Tazkirah
Saturday, July 30, 2011
Kedatangan Ramadan merupakan rahmat daripada Allah SWT yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya. Ia merupakan bulan kebaikan, bulan dibanyakkan pahala dan dilipat-gandakan kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain. Tujuannya agar sekelian hamba bersegera bergegas merebut dan berusaha mendapatkannya. Nabi SAW bersabda:
إذا دخل رمضان فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب جهنم، وسلسلت الشياطين
Mafhumnya: “Apabila masuknya Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga, dan ditutup pintu-pintu Neraka, dan dirantainya para Syaitan.” (al-Bukhari dan Muslim) Di dalam hadis yang lain baginda bersabda:
إذا كان أول ليلة من رمضان، صفدت الشياطين ومردة الجن، وغلقت أبواب النيران فلم يفتح منها باب، وينادي منادٍ: يا باغي الخير أقبل، ويا باغي الشر أقصر.. ولله عتقاء من النار وذلك كل ليلة
Mafhumnya: “Apabila malam pertama bulan Ramadan, dirantai para Syaitan dan ketua Jin (Syaitan), ditutup pintu-pintu Neraka, dan tidak dibuka walau satu pintu, diseru pada ketika itu dengan satu seruan: Wahai pencari kebaikan bergembiralah, wahai pencari kejahatan berhentilah, dan bagi Allah ada beberapa orang yang dibebaskan dari Neraka, perkara itu berlaku pada setiap malam (dalam bulan Ramadan).” (Hadis riwayat al-Tirmizi, dinilai Hasan oleh al-Albani)
Oleh yang demikian, apabila tibanya bulan Ramadan Nabi SAW akan memberikan khabar gembira kepada para sahabat baginda dan memberi rangsangan kepada mereka untuk bersungguh-sungguh melakukan amalan soleh. Al-Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA yang berkata: Nabi SAW bersabda:
قد جاءكم شهر رمضان, شهر مبارك, افترض الله عليكم صيامه, يفتح فيه أبواب الجنة, ويغلق فيه أبواب الجحيم, وتغل فيه الشياطين, فيه ليلة خير من ألف شهر, من حُرِمَ خيرها فقد حُرِمْ
Mafhumnya: “Telah datang kepada kamu semua bulan Ramadan, satu bulan yang diberkati, Allah menfardhukan ke atas kamu semua puasa di dalamnya, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka, dirantai para syaitan, di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang dihalang kebaikannya, maka sesungguhnya dia benar-benar dihalang dari kebaikan.” (Hadis Sahih)
Justeru kedatangan Ramadan sepatutnya disambut dengan memperbanyakkan taubat dari kesalahan dan dosa yang dilakukan. Ramadan merupakan bulan untuk memperbanyakkan taubat, jika tidak… bilakah lagi kita akan bertaubat?
Demikian juga bulan Ramadan sepatutnya dipenuhi dengan keazaman untuk meningkatkan kesungguhan beribadah, memperbanyakkan amalan seperti berbuat baik sesama manusia, membanyakkan membaca al-Quran, solat sunat, zikir dan beristighfar kepada Allah SWT. Ramadan juga sepatutnya disambut dengan memperbanyakkan doa kepada Allah supaya ibadah puasa yang dilaksanakan bertepatan seperti yang dikehendaki olehNya.
Bersegeralah kita menyambut Ramadan tahun ini dengan berazam untuk memperolehi kebaikan yang dijanjikan di dalamnya, menyibukkan usaha pada malam dan siang hari untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jauhilah dari tabiat hanya memikirkan untuk mempelbagaikan jenis makanan dan minuman, membuang masa dan mengabaikan solat. Sesungguhnya setiap Ramadan yang datang dan pergi akan meninggalkan dua kumpulan manusia. Pertama yang beruntung kerana merebut kebaikan yang ada di dalamnya dan Kedua yang terus dalam kerugian yang tidak menghiraukan kedatangannya. Supaya kita termasuk di kalangan kumpulan yang memperoleh keuntungan dengan kehadiran Ramadan. Amin.
- Wallahu a'lam
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَادَ رَجُلًا مِنْ الْمُسْلِمِينَ قَدْ خَفَتَ فَصَارَ مِثْلَ الْفَرْخِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلْ كُنْتَ تَدْعُو بِشَيْءٍ أَوْ تَسْأَلُهُ إِيَّاهُ قَالَ نَعَمْ كُنْتُ أَقُولُ اللَّهُمَّ مَا كُنْتَ مُعَاقِبِي بِهِ فِي الْآخِرَةِ فَعَجِّلْهُ لِي فِي الدُّنْيَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُبْحَانَ اللَّهِ لَا تُطِيقُهُ أَوْ لَا تَسْتَطِيعُهُ أَفَلَا قُلْتَ اللَّهُمَّ آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ قَالَ فَدَعَا اللَّهَ لَهُ فَشَفَاهُ
Maksudnya: “Anas bin Malik R.A. berkata: “Rasulullah S.A.W. suatu ketika pergi menziarahi seorang lelaki di kalangan muslimin yang ditimpa penyakit yang teruk, sehingga dia menjadi seperti seekor anak burung yang baru menetas (lemah dan tidak berdaya). Lalu Rasulullah S.A.W. bertanya kepadanya: “Adakah kamu telah berdoa atau meminta sesuatu daripada Allah?” Jawab orang itu: “Ya, aku pernah memohon: “Ya Allah, apa-apa dosaku yang akan dibalas diakhirat, segerakanlah balasannya ke atasku di dunia.” Rasulullah terkejut sambil berkata: “Maha suci Allah, kamu tidak akan ada upaya atau kamu tidak akan mampu (menanggungnya), mengapa kamu tidak memohon dengan berkata: “Ya Allah, kurniakanlah kebaikan kepada kami di didunia dan kebaikan di akhirat, dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka. Kata Anas: “Lalu Baginda berdoa kepada Allah, maka Allah menyembuhkan orang tersebut.” (H.R. Muslim)
Pengajaran hadith:
1. Allah s.w.t. maha pemaaf dan pengampun dosa-dosa hambanya, selagi mereka bersungguh bertaubat kepadaNya.
2. Jangan meminta disegerakan balasan keburukan didunia untuk terlepas di akhirat. Sebaliknya pohonlah dengan doa yg Nabi s.a.w. ajarkan di dalam hadith di atas.
3. Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik contoh untuk diikuti. Tidak ada satu kebaikan melainkan baginda telah ajarkan kepada umatnya, demikian juga tidak ada satu keburukan melainkan baginda telah peringatkan kepada ummat baginda.
- Wallahu a'lam
Friday, September 23, 2011
عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَجُلَيْنِ مِنْ بَلِيٍّ قَدِمَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ إِسْلَامُهُمَا جَمِيعًا فَكَانَ أَحَدُهُمَا أَشَدَّ اجْتِهَادًا مِنْ الْآخَرِ فَغَزَا الْمُجْتَهِدُ مِنْهُمَا فَاسْتُشْهِدَ ثُمَّ مَكَثَ الْآخَرُ بَعْدَهُ سَنَةً ثُمَّ تُوُفِّيَ قَالَ طَلْحَةُ: فَرَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ بَيْنَا أَنَا عِنْدَ بَابِ الْجَنَّةِ إِذَا أَنَا بِهِمَا فَخَرَجَ خَارِجٌ مِنْ الْجَنَّةِ فَأَذِنَ لِلَّذِي تُوُفِّيَ الْآخِرَ مِنْهُمَا ثُمَّ خَرَجَ فَأَذِنَ لِلَّذِي اسْتُشْهِدَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَيَّ فَقَالَ: ارْجِعْ فَإِنَّكَ لَمْ يَأْنِ لَكَ بَعْدُ فَأَصْبَحَ طَلْحَةُ يُحَدِّثُ بِهِ النَّاسَ فَعَجِبُوا لِذَلِكَ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدَّثُوهُ الْحَدِيثَ فَقَالَ: "مِنْ أَيِّ ذَلِكَ تَعْجَبُونَ؟" فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا كَانَ أَشَدَّ الرَّجُلَيْنِ اجْتِهَادًا ثُمَّ اسْتُشْهِدَ وَدَخَلَ هَذَا الْآخِرُ الْجَنَّةَ قَبْلَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَلَيْسَ قَدْ مَكَثَ هَذَا بَعْدَهُ سَنَةً؟" قَالُوا: بَلَى، قَالَ: "وَأَدْرَكَ رَمَضَانَ فَصَامَ وَصَلَّى كَذَا وَكَذَا مِنْ سَجْدَةٍ فِي السَّنَةِ؟" قَالُوا: بَلَى، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "فَمَا بَيْنَهُمَا أَبْعَدُ مِمَّا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
Mafhumnya: "Daripada Tolhah bin ‘Ubaidillah RA, bahawa ada dua orang lelaki dari Baliy (nama sebuah tempat) datang kepada Rasulullah SAW. Kedua-dua mereka memeluk Islam bersama. Salah seorang dari keduanya amat bersungguh untuk menyertai jihad berbanding seorang lagi, lalu dia menyertai jihad dan dia gugur sebagai syahid. Adapun yang seorang lagi terus dipanjangkan umur, dan dia meninggal dunia setelah setahun pemergian kawannya yang mati syahid tadi. Tolhah berkata: Suatu hari aku bermimpi, ketika aku berada berhampiran pintu Syurga, bersama dengan kedua-dua lelaki tadi, keluar seseorang dari Syurga, lalu mengizinkan lelaki yang meninggal dunia kemudian (yang bukan mati Syahid) untuk memasuki Syurga. Setelah itu (setelah beberapa ketika) keluar lagi orang itu dan mengizinkan lelaki yang mati syahid pula untuk memasuki Syurga, kemudian orang itu datang kepadaku dan berkata: Pulanglah, kerana sesungguhnya belum tiba giliran kamu lagi (untuk memasuki Syurga). Apabila pagi hari, Tolhah menceritakan apa yang dilihatnya di dalam mimpi kepada orang ramai menyebabkan orang ramai merasa hairan. Perkara tersebut sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW, lalu orang ramai menceritakan kepada baginda tentang mimpi Tolhah tersebut. Setelah itu baginda bersabda: Apakah yang menyebabkan kamu semua merasa hairan? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah, lelaki yang mati Syahid itu lebih bersungguh untuk berjihad berbanding kawannya dan ternyata dia memperolehi syahid. Sebaliknya kawan dia yang memasuki syurga terlebih dahulu darinya. Sabda Nabi SAW: Bukankah kawannya itu terus hidup selepas kematiannya setahun? Para sahabat menjawab: Benar wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: Bukankah dia juga sempat bertemu dengan Ramadhan, lalu dia berpuasa Ramadhan dan banyak menunaikan solat dalam tahun tersebut? Para sahabat menjawab: Benar wahai Rasulullah. Rasulullah SAW berikutnya bersabda: Kedudukan mereka berdua amat berbeza, lebih jauh dari perbezaan langit dan bumi.” (Hadis dikeluarkan oleh Ibn Majah 3925, Ibn Hibban 2466, al-Baihaqi dalam al-Zuhd 2/73, Ahmad 1/161-163, Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya 310, al-Hakim 1/200 dan hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah 6/176. Al-‘Allamah al-Sindiy dalam Syarh Sunan Ibn Majah berkata: "hadis ini menunjukkan adanya kelebihan dipanjangkan umur beserta banyak amalan baik.”
- Wallahu a'lam
