Hukum Sebar Screenshot Whatsapp

 

Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

Soalan dari Along yang bertanya benarkan kenyataan ini:

“Walaupun kita tutup nama yang discreenshoot itu” adab bersosial media tidak menscreenshoot percakapan.”

Pertanyaan: "Apa nasihat anda kepada orang yang screenshoot percakapan antara dirinya dengan saudaranya kemudian mengirimkannya kepada orang lain?” Jawapan: "Ini merupakan perbuatan khianat ketika seseorang melakukan percakapan dengan saudaranya dengan handphone atau whatsapp lalu menscreenshoot dan menyebarkan percakapan tersebut kepada orang lain maka dia telah melakukan pengkhianatan, kecuali apabila dia telah meminta izin, sama saja baik pada perkara yang baik ataupun perkara yang buruk. Keduanya tetap merupakan tindakan pengkhianatan, perbuatan ini tidak diperbolehkan dan orang-orang wajib berhenti dari tindakan semacam ini.” Syeikh Prof. Dr. Sulaiman bin Salimullah al-Ruhaili Hfz

Jawapan:

Wallahu a’lam. Saya tidak tahu tentang fatwa dari al-Syeikh al-Ruhaili ini. Cuma jika dapat disertakan teks asal fatwa itu, bagus, untuk saya lakukan semakan. Namun wallahu a’lam, secara asasnya perkara yang berkaitan dengan screenshoot perbualan dalam whatsapp ataupun handset, dia sama dengan perbualan di luar whatsapp dan perbualan berdepan. Sama sahaja. Ada perbualan yang tidak boleh disebarkan, ada pula perbualan yang boleh disebarkan.

Perbualan dalam whatsapp adalah sama dengan perbualan luar whatsapp. Ada perbualan dengan kawan kita, kalau kita sebarkan perkara itu, kawan kita memang suka dan dia nak perkara itu disebarkan, maka kita boleh sebarkan. Tetapi jika yang dibincangkan itu adalah perkara-perkara yang tidak diizinkan untuk disebar, seperti perbualan di antara dua orang sahaja, di mana kalau kita sampaikan kepada orang lain, kawan kita itu tak setuju dan tak redha, maka barangkali itu yang dimaksudkan oleh al-Syeikh Dr. Sulaiman al-Ruhaili di dalam fatwanya ini. Mustahil untuk kita umumkan perkataan beliau ini. Sebaliknya semestinya al-Syeikh memaksudkan kepada perbualan-perbualan yang sememangnya tidak mendapat keizinan untuk disebarkan oleh rakan bualan.


Cetak  
Wallahu a'lam