SDI 1218: Hukum Bakar Tebuan Bagi Mengelak Mudharat

Soalan:

Jawapan:

1. Larangan membakar makhluk Allah adalah memaksudkan membakar tanpa sebab yang dibenarkan. Nabi SAW bersabda:

إِنَّ النَّارَ لاَ يُعَذِّبُ بِهَا إِلاَّ اللَّهُ

Maksudnya: "Sesungguhnya tidak mengazab dengan menggunakan api, melainkan Allah." (alBukhari)

Namun jika tiada jalan lain bagi mengelak kemudharatan, maka membakar haiwan dan serangga DIBENARKAN.

Ini kerana kepentingan manusia di dahulukan berbanding haiwan dan serangga.

Jika sesuatu haiwan atau serangga yang boleh mendatangkan mudharat, maka boleh memusnahkannya dengan apa sahaja cara yang dapat menjamin keselamat dan bebas dari mudharatnya.

2. Larangan yang ada di dalam hadis ialah membakar dengan tujuan mendatangkan azab kepada makhluk Allah seperti serangga dengan membakarnya sedangkan ada jalan lain memusnahkannya. Adapun membakar bukan dengan tujuan mengazab tetapi bagi mengelak kemudharatannya ia DINENARKAN.

Kena bezakan antara sengaja mengazab haiwan dan serangga dengan membunuhnya bagi menolak kemudharatannya dari manusia.

Peristiwa di Bani Nadhir (بني النضير) mungkin boleh dijadikan contoh dslam persoalan ini. Di mana Nabi SAW dan para Sahabat telah membakar pokok-pokok tamar yang ada di perkampungan Yahudi tersebut, sedangkan pada kebiasaannya sudah tentu terdapat burung dan sarangnya demikian juga semut dan serangga lainnya. Sudah tentu haiwan dan serangga yang ada di situ turut terbakar juga. Namun disebabkan ada keperluan yang lebih utama, maka ia dibenarkan.


Cetak  
Wallahu a'lam