Tazkirah
"Beriman kepada ketentuan Allah akan mengurangkan keperitan menanggung musibah. Ini kerana, Allah tidak akan mentakdirkan sesuatu kepada orang beriman melainkan kebaikan sahaja. Keperitan musibah bagi orang yang beriman sama seperti pahitnya ubat. Jika dia melihat kepada kesudahan apa yang Allah pilih untuknya, sudah pasti dia akan redha."
Olahan semula Bin Sahak dari al-Syeikh al-Torifi
- Wallahu a'lam
Hari ini kata Ibn ‘Uthaimin, orang muda-muda beri tazkirah di tanah perkuburan macam hendak pergi perang. Tidak… tazkirah di tanah perkuburan ini dengan suara yang memujuk, suara memperingatkan orang ramai kepada akhirat, kembali kepada agama Allah, bertaubat, insaf diri kita, kerana kita semua akan kembali bertemu dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Itu tazkirah di tanah perkuburan. Bukan dengan lantang: “tuan-tuan muslimin yang dikasihi sekalian, sedarlah bahawasanya kita semua akan kembali ke tanah perkuburan ini…” dengan bersemangat seperti memberi arahan kepada pasukan tentera. Ini bukan tazkirah kematian. Ini berceramah atau khutbah Jumaat. Ia sekadar kalam majlis seperti kata Ibn ‘uthaimin, bicara atau sembang biasa beri peringatan.
- Wallahu a'lam
- Wallahu a'lam
