)
- Wallahu a'lam
