Tazkirah
Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ، فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِالله شَيْئًا إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ، فَيُقَالُ: أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا
Maksudnya: “Dibuka pintu-pintu syurga pada hari isnin dan khamis. Lalu diberi keampunan kepada setiap hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain, melainkan seorang lelaki yang ada permusuhan diantara dia dengan saudaranya. Lalu dikatakan: “Lihatlah kepada 2 orang ini sehinggalah mereka berdua berbaik semula. Lihatlah kepada 2 orang ini sehingga mereka berbaik semula. Lihatlah kepada 2 orang ini sehingga mereka berbaik semula.” (HR Muslim)
- Wallahu a'lam
Tidak akan berhimpun kekerasan hati dengan banyak berzikir kepada Allah dalam jiwa seseorang. Allah SWT berfirman:
ِ ۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
"... Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya dari mengingati Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata." (Al-Zumar: 22)
- alSyeikh 'Abdul 'Aziz alTorifi -
- Wallahu a'lam
Jangan kamu biarkan rezeki pada fahaman mu hanya bersifat material. Bahkan ketenangan jiwa, kecerdasan akal fikiran dan kesihatan tubuh badan adalah lebih berharga, kerana tanpanya harta tidak memiliki makna. - olahan semula dr alSyeikh Muhammad Hasan -
- Wallahu a'lam
