Kitab alMinhaj Syarh Sahih Muslim alNawawi

alMinhaj Syarh Sahih Muslim oleh alImam alNawawi antara kitab2 terakhir tulisan beliau.

Kata al-Isnawi: “Kitab ini (Syarh Sahih Muslim) dari tulisan-tulisan terakhir beliau (al-Imam al-Nawawi), terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berharga.”

Ia ditulis oleh al-Imam al-Nawawi selepas tahun 674H berdasarkan kenyataan beliau sendiri di dalam Syarh Sahih Muslim berkaitan permasalahan al-Ghanaim:

Maksudnya: “Sesungguhnya daku telah jelaskan perkara ini (alGhanaim) yang daku himpunkan di dalam bahagian al-Gana’im ketika ada keperluan menjelaskannya pada awal tahun 674H, wallahu a’lam.”

Wallahu a'lam

Setiap Nikmat Itu Menjemukan, Kecuali Syurga

Setiap nikmat itu menjemukan apabila ia kekal bersama seseorang, lalu diminta nikmat yang lain pula, melainkan nikmat syurga. Firman Allah SWT:

(خَـٰلِدِینَ فِیهَا لَا یَبۡغُونَ عَنۡهَا حِوَلࣰا)

Maksudnya: "Mereka (penghuni syurga) kekal di dlmnya (syurga), mereka tidak inginkan berpindah drnya." (alKahf: 108)

-Hasnaa' Muhammad alKhalidi-

Semoga dikurniakan syurga kepada kita semua

Wallahu a'lam

Aku Mati Kerana Kalimah Lailaha Illallah

Aku mati kerana kalimah LA ILAHA ILLALLAH, sedangkan kamu mencari makan dgn kalimah LA ILAHA ILLALLAH.

- ungkapan Syed Qutb kpd seorg syeikh alAzhar yg datang utk mengajar beliau mengucapkan syahadah sebelum dihukum bunuh secara zalim -

Wallahu a'lam