Tazkirah
Niat itu suatu yang tersembunyi, akan tetapi ia lebih dahsyat dapat memberi kesan berbanding amalan zahir. Niat yang benar sekalipun tanpa amalan zahir dapat memberi manfaat kepada pelakunya. Manakala sesuatu amalan soleh yang zahir tanpa niat yang benar akan memberi mudharat kepada pelakunya. - alTorifi
- Wallahu a'lam
Mutiara Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah:
"Sesungguhnya ALLAH akan menolong negara yang adil sekalipun ia negara orang kafir. Manakala ALLAH tidak menolong negara yang zalim sekalipun ia negara orang beriman."

- Wallahu a'lam
Kata Ibn alQayyim:
"Jika seorang hamba mengetahui bagaimana Allah menguruskan urusan-urusannya, sudah pasti dia tahu dengan yakin bahawa Allah terlebih merahmatinya berbanding ibu dan bapanya sendiri. Pasti jantung hatinya bertambah kukuh kecintaan kepada Allah."
- Wallahu a'lam
