Tazkirah
Wednesday, January 4, 2012
عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ الأَشْعَرِيِّ، قَالَ: صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلمَ بِأَصْحَابِهِ، ثُمَّ جَلَسَ فِي طَائِفَةٍ مِنْهُمْ، فَدَخَلَ رَجُلٌ، فَقَامَ يُصَلِّي، فَجَعَلَ يَرْكَعُ وَيَنْقُرُ فِي سُجُودِهِ، فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم:
Mafhumnya: Daripada Abu ‘Abdullah al-Asy’ari RA katanya: Satu hari Rasulullah SAW menunaikan solat dengan para sahabat baginda, setelah itu baginda duduk bersama dengan sekumpulan mereka. Tiba-tiba masuk seorang lelaki, lelaki itu bangun dan menunaikan solat, lalu dia rukuk dan sujud dengan cepat (seperti patukan burung). Sabda Nabi SAW:
"أَتَرَوْنَ هَذَا، مَنْ مَاتَ عَلَى هَذَا، مَاتَ عَلَى غَيْرِ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ، يَنْقُرُ صَلاتَهُ كَمَا يَنْقُرُ الْغُرَابُ الدَّمَ، إِنَّمَا مَثَلُ الَّذِي يَرْكَعُ وَيَنْقُرُ فِي سُجُودِهِ، كَالْجَائِعِ لا يَأْكُلُ إِلا التَّمْرَةَ وَالتَّمْرَتَيْنِ، فَمَاذَا تُغْنِيَانِ عَنْهُ، فَأَسْبِغُوا الْوُضُوءَ، وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ، أَتِمُّوا الرُّكُوعَ وَالسُّجُودَ"
Mafhumnya: “Apakah kamu melihat orang itu? Sesiapa yang mati dalam melakukan sepertinya, dia mati bukan di atas agama Muhammad, dia mematuk di dalam solatnya (pergerakan yang terlampau cepat) seperti burung merpati mematuk darah, hanyasanya perumpamaan bagi orang yang rukuk dan tergesa-gesa di dalam sujudnya seperti orang yang lapar, dan tidak makan melainkan sebiji atau dua biji tamar, apakah dua tamar itu memadai untuknya? Oleh kerana itu sempurnakanlah wudhu, dan kecelakaan bagi orang yang tidak menyempurnakan basuhan kaki di dalam wudhu, setelah itu sempurnakanlah rukuk dan sujud (lakukan dengan tenang dan tomakninah)
قَالَ أَبُو صَالِحٍ : فَقُلْتُ لأَبِي عَبْدِ اللَّهِ الأَشْعَرِيِّ: مَنْ حَدَّثَكَ بِهَذَا الْحَدِيثِ؟ فَقَالَ: أُمَرَاءُ الأَجْنَادِ: عَمْرُو بْنُ الْعَاصِ، وَخَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ، وَيَزِيدُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ، وَشُرَحْبِيلُ بْنُ حَسَنَةَ، كُلُّ هَؤُلاءِ سَمِعُوهُ مِنَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم.
Abu Soleh berkata: Aku bertanya kepada Abu ‘Abdullah al-Asy’ari: Siapakah yang menceritakan hadis ini kepadamua? Beliau menjawab: Para pemimpin orang-orang yang baik ‘Amr bin al-‘Ash, Khalid bin al-Walid, Yazib bin Abi Sufiyan dan Syurahbil bin Hasanah, kesemua mereka mendengarnya dari Nabi SAW. (Ibn Khuzaiman 1/332, bil: 665. Al-Baihaqi 2/89, bil: 2406. Ibn ‘Asakir 65/239. Al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir 4/247. Ibn Abi ‘Asim dalam al-Aahad wa al-Mathaniy 1/372, bil: 494. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Khuzaimah, bil:665(
- Wallahu a'lam
Friday, May 10, 2013
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَءًا سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَبَلَّغَهُ عَنَّا كَمَا سَمِعَهُ، فَإِنَّهُ رُبَّ مُبَلَّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ".
Maksudnya: Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA katanya: Sabda Nabi SAW: “Semoga Allah mencerahkan seseorang yang mendengar daripadaku satu hadis, lalu dia sampaikannya sepertimana yang dia dengar. Sesungguhnya barangkali orang yang disampaikan sesuatu hadis lebih memahami dari yang menyampaikan hadis.” (Dikeluarkan oleh Ahmad 1/436, bil: 4157. Al-TIrmizi 5/34, bil: 2657, Katanya: Hasan Sahih. Ibn Hibban 1/268, bil: 66. Al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman 2/274, bil: 1738. Dikeluarkan juga oleh al-Bazzar 5/382, bil: 2014. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ bil: 6764)
Al-Khattabi RH berkata: “Sabda Nabi (yang bermaksud): “Allah mencerahkan seseorang” doa keelokan, dan keindahan. Pada asalnya dia bermaksud keindahan wajah dan bercahaya.” (Lihat Hasyiah al-Sindiy ‘ala Ibn Majah)
- Wallahu a'lam
Thursday, May 16, 2013
عَنِ ابْنِ عَمْرٍو رَضِيَ الله عَنْهُ، قَالَ: رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَنْ قَامَ بِعَشْرِ آيَاتٍ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ الْغَافِلِينَ، وَمَنْ قَامَ بِمِائَةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنْ الْقَانِتِينَ، وَمَنْ قَامَ بِأَلْفِ آيَةٍ كُتِبَ مِنْ الْمُقَنْطِرِينَ".
Maksud: Daripada Ibn ‘Umar RA, Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca 10 ayat al-Quran, dia tidak dicatit dari kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang membaca 100 ayat al-Quran, dia dicatit dari kalangan orang-orang yang Qanit (yang khusu’). Sesiapa yang membaca 1000 ayat al-Quran dia dicatit dari kalangan orang-orang yang Muqantir.” (Dikeluarkan oleh Abu Daud, 2/57, bil: 1398. Ibn HIbban 6/310, bil: 2572. Al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman 2/400, bil: 2194. Dikeluarkan juga oleh Ibn Khuzaimah 2/181, bil: 1144. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)
Al-Muqantirin ialah mereka yang memiliki harta yang banyak. Dimaksudkan di sini kepada mereka yang banyak memperolehi pahala, seperti yang dinyatakan oleh al-Sindiy. Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata: “bermula dari surah Tabarak (al-Mulk) sehingga habis al-Quran terdapat seribu ayat.”
Hadis ini memaksudkan kepada sesiapa yang membaca al-Quran di dalam solat malam. Syams al-Hak di dalam kitab ‘Aun al-Ma’bud ketika mensyarahkan hadis ini berkata: “Yang dimaksudkan di sini adalah bangun malam hari (Qiyamullail).” Selain itu al-Baghawi memasukkan hadis ini di bawah Bab Qiyam al-Lail seperti yang terdapat di dalam kitab al-Misykah. Dinukilkan juga pandangan ini dari Ibn Hajar seperti yang terdapat di dalam al-Mirqah. Inilah pandangan kebanyakan para ulama yang mensyarahkan hadis.
- Wallahu a'lam
