Pertimbangan yang salah dan merugikan

Walaupun kita kata perintah sunat ini tidak semestinya kita buat, tetapi sepatutnya seorang muslim dia kena jaga benda sunat ni. Kerana benda sunat ni benda yang boleh pahala. Maka kita tak boleh dia tinggalkan perkara sunat atas alasan ia sunat. Peliknya masyarakat kita benda sunat dia tak buat kerana dia kata “sunat sahaja.”

Tapi bila perkara makruh, dia buat pula dengan alasan “makruh sahaja.” akhirnya dia tidak memperolehi pahala sunat dan pahala meninggalkan perkara makruh.

Sedangkan amalan fardhupun, solat sebagai contoh, khusu’nya tiada, cara solat betul ataupun tidak dengan cara solat Nabi SAW, wudhu yang dilakukan apakah sama dengan wudhu yang dilakukan oleh Nabi SAW?


Cetak  
Wallahu a'lam