SDI 0946: Boleh Komen Makanan Yang Dibeli Dikedai?

Soalan:

Klu kita makan dikedai, boleh ker kita sebut masakan ini tak sedap? Tak termasuk dlm mencela makanan yg dilarang?

Jawapan:

Pelanggan berhak mendapat makanan yg dibeli menepati citarasa kebanyakan org (uruf). Jika sebaliknya pelanggan berhak memberi komen dan tindakan itu TIDAK TERMASUK perbuatan mencela makanan yg ditegah.

Huraian:

Ada hadis melarang mencela makanan. Abu Hurairah RA meriwayatkan baginda SAW bersabda:

مَا عَابَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ، إِنِ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ وَإِلَّا تَرَكَهُ

Maksudnya: "Nabi SAW tidak pernah mencerca makanan sama sekali. Jika baginda mahu, baginda memakannya, jika tidak baginda akan tinggalkannya." (alBukhari 3563 dan Muslim 2064)

alHafidz Ibn Hajar RH berkata: "...sebhagian ulama berpandangan (larangan itu) jika celaan dr sudut ciptaan (makanan) maka dibenci, namun jika dicela dari sudut pembuatan (masakan) ia tidak dimakruhkan, krn ciptaan Allah tidak boleh dicerca atau dicela manakala pembuatan manusia boleh dicerca dan dicela." Seterusnya Ibn Hajar berkata: "namun yg jelas larangan diumumkan, terutamanya jika ia akan menyinggung hati tukang masak." Kata alNawawi: "termasuk dlm adab makan yg dituntut ialah tidak dicela makanan spt berkata: manis sangat, masam, tak cukup garam, pekat, ceroi, tak cukup masak dan seumpamanya." (Fath alBari 9/547-548)

Suatu yg jelas juga yg dpt difahami dr maksud larangan mencela makanan adlh merujuk kpd makanan dr pemberian percuma spt yg dihidang oleh tuan rumah kpd tetamu, makanan berupa hadiah, makanan yg dimasak di rumah dan seumpamanya yg menggambarkan buruk akhlak org yg mencela makanan tersebut. Perbuatan ini melukakan hati org yg menyediakan makanan.

Adapun makanan yg diniagakan, atau tukang masak yg dibayar gajinya utk memasak, atau catering yg dibayar utk menyediakan makanan, maka ia termasuk dlm 'Uqud alMu'awadha iaitulah kontrak yg melibatkan penukaran dua nilai, dimana pelanggan yg membayar bersetuju mengeluarkan wang utk mendapat makanan dgn ciri2 yg sepatutnya. Maka pelanggan berhak mendapat kualiti makanan tersebut. Allah SWT berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ

Maksudnya: "Wahai org2 yg beriman, jangan kamu memakan harta antara kamu dgn cara yg batil, melainkan diadakan perniagaan yg saling meredhai sesama kamu." (alNisa': 29)


Cetak  
Wallahu a'lam