SDI 0914: Bolehkah Tarik Balik Kemaafan Yang Telah Diberi?

Soalan:

abu berdosa dgn ali, lepas tu ali maafkan abu.. slepas sminggu ali fikr x nak maafkan balik abu..

soalan: bolehke main tarik2 tali g2. dah sah ke kemaafan yg diterima abu? dah tlepas dosa abu ngan ali?

Jawapan:

TAK BOLEH tarik semula kemaafan yang telah diberikan. Ibn Hajar mendakwa telah berlaku ijmak dalam persoalan ini. Ini kerana memberi kemaafan adalah termasuk amalan soleh. Dalam surah alSyura: 40 Allah SWT berfirman:

فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya: "dan sesiapa yang memberi maaf, dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat kepadanya), maka balasan (pahala untuknya) dari Allah..."

Kata alSyaukani: "Allah umumkan lafaz balasan pahala sebagai mengagungkan perbuatan tersebut dan besarnya ganjarannya. Kata Muqatil: "kemaafan itu termasuk dalam amalan soleh."

Oleh itu menarik semula kemaafan yang telah diberikan adalah perbuatan membatalkan amalan soleh yang dilarang di dalam alQuran. Kerana itu Imam Bukhari meletakkan satu tajuk di dalam kitab Sahihnya sebagai:

بَاب إِذَا حَلَّلَهُ مِنْ ظُلْمِهِ فَلَا رُجُوعَ فِيهِ

Bab Apabila Seseorang Memaafkan Sesiapa yang Menzaliminya, Maka Tiada Tarik Balik Kemaafan Lagi.

Selain itu, memberi kemaafan adalah hak yang telah digugurkan oleh pemberi maaf. Maka seseorang yang telah gugur haknya tidak boleh menuntut semula, melainkan dengan sebab yang baharu.


Cetak  
Wallahu a'lam