SDI 1588: Hadis Tentang Satu Rahmat Yang Diturunkan Ke Dunia Adalah Merujuk Rahmat Makhluk Bukan Rahmat Sifat Allah

Soalan:

Assalamu'alaikum ustaz. Pasal hadis “100 rahmat Allah”. Allah turunkan 1 rahmat tu ke dunia,dan 99 ada di sisi-Nya. Adakah 99 rahmat tu Allah bagi penghuni syurga kan ustaz?

JazakAllahu khair

 

Jawapan:

Wa‘alaikumussalam warahmatullah

Benar, 99 rahmat itu untuk penghuni syurga. Namun perlu diketahui, rahmat yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah rahmat makhluk atau rahmat yang diciptakan oleh Allah SWT untuk diagihkan kepada makhluk. Bukan rahmat yang berupa salah satu dari sifat Allah SWT yang azali.

 

Soalan:

Ooh. Boleh ustaz bagi anologi,contoh atau perumpamaan? Sebab yg sy faham,1 rahmat yg Allah cipta tu,dari rahmat tu lah manusia saling bkasih sayang. Malah sebuas² singa pun,dia akan syg anaknya,“kesan” drpd 1 rahmat yg Allah turunkan ke dunia. 99 rahmat lg tu,Allah bagi utk penghuni syurga. Maka sbb tula penghuni syurga dapat nikmat yg berganda² besar (sekalipun dia orang yg paling akhir keluar dari neraka & akhir masuk syurga). klu ditimbang dosa & pahala,wlupun org tu ada dosa,tp disebabkan pahala org tu melebihi dosanya,maka Allah tetap masukkan ke syurga tanpa masuk neraka dulu. Semua tu “kesan” dari 99 rahmat yg Allah cipta. Begitu ke cara fahamnya ustaz? atau macamana?

 

Jawapan:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

(membaca soalan:) "boleh ustaz bagi analogi contoh atau perumpamaan sebab yang saya faham satu rahmat yang Allah cipta itu dari Rahmat Itulah manusia saling Berkasih sayang." 

Jawapan:

Ya betul, itu disebut dengan jelas di dalam hadis, bukan setakat manusia saling berkasih sayang, bahkan Nabi sebut bila Allah Taala cipta 100 rahmat itu, satu daripadanya Allah Ta'ala turunkan ke dunia dan dari satu rahmat itulah diagihkan sesama makhluk. Dengan satu rahmat itulah manusia saling menyayangi sesama manusia, haiwan sesama haiwan, antara satu makhluk dan makhluk yang lain, sehingga seekor kuda, disebut di dalam hadis ya, seekor kuda akan mengangkat kakinya kerana bimbang terpijak anak yang berada di bawah perutnya disebabkan satu bahagian kasih sayang yang Allah Taala turunkan ke atas muka bumi. Ini satu perkara yang jelas dan disebut dalam hadis dan tak ada siapa pertikaikan. Kemudian penyoal respon di sini (membaca soalan:), "satu rahmat yang Allah Taala cipta itulah manusia saling berkasih sayang." Saya dah jawab perkara ini. (membaca soalan:) "malah sebuas-buas singapun, dia kan sayang anaknya kesan daripada satu rahmat yang Allah turunkan ke dunia. 99 rahmat itu lagi Allah bagi untuk penghuni syurga." Ya saya dah sebut jawapan itu. (membaca soalan:) "Maka dengan sebab itulah penghuni syurga dapat nikmat yang berganda-ganda besar sekalipun dia orang paling akhir keluar dari neraka dan terakhir masuk syurga, kalau ditimbang dosa dan pahala, walaupun orang tu ada dosa tapi disebabkan pahala orang itu melebihi dosanya masalah ke tak masukkan ke syurga tanpa masuk Melaka dahulu semua itu kesan dari 99 Rahmat yang Allah cipta betul ke cara faham ustaz." 

Jawapan: 

Ya betul cara faham begitu. Saya pun tak pasti apadia yang menjadi kekeliruan di sini. Cumanya dalam jawapan saya sebelum ini, saya sebut 100 rahmat itu adalah rahmat makhluk. Maksud saya rahmat yang diciptakan oleh Allah. Kita tak boleh faham hadis tu, 100 rahmat itu adalah sifat rahmat Allah. Tak boleh kita faham begitu, kerana rahmat yang menjadi salah satu sifat Allah, dia Azali, tidak ada permulaan, kerana mustahil Allah Taala cipta sifat dia sendiri, itu maksud saya. Sayapun tak pasti apa yang tidak jelas di sini.


Cetak  
Wallahu a'lam