Tiada sesuatu yang lebih disukai oleh seorang fasiq melainkan kegelinciran seorang 'alim

"Tiada sesuatu yang lebih disukai oleh seorang fasiq melainkan kegelinciran seorang 'alim. Tiada sesuatu yang lebih disukai oleh seorang yang hina melainkan kesilapan seorang yang mulia." (Ibn Qutaibah - Syeikh al-Maghamisi)

Wallahu a'lam

Ain

Dahulunya Dato' Dr MAZA pernah memuji sakan beberapa orang Ustaz. Waktu tu mereka masih adik-adik hingusan... Barangkali disebabkan DR MAZA lupa doakan Barakah ketika itu, segelintir yang dipuji itu, kelihatan seperti orang tenggelam punca dan meroyan, memaki-hamun, menghukum bid'ah dan sesat kepada orang lain hatta kepada MAZA sendiri.
Sangkaan kuat saya, mereka ini telah terkena 'ain MAZA. Ubatnya... Mereka kena dimandikan dengan air bekas wudhu MAZA. Kalau tidak, bimbang mereka akan terus meroyan....

Wallahu a'lam

Syaitan Akan Mencampakkan Rasa Khusu'

Kata al-Imam al-Auzaie:

"telah sampai kepadaku bahawa sesiapa yang mereka-reka sesuatu bid'ah, syaitan akan membiarkan dia beribadah. Lalu syaitan mencampakkan kepadanya rasa khusu' sehingga mampu mengalirkan air mata, agar orang itu terperangkap dengannya." (Al-Hawadith wa al-Bida'. hal: 297)

Wallahu a'lam