Iman Menuntut Yakin

Dalam sebuah hadis Sahih berkaitan soalan di dalam kubur, Nabi SAW bersabda: 

وأما المرتاب فيقول: هاه هاه! لا أدري، سمعت الناس يقولون شيئا فقلته

Maksudnya: "Adapun orang-orang ragu (termasuk munafiq dan seumpamanya) akan menjawab (ketika ditanya siapa tuhanmu, apa agamamu dan siapa nabimu): "Haaah... haaah.. aku tidak tahu... aku dengar orang ramai kata sesuatu, lalu aku sebut seperti yang mereka katakan." (HR al-Tirmizi di dalam sunannya 1083 dan Ibn Abi ‘Asim di dalam al-Sunnah  864, daripada Abu Hurairah RA. Hadis ini di nilai Sahih oleh al-Albani di dalam al-Sahihah 1391)

Hadis ini menunjukkan, orang-orang yang ragu juga sebut seperti yang disebut oleh orang-orang yang beriman. Akan tetapi sebutan mereka hanya di lidah tidak masuk ke dala jantung hati. Ungkapan "haaah... haaah..." menunjukkan sesuatu yang luput dari ingatan mereka, lalu mereka cuba memperingatkan semula, namun ia terhalang. Mereka tidak mampu untuk memjawab: "Tuhanku adalah ALlah, agamaku adalah Islam dan nabiku adalah Muhammad" kerana mereka menyebutkan di dunia dalam keadaan mereka ragu dan tidak meyakininya.

Justeru... Iman menuntut keyakinan teguh.

Perhatikanlah.


Cetak  
Wallahu a'lam