Allah merahmati seseorang yang sedar kedudukan dirinya

'Umar bin 'Abdil 'Aziz mendapat tahu puteranya telah membeli sebentuk cincin dgn harga 1000 wang dinar emas. Lalu beliau menulis surat kpd puteranya itu:

"Jualkan cincin tersebut dan berilah makan kpd 1000 org yg lapar. Pakailah sahaja cincin besi di jarimu itu dan ukirkan padanya:

رحم الله امرأ عرف قدر نفسه

Maksudnya: "Allah merahmati seseorang yang sedar kedudukan dirinya."

Wallahu a'lam

Hari raya 'Ied al-Fitri hanyalah pada 1 Syawal.

Hari raya 'Ied al-Fitri hanyalah pada 1 Syawal.
Namun tetap bergembira dan berpakaian cantik selepasnya yang terdiri dari maksud beraya adalah suatu yang HARUS. Dalam masa yang sama tidak boleh melakukan lagi apa-apa acara yang dijadikan ibadah dalam beraya terdiri dari solat sunat hari raya dan pengharaman puasa.

Perkara ini sebenarnya bukti lemahnya pandangan yang mengatakan tidak boleh mewujudkan perayaan selain 'Ied alFitri dan alAdha, selagi ia hanya sekadar bergembira, menyegarkan ingatan dan mengambil pengajaran.

Wallahu a'lam

al-A'masyh Tidak Pernah Tertinggal Takbir Pertama Solat Jemaah

Kata Mahmud bin Ghailan, katanya: "Waki' berkata:

"Umur al-A'masyh hampir 70 tahun, beliau tidak pernah terlepas takbir pertama (solat berjemaah). Aku sendiri berulang menemuinya hampir 60 tahun, tidak pernah aku melihat beliau tertinggal walau satu rakaat." (Hilyah al-Awliya' oleh Abi Nu'aim)

Wallahu a'lam